Top Blogger Kantoi Pakai Baju Yang Sama Di Dua Majlis Berbeza

Malam tadi Earth Hour ye?   Saya tengok jiran tetangga saya meriah berpesta terang benderang.   Rumah kami saja silau-silau cahaya dari TV.  Peralatan elektrik lain memang bukan keperluan, saya telah matikan.  Kemampuan saya hanya setakat itu, jadi saya ikut mana termampu je lah.     Jiran-jiran saya mungkin tidak mampu untuk bergelap atau tidak tahu langsung!

Apa saya buat dalam tempoh tersebut?

Saya hadiri dua majlis anugerah hebat.   Majlis ala-ala Golden Globe Awards berlangsung dengan cukup meriah bila saya berpeluang bercatwalk di laluan karpet merah seperti  artis terlampau menayangkan baju dan aksesori tajaan penaja dengan nilaian jutaan ringgit.

Majlis pertama berlangsung di blog Azrul Hisham . Terimakasih kerana saya lebih cantik dan awet muda dengan award yang seksi ini.

Kemudian saya tergesa-gesa tinggalkan majlis bergegas ke blog Ben Ashaari tanpa bertukar baju merelip-relip dengan harapan tiadalah wartawan dapat menghidu saya pakai baju yang sama dalam 2 majlis berbeza.

Top Blogger 2010 – Terimakasih atas anugerah award ini walaupun saya tahu kemenangan ini menimbulkan banyak kontroversi kerana tahun 2010 belum pun cukup 100 hari.

Kerana saya blogger cantik dan top saya dengan sesuka hati melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur .  Saya tidak akan berkongsi award ini dengan blogger yang lain dan akan simpan diri sendiri.

Saya sedar sikap kekwat ini akan menyebabkan wartawan hiburan ada skop besar untuk “paper hari minggu”  minggu depan.

Gurau senda  hari minggu – no hard feeling, ok.  Saya lihat ramai blogger dah tempek award ini , saya saja yang terlewat sebab itulah award ini tidak akan menjadi ” award berantai.” lagi.

Trivia:

kujie2.com adalah Pemenang top 8 ranking dengan keywords Weblog Popular 1Malaysia tahun 2009 anjuran Denaihati

74 Replies to “Top Blogger Kantoi Pakai Baju Yang Sama Di Dua Majlis Berbeza”

  1. tahniah kak kujie
    byk jumpa banner award tu 🙂
    .-= Wan Perlis´s last blog ..WanPerlis – ini blog baru saya =-.

  2. semakin meletop pemilik blog “hidup biar sedap” nie…sekalung tahniah diucapkan w/pun berjalan diatas red carpet di alam siber shj…

  3. saya pon suke ngan entry2 k.jie penulisan yang matang dan menarik juga kreatif..heheh 😆
    .-= eiyda´s last blog ..eiyDa:: Best ke ada Blog dan bergelar Blogger:: =-.

  4. bila baca tajuk ingatkan siapa la top blogger tu. rupa2nya kak jie. memang hebat. hehe
    .-= zaiMi´s last blog ..Kempen Boikot Akademi Fantasia 8 Di Facebook =-.

    1. itulah… mmg pakai baju seksi gak malam tadi..maklumlah nak ambil anugerah hebat..ada siaran langsung tapi dalam gekap

  5. hengat golden grammy award tadi.. heheh
    tahniah yer…
    .-= ery´s last blog ..Tin Kosong Dapat Award?? =-.

  6. igtkan kak jie dah menang award apa td, huhuh tahniah la, nanti pasni dpt menang betul2
    .-= mijie´s last blog ..Naikkan trafik blog part 1 =-.

  7. saya tak tempek lagi award kat atas tu.. 😀
    semalam bilik saya je bergelap sebab kawan2 serumah tak support. dorang tengok movie la, ada tgk tv..
    .-= Amir´s last blog ..Derita blog kehabisan bandwidth =-.

  8. gulp! maza turut terima award terhandsome di alam maya.. mampu mengalahkan Maya Karin, Imuda, Zamil Ismail juga Arnold susahnakeja! huhuhuu…

    lagi, maza tak tepekkan award itu..
    mahu simpan sbgi kenangan..
    utk diamati sendirian.. heheeheh

    psst: Tirana, nanti kesenangan, maza tepekkanlah ya. hehehe

    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:
    .-= maza´s last blog ..Perkhidmatan Kerajaan Yang Paling Cemerlang? =-.

    1. ha ha ha..hari minggu ni selalu berita artis je kat paper ‘hari ahad’…. kita blogger, kita buat berita blogger la… 😆

  9. Salam Kak Jie..

    Pergh! Patut la Malam Tadi nampak Kak Jie kat Red Carpet BaDaBing Da BOMB!! :mrgreen: :mrgreen:

    Aha, ketawa sorang-sorang pulak bila Kak Jie buat entri macam ni. Seronok juga sekali sekala baca macam ni.

    Aha, almari kak jie musti penuh dengan “Award” je kan?

    Selamat Hari Ahad : )
    .-= Incik RestNrilekS´s last blog ..Blogging is No Longer Fun =-.

    1. Uik…perasan ke Kak Jie berkasut tumit tinggi hampir tersembam masa naik stage tu.. he h ehe

      Entri ringan macam paper hari minggu – malam nanti ada entri ‘berat’ , dan seminggu buat draft kumpul bahan.

  10. ini namanya kreativiti dalam meluahkan idea..
    great style kak jie.. love it…
    .-= AkuTypo´s last blog ..Lucu: Gambar Tak Kene Masa =-.

    1. rancang nak tulis entri lain tapi rasa tak best nanti ‘ada hati yang terluka’
      jadi tulis saja entri gaya ‘blog nyamuk’ 😆

  11. Kreatif giler kak jie buat entri camni 😉
    .-= MrRollies´s last blog ..Facebook Alternatif Membangkitkan Isu Perkauman Dan Penghinaan? =-.

      1. tapi saya sangat suka dengan gaya penulisan macam ini..
        >.<
        .-= MrRollies´s last blog ..Facebook Alternatif Membangkitkan Isu Perkauman Dan Penghinaan? =-.

Comments are closed.