Pesta Belon Udara Panas Putrajaya Waktu Malam
Percutian

Pesta Belon Udara Panas Putrajaya Waktu Malam

Petang semalam saya , Along dan Intan ke Putrajaya untuk melihat Pesta Belon Udara Panas Putrajaya 2012. Keluar rumah agak lewat tetapi perjalanan masih lancar.

pesta belon udara panas putrajaya 2012

Waktu ini kami masih di dalam kereta memasuki kawasan pertunjukkan. Kesesakan mencari tempat letak kereta.

masjid besi putrajaya

Bila dah dapat tempat meletak kereta, azan dari Masjid Besi kedengaran. Sementara menunggu Along ke masjid, saya bentang tikar menunggu di tengah-tengah padang di hadapan masjid.

pesta belon udara panas antarabangsa putrajaya

Tanpa cahaya, tidak ada apa yang menarik bila berkunjung waktu malam. Melihat warna warni cahaya yang berkilau mengikut rentak muzik sambil bersantai dengan anak beranak di tengah padang rumput dingin malam Putrajaya sungguh seronok.

pesta belon udara panas putrajaya

Pesta Belon Udara Panas Putrajaya 2012 menggunakan tema “1Dunia. 1Malaysia. 1Fiesta” (1World. 1Malaysia. 1Fiesta)

pesta belon udara panas putrajaya waktu malam

Ini adalah Edisi Keempat Pesta Belon Udara Panas Putrajaya yang bermula dari 15 hingga 18 Mac 2012.

Pertama kali upload video di youtube, maafkan budak baru belajar… tak banyak masa sebab hari ini ada 2 acara penting yang perlu dihadiri.

Puashati sebab tempat kami lepak, betul² berada di bawah pertunjukan bunga api yang mewarnai langit pada malam itu.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

30 thoughts on “Pesta Belon Udara Panas Putrajaya Waktu Malam

  1. ada kawan shoot gambar ni dari dalam masjid besi,reflect belon panas dengan air kat masjid besi tu. tak tau pula ada event camni,lama dah tak update dengan blogsphere..

  2. waaaa..smp malam ek belon naik, saya pegi sebalah petang ari sbtu, tunggu punye la lame nk tgk belon naik , hampir pkul 7 dah belon baru naik…smbg tgk kat masjid besi view yg lawa bila tgk dri situ 🙂

  3. Saya pegi jugak semalam. Tapi pegi waktu tengahari. Memang panas ya amat. Macam nak rentung rasa kulit nih. Last-last pening sebab ramai sangat orang. Penyudahnya balik setelah 1/2 jam jer berjalan.
    Jom terjah post menarik dari Sobri Mansor ..Info lelaki kacak yang perlu anda tahuMy Profile

    1. kami lagi………..sampai dah kul 6
      jem berderet2…2 kilometer…. dah redup
      ada ke belon ada ke belon sbb tak nampak pun
      sekali dekat, dpt lah tengok 2 biji yg terbang
      cukuplah

      dan…aktiviti mlm sebenarnya kejap je
      gambar tak best , kena rakam video baru nampak rentak belon bercahaya tu
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Resepi Dan Cara Masak Chicken Cordon BleuMy Profile

Comments are closed.