EDITED VERSION : Fungsi Read More telah berjaya - terimakasih

Memandangkan loading time blog saya yang macam siput tercabut antena, saya cuba memaksimumkan kesannya dengan paparkan hanya 2 entri pada laman utama. Mengikut petua yang saya baca , salah satu caranya adalah buat posting ‘ read more….’

Dulu saya tak gunakan cara ini kerana posting saya sendat dan pendek. Lebih 10 kali saya mencubanya tetapi tetap tak menjadi. Bila saya gunakan button ‘more’ sidebar saya akan melurut ke bawah.

Kenapa ye? Kata life4hire buat pada perenggan baru, itu pun saya cuba tetapi tetap gagal. Otai²… boleh tolong saya?

Pagi tadi saya menghubungi pihak hosting - Internet-Webhosting membuat aduan mengenai masalah kesukaran untuk akses blog .

Ini jawapan mereka :

Hi,
Terima kasih kerana menulis.
Kami dapat mengakses dalam kurang daripada 5 saat.
Sila periksa semula di bahagian encik.

Thank You.

Wow! 5 saat .

Cuba bandingkan pula keputusan saya. 16.33s - 31.68s.

Saya mohon kawan-kawan untuk cuba test loading time blog saya di [SINI]. Masukkan url blog saya dan klik TEST. Saya ingatkan komputer saya atau internet server saya yang menjadi masalah tetapi bila beberapa orang juga mengalami masalah yang sama saya sanat teringin untuk mencari penyelesaiannya.

EDIT : Read More untuk Wordpress, kalau untuk blogspot saya ada berjaya buat di [[ SINI ]]