Catatan Raya Sepanjang Lebuhraya Timur Barat
Percutian

Catatan Raya Sepanjang Lebuhraya Timur Barat

Blog belum stabil, jadi kita layan saja gambar orang-orang yang saya rindui sekarang. Seminggu bercuti bersama, sekarang kembali tinggal berdua dengan Intan.

Tasik Banding

Hari raya ke – 3 , kami melalui Lebuhraya Timur Barat sejauh 123 kilometer meliputi 61 km di negeri Perak dan 62 km di negeri Kelantan.   Laluan ini merentasi Tasik Temenggor yang merupakan empangan hidroelektrik di Perak.

Lebuhraya Timur-Barat mula dibina pada tahun 1967 dan dibuka pada 1 Julai 1982. Lebuhraya ini merupakan pembinaan lebuh raya yang memakan masa paling panjang di Malaysia kerana sering terganggu akibat perbuatan khianat pengganas komunis yang menyerang hendap pekerja binaan.

Pada tahun 1989, apabila pihak komunis menyerah diri sepenuhnya barulah laluan lebuhraya ini dibuka kepada kenderaan tanpa kawalan ketat pihak tentera. Sebelum itu, pemandu hanya boleh melaluinya pada waktu siang sahaja dan perlu melapor diri setiap kali menggunakannya.

tasik banding

Kami terjumpa monumen seperti ini di sekitar Jambatan tasik Temenggor. Mungkin inilah kubu  kegunaan tentera untuk berkawal suatu ketika dahulu.

 

Lebuhraya Timur Barat

Suami dan anak-anak yang berkongsi catatan perjalanan bersama.

Hentian Titiwangsa Lebuhraya Timur Barat

Lokasi ini adalah di Hentian Puncak Banjaran Titiwangsa, salah satu tempat rehat di laluan Lebuhraya Timur Barat .  Ada dua tempat rehat sepanjang lebuhraya ini iaitu di Hentian Tasik Banding dan di Hentian Titiwangsa. Berhentilah dan nikmati satu pemandangan amat menakjubkan lukisan alam dengan gunung-ganang serta lurah seluas saujana mata memandang.

Tolong jaga kebersihan untuk memelihara alam harta milik bersama ini. Di lokasi ini suami saya telah menegur seorang kakak yang tanpa segan silu membuang plastik bekas makanan keluar dari tingkap kereta yang sedang berhenti di situ.

 

empangan elektrik pergau

Kemudian di Kuala Yong, terjumpa Empangan Pergau. Mesti berhenti untuk tujuan pembelajaran.  Suami sekarang pun sedang bekerja untuk projek empangan hidroelektrik.

“Itu watershed… itu dam..nanti kalau air dah sampai satu-satu level, dia akan keluar ikut situlah….”

  • Empangan Pergau adalah stesen janakuasa hidro terbesar di Malaysia dengan keupayaan 600 MW.
  • Empangan terbesar di Malaysia adalah Empangan Kenyir.
  • Stesen janakuasa tertua adalah Empangan Chenderoh.

pemandangan indah sepanjang lebuhraya

Sempat mengabadikan gambar kenangan ini sewaktu kereta sedang bergerak.

Pusat Membeli Belah Bukit Bunga, Tanah Merah

Pusat Membeli Belah Bukit Bunga, Tanah Merah Kelantan. Bila melalui kawasan ini, saya terpandang papatanda 2 KM dari sempadan Malaysia – Thailand. Terus buka google map di telepon dan melihat Bukit Bunga adalah tempat laluan kami yang paling hampir dengan sempadan Thailand.

Terdapat gerai makan,minuman , buah-buahan , cenderamata , wakaf, tandas awam di kawasan ini. Kami beli buah salak yang sangat sedap. Puas hati!

 

melawat muzium

Kami juga melawat muzium sewaktu di Kota Bharu… ada sesuatu yang menarik di peti surat klasik ini.

catatan sejarah pejabat pos

Nama syarikat yang membina peti surat ini… sesiapa boleh baca?

pemandangan tasik kenyir

Ini dah di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir pada hari raya ke- 4 selepas kami bermalam di Wakaf Che Yeh.  Suami dah mula bekerja, kami anak beranak ambil kesempatan untuk berjalan di sekitar Pengkalan Gawi.

pokok menarik
Hanya satu-satunya pokok yang masih bertahan di lereng ini… sampai bila? Kami dibawa oleh suami mengelilingi tempat projek empangan hidroelektrik yang sedang dibina.

pengkalan gawi tasik kenyir

p/s – lewat malam nanti, blog akan ditutup sejam dua untuk kerja-kerja senggaraan

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

43 thoughts on “Catatan Raya Sepanjang Lebuhraya Timur Barat

  1. Assalamualaikum, nak mintak info sikit, berapa lama dari jeli ke grik? Insyallah saya akan melalui jln yg sama.

  2. sronok nya berjalan2 di iringi boipreng2 :)) ahakz
    da bujang2 besaq2 no? da anak dara da sowang tu. sat2 ja no?
    *kat tasik ni geram jek nak memancing :p*

  3. wah…best gambar2 ni…nampak mesra dan ceria semuanya =)

    kami biasa kalau lalu, mmg lalu sungguh…berhenti pun boleh kira berapa kali…maklumlah, nak lari jem..last2…jem jugak…hahaha
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Celoteh Kakak #6 Kahwin?My Profile

  4. Wow! Kak jie sudah menyelesakan diri dengan kamera canggih DSLR!
    Tahniah Kak Jie.. lepas ni mesti meletop2 gambar di blog ini.. hehehe

    maza suka gambar Kak Jie no. 1 dan yg berpelukan tu..
    memang nampak kemesraan dan kemeriahan.. dan itu bikin maza jeles.. uhuk!
    nak jugaaaaakkkk….
    Jom terjah post menarik dari maza ..Gadis Bertudung Servis TubuhMy Profile

    1. kami singgah semalam saja… tidur kat hotel area wakaf che yeh
      cadang malamnya nak berfoye foye anak beranak, tapi hujan turun dengan selebatnya…apalagi masing2 tarik selimut tak keluar.

      esoknya melawat muzium dan pergi dua rumah je..tak sempat nak pergi ke tempat lain… maaf ye cikgu, lain kali ye
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Catatan Raya Sepanjang Lebuhraya Timur BaratMy Profile

  5. Bestnya jalan-jalan sambil belajar. 🙂 Menikmati keindahan alam bersama family. Dah mula keja balik ni, tiba2 rindu suasana dengan family raya hari tu.

    1. ada gambar2 lompat tu..tapi bukan utk siaran umum, tak memua boleh dikongsi, kena tapis juga.

      yg umum yang sedang2 saja boleh disiarkan..kehkeh
      duck face pun ada aih!
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Baling Wakaf Che YehMy Profile

Comments are closed.