Tempat Menarik Di Siem Reap Kemboja
Percutian

Tempat Menarik Di Siem Reap Kemboja

Alhamdulillah. .semalam hari kedua kami selamat tiba di Siem Reap jam 9.30 malam selepas perjalanan yang panjang lebih 6 jam dari Phnom Penh.

Aktiviti hari kedua yang padat dan seawal pagi selepas melawat Genocide Museum Tuol Sleng iaitu penjara yang penuh kesan seksaan dan derita di zaman Pol Pot.

Kemudian ke Choy Mentry, sebuah perkampungan penduduk Islam Di Kemboja. Makan tenghari di Restoran Nurul Iman di tepi Sungai Mekong sebelum melawat kolam ternakan ikan  toman yang diuruskan oleh Cambodian Muslim Cooperative.

image

5  jam kemudian kami tiba di Siem Reap sebuah bandar perlancongan di utara Kemboja.  Bandar ini lebih bersih, terusun dan moden berbeza dengan Phnom Penh

image

Awal pagi tadi, selepas sarapan di Muslim Family Restoran kami ke Angkor World Heritage.

image

Tiket masuk ke kawasan ini USD 20 seorang

image

Selepas makan tenghari, teruskan lawatan ke ladang sutera melihat proses sutera dihasilkan daripada ulat sutera.

image

Kemudian selepas cuaca agak redup, masa yang sesuai untuk menaiki bot menyusuri Tonle Sap Lake. Tiket seorang 6 USD , kalau walk in tiket lebih mahal.

image
Melawat perkampungan terapung dan kolam ternak buaya. Dari sinilah mungkin asal usul beg atau kasut korang.

image
Tudiaaa…. blogger! Tengah tasik jauh di luar bandar pun talian internet sangat superb!

Sekarang 7.20 waktu tempatan, selepas makan malam kami akan keluar ke night market Siem Reap.

image

Tuk tuk yang dibawa oleh Tawi
image

Baca entri lengkap di sini – Dari Angkor Wat Ke Tonle Sap Lake di Siem Reap

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

18 thoughts on “Tempat Menarik Di Siem Reap Kemboja

Comments are closed.