Horayyy….. ramai kawan² saya sebijak sang kancil kerana meneka dengan tepat. Kami ke Zoo Negara. Destinasi yang paling sesuai untuk anak².

Info :
Tiket Dewasa = RM 15.00
Kanak² = RM 6.00

Warga emas ( + 60thn ) = RM 6.00

Free entry if it is your birthday!

Noami, Angah, Nurul & Intan bersama Cik Pah yang berleher seksi.

Hai Mak Jah…. salam perkenalan

Penat berjalan berkenalan dengan kawan² baru, keluarkan bekal dan tikar. Ada nasi, sandwich dan puding.

Melawat akuarium. Si Toman ini ucapkan ‘bluek..bluek….korang dpt tgok je, tak leh mancing aku…’ untuk Bro Lan dan Papa Mafia .

Lepas itu kita tengok pertunjukkan. Jangan terlepas jadual kerana anak² mesti suka sementara kita boleh duduk hilangkan penat dan lenguh kaki!

Info:
Multi-Animal Show - (Sea Lion / Macaques / Macaws)
Daily: 11.00 am & 3.00 pm / 3.30 pm (Friday)

Apa perasaan korang kalau depan mata tengok benda² macam ni? Bagi saya sungguh biadap kerana memalingkan belakang kepada orang lain sudahlah tidak sopan, apalagi dalam keadaan macam ini. Saya geli geleman dan malu dengan anak². Baju dia saiz budak 9 tahun!!! Kenapalah bahagian berkurap bersopak itu nak ditunjukkan pada orang.

Saya paling benci dan nak termuntah bila memandu dan ternampak awek membonceng motorsikal dengan boipren masing² dalam keadaan macam ini. Pemandangan ini terlalu kerap kita lihat sekarang.

Wahai gadis²ku… peliharalah kehormatan kamu. Janganlah kamu menangis kerana tidak dihargai tetapi menangislah kerana tidak berharga lagi!

Jie ~ tetap sibuk , ada banyak hal sehingga hujung minggu… rindu nak jengok blog kawan²