Ninetology U9Z1 Untuk Makcik Blogger
Advertorial

Ninetology U9Z1 Untuk Makcik Blogger

Ninetology dan LG
Abaikan tarikh yang tak sama – belum setting.

Awal minggu lepas saya terima 2 telefon untuk digunakan sebagai perbandingan sebelum dibuat review.  Smartphone yang saya terima adalah Ninetology U9Z1 dan LG Optimus G Pro.  Seronok juga sebab saya sudah terlalu biasa dengan Samsung. Bila dapat kedua-dua telefon yang berbeza, penilaian kita tidak tergugat dengan kebiasaan yang selalu kita guna.

Jom tengok spec kedua telefon tersebut:

 

PERKARA LG OPTIMUS G PRO NINETOLOGY U9Z1)
Harga RM 1980 RM 1199
Skrin 5.5″ 5.7″
Os Android 4.1 Android 4.2
Dimensions 150.2 x 76.1 x 9.4 mm 161 x 82.5 x 9.3 mm
Weight 172 g 191g
Resolution 1080 x 1920 pixels 1280 x 720 HD
Kapasiti Bateri 3140 mAh 2600 mAh
Kamera 13 megapixel/ 2.1MP 12 Megapixel/ 5 MP
RAM 32GB + 2GB 16GB Rom + 1GB RAM
Processor Quad core, 1700 MHz, Krait 300 Quad-core 1.2 GHz
Screen Color IPS LCD IPS HD
Lain-lain Corning Gorilla Glass 2

Kalau dilihat dari specs , sudah tentu LG Optimus G Pro mempunyai kelebihan dari sudut  kecekapan dan kelajuan capaian.  Tetapi kepada pengguna bukan  hardcore seperti  wanita berusia seperti saya, U9Z1 sudah cukup memadai.

Keperluan setiap orang berbeza bergantung kepada lingkungan umur.

review ninetology
Power Control Widget U9Z1 menggunakan sistem quick setting panel. Bila buka aje, tiap panel jelas dan tenang untuk kita pilih bagi mengaktifkan sesuatu fungsi kegunaan.  User-friendly untuk wanita seusia saya.

Butang ‘back’ LG Optimus G Plus berada di sebelah kiri, sesuatu yang sukar dicapai bagi pengguna kidal.

hang out
Skrin yang lebih besar ini memudah saya  nak hang-out dengan anak-anak. Puas dapat tengok wajah walau pun duduk berjauhan.  Kapasiti kamera depan 5 Megapixel boleh nampak jerawat  dengan jelas.

Saya sekarang memang buat video call saja, anak-anak tak boleh nak menyorok.

Hah! tu muka baru bangun tidur, dah pukul berapa ni baru nak bangun?  Rambut dah panjang tu, bila nak potong.. bla… bla… bla….. tu jerawat tepi hidung tu , tidur tak cuci muka le tu…. bla..bla…bla… pencuci muka yang mama beli tak guna la tu..bla..bla….”  Skrip default  mak-mak!

 

wordpress for android
Skrin yang selesa untuk update blog. Makcik blogger macam saya mesti nak selalu buat live blogging melalui telefon.  Tak boleh guna alasan jari gemuk lagi kalau dah kerap typo!

smartphone
Bila surf pun terang.  Baca cara memasak selepas mencari resepi sesambil mengoreng sayur pun boleh.  Nampak gambar cantik macam tu, boleh datangkan mood untuk memasak.

ninetology
Senang nak baca news melalui Google Current – cuma perlu slide  dari tepi saja untuk buka page baru…tak perlu nak scroll down

menu button
Ada satu yang saya tak berapa berkenan. Telefon ini berwarna putih, skrin hitam menyebabkan keluasan skrin nampak kecik. Kalau semua badan telefon berwarna hitam, skrin akan nampak luas. Ilusi optik.

Walaupun harga telefon Ninetology U9Z1 ini dalam lingungan mampu milik, smartphone ini juga mempunyai gaya teknologi masa kini iaitu Near field communication (NFC) dan boleh mengecas telefon melalui wifi.

Kalau nak spec yang tinggi, kenalah bayar lebih.  Dengan harga yang ditawarkan oleh U9Z1,  smartphone ini sudah cukup memadai untuk kegunaan wanita lingkungan umur seperti saya. Boleh masukkan telefon ini kedalam senarai hadian kepada ibu sempena harijadi atau hari ulangtahun perkahwinan ibubapa.

Kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui maklumat dan informasi terkini mengenai produk Ninetology, kunjungi laman web Ninetology di http://www.ninetology.com

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

39 thoughts on “Ninetology U9Z1 Untuk Makcik Blogger

  1. Harga mampu milik ninetology u9Zi ni. Bagi yg pendapatan sederhana dan ingin merasai menggunakan smartphone kelas pertengahan aku rasa u9zi adalah pilihan bijak.

    1. Konsep blog berbeza… tak boleh review mcm dia. Tak original dah kalau ubah cara.

      Audience kak jie mcm ni… audience amanz golongan lain… org hi tech depa tu.

    2. Nampaknya Ninetology ni giat pasarkan telefon baru dia. Cuma satu je, namanya susah sikit nak sebut dan kurang catchy. Kalaulah namanya lebih senang disebut, senang sikit orang ingat, apapun satu perkembangan yang baik terutamanya bagi pengeluar tempatan. Harap ada tablet yg power-power pula lepas ni dari syarikat tempatan.
      Jom terjah post menarik dari Hip Mom ..Google PageRank Will Not Be Updated AnymoreMy Profile

  2. Aina pun sedang pertimbangkan antara Ninetology dan Samsung bagi menggantikan hp Samsung sedia ada suami almaklumlah dia juga kategori org lama jadi nak beli yg sesuai dgn umur dan kegunaan dia.
    Jom terjah post menarik dari JunAina ..Buah Yang Menyihatkan MataMy Profile

    1. review ni dari makcik umur 40’an
      laju tera mana lah makcik nak surf internet tu, biasanya nak hang out dengan anak-anak atau sekarang ni main facebook.

      kalau untuk remaja atau lelaki yang main game, tengok movie, youtube, dia kena cari spec yang berbeza.

      sudah tentu harga pun berbeza
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Ninetology U9Z1 Untuk Makcik BloggerMy Profile

    1. korang muda remaja, slim lagi tak apa lah.. hahaha
      selalu kena bahan kalau typo
      tengok semalam tu.. sunway jadi sunday…membahan je keje dia orang tu 🙂

      1. cara review yang baik.
        penyampaian santai. pengisian sampai

        dayah jenis benci baca entry maklumat *dasar malas menuntut ilmu haha
        tapi entry akak berjaya buat dayah baca.

        nak dengki lah dengan akak.. hekhek..
        (harap one day dayah dapat menulis sebaik ini)
        Jom terjah post menarik dari dayah ..bila bini aku nak tikam akuMy Profile

        1. hah dayah ni, suspen aje..apalah yang dia ‘sesuatu’ tu

          bila buat review..kak jie tulis berdasarkan diri sendiri…blog sendiri, kefahaman sendiri…orang lain mungkin akan tulis sesuatu yang berbentuk teknikal kalau itu kepakaran dia…

          tapi kak jie mmg blogger mak mak..so kehidupan mak mak lah yang kak jie tulis.

          itu juga satu kelebihan kerana selalu smartphone disasarkan kepada orang muda sedangkan ramai golongan mak mak ni juga nak guna smartphone.

Comments are closed.