hospital pusrawi

Puan Bee, Dugaan Isteri Dan Ibu

hospital pusrawi

Semalam saya dan Angah luangkan masa melawat suami Puan Bee di Hospital Pusrawi. Malam sebelum tu melalui grup Cik Kiah Propa di Whatsapp, Puan Bee beritahu suaminya telah pengsan di tempat kerja. Terkejut sangat sebab sepanjang minggu , Puan Bee yang tak sihat, tetapi tiba-tiba suami yang sakit.

Dia yang tidak biasa memandu di KL, sesat mencari arah untuk ke hospital. Bukannya jauh, dari Pandan Jaya, perlu masuk Jalan Tun Razak dan buat pusingan di Bulatan Pahang. Dalam keadaan terkejut, tertekan ditambah lagi jarang memandu pada waktu malam, dia tersesat ke arah bertentangan.

Sedih bayangkan ibu dengan tiga anak kecil ini meredah malam di KL mencari hospital. Anggap dugaan ini sebagai pengalaman akan datang. Kita akan jumpa pelbagai rintangan dan cabaran. Itulah warna warni kehidupan.

Memang ada banyak rutin harian yang bercelaru ketika ini.. risaukan suami di hospital, hantar ambil anak ke sekolah, tadika.. siapa nak jaga, siapa nak masak, siapa nak tunggu rumah dan serba serbi perkara yang nak disusun.

Seorang isteri dan ibu perlu kuat dan tabah disaat begini untuk memberi sokongan kepada keluarga. Bertenang dan jangan lupa jaga kesihatan diri. Moga suaminya cepat sembuh …. doktor cakap Vertigo. Saya pun nak google apa tu penyakit vertigo.

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

21 thoughts on “Puan Bee, Dugaan Isteri Dan Ibu”

  1. kena selalu ingat, Allah takkan timpakan kita dengan sesuatu ujian kecuali ianya mampu untuk kita hadapi..

    mudah mudahan Allah berikan kekuatan pada puan Bee dan menyembuhkan suami beliau..
    Jom terjah post menarik dari pipoq ..Melihat perkembangan anakMy Profile

  2. Semoga suami pn bee cepat sembuh dan kembali menjalankan tanggungjawap sbg ketua keluarga..Sebenarnya menjadi ibu di zaman skang kita tak boleh depend pada suami jerk, kalau boleh lakukan lebih dari apa yg patut dan kena beranikan diri..bile berlaku emergency mcm ni kita dah sistematik sedikit..
    Jom terjah post menarik dari catzer ..Oh! Diapers Muhammad Faris DanialMy Profile

  3. sian bee… moga terus tabah…

    klu jadi ke saya (nauzubillah), dgn ank 5 org… kalut, panik, silau waktu mlm, dgn x biasanya lg… aduhaiii… tp ank sulung tu dah boleh diharap juga klu nk tinggal n jg adik2. ini prsediaan mental kan kak jie sebelum brlaku perkara2 begini
    Jom terjah post menarik dari Ummi Hanie ..Wordless Wednesday #57: Erti PerhubunganMy Profile

  4. oo..tak silap vertigo ni penyakit saraf..kalau kena tu jadi sakit kepala yang teruk sampai tak boleh gerak dan buat apa apa pun..

    sorang kenalan saya sampai ambik cuti panjang dekat setahun sbb penyakit ni..semoga puan bee tabah…
    Jom terjah post menarik dari kesoma.rai ..Bila ex-boyfriend ajak rujukMy Profile

  5. Sabar dan terus berdoa…. ulang alik hospital…appointment setiap bulan… dah jadi rutin dalam hidup saya…. memang penat… tapi bila tgk muka wife dan anak2 penat letih semua hilang…..

Comments are closed.