Kenangan Terindah Hujung Disember Di Genting Highland
Percutian

Kenangan Terindah Hujung Disember Di Genting Highland

Ke Genting lagi. Saya sebut LAGI sebab pada 2/12/2012 saya dah ke Genting.  Ke Genting untuk kali ke berapa puluh dah, tak ingat.  Bawa anak saudara yang datang bercuti sekolah. Masa tu kami memandu sampai ke atas. Jarak dari rumah lebih kurang 40 kilometer. Jalan-jalan sambil menghidup udara segar dan balik.  Satu sen pun tak dikeluarkan di Genting.

Kali ini adik no 6 dari Sungai Petani pula yang datang bercuti bersama 2 anak lelaki mereka.

cable car genting

Dari rumah saya memandu hampir 20 minit untuk sampai ke Stesen Kereta Kabel, Gohtong Jaya. Kami naik kereta kabel. Tiket kereta kabel ke Genting berharga RM 6 sehala untuk dewasa.  Gondola kereta kabel ini boleh mengisi maksimum 8 orang.

cable car

Berbanding awal Disember lalu,  cuaca kali ini sangat berbeza. Berkabus dan berangin.

melawat genging highland

Adik saya dan keluarga.

 

cuaca di genting hignland

 

Ini adik bongsu  yang tinggal di Jalan Klang Lama.  Hujung minggu dia balik ke rumah saya.

harga tiket genting

 

Harga tiket Genting Theme Park

  • Dewasa RM 66
  • Kanak-kanak – RM 45
  • Warga Tua – RM 45
  • Pakej Keluarga  – RM 200 ( 2 dewasa + 2 kanak-kanak)

Harga Tiket Outdoor Park

  • Dewasa Rm 50
  • Kanak-kanak – RM 35
  • Warga Tua – RM 35
  • Pakej Keluarga  – RM 153 ( 2 dewasa + 2 kanak-kanak)

Harga Tiket First World Indoor Theme Park

  • Dewasa RM 30
  • Kanak-kanak – RM 28
  • Warga Tua – RM 28
  • Pakej Keluarga  – RM 102 ( 2 dewasa + 2 kanak-kanak)

* Kanak-kanak  berumur 12 tahun ke bawah dan mesti ketinggian 90sm ke atas.  Kalau tak cukup tinggi, tak boleh main.

 

Kami tak main apa pun.  Memandangkan cuaca yang berkabus, sejuk dan berangin, kami lebih banyak luangkan masa di luar bangunan.

aktiviti di genting

Layan dua budak yang super aktif – Ku Faiz dan Ku Irfan

gambar suasana di genting highlandMenikmati cuaca dan persekitaran tanah tinggi

Pukul 4 petang, kami dah selamat sampai ke rumah semula.

 

Ini adalah cubaan menggunakan Gallery WordPress 3.5. Bukan senang nak snap gambar Ku Irfan ni, tak duduk diam

©kujie – 16hb Disember belum hujung tapi rasa best pula letak tajuk macam tu. biar je lah… hiks!

 

NOTA :  Harga park kereta di Genting dan Stesen Kereta Kabel – PERCUMA

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

30 thoughts on “Kenangan Terindah Hujung Disember Di Genting Highland

  1. ohh.. dekat saja rumah kakjie dgn genting ya…

    kalau sy, boleh kira dgn jari berapa kali je pegi genting… naik kereta kabel sekali je tu pun masa ank sulung masih kecik 😉

    masa tu pula belum bukak blog, so tengok gambar dlm album je laa… 😉

    bagus ye ada pakej keluarga tu

    p/s: kakjie ank sulung ye.. ramai adik beradik. mmg sibuk la melayan adik2 dan keluarga ye 😉 bestnya ada kakak dekat mcm ni. kakak sy jauh2

    1. kak jie anak sulung dari 8 beradik
      adik bongsu di KL, adik no 6 di Tanjong Malim dan dia orang selang seminggu datang ke rumah
      adik lain kat Kedah
      kak jie memang rapat dgn adik² ipar ( ada 4 adik ipar perempuan )

  2. awal tahun ni ada ke genting. ingat nak tgk bunga api. tapi kerana hujan bunga api tiada. pegi seharian kurang seronok melainkan kita cuma sekadar ingin lepak2

  3. Genting? Lamanya tak ke genting. Padahal, masa muda remaja, parents selalu bawa. Asal ada cuti berganti, ke sinilah tempat dituju.

    Sejak kawin, x pernah sampai lagi….. Wahhhh… Tetiba rasa kesian pulak kt anak tunggal ku ini. Hihih

  4. Ehhh dekat jer rumah ngan genting yer..wahh seronoknya naik kereta kebal…mesti gayat kan..jantung pun dup dap-dup dap jer..haha

    1. kami tak bercadang untuk main ourdoor game…dulu² dah pergi.
      cuma nak tengok, kata adik…. yang baru kali pertama pergi

      p/s – registerlah gravatar.com utk dptkan avatar bila komen

  5. Memang ada perancangan nak pegi Genting dalam masa terdekat ni tapi nampak gaya macam nak kena tangguh ke awal tahun depan je..banyak urusan lain yang perlu diselesaikan..
    Tak pernah jumpa lagi Ku Faiz dan Ku Irfan ni..anak-anak Ku Jamil ke?
    Sbb berdasarkan gambar tu dah tak berapa kenal..dulu jumpa masa kecik2 je..

Comments are closed.