Category: Resepi

Nasi Ambeng

By Kujie, 14/01/2010 4:40 pm

nasi ambeng jawa 333x250 Nasi Ambeng

Inilah nasi ambeng….tradisi orang jawa. Menunya nasi ambeng mengandungi nasi dengan ayam yang dimasak kicap, mee goreng , sambal goreng dan serunding kelapa.

Orang biasa punya impian luar biasa

By Kujie, 10/11/2009 9:21 pm
AWAS : Entri ini boleh menyebabkan keyboard anda banjir dengan air liur!

Esok kelas Angah ada jamuan perpisahan akhir tahun.  Kebetulan ahad lepas ( 08/11/2009 ) adalah hari ulangtahun kelahiran dia yang ke-15, saya buatkan dia kek kukus cokelat. Sebenarnya kami dah sambut pun ulangtahun dia, masa mak buat kenduri kat kampung hujung minggu baru ni.

kek kukus cokelat

Kek ini belum dimake up lagi ni. Kejap lagi siram dengan cokelat cair, tabur² cokelat rice, siaplah.

Kemudian sementara tunggu kek kukus masak, saya buat trifle peach. Jom kita masuk kelas sains rumahtangga.

trifle peach

Potong swiss roll, susun dalam bekas . Potong buah peach tabur atas swiss roll .
Continue reading 'Orang biasa punya impian luar biasa'»

Samosa

By Kujie, 06/10/2009 10:49 pm
samosa

Petang tadi kami anak beranak buat samosa. Walaupun pertama kali mereka buat , kemas juga  bentuknya.  Saya bagi 5 bintang!

Buat separuh saja, penat dok kelebek .  Inti dan kulit popia yang berbaki simpan dalam freezer, boleh digunakan lain hari.

Nak resepi?

Malaslah nak tulis. Continue reading 'Samosa'»

Sardin Roll bergolek

By Kujie, 02/09/2009 2:59 pm
Menu petang ni yang saya ambil dari Jun . Setiap hari saya berbuka di masjid dengan keluarga dan biasanya saya bawa kuih ( atau kadang² nasi dan lauk pauk ) ke masjid.

Pastri
250 gm mentega sejuk
500 gm tepung gandum
Secubit garam
Air sejuk

Cara Membuatnya

Continue reading 'Sardin Roll bergolek'»

Sambal Tahun Belulang

By Kujie, 24/12/2008 2:21 pm
Seorang pesakit saya telah discharge. Emak mertua dah balik kampung pagi tadi. Biasalahlah…bukan boleh tinggalkan rumah di kampung lama-lama.Sebenarnya anak perempuannya yang bekerja di kampung menunjukkan tanda-tanda Chikungunya.

Sekarang tinggal adik ipar yang berkemungkinan bercuti 3 bulan. Berkerusi roda di dalam rumah. Saya tak ingin bercerita hal tersebut sebenarnya, itu antara saya bantuan ikhlas yang tak perlulah saya bercerita lagi.

Sambal Tahun Belulang

Sambal Tahun Belulang

Dulu saya pernah bercerita tentang nasi ambeng, hari ini nak bersembang tentang Sambal Tahun. Orang jawa mesti tahu masakan ni tapi tak pasti pula masih ingat cara nak masak. Hari ini menantu jawa nak kongsi resepi masakan tradisi jawa yang hampir dilupakan ini.

Bahan utama :
2 mangkuk lengkuas muda (  orang jawa panggil laos – diricik-ricik )
1 mangkuk cili api ( lombok )
* nisbah 2:1 ( kalau guna sukatan cawan atau apa saja )

Kulit lembu ( orang jawa panggil “belulang” )
- Belulang di bersihkan, di bakar dan di rebus kemudian di potong halus.

Bumbu ( bahan yang ditumbuk halus )
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
segengam bilis
asam jawa
belacan – disangai dulu

Bahan lain :
2 sudu minyak masak
1 biji santan
gula
garam ( orang jawa panggil “uyah” )

Caranya ( coro arek ngawe):

1. Lengkuas di goreng biar layu, ketepikan. Goreng cili api dan diketepikan.
2. Dalam kuali yang sama, bekas minyak tersebut di goreng  bumbu. Terbit bau masukkan santan dan belulang ( kulit lembu ) .
3. Masukkan gula dan garam secukup rasa….karepmu lah…  Biar masak.

Masakan ini tahan lama dan boleh di masukkan apa saja -  perut lembu ( babat ), ikan, kerang , ayam atau bilis pun keneng ( pun boleh ) Lebih sedap selepas berhari-hari diperangat ( panaskan ).

©Kujie – saya hanya tahu di Malaysia ada orang jawa selepas berkahwin …hehehehe, :razz:jakunnya! Selepas 24 tahun hidup.  Kami kenal hanya 6 bulan terus berkahwin dan pada tempuh pertunangan barulah saya tahu dia orang jawa. Kejutan budaya juga le..

Continue reading 'Sambal Tahun Belulang'»

Panorama Theme by Themocracy