foto-besar3

Nak Giveaway #FotoBesar

Giveaway hadiah besar ni…Ini bukan Giveaway beli barang kat supermarket kemudian offer kepada pemenang.  Ini adalah Giveaway intelek dan kemahiran.  Bukan semua orang ada kelayakan untuk menghasilkan Giveaway seperti ini.

Saya jarang join Giveaway, kalau saya dah join tu memang contest tersebut benar-benar berbaloi untuk dikejar. GA ni bukan hadiah keychain atau fridge freezer…bukan..bukan. Hadiahnya lebih bermanfaat.

GA ini juga tak perlukan syarat kena merayu like merayu follower. Saya lemah bab join GA yang perlu puji pujuk rayu orang ‘suka’ kat kita. Suka tak suka akan datang sendiri tak perlu pujuk rayu. Let it nurture you, not the other way around.

foto-besar3

Give Away ini sangat berbaloi kerana bukan saja pemenang mendapat satu lesen penggunaan template FotoBESAR 3.31, malah boleh join Developer Group FotoBESAR. Di sana kita boleh buat request atau mencadangkan idea-idea baru untuk direalisasikan pada template FotoBESAR.

Best tu boleh dok sebelah pakar-pakar yang boleh kita ambil kesempatan bila memerlukan. Hah! Benefits of friendship kan.

Tarikh tutup penyertaan contest ini pada : 9/11/2013 Jam: 11.59pm dan pemenang akan diumumkan pada: 11/11/2013 Jam: 10.00pm.

Giveaway ini adalah sempena tarikh ulangtahun perkahwinan salah seorang Admin Ai Media Network. Saya memang ingat sebab saya kenal dia sebelum dia berkahwin sampailah sekarang dah ada 2 anak lelaki.

Untuk berpeluang memenangi hadiah ini, peserta perlu buat satu entri kenapa anda mahukan template FotoBEAR.

  • Ceritakan apa kelemahan yang anda fikirkan patut diperbaiki.
  • Link-back URL entri pada artikel tersebut.

Giveaway ini ditaja oleh: AzmanIshak.Com dan TEAM AI MEDIA NETWORK

Ok, tang nak cari kelemahan tu selalunya kita senang je boleh spot.  Maklumlah kita ni manusia, kalau bab nak cari salah orang memang laju jee… kan. ..kan.

Tapi… payah sungguh nak cari kelemahan theme ni.  Dok tenung skrin sampai nak tembus tapi tak berapa nak nampak tang mana cacatnya.  Ofkoslah kan, sebelum theme ni dilancarkan untuk tempahan, tuan punya dah varnish elok-elok bagi berkilat sampai payah nak cari tang mana celanya.

Ok dah jumpa satu

 Text -align

Saya suka contents entri yang justify,  nampak cantik tepi kiri dan kanan. Percaya tak, sepanjang menjadi blogger,  saya kerap menjadi busy body emailkan tuan blog suruh dia orang betulkan bahagian ini.  Entah, pandangan mata saya berbeza dengan orang lain kot.  Saya suka text alignment justify.

Text Alignment Justify ni senang saja nak betulkan, boleh buat sendiri.  Tapi kalau dah siap dalam theme, kan tak payah betulkan lagi.

Kenapa saya suka dan ingin memiliki template ini?

Sebab saya suka letakkan gambar dalam setiap entri dan gambar tersebut adalah hasil dari kamera sendiri.  Tak kiralah guna kamera telefon , tetapi biasanya memang gambar milik sendiri.  Template ini walau pun difokuskan kepada blog fotografi tetapi sesuai juga untuk blog biasa kerana kita bebas memilih function yang disediakan mengikut kategori blog tersendiri.

Service selepas jualan.

Blogger memang perlukan servis seperti ini kerana tiap blog berbeza keinginannya.  Kalau template dari blogger yang kita kenal, senang boleh roger-roger request itu ini mengikut kehendak sendiri. Kalau template dari pihak luar, nak tulis email dalam BI pun dah tergagap-gagap.

Harga template mahal?

Pernah beli template ? Atau memang guna yang free saja selama ini?

Kalau pernah beli, awak akan faham harga semasa sebuah template yang dibina from zero to maker.  Template ini dibina dari kosong bukan mengubahsuai template yang sedia ada.  Ada perbezaan pemahaman di sini.

Doakan saya menang salah satu daripada 3 hadiah yang ditawarkan.  Teringin nak tukar theme baru.    Sesiapa pun boleh menang template premiun ini, jom kita sertai contest ini di Giveaway Template #FotoBesar

 

Nota : Entri ini telah disemak oleh Intan dan ada beberapa bahagian telah dibetulkan. Dia pesan kena bagi krwdit dekat dia.
Adoilah…. anak blogger dah pandaj claim kredit.

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

35 thoughts on “Nak Giveaway #FotoBesar”

Comments are closed.