Rock Music Di Pusat Sains Negara
Percutian

Rock Music Di Pusat Sains Negara

Siri jelajah Cuti-cuti Malaysia kali ini adalah melawat Pusat Sains Negara. Tempat paling kerap saya lawati kerana sentiasa menjadi pilihan anak-anak dan menjadi salah satu tempat menarik untuk membawa anak-anak bercuti di Kuala Lumpur.

GPS Kordinat Pusat Sains Negara – 3.149761,101.644819

 

Pusat Sains Negara terletak di Bukit Kiara, Kuala Lumpur yang mempunyai rekabentuk bangunan yang unik menyerupai sebuah kon yang terpotong kemuncaknya dan ditutupi dengan sebuah kubah geodesik.

Geodesic – The term “geodesic” comes from geodesy, the science of measuring the size and shape of Earth; in the original sense, a geodesic was the shortest route between two points on the Earth’s surface, namely, a segment of a great circle. The term has been generalized to include measurements in much more general mathematical spaces; for example, in graph theory, one might consider a geodesic between two vertices/nodes of a graph – wikipedia.org

Pusat Sains Negara dibina untuk meningkatkan kefahaman di dalam bidang sains dan teknologi serta untuk menggalakkan budaya celik ilmu dengan menyediakan berbagai jenis bahan pameran yang direka untuk menarik, merangsang dan mendorong para pelawat untuk menanam minat aktif terhadap Sains dan Teknologi.

Berjalan melalui terowong akuarium dan melihat kepelbagaian ikan air tawar tropika dan kami bertuah kerana waktu lawatan bertepatan dengan waktu sesi menyelam dan memberi ikan makan.

Antara galeri yang terdapat di Pusat Sains Negara :

  • Akuarium
  • Laluan ke alam sains
  • Alam mesin pintar
  • Dunia era hadapan
  • TeknoMal
  • Gaya hidup digital

Taman Pendidikan Sains – Biodiversity

Waktu lawatan kami sebenarnya telah tamat tempoh untuk sesi pameran dan aktiviti tetapi kakitangan PSN yang masih bertugas untuk mengemas segala peralatan mereka masih sudi memberi serba sedikit penerangan dan melayan berbagai² pertanyaan.

Di  dalam makmal Biodiversity Area kami belajar ujikaji bagaimana tumbuhan menyerap cecair dengan ujian sekuntum bunga kekwa putih dan cecair berwarna.  Melihat liang roma tumbuhan di bawah mikroskop dan mengenai beberapa fakta menarik mengenai serangga.

* Kepompong rama-rama lebih kecik berbanding kepompong kupu-kupu.

Taman Pendidikan Sains memberi peluang kepada para pengunjung menjiwai sains dengan memahami biologi haiwan dan tumbuhan menerusi taman-taman temanya seperti Taman Arnab (Rabbit Alley), Taman Alam Semulajadi (Nature Centre) dan Taman Burung (Bird Aviary).

Demonstrasi Sains di Auditorium Quantum

Demonstrasi Sains yang disampaikan oleh En.Mohd Aziz  mengenai fenomena sains yang boleh dikaitkan dengan kehidupan seharian seperti tindakbalas kimia, ilusi optik dan elektrostatik.

Ekperimen akhir seperti persembahan kemuncak artis dengan asap berkepul-kepul dalam rancangan muzik Juara Lagu.

Program berlangsung setiap jam 12.00 pm, 2.00 pm dan 4.00 pm.

Disepanjang laluan PSN terdapat banyak Sudut Eksperimen Sains dengan pelbagai jenis eksperimen sains yang bercorak ‘hands-on’ dan ‘minds-on’ yang dirangka untuk meningkatkan pemikiran kritikal dan membina perasaan ingin tahu terhadap sains.

Bermula 1 Dec 2010 hingga 31 May 2011 ada pameran Dinos Alive!

Sumber dan rujukan – Pusat Sains Negara

Tempat lain yang sesuai bawa anak bercuti – [link]

Nota : Dapatkan maklumat di kaunter infomasi supaya tidak tertinggal aktiviti² yang telah dirancangkan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

54 thoughts on “Rock Music Di Pusat Sains Negara

  1. cikgu kena bawa anak murid ni..hehe

    tu plugin baru nak menerai, tapi tak tak ada pula setting untuk tapis komen tuan blog..rasa tak best juga

  2. kalau dgn bas – memang tempat parking jauh..kena melintas jalan ikut jejantas..kalau dgn kereta boleh terus masuk park tepi2 PSN je

    cikgu keding tak pa…power kuat 😆

  3. kak jie rasa tiap tahun pergi kot………….dah bila tanya intan nak pergi mana..situ yang dia suka

    senang…murah dan berfaedah
    lepas je dia dalam tu… :mrgreen:

  4. pergi sana – banyak ekperimen yang kita nampak mudah rupanya susah nak cari jalan penyelesaian…dah tua2 nk kena fikir2

    kejap je dah mengalah :mrgreen:

  5. kena bersantai di sana…. kena bawa pensil dan kertas…kena belajar kt sana

    kena setkan minda…. situ bukan tempat untuk suka suki….kalau tidak kecewa nanti 😆

  6. bagi pendapat peribadi dinosaur tu tak best sangat pun… mungkin sebab dah terlalu kerap tengok teknik2 digital yang canggih2 kat tv..jadi gerakan dinosour tu dah macam tak mengkagumkan lagi….

  7. ada lagie rupanya pameran Alien tuu…2 tahun lepas masa pergi Melaka ada singgah tengok Alien..anak2 blh lari2 dkt dalam..sikit pun takde rasa takut…
    Jom terjah post menarik dari Nadri ..Sessi Bertemu GuruMy Profile

  8. 4-5 tahun lepas ada bwk anak2 ke Pusat Sains Negara (PSN)..mmg byk manfaatnya & anak2 blh belajar…yg tak bestnya, bekali2 pusing kat area Bukit Kiara tak jumpa PSN..smpi masuk dkt kawasan perumahan org2 ELITE…
    Jom terjah post menarik dari Nadri ..Sessi Bertemu GuruMy Profile

  9. teringat bawak anak2 murid g sane x lama dl… 😉 tangga yg curan n letih dukung anak2 yg x nk naik tangga.. 🙄 kesian cikgu die yg keding nih… 😆 hehehe…

  10. uiks… sudah jadi travel log, ingatkan salah blog disinggahi.. hehehe

    kali terakhir maza pergi ke PSN tahun 1995.. ahaks..

    tu lah, lagi dekat rumah lagi ler malas nak pergi, tempat yg jauh2 boleh lak sampai.. ahaks, apalah maza ni kan?
    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari maza ..Cikgu semanis nira- semasam cukaMy Profile

  11. tak menyesal….. banyak bahan pelajaran utk anak2
    bukan anak2 saja….kita yang dah terlupa asas sains mudah pun boleh terfikir

  12. Dewasa rm 6, kanak kanak rm 3
    tapi masa kami datang tu, dia cakap percuma
    mgkn sebab sedang diubahsuai, naik taraf
    ada pameran dinosour tu kena bayar – package family 2 dewasa 2 kanak2 – rm 25

  13. Salam,

    tak pernah pun masuk ke dalam, biasa lalu kat luar je, macam menarik, kalau bawa anak-anak kesini mesti diorang seronok, eh kak masuk dalam tu kena bayar ke?

Comments are closed.