Sepetang di hari pesta

Penatnya….tetapi seronok!

Selepas mesyuarat PIBG di sekolah Angah, saya bertolak ke PWTC. Parkir di Stesen Komuter Serendah dan ambil tiket pergi-balik ke Stesen Putra. Untuk 2 dewasa dan seorang kanak² = RM 19.70. ( harga sebuah novel ni..he he he )

Sampai The Mall hampir jam 3 petang. Saya bawa Angah dan Intan ke food court dulu. Sebelum sesi merayau², perut anak² kena diisi dulu, baru ada cukup tenaga dan tak merengek² meragam dan selesa nak menapak dan bersesak² dengan manusia.

Tempat pertama saya tuju tentulah ke booth Alaf 21( Karangkraf). Semestinya saya mencari novel terbaru novelis Norzailina Nordin, Menanti Kasih . Teruja sangat² menanti perlancaran novel ini kerana saya mendapat watak istimewa di dalam novel ini. Ha ha ha….. Saya adalah Hajah Ku Jie isteri kepada Haji Arsaili , ibu angkat kepada watak Ahmad Ridzafi lelaki yang akhirnya menjadi suami kepada Farhana.

Url blog saya http://kujie2.blogspot.com juga tercatit didalam novel ini di bahagiaan Penghargaan bersama beberapa blogger lain.

Grazie Norz…. Ti amo!!!!! Masih terasa hangatnya pelukan, manisnya senyuman yang terkumpul petang tadi.

Saya juga beli novel Moga Kau Mengerti karya Lily Haslina, novelis yang baru saya kenal sewaktu majlis di rumah KS.

Di Pesta buku tadi, saya jumpa penulis Pakcik Mersik, teman blogger yang saya kenal di alam maya lebih setahun dulu. Puas bertukar senyum ,beliau hilang lesap tak sempat mengabadikan kenangan walau dalam sekeping photo.

Saya juga jumpa Uncle J bersama isteri dan anak²nya. Meriah keluarga ini kerana menjadi cover majalah Remaja. Sepatutnya saya berjumpa dengan isteri Abang Budin, Penerbit RTM yang popular itu, tetapi ditunda ke minggu depan menanti anaknya Umi balik dari asrama .

Saya juga sepatutnya berjumpa Rio tetapi katanya telah pulang awal. Takut ditimpa hujan petang agaknya…he he he. Tak di sangka saya jumpa Faizzah dan kandanya Attokz. Rupanya jodoh saya dengan pasangan ini.

Dalam pusing² berasak² dengan begitu ramai manusia, saya tersempat dengan Dr Sheikh Muszaphar Shukor Mustapha Angkasawan Malaysia sedang bergerak untuk meninggalkan majlis di PWTC. Dengan dikelilingi orang ramai yang ingin bersalam dan dihalang dengan bodyguard beliau, Intan dan Angah dapat juga mencelah dan berkesempatan bersalam dengan beliau. Melompat² dan terus menalifon abahnya.

” kat ISS ada elektrik ke?’ soal Intan tiba²
“kenapa”
” sakitnya tangan Intan….”

Hampir setengah jam Intan mengadu tangan dia sakit selepas bersalam dengan manusia yang pernah berada jauh di angkasa itu. Tergelak saya bila dia ingat Dr. Muszaphar ada kuasa hebat mungkin macam superman. Saya tenangkan Intan, mungkin Dr. Muszaphar bersalam dengan kuat kerana dia hendak cepat maklumlah dikerumuni dengan begitu ramai orang.

Sampai sekarang saya masih terfikir kenapa Intan rasa elektrik yang menyebabkan Dr. Muszaphar ada power macam superman atau power rangers..ha ha ha….

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. neomesuff – kakjie pun dah tiap tahun pergi Pesta Buku dah tahu sgt suasananya…ttp nak juga pergi..alih2 buku yg di cari tak jumpa..tatau nk cari mcm nama..

    kena g kedai buku gak ni…Angah nak siri Harry Potter tak jumpa ari tu

    cendawanintim – tak jumpa kt kedai order online je..

    chii – tu arr..Intan ckp..tingginya….

    hehehe

    combi – berpasangan dgn Haji Arsaili tu… he he he

    Insya Allah…kesitu juga cita2 kan..

    mz – intan rasa org yg dari langit2 tu ade power…mcm cite2 power rangers, cite man..man.. tu la…

    arin – kakjie kembang gak hati bila Intan tau sebut ISS..maksudnya dia tau gak perkembangan semasa..bkn asik dgn AF je , kan

    umi mia – seronok sbb ada perkataan PESTA tu..ha ha ha

    kt kedai buku kan semua org tekun je…. :p masing2 control keintelektualan..:p

    tul tu, p beli baca…iklan ni..tanpa penaja..hehehe

  2. Umi Mia says:

    seronoknya pesta buku..dapat jumpa ramai org lagi…dah lama dah tak baca novel…nak beli satulah novel yg ada hajah ku jie tu…

  3. ahaaa..dr SMS tuh mungkin dh sampai ke ISS dia dah ader super power gaban kot..tuh yang tangan intan sakit tuh..hehhehehe…

  4. superman ekk mamat tu? sian dak intan … cakap ngan dia tu .. kalo dah eletrik tu dah mcm tu x-men!! 😀

  5. echah_syed says:

    hajah kujie?? amin

    wahh mcm dah sampai seru :p

  6. alaa..cam menarik je…nk ar cari satu..lama gak x rembat novel

    eheh..cian intan eh..ye ar..dia salam ngan org besar camtu :p..ihiks

  7. cendawanintim says:

    tang nih jugak nak pegi carik novel tuh…huhuhu..

  8. neomesuff says:

    Saya suka pergi pesta buku..tapi yang saya tak suka yang time ramai giler orang…pikir dua tiga kali nak pegi, kecuali kalo rajin pergi time dia baru bukak. Last2 lepak kat MPH hehe

    Dr sms dah jadi ultraman kot..hehe

  9. zino – oo adik tak sihat ye….jgn pergi hujung minggu , tak larat nk berasak2 dgn org ramai

    duniabudin – he hehe…sy tunggu tahun depan :p

    muadzlife -datanglah bagi sokongan pada kawan²

    beli online pun boleh , kan…dihujung jari je..tp pastikan akaun maybank2u ade..:p

    ngehhh..Hajah Ku Jie :p

    azis -beli jgn tak beli..puas kita melancong ke Itali kali ni..

    neeza – itulah..dia bkn sempat nk tgok siapa dia salam..budak2 tu yg teruja sgt dapat dalam dgn org fofuler

  10. arsaili -ye la tu Tuan Haji..hakhakhak… jgn guling²jejauh Tuan Haji…:p

    mat gebu -tak ngaku kononnnn, p cari novel ni cepat..semalm kat PWTC sold out!

    amd redo1 – bawalah semua buah hati tu dtg Kl time ni…nasihat saya jgn dtg waktu hujung minggu, tak sempat nk belek..

    jun – dah dapat Jun, tak de keje lain lah..dok belek novel selagi tak abis…:p

  11. Neeza Shahril says:

    kihkihkihkihhh.. sakit ke Dr Muzaphar genggam.. dia pukul rata lah tu.
    Kalau genggam lembut, nanti orang kata nak ngorat lak. Jadi dia genggam kuat semua orang..
    kesian Intan.. nanti kak neeza urutkan nak? hehee..
    Tapi takpe Intan.. bukan senang nak salam dengan orang famous kan.. hehehe…

  12. sy pn nak beli jugak la…tapi sini mesti lambat sikit buku2 baru sampai…

    ***banyak ke memborong???? hehehe

  13. muadzlife says:

    huhuuu seronok nya dapt jumpa ramai teman2 blogger…:)

    sy gak blom kesampaian lagi nih..tak taw bila lar berkesempatan.

    tp nak carik gaklah buku tuh..nak baca watak hajah ku jie tuh…hiks 🙂

    selamat berhujung minggu.

  14. DUNIABUDIN says:

    Jie… tahun depan jangan lupa beli buku saya pulak no… Norzailina dah janji nak bantu saya tulis buku. Buku 3 lima.

  15. pamiran buku dah start ya.. tak sempat lagi nak pegi..

    adik pulak tak berapa sihat .. tak larat dia nak berjalan dalam org ramai tu..

  16. jieee…dah dpt pon novel tu yer..hajat nk pegi semlm x kesampaian..x d rezeki rupenyer…wahhh, dh stat baca novel chef kita tu?

  17. mad redo1 says:

    sudah lama mad redo1 tidak ke pesta buku di PWTC itu… tidak sangka ianya menjadi medan pertemuan blogger, dalam imiginasinya mad redo1 pasti berasa seronok bertemu semua yang disebut di atas… semoga dipanjangkan usia kita semua…

  18. Mat Gebu says:

    Uikk…walaupun bukan penggemar novel2 cinta (mengaku nihh!!), nak jugak rembat satu novel terbaru kak lina tu, saja nak tgk watak “Hajjah Ku Jie”……

  19. arsaili says:

    salam kak jie, tak sangka kita berjodoh dalam novel…ekekekek..gelak guling2….ahaks..

Trackbacks

  1. […] novel Norzailina Nordin, Menanti Kasih terdapat watak saya sebagai Hajah Kujie isteri kepada Haji Arsaili , ibu angkat kepada watak Ahmad Ridzafi lelaki yang akhirnya menjadi […]

  2. […] cerita Menanti Kasih tahun 2008 dengan watak Hajah Kujie.  Suami cakap lepas dia balik dari Algeria, Insyaallah kami […]