Lalu Kong Kong Ke Sedili Mencari Sepit Biru
Percutian

Lalu Kong Kong Ke Sedili Mencari Sepit Biru

Sebenarnya perjalanan kami ke Sedili Kechil, Kota Tinggi sengaja memilih jalan yang jauh semata-mata ingin melalui Jambatan Kong Kong , Lebuhraya Senai-Desaru. Kalau ikut Ulu Tiram – Kota Tinggi lebih dekat.

Tahun 2007 , suami saya pernah tinggal di Masai, Johor untuk kerja-kerja membina jambatan yang merentasi Sungai Johor di Kampung Kong Kong.

Jambatan Kong Kong Senai Desaru Highway
Jambatan Kong Kong Senai Desaru Highway sewaktu masih dalam proses pembinaan

Sejak tu, kami tak berpeluang untuk ke Johor. Alang-alang dah ke selatan, teringin juga untuk tengok jambatan di lebuhraya tersebut.  Akhirnya , hampir 9.30 malam baru kami selamat tiba di Kampung Sedili Kechil.

jambatan kg sedili kechilBeberapa meter dari rumah adalah Jambatan Sungai Sedili Kechil.   Jambatan ini menghubungkan  Sedili hingga ke Tanjung Balau, Desaru dan Bandar Penawar.  Pagi² berdiri di atas jambatan dan melihat para nelayan keluar ke laut.

kampung nelayan sedili kechil
Pemandangan dari dapur sambil memasak

Rumah tempat persinggahan kami selama 2 hari seperti disebelah.  Ini adalah jeriji tingkap dapur .  Sambil memasak intai sampan beroleng-oleng dipukul ombak.  Angin yang berbau payau bebas masuk dan keluar.

perahu di jeti
Kampung Sedili Kechil

Awal pagi di kuala sungai.   Leka tengok sampan berkolek-kolek bila dipukul ombak dan angin sepoi-sepoi bahasa.

tanjung sedili
Tanjung Sedili

Ini kat Tanjung Sedili.  Dulu ada jeti dan bot penampang untuk ke Sedili Besar sebelum siapnya jambatan yang merentasi Sungai Sedili Besar.  Sekarang tak perlu naik bot lagi.

menaiki bot di tengah lautan
Pengalaman pertama menaiki bot nelayan

Berdegup degap juga jantung bila dilambung ombak ditengah lautan.  Nasib baik tak ada yang mabuk laut.  Tahan lasak juga Intan ni.  Sesekali ombak besar, melambung bot dan jatuh menghempas dada lautan.  Nafas pun turn naik turun naik. Pergi Pulau Kapas, Pulau PInang atau Pulau Langkawi gunakan bot besar, tak terasa sangat alunan ombak yang sesekali lebih tinggi dari bot.

menangkap belangkas
Nelayan mengutip belangkas dari pukat yang dipasang sebelumnya

Kami menghampiri nelayan yang sedang mengutip belangkas dari pukat/ jaring yang dipasang memanjang  pesisir pantai .   Hanya belangkas betina saja yang diambil, belangkas jantan akan dilepaskan semula ke laut.  Belangkas betina lebih besar dari belangkas jantan.

Nama saintifik belangkas yang hidup di pinggir pantai ialah tachypleus gigas dan yang ditemui di kawasan paya ialah carcinoscorpius rotundicauda.  Darah belangkas berwarna biru kerana  kerana  tidak mempunyai ferum dalam haemoglobin yang menghasilkan warna merah tetapi mempunyai compound haemocyanin. Haemocycanin mangandungi copper yang menjadikannya berwarna biru tetapi jika tiada oksigen, ianya tidak berwarna.

Yang paling saya kagum apabila melihat nelayan berdiri tegak tanpa terusik sedikit pun dengan olekkan sampan yang terumbang ambing apabila dipukul ombak .  Macam kaki dah dipaku ke lantai sampan.

 

memancing di kuala sungai sedili
Hasil pertama..

Dari laut, kami balik semula ke kuala dan terus ke hulu sungai untuk memancing udang.   Keluarga kami bukan kaki pancing.  Ini kali pertama nak pegang joran.  Nampak ikan yang menggeletik di hujung mata kail pun dah melompat macam nak terbalik sampan.  Geli… hihihi.  Itu baru cicit ikan, letak atas penimbang pun jarum tak gerak.  Belum mak bapa tok nenek ikan yang besar berkilo-kilo.

Tau pegang joran saja, pasang umpan dan keluarkan ikan dari mata kail pun orang lain, macam mana nak jadi kaki pancing.

memancing udang galah di sedili
Akhirnya… berhasil juga menaikkan udang galah

Ini sepit biru.  Ada komen dari entri Sepit Biru minta pencerahan sepit biru tu apa.  Saya pasti bahasa yang saya gunakan di blog ini bukan level Bahasa Malaysia Tinggi, hanya bahasa pasar dan metafora kebanyakkan dari kita.  Sepit biru adalah udang galah.

jumpa cikgu Bat di Sedili
Blogger Mohd Huzairy – muka bakal pengantin baru, berseri-seri!

Siapa sangka saya akan berjumpa idola saya , Cikgu Huzairy atau nama internatnya Bat.  Taglinenya  is a teacher, curator, and entrepreneur.  Saya kenal nama BatInfomalaya sejak tahun 2009 sebelum beliau mula mengajar di SK Teluk Hutan Lesung , Tanjung Sedili. Tanpa temujanji, hanya mention di Twitter, akhirnya kami sempat berjumpa dan minum teh bersama  dalam cuaca gerimis Tanjung Sedili.

Pemilik infomalaya  iaitu seorang perekabentuk web Malaysia yang terkenal dengan konsep minimalis . InfoMalaya adalah blog multi-author (lebih dari satu penulis) yang boleh dikatakan yang pertama di Malaysia.

Tahun 2009 saya pernah menggunakan theme untuk blog ini dari MentariWork iaitu web yang dimiliki oleh Cikgu Bat. Theme  Extreme Georgia yang dihasilkan oleh beliau telah memenangi  tempat kedua  Smashing Magazine Typographic Layout Contest.

Klik dan lihat senarai projek beliau yang begitu membanggakan di profile huzairy.com

sewa bot memancing di sedili

Ini pula pemandu pelancong kami , Uteh dan pembantunya Wan.  Kalau sesiapa perlukan bot untuk memancing di kawasan Sedili Kechil, boleh hubungi Uteh di talian 011-11414720.   Cakap saja dapat dari blog Kak Long.

Nota : kebanyakkan gambar suram dan kusam… awan..dimana kau sembunyikan matahariku!

saya tak berminat nak MAIN GAME yang awak mulakan sebab masing² akan tetap berpendirian KITA BETUL

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

33 thoughts on “Lalu Kong Kong Ke Sedili Mencari Sepit Biru

  1. Saya tak pernah naik bot nelayan mahupun memancing. Seumur hidup saya, saya tak pernah tengok ayah saya pergi memancing.

    Kadang-kadang teringin juga pergi. Lebih-leibh lepas baca entri ni macam ni.
    Jom terjah post menarik dari Farah ..6 monthsMy Profile

  2. lama jugak dah tak naik bot kat laut..teringat masa pegi candat sotong kat Redang, masa bot berjalan tu masih lagi bergaya, tapi waktu bot berhenti, waktu mencandat tu baru dapt naik empat lima ekor sotong, kepala dah rasa pusing2..
    Jom terjah post menarik dari pipoq ..Batik ke SabahMy Profile

  3. mmg kalau tak biasa naik bot kecil ni leh mabuk.. terayun-ayun dalam laut.. uih, bot pulak kecik je banding dgn laut.. tapi pengalaman yg best.

    dulu pernah gi kuala, ikut sedara tangkap kerang.. senget2 sampan, naik takut, takut terjatuh dlm sungai tu.. haha
    Jom terjah post menarik dari fiezaradzi ..Dunia Tanpa SempadanMy Profile

  4. Huwaaa… Bila baca entry ni, teringat pulak zaman keje kat UTM dulu.. walaupun aq tak pernah pergi mancing si sepit biru ni kat sungai, sekadar mancing kat kolam.. Tapi bila dia menarik.. Fuh.. Memang berdebar.. Bukan ape.. Asik terlepas je bila tak kena cara menarik si sepit biru ni..

    Bila da dapat, kene ati2 wooo.. penyepit dia memang superb!! sekali kena sepit, meleleh airmata.. wakakakaka
    Jom terjah post menarik dari Fiq Haidzir ..Testimoni SNE Kapsul Untuk Pesakit Asma @ Semput?My Profile

  5. Nampak mcm dh kembang jer Cikgu Bat tu, hati senang menanti hari bahagia kot. Percutian Kak Jie nampak memenatkan kalau ada anak kecil, nasib baik Intan tak minum susu botol dah..hehe

    1. sebab tu kak jie bagi nasihat
      kawen awal²..beranak cepat² jangan nak grap lama²
      biar besar serentak, sekali harung
      lepas tu time utk bersama keluarga lakukan aktiviti yang sesuai utk anak² remaja pula

      tapi…benda² kena kita dedahkan dari awal, dari anak² kecil
      kalau dah besar, dia org tak biasa nak sesuaikan diri dgn persekitaran berbeza kehidupan harian..tak reti nak tidur di rumah terbuka mcm tu, tak reti nak mandi kat blik air tanpa shower, tanpa dinding tertutup…

      masa anak² sekolah rendah, kak jie dah biasa bercuti gaya mcm ni, kami bawa basikal, bawa khemah…berenti saja kat mana yg suka.

      bila dah didedahkan sejak kecik, dia org tak merengek itu ini bila berada dlm situasi yang kurang lengkap, kurang kemudahan.

      kat rumah tidur dlm bilik berecon, pergi tempat yg serba kekurang, dia pun boleh masuk…
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Cara Keluarkan Serangga Masuk Dalam TelingaMy Profile

    1. entri kak jie ni mcm² kan.. dari bab pembinaan ( bab kerja ) , bab saintifik pasal belangkas sampai bab blogger senior. semua dalam satu

      kak jie cuba mengelak berkongsi entri yang terlalu ‘ aku’ atau ‘saya’… terlalu peribadi, gambar peribadi… ada had apa yang patut kak jie share dan apa yang perlu kak jie simpan.

      Yang penting kak jie nak share pengalaman kerana tak semua orang muda macam korang pernah lalui perjalanan seperti kak jie, mungkin sebab faktor bidang kerja yang berbeza.

      cara masing² berbeza.. kan
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Lalu Kong Kong Ke Sedili Mencari Sepit BiruMy Profile

  6. perkhh.. terbaik lah laporan kak jie.. heheh

    maza walaupun berpuluh2 kali dan berploh2 lalu kawasan Sedili, tak pernah lak nak menikmati mcm kak jie bikin ni.. hehehe

    harus singgah nanti.. perkkhhh!

    Pinjam kata Jarjit alkisah Upin Ipin: “Marvelous! Marvelous! Marvelous”

    Jawab Mei Mei, alkisah Upin Ipin: “saya suka! saya suka! saya suka!…”

    heheheh
    Jom terjah post menarik dari maza ..Dirotan CikguMy Profile

    1. Lama dah kami tak pi Sedili, emak dah meninggal, abah dah kahwin lain
      Sedili ni mmg betul² mcm kampung kami… seronok sangat
      anak² pun dah biasa kat sini.
      kalau orang lain, nak jejak masuk rumah papan robek sana sini, tiang pacak dalam sungai je tu dah ngeri… alhamdulillah, anak² boleh sesuaikan diri dgn keadaan yang pelbagai.
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Lalu Kong Kong Ke Sedili Mencari Sepit BiruMy Profile

Comments are closed.