Nak Sedap, Tak Dapat Sentap

Blogging adalah pilihan kita .  Melawat dan tinggalkan komen di blog orang juga pilihan kita.  Kalau dia tidak memenuhi selera atau piawaian kita, pilihan kita untuk tidak berkunjung atau meninggalkan komen.  Jangan diungkit² dengan mengata – orang yang ditujukan tak tahu apa², kita pula yang dapat dosa.

Tiada manusia yang sombong dengan manusia lain .  Kita mengata seseorang sombong apabila dia tidak memenuhi keperluan kita sendiri.  Kita yang pentingkan diri sendiri, mahu seseorang menjadi apa yang kita mahu untuk memenuhi kepuasan diri kita.

Kita tahu ‘dia’ adalah kaktus berduri yang boleh melukakan jadi kenapa membiarkan diri kita mendekati kaktus tersebut.   Ada dua pilihan – jauhkan diri dari kaktus berduri atau kita menjadi lebih kuat dari kaktus tersebut dan bunuh dengan racun.  Pilihan di tangan kita.

Nak jadi blogger kena kental, tak boleh melankolik nak sentap sana sini………… tak ada siapa yang akan peduli perasaan kita – kita kena sendiri perlu  membina ‘zon selamat’ untuk diri sendiri.

© kujie – bak kata Sir Marcello – orang kita nie jenis semuanya nak sedap…bila tak dapat… sentap!

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. “saya sentap laa kak jie xpernah dtg comment…..” eh tue contoh jer..korang jgn salah paham…..hahahaha… 😆 kadang2 malays ni xpaham sarcarstic….

    biasenye klo org xfamous mcm sy sume soalan n comment leh reply…klo daa berjuta2 mcm kak jie mmg dpt bayangkan laa susah nk puaskan hati sume org…mesti ade jer yg terasa..

    ape2 kite cume leh lakukan yg terbaik yg kite boleh…tul x? 😎

  2. mrs jamal says:

    sokong 100%
    tapi dalam dok beringat tu kekadang kita salah langkah juga..jadi jalan y terbaik belajar dari kesilapan..orang tak suka takper

  3. kat masjid bertarawih….aishhh..sunat tu …..

  4. yonna selalu tak jaga zon selamat sendiri T______T sebab tu asyik sentap tak memasal hehe.

    oh ya mama.pelik.ramai pulak sekarang ni nak bercerita hal-hal sunat setiap masa. if baca yassin 3x pun, perlu ke beritahu? baca al quran hari2? aih.
    Jom terjah post menarik dari yonna ..SayaAdaMasalahNakLetakTajukMy Profile

  5. wahahaha… thanks kak jie.. semua kata2 kak jie tu.. terbaik.. saya patut pelajari semuanya..
    Jom terjah post menarik dari A-Y-I-E ..Orang melayu suka dengkiMy Profile

  6. travelman says:

    sekali sekala nak sedap. tak salah kan..hehe.. :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari travelman ..7 Tips For Choosing a Social Media Provider « Online Travel …My Profile

  7. Kena sedar, penulisan kita tu sedap ke tak seronok ke untuk orang baca. Kalau penulisan kita menyengat, tak payah nak blogwalking, orang akan datang bagi komen. Macam saya, memang penulisan saya tak ada ummph. Jadi kena rajin-rajin singgah blog bagi komen untuk dapat balasan. Tapi tak semestinya dapat kunjungan balik.

    Sedangkan ada 10 komen sehari pun tak larat nak baca balik entry mereka dan beri komen. Apatah lagi bagi blog yang popular (lebih 30+ komen sehari). Nak balas camne tu?? maknanya tak semua boleh dibalas.
    Jom terjah post menarik dari samdaddycool ..Selamat Berpuasa dan terima kasihMy Profile

  8. azreen omar says:

    setuju ngan kak jie… 🙂

  9. Terimakasih kerana menambah asam garam kat entri ni…maaf tak sempat nak membalas satu2

  10. saya tak kisah pun kalau tak pergi pasar ramadhan..rilek je
    Jom terjah post menarik dari Lan Bingka ..Jeling paramMy Profile

  11. biar ikhlas…jangan sakiti hati orang lain…
    Jom terjah post menarik dari zulman ..Ramadhan Bersama Yang TersayangMy Profile

  12. denaihati says:

    Betul tu nak jadi blogger kena KENTAL yg pasti bukan semua tak suka pada blog kita jadi kongsikan ILMU supaya mereka terus bersama.
    Jom terjah post menarik dari denaihati ..Waktu berbuka puasa waktu yang ditungguMy Profile

  13. setuju nak sentap tak dapat sentap haha biasa la tuh berblog untuk apa kalau nak kepuasan buat la ikut hati kita, nak duit kena usaha tingkatkan bahan untuk berblog jangan dok mengharap saja.

  14. Betul la apa kata Kak Jie..kita ada pilihan komuniti mana yang kita selesa..Peringatan buat diri ini juga..terima kasih. 😛
    Jom terjah post menarik dari Linarahim ..Day 4 – Something I have to forgive someone forMy Profile

  15. perkara² dalam p/s tu menenggelamkan menu² masakan kak jie..hehe

    kami pun berbuka dan bersahur ala kadar je..

    selamat berpuasa kepada kak jie sekeluarga 😛
    Jom terjah post menarik dari chekgu naman ..♥♥♥teristimewa♥♥♥My Profile

  16. sedap la pulak tgk menu kak jie ni. hehee..

    biasalah, tak semua kita dapat puaskan hati.. jadi, bersyukurlah dengan apa yang ada…
    Jom terjah post menarik dari fiezaradzi ..Hamil Dan PuasaMy Profile

  17. Alhamdulillah..berbuka seadanya dan sederhana..
    tidaklah berlaku pembaziran ye kak? hehe..

    anyway, nk jadik blogger..kene tulus le..mcm kak jie, otai nehhh…. 🙂
    Jom terjah post menarik dari Lee ..Ramadhan Kareem- Persiapan kitaMy Profile

  18. buka kat masjid aje…

    air teh o dan kurma..
    sampai rumah baru sental lorrr.. huhuu
    Jom terjah post menarik dari maza ..Sayu di tarbiyah lagi Peluang keemasanMy Profile

  19. Hui puding tu kak jie..sedap tu..petang ni ishak buat sendiri puding untuk berbuka..maklumlah antara lelaki pandai memasak hehe..lagi pun ishak dengan ayah jer kat rumah..ibu ? disisi allah s.w.t…
    Jom terjah post menarik dari ishak ..Sinopsis sinetron cinta kirana di astro riaMy Profile

  20. penadinamik says:

    saya kalau dapat tak sedap, saya meratap…salam mamajie..(^__^)

  21. RasaHatiku says:

    Assalamualaikum.
    Selamat berpuasa.
    Semoga ramadhan akan membawa banyak kebaikan untuk kita.
    TQ

  22. tibe je ayat ni betul tepat kena di kalbu..
    Jom terjah post menarik dari nazihah ..Gembiralah Wahai HatiMy Profile

  23. betul tu ..
    Jom terjah post menarik dari anastasyea ..Kelebihan Solat Tarawih Malam KetigaMy Profile

  24. punya panjang tulis, tapi nak cari kat mana “nak sedap tak dapat sentap” rupanya cerita tu dah merangkuminya
    Jom terjah post menarik dari mijie ..Pertandingan SEO Hidup Seorang BloggerMy Profile

  25. mrs jamal says:

    ramai orang camtu…

    ***kak jie.ada bgtahu ada email ayu, yang semalam ker?pasal comment luv ee? dah baca entri tu..tengah belajar nak tukar slow2..hu..hu..
    Jom terjah post menarik dari mrs jamal ..Selamat BerpuasaMy Profile

  26. hehe… memang kita punya perangai macam tu biasanya.. harap ramadhan kali ni dapat mengubah kita jadi insan yang lagi baik..no more SENTAP SENTAP.. hehe
    Jom terjah post menarik dari mrnamie ..Ada apa dengan Maher ZainMy Profile

  27. Selamat berpuasa kak jie, baca artikel ni memberi ilham untuk menu petang ni, best gak layan bubur skali skala.

    p/s: semakin kerap taklerh nak buka blog kak jie 😥
    Jom terjah post menarik dari Eizil ..Blog keluar dari makmalMy Profile

  28. HIDUP BIAR SEDAP, kata makcik blogger tu…. hihihi 😀

    sy klu nak sentap, sentap sendiri2… cuba pastikan tak tulis dlm entri.. klu tulis pun, kaitkan dgn kucing ke, siput ke.. hahaha… tak reti nak ckp direct.. tu kelemahan sy…
    sbb takut tersalah faham.. kdg2 apa yg kita baca, tak sama dgn apa yg si penulis tu cuba maksudkan… mungkin dia buat lawak, tp kita baca serius… mungkin dia sedih, kita baca benda tu lawak.. byk sgt kemungkinannya.. susah alam maya ni.. kena faham betul2
    Jom terjah post menarik dari kutaksempurna ..Hey! Kamu memang berTUAH Tahniah! -DMy Profile

  29. akak citer pasal bersahur, anak saya yang umur 5-6 tahun sebang je bangun.. tapi bapaknye rasa tensen sgt kejut. kejap-kejap satu saat.. ada dekat 10 minit menunggu

  30. Salam, Kak Jie, satu yang saya belajar dari komuniti blogger.. kalau buat sesuatu, jangan harapkan balasan. hidup biar ikhlas 🙂
    Jom terjah post menarik dari Dila.13 ..10 tips Untuk Menjadi Penulis Berkualiti Part 2My Profile

  31. wow ada keropok goreng 😀 memang menarik perhatian waktu sahur yang mamai
    Jom terjah post menarik dari tmukmkd ..Video Malaikat Turun Ke Kaabah Itu BatilMy Profile

  32. setuju kata kak jie… Kuasa Pilihan dihujung jari… tekan jer X kalau tak suka ngeh..ngeh..ngeh..
    Selamat Menunaikan Ibadah Puasa
    Jom terjah post menarik dari tpinky ..Bersahur penuh kesyahduanMy Profile

  33. p/s ada 3
    mengancam 😀

    masa baca entri ni pukul 11 pg
    kak jie sila bayangkan perasaan sy
    hee ~
    Jom terjah post menarik dari Kie-yu ..Tingkatkan Ukhwah Sesama BloggerMy Profile

  34. Ada benda yang kita boleh tegur – kalau tak betul caranya
    ada benda yang kita boleh abaikan kalau tak berkenan dgn kehendak kita…

  35. semua pilihan kita – tak suka sebab orang tu tak memenuhi kehendak kita, kita cari lain… dlm dunia ni ada berbillion manusia – jangan nak mengata² dia – tak pasal² kita yang berdosa

  36. dia tak geng dgn kita tapi tengok dia ngam dengan orang lain… ok lah tu

    tiap org kan hidup berkelompok, berpuak2 mengikut kesesuaian masing2… kita carilah group atau komuniti yg sesuai dgn kita

  37. Ini isu lain ni….

  38. kalau blog dah open for public to read maknanya terbuka untuk sesiapa saja untuk komen apa saja.. kalau tak nak baik private aje blog buat mcm diary.. sendiri tulis.. sendiri baca 😉
    Jom terjah post menarik dari LittleMama ..Little Mama Kena SampukMy Profile

  39. betul kak jie…nak jadi blogger yang tegar, hati kena cekal. kena terhantuk sekali dah melatah, baik tulis dalam diary saja.. terima kasih atas ayat-ayat kak jie yang menguatkan jiwa.. saya rasa macam bersembang dengan mak saya tau… :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari Kancilbiru ..Apa menu berbuka puasa hariniMy Profile

  40. Aritu terbaca tweet seorang blogger, mcm merajuk bila blogger top (wordpress lah tu) tak komen dekat entri diorang (blooger tak top)
    Jom terjah post menarik dari Rjuna ..Abg Juju Selamat Ulang Tahun SayangMy Profile

  41. setuju dengan semua p/s akak….tepuk dada tanya selera..learn a lot from you..thanks kak jie…
    Jom terjah post menarik dari eyriqazz ..Pertama kali Trafik dapat 17K SemingguMy Profile

  42. yezzaaaa… mula2 kakjie bg kiter terbuai sampai teringat berpuasa dgn mak kt kampung..pastu kakjie bg pesanan penaja..
    terima kasih kak jie… sy pun dah mula berjinak2 dgn blog… btl kata kakjie, nk jd blogger harus berjiwa kental..
    bukan semua org suka apa yg kita tulis..bukan semua yg tak suka apa yg kita merapu… tp apapun..kakjie, u are my idol ..
    sy takkan pernah jemu untuk menjadi pelawat setia kak jie..
    Jom terjah post menarik dari tpinky ..Bersahur penuh kesyahduanMy Profile

  43. statement umum – guna gantinama KITA – merujuk pada diri sendiri dan semua pembaca. 😆

  44. sape sentap? (menyebok jap).. hahhaa…

  45. betul kate akak….x ade yg sombong…sume perasaan sendiri… thanks untuk words yg mengingatkan tu….

Trackbacks

  1. Hidup Seorang Blogger – Kembali. -- YoycullendotcoM says:

    […] to kak jie dan adira kerana menegur tentang hadith palsu. Aku tak tau since lama tak bukak blog. Post […]

  2. Kaki Komplen Malaya » Tak Fasal Fasal Mencari Fasal says:

    […] Kalau komen mereka tak keluar di blog, mulalah cakap blogger itu sombong blogger ini sombong  – nak sedap kalau tak dapat sentap! […]