Priority setiap orang berbeza

By Kujie, 23/10/2009 2:16 pm

Nang ur post.Nang me to if u like it .

If you like tapi siap attach 3-4 link post kat innit. Apa kes? Tak payah nak bagitahu awak nang my post, kan kita boleh check siapa yang nanged ,  klik link dia kita nangback . Apa nak kecoh suruh ada ubi ada batas, ada hari kena balas. pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas.

nang innit nuffnang

nang innit nuffnang

Klik your profile > 10 Most Recent Innit Posts > Klik mana-mana post , nampaklah Nanged by .  Kalau nak balas jasa baik, klik nick dan nang lah mana nak nang.
* Tetiba dua tiga hari ni popular pula ‘ nang’ kat blog ni….  kena bagi kredit kat Saipul Nang.

Itu cara budak-budak. Jangan lah buat sikit nak minta balasan. Saya bukan newbie nak berblog cari glemer dan kejar duit.

Cara spam macam ni buat orang menyampah , strategi yang sangat buruk untuk membina komuniti dalam jangka panjang. Janganlah bina blog 2 bulan nak harap blog awak meletup! Semua orang bermula dari zero, jangan lah cakap ” Kujie tak pe lah..dia dah femes” Bolehlah cakap macam tu.

Sebelum ada, saya pun tiada. Saya pun bermula seperti semua orang. Tiap orang bukanlah boleh masuk dalam komuniti yang sama. Ada orang suka, ada orang tidak.   Blog makcik-makcik semestinya ngam dengan makcik-makcik, geng muda remaja dengan komuniti mereka yang tersendiri dan dunia geek dengan rakan sejawat masing-masing.

Kita perlu menjadi orang bijak untuk menempatkan diri dikalangan komuniti yang sesuai dengan kita.  Ambil masa untuk menjelajah beribu-ribu lemon blog di alam maya ini dah tengok setiap komuniti berbeza dan punya pengikut tersendiri.

Nak lagi canggih, belajarlah SEO (Search engine optimization ) , SERP ( Search Engine Results Page) , belajar tentang organic traffic atau pun unique visitor supaya kita lebih kenal contents blog sendiri. Itu adalah cara paling selamat kerana kita bermain dengan Encik Google. Tapi awas, silap hari bulan kita kena lempang ( Google SLAP @ penalize PR ) dengan Encik Google juga ( contoh kes Link Farm ) .

add my link, i will add you

Inilah email yang paling banyak saya terima. Kita tak kenal, tetiba nak suruh add. Saya bukan jenis orang yang kedekut untuk link blog orang di blog ini, cuba tengok Teman Tapi Mesra dan Kujielist ada beratus-ratus link yang saya add. Ada yang link blog saya diam-diam tetapi bila saya dapat detect ( gunalah getclicky analytics kat blog ) saya pasti akan menziarah dan link mereka semula.

antara link hari ini - 23/10/2009

antara link hari ini - 23/10/2009

i follow you, follow me back!

what? Apa kelasssssssss lah ! Kalau awak bagus, ( tak semestinya bagus, sbb saya pun tak bagus mana pun ) awak pandai seni membina hubungan dengan pemilik blog yang bernaluri manusia bukan seperti java script atau html code yang awak tempek kat sidebar tu, Insyaallah awak akan ada followers tersendiri.

Saya jumpa satu entri, milik blog ini [link]. Saya bukan jenis orang yang mudah luahkan apa yang tersimpan jauh di dasar hati, saya bukan jenis berani nak tegur2 orang jadi saya copy paste beberapa ‘cubitan’ yang baik untuk dikongsi.

  1. Ade orang yang blogging untuk lepas geram sebab tak berani cakap depan-depan. Memang bunyik macam pengecut, tapi at least dapat luahkan.
  2. Ade orang yang blogging untuk carik sedikit attention, tapi bukan betul-betul untuk jadik glemer. Kamon la, let’s get real. Mane ade orang yang tak sukekan perhatian. Orang yang paling pemalu kat dunia pon akan rase gembira kalo muke die tetibe terkeluar kat suratkhabar
  3. Ade orang yang blogging sebab nak jadi orang lain. Internet ni macam satu dunia yang dihuni oleh orang-orang tak bermuka dan tak berpersonaliti. Ko boleh pilih nak muke camane, nak personaliti camane.
  4. Ade yang blogging sebab nak lepas gian untuk menulis. Ramai orang yang ade bakat menulis, cume tak diiktiraf je.
  5. Ade yang blogging untuk menyampaikan idea dan kritikan. Tulis kat paper, diorang taknak publish. Tulis kat ahli politik, tau-tau diorang hantar bom C4 kat depan rumah ko sekali dengan butang merah bertulis “Press Here”. Tulis kat majalah Ujang, kang Kak Esah yang jawab pastu ko jadik berbulu je dengar jawapan beliau
  6. Ade yang blogging sebab nak berlagak dengan cara merendah diri. “Hari ni I beli kasut Jimmy Choo 2000 hengget sebab selipar jamban rumah I dah putus. Ala, bukannye sebab I kaye pon. Cume rezeki gerai karipap I terlebih bulan ni, alhamdulillah.” Meluat jugak bunyinye.
  7. Ade yang blogging untuk ngorat blogger lain.
  8. Ade yang blogging untuk menyampaikan ideologi racist tanpa perlu bertanggungjawab atas kenyataan sendiri.
  9. Ade yang blogging untuk tempek gambar-gambar cantik sebab die baru beli kamera canggih sebesar rumah.
  10. Ade yang blogging untuk mendapatkan simpati.
  11. Ade yang blogging untuk pass judgement terhadap orang lain.
  12. Ade yang blogging untuk keep in touch dengan orang tersayang yang duduk jauh.
  13. Ade yang blogging untuk tempek gambar muke sendiri hari-hari, baju je lain-lain (a.k.a camwhore blog).

Blogging ni BUKAN hanye untuk duit dan glemer. Kalo ko dapat duit banyak sebab blogging, ko jangan ingat sumorang jeles dengan kehebatan ko. Ko jangan pikir ko top, orang lain kuncup. Jangan la duk mendabik dada macamla blog ko paling hebat sebab ko paling reti buat blog. Priority setiap orang lain-lain. Kalo ko letak blog sebagai top priority, memangla itu yang ko akan kejar sampai dapat.

Nak baca lagi > pergi je baca kt blog dia anuox.blogspot.com

©Kujie – saya suka sebab mungkin kesemua 13 kategori tu ada pada saya!

Hari Jumaat ni, marilah bermuhasabah diri… :lol:

Post Lain Yang Berkaitan

62 Responses to “Priority setiap orang berbeza”

  1. beliamuda says:

    sejak dua menjak ni selalu jugak dapat komen macam tu kat blog.. rupanya, orang baru nak mula berblog.. biarkan je la komennya tu.. pastu sekali masuk blog dia ada orang sound kat dalam komen dia.. sekali kak jie pun bagi ayat jugak.. :)
    beliamuda´s last blog ..Through My Window – Everyone Connects My ComLuv Profile

  2. Zil-el-Saif says:

    mesej biasa kat shoutbox:
    salam ziarah…

  3. Lan Bingka says:

    orang yang hantar mesej suruh folow2 ni bukan ambil peduli pun pasal entri kita. sekali tu je dia singgah. lepas tu melompat2 ke blog lain pula..
    Lan Bingka´s last blog ..Langkah bendul My ComLuv Profile

  4. blowie says:

    errr,kakjie ade point ke 13 tu ke? Mcm susah nk percaya,ahahahaha
    blowie´s last blog ..Sejarah SPM 2009 Tips and Hint #1 My ComLuv Profile

  5. zuls says:

    ohh.. macam-macam spesis ada.. saya n jatuh golongan mana lah..
    zuls´s last blog ..XML to XLS Converter dalam progress My ComLuv Profile

  6. Zana says:

    muahahaha! tergelak baca tuh. tapi ada gak la sbb2 tu terselit kat kita sendiri. hahaha!

    mmg tak leh blah la org yg duk tinggal msg suh link back. pastu nama nak dtg umah kita lagi?? haram!!!

    saya pun udah malas nak layan. layan yg mane saya suka baca je skang nie. ngehehehe!
    Zana´s last blog ..Alhamdulillah My ComLuv Profile

  7. Zil-el-Saif says:

    oo..
    camtu rupanya golongan2 orang berblog
    Zil-el-Saif´s last blog ..Kotak Maklumat IBRAHzine My ComLuv Profile

  8. titan says:

    wah..berko beraku dah kak jie.. :mrgreen:
    titan´s last blog ..Edisi Siasat: Buat Duit dengan DapatWang.com My ComLuv Profile

  9. kenwooi says:

    hmm.. interesting..
    well i guess there are many types of bloggers out there.. =)
    kenwooi´s last blog ..Two Chairs Broke… My ComLuv Profile

  10. Khai says:

    nice article Kujie..

    Hurm, sebab malas nak layan orang yg suruh link blog dia ini dan itu tu lah, saye buat page “blogosphere” di mana sapa rasa nak link blog dia ada kat situ, tinggalkan komen dan promo lah ikut suka hati.. Aman dunia. Hehehe.

    komen pertama kat blog ni rasanya :)
    Khai´s last blog ..Persepsi diriku pada masyarakat India My ComLuv Profile

    • Kujie says:

      @Khai, Tiba-tiba Khai datang :lol: dari blog Bat ye :lol:

      Komen blog orang lain adalah cara mudah untuk memperkenalkan diri dalam blogsphere tetapi adalah cara²nya…

      p/s- kena raikan tetapi VIP mcm ni :grin:

  11. dilot says:

    biasanya org yg buat “saya dah jadi follower, follow saya ya” hanya sekejap je..pastu dah hilang dari blog kita…mmg niat dieorg nak memenuhkan ruang followers je
    dilot´s last blog ..bagai jual anak dengan hantaran My ComLuv Profile

  12. Dr House says:

    Wa, berasap bebeno entry kali ni. Kak Jie cakap tu betul. We cannot force a value that we have to others. Mana boleh paksa-paksa. Tak semua pandai jadi blogger. Malah orang IT pun tak semestinya pandai berblog walaupun lebih separuh harinya mengadap PC dan ada banyak masa depan PC.
    Dr House´s last blog ..Pelabur Australia risau kelajuan internet Malaysia My ComLuv Profile

    • Kujie says:

      @Dr House, berblog ini kita berhubung dgn manusia bukan coding2 , java scrip yang tak ada perasaan…. sebab itulah kita perlukan deria ke-6 untuk menjadikan ianya indah, selamat dan selesa.

      Tipa blogger berbeza, kita kena kenal peribadi seseorg barulah kita akan tahu kita boleh ngam ke, masuk ke dgn mereka …jgn main terjah

      sampaikan tak dpt nak bezakan tuan blog tu remaja ke, mak2 org ke

      Tujuan org berblog berbeza2.. itulah kata kunci kita hari ini.

  13. tekkaus says:

    War…nada marah ye kak! :( bersaabr lar! :D
    tekkaus´s last blog ..Wyzo-My Dream Web Browser! My ComLuv Profile

    • Kujie says:

      @tekkaus, baca dan faham..tu utk diri sendiri..yg kat atas tu je…sikit je tu

      kak jie jarang tulis mcm ni :lol:

  14. cakap kosong says:

    saya macam tahu entry tuh utk siapa…..tapi tak leh tegur lebih2kan kak jiekan…kang dituduh dengki dan lalat….huhuhu!!! :???:

  15. ChekguBH says:

    masing2 ade sebb tersendiri…
    jadi, terpulang laaa…

    kdg2, kite bersosial dlm alam yg tak nmpk secara hakiki ni pun dah cukup bagus…
    seni bersahabat tu pun penting…

    org memberi kite menerima…
    dan kene ade unsur mutual respect laa…

    tang follow tu, ade yg tak ikhlas..
    entah laa…
    ChekguBH´s last blog ..Syukur, masih bernafas… My ComLuv Profile

  16. Alamak kenapa ramai yang merah2 ni…ooo kena cubit rupanya :razz: :mrgreen:

    • Kujie says:

      @iza~de~bintang, bergantunglah kita nk sedar ke tak….kadang2 kita selalu ckp org tu org ni

      tapi diri sendiri tak tengok..rasa betul je

      kak jie le tu :lol:

  17. ain says:

    hehehe… garang kak jie ari ne… apa2 pun btul apa yg kak jie tulis tu walaupun ain xde blog sendiri tp skang bleh kata hari2 ziarah rmh kak jie. bleh kan kak jie?
    ;-)

    • Kujie says:

      @ain, sbb senario ni makin menjadi2…

      sejak2 ada follower2 bagai tu

      kak ji tak de… :lol:

      tak payah sapa2 nk add kak jie..senang

      tapi ramai yg hntr email spam link blog dia yang hebat tu :lol:

  18. rumah kuning says:

    hari ni kujie garang le. hehehe. apa pun saya suka Hidup Biar Sedap.
    rumah kuning´s last blog ..Asyik Tak Jadi My ComLuv Profile

  19. maza says:

    entahnyer! huhuhuhu

    mana boleh paksa2 kanzz.. hehehhe

  20. Kak Long says:

    Bukan semua orang gila glamour pun dan bukan semua nak buat duit ngan blogging. Setuju!

    Kak Long pun dah pergi baca entri Kahuna tu. Tersenyum2 sendiri baca entri tu, sebab ada gak beberapa kategori yang dikatakan tu terkena diri sendiri. :lol:
    Kak Long´s last blog ..Mimpi yang tersirat My ComLuv Profile

    • Kujie says:

      @Kak Long,Kak Long, entri ni bagus, Kahuna menulis dengan bagus sekali sebab itulah saya letakkan kat sini

      saya nak kita ( saya dan pembaca blog saya yang saya anggap kawan-kawan saya ) baca dan nilai secara positif

      Aku Kau Kita Berbeza..hehehe :lol:

  21. megat says:

    agaknya sy kategori mana ya kak?

    memang sy akui sy bermula dengan emosi. tersisih dari realiti kehidupan. cakap sana tak kena cakap sini takde orang peduli. akhirnya dunia sy hanya di dalam internet!

    memang kagum! sebab sekurang-kurangnya ada kawan senasib yg berkongsi masalah yg sama.

    dari masalah sendiri yang ditulis dalam bentuk gambaran dan akhirnya mulai serius apabila temui jalan buntu (sakit).

    kini cuba bergerak cergas dalam dunia tanpa sempadan, secara tak langsung berusaha untuk memulihkan keadaan diri.

    syabas kak! entri ini patut di lanjutkan untuk memberi kesedaran kepada pembaca dan penulis blog muda yang lain. kasi buka mata skit he3.

    • Kujie says:

      @megat, setiap orang berbeza keutamaan..itu saja kata kunci yang boleh kita pegang…dan boleh buat kita down to earth

      tujuan kita buat blog pun bukan tetap, mula2 kita buat sebab lain, lama2 kita mungkin berubah..tak salah kalau nak buat duit tapi biarlah dengan jalan yang smooth dan selesa untuk komuniti kita..

      jgn nampak sgt seolah2 kita membeli persahabatan utk duit.

  22. KakChik says:

    assalamualaikum kak jie.

    mula-mala kakchik nak ucap terima kasih banyak-banyak sebab kak jie telah menulis suatu perkara yang masih dok bermain-main dalam minda kakchik ni iaitu pasal ayat-ayat ‘quote’ di atas tu.

    tulisan kak jie menyuarakan apa yang kakchik rasa. kadang-kadang ayat-ayat macam tu menjadi beban kepada kakchik dan mungkin ramai lagi orang lain.

    serba-salah dibuatnya. terutama ayat, “saya dah jadi follower, follow saya ya”.
    KakChik´s last blog ..JUALAN PENGHABISAN STOK My ComLuv Profile

    • Kujie says:

      @KakChik, Kak Jie…. kami ( ada beberapa blogger gak yg bercakap isu ni ) yg dah 2-3 thn berblog rasa keadaan makin parah sejak akhir2…. ramai yg buat blog kemudian nk kumpul followers.

      utk apa?

      bukan boleh naikkan ranking alexa atau Google Pagerank ( PR) pun..kalau org tu nak blog dia fofular, sepatutnya dia kena belajar teknik SEQ, dapatkan unique visitor atau organic visitor…

      Ada banyak blog bagus2 yang bagi tutorial ttg hal2 mcm ni tapi kita sebagai manusia kena gunakan “common sense”

      saya hanya menyebarkan satu entri yang bagus, berkongsi :lol:

      • KakChik says:

        @Kujie, ini memang pengalaman yang serupa.

        Diorang ni asyik masuk blog orang dan spam dgn mesej atau komen yang sama. Kakchik dah lama tahan sabar dgn sikap macam tu.

        Kakchik tak tau pun pasal alexa dgn pagerank tu, sejak dok berblog ni tak ambik kisah pun pasal benda2 tu. Diorang tu agaknya nak buat duit kot.

        Kalau ada mesej macam tu mmg kakchik tak akan add link atau follow. Entahlah… macam kata Kak Jie, orang berblog ni tujuan macam2.

        Bagi kakchik berblog ni untuk berkongsi ilmu pengetahuan, membina persaudaraan, berkongsi minat dan Islam. Selain blog khusus untuk bisnes kakchik.

        Dan blog yang kakchik follow/add link juga kerana berkaitan dgn 4 perkara tadi. Itulah prioriti kakchik.
        KakChik´s last blog ..This, makes me cry… My ComLuv Profile

  23. Mamamia says:

    Saya ni kategori blog makcik2… To me blogging is sharing. Apa yg di ’share’ tu, everything under the sun. Bila masuk blog org, macam2 kita boleh belajar.
    Mamamia´s last blog ..Highly recommended Books… My ComLuv Profile

    • Kujie says:

      @Mamamia, kak jie baca byk blog, mmg ada mcm kategori
      kalau kita tak sesuai dgn satu2 group, tak payah nk mengata group lain….kita bentuk komuniti sendiri…tp bkn dlm masa yg singkat

  24. Mak Su says:

    Ya Allah, tekejut saya hari ni baca entry Kujie… apa-apa pun, saya tumpang lalu-lalang aje, dan moga2 hari mendatang adalah lebih baik buat Jie :)

  25. Sue says:

    Betul tu kak Jie. Saya sokong 200%. Saya tidak mempunyai ramai follower pun. Cukup sekadar kaum keluarga membaca blog saya. Jika ada kenalan baru, itu satu bonus. :)

    • Kujie says:

      @Sue, tiap org buat blog berbeza2 tujuannya jadi tak bolehlah kita nak ckp mereka tu tak pandai ke apa..

      sebab itulah kak jie buat tutorial atas pertanyaan, kalau org tak tanya…kak jie tak berani nk tolong ajar..

      rasa mcm …eeee
      susah arr nk ckp

  26. juliet says:

    kdg2 jadi silent reader saja pada blog tertentu

  27. mrs azmi says:

    kak jie sudah marah.. larikkkk!!

    bile sekali dua kite cakap berlapik2, berbasa basi, org tak paham. kene jugak cakap direct dan hasilnya keluarla fakta sebab musabab yang panjang berjela cam khutbah dari kakjie :mrgreen:
    mrs azmi´s last blog ..Entry ke 100: Hangus! My ComLuv Profile

  28. Kreuger says:

    wah.. garangnye kak jie.. takut aku.
    erk.. tapi untuk point yang ke 6. tuh
    memang tak bleh blah dowh.. memang
    ade jugak blogger jenis tuh. tapi tak heran
    ar kenapa blog dia ramai. mungkin jugak
    yang ramai tuh sebab nak berkawan dengan tujuan
    nak perabiskan duit die.. hehehe *dia tak perasan le tuh.

    bagi aku plak.. aku nak blog sebab nak release tension.
    pasal kerja.. pasal isu peribadi skit2. pasal nak berkongsi
    apa yang patut… dan tak lupe sebab nak carik kawan.

    menjadi orang lain juga dalam dunia internet ni mungkin
    juga salah satu faktor aku mula menulis. dalam sini
    kite bebas untuk jadi sapa saja. asalkan kite masih
    punye etika dalam diri.

    orang kate.. lagi tak tangkap.. maka tak salah..
    so jangan le buat sesuatu perkara sehingga
    boleh menyebabkan kite disabitkan dengan kesalahan
    yang amat melecehkan dan merumitkan keadaan… jadilah
    warga blogsphere yang bertoleransi.

    P/S: kite ni kekadang terlebih advance kan? hahaa :grin:
    Kreuger´s last blog ..Menguji keberkesanan Maxis dan Fivio melalui live blogging. My ComLuv Profile

    • Kujie says:

      @Kreuger, panjang dah ulas ni..hehehe….org lama, faham lah

      yg no# 6 tu boleh juga tulis :

      ” ini gambar aku lepas buat facial tadi, tak lawa pun…bulat je, jerawat seketul kat pipi..bla…bla… > kutuk diri sendiri

  29. takumi says:

    panjangnyer..dah mcm khutbah jumaat..hehe :)
    takumi´s last blog ..Wedding Oden & Azlina My ComLuv Profile

    • Kujie says:

      @takumi, macamlah awak tak pernah kena berleter dgn Mak Uda

      uiik Mie…mana janji manismu?

      Janji ape dgn Mak Uda? :lol:

Panorama Theme by Themocracy