Percutian

Zoom Malaysia – Bukit Malawati

sate kerang
sate kerang
cendol
cendol

Semalam ikut suami pergi site di Hospital Tanjong Karang.
Saya bersarapan makan tengahari di Tanjong Karang dengan soto, pecal, nasi lemak, meehun sup dan sate kerang.  Makan kerang…sebab itulah semalam mabuk laut….. gatal ! Gerai² ini hanya di buka Sabtu & Ahad . Kak Jie tak de nombor Izzah, kalau tidak boleh kita berhavoc kat pekan Tanjong Karang semalam.

Perjalanan balik singgah di Bukit Malawati, Kuala Selangor. Dah lebih 10 kali saya datang sini. Dulu² boleh bawa kereta sendiri memandu hingga ke atas puncak tapi sekarang hanya dengan trem.

trem ke Bukit Malawati
trem ke Bukit Malawati


Suami ada urusan dengan abang ipar di Kuala selangor, jadi saya temankan anak² menjelajah.

meriam Bukit Malawati
meriam Bukit Malawati
penduduk tetap Bukit Malawati
penduduk tetap Bukit Malawati
sejarah asal usul nama Selangor
sejarah asal usul nama Selangor

Nak tahu sejarah asal usul nama negeri Selangor?

Kalau yang rabun tak dapat baca dari gambar tu..mari saya cerita serba ringkas versi nasi tambah.

Nama Selangor adalah sempena dari nama Sungai Selangor. Perkataan Selangor wujud dari beberapa kisah antaranya :

Nama Selangor berasal dari seekor langau ( sejenis serangga merupai lalat tetapi berwarna hijau). Kisahnya bermula apabila seorang pahlawan dan pengikutnya dari Melaka dalam perjalanan ke utara berehat di tepi sungai. Belum sempat beliau melelapkan mata, seekor langau telah hinggap dihidungkan dan kerana marahkan langau, dia menampar sekuat hari langau tersebut.

Tapi langau tak mati pun..malah boleh terbang sambil mengejek² sang pahlawan tersebut yang sedang menahan sakit yang amat sangat. Bayangkan macam hidung si kucing Tom yang membengkak lepas kena ketuk dengan tikus Jerry. Toing…..toing…berpinaulah pahlawan tersebut kerana selama ini dia tidak pernah dikalahkan. Tercalarlah ego seorang pahlawan.

Tersungkurnya seorang pahlawan ditangan seekor langau. Atas sebab itu, pahlawan tersebut memerintahkan pengikutnya terus tinggal dan menerokai kawasan tersebut dan diberi nama Se-langau dan kemudian menjadi Selangor.

Pokok Mentangau
Pokok Mentangau

Kisah kedua…Nama Selangor berasal dari Pokok Mentangau ( rujuk gambar ) yang banyak terdapat di pinggir Sungai Selangor sehingga pedadang² menyebut Kuala Mentangau kemudian menjadi Kuala Selangau dan Kuala Selangor.

Kisag ketiga – Perkataan Selangor berasal dari perkataan Salang dan Jemur. Dulu-dulu kawasan ini dijadikan tempat penyiksaan para penderhaka yang disalang dan dijemur hingga mati.

Dalam buku sejarah yang ditulis oleh orang² Portugis, Belanda dan Inggeris nama Selangor ditulis sebagai Salengor, Solongor, Sorlangar, Sara Hongar ( Barbosa 1516 ), Chalangor , Charanguror dan Challongor ( New Bold 1839) mengikut catatan peta di British Museum , London.

mercu tanda popular Bukit Malawati - rumah api
mercu tanda popular Bukit Malawati - rumah api
 Ejaan betul Bukit Melawati adalah Bukit Malawati
Ejaan betul Bukit Melawati adalah Bukit Malawati

Andai kumiliki semalam
Dan bisa aku ubah menjadi esok
Takkan kuubah apapun
Kerna aku tahu engkau tetap indah
Tanpa sempadan masa
Aku bahagia seadanya
Search – Andai Kumiliki Semalam

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

58 thoughts on “Zoom Malaysia – Bukit Malawati

  1. wah, ni kampung saya ni kak jie.. semua monyet-monyet tu sangat mesra.. dulu masa boleh drive, selalu pergi. tapi sekarang kena naik trem, lama dah tak singgah. Arwah bapa saya suke ke sini, dia kata tenang melihat keindahan alam dr atas bukit melawati tue. Selamat Datang ke Kuala Selangor! hehehe
    Jom terjah post menarik dari Bobby Pian ..DSLR – Model Apa yang sesuai ? Canon? Nikon? Sony?My Profile

  2. eh.sedapnye cendol.dah lama aku tak g bukit Malawati.dulu time kecik2 slalu g dgn abang aku.

    ilhamputras last blog post..aku dan kebuntuan? masalah melanda

    1. @samdaddycool, lawatan setengah hari boleh…. setakat tengok monyet…tapi kalau kak jie dan anak2 yang minat membaca dan terokai muzium..satu hari pun tak kisah

      rating… sebanyak dapat dipandang bintang dilangit :mrgreen:

  3. cendol tu nampak sodap…slurppp…

    tempat ni yang ada kediaman rasmi menteri besaQ tu kah kah kak jie? kalau ya pernah lah pi masa darjah 6, rombongan sekolah. makan tengah hari kat umah menteri tu… dayang2 dia ja yg layan 🙄 :mrgreen: Kalau tak betoi, komen ni terpaksa di abaikan 😆

    1. @iza, erk..tempat lain kot..kt situ penduduknya hanyaalah encik monyet saja…

      he he ..tp mgkn masa iza p tu thn 1840 kot 😆

  4. Teori pertama tu rasanya yang tepat sebab yang lain-lain tu, lame bebenor bunyinya. Tambah Salang dan Jemur tu. Macam mana boleh jadi Selangor? Patutnya, Sajemur ler… Sajemor… huhu… sedap lagi SeLangau. S-E-L-A-N-G-A-U. Selangau… dah aku tak leh berhenti sebut selangau dah… huhu…

    ODs last blog post..Selamat Hari Jadi Bonda – 11 April 2009

    1. @OD,

      tak der lah tak logiknya…
      hehehe

      sebabkan manusia dulu, kini dan selamanya mengalami evolusi….mungkin juga lidah dia org terkehel ke apa ke, kaedah menulisk ke hapa ke….. lalu terjadilah perkataan…
      Salang dan Jemur menjadi Selangor lepas tu……hehehhe

      psst: katanya bahasa melayu sentiasa berkembang dan berevolusi, jadi teori itu juga diguna pakai..

      cuma ada sesetengah pihak kat mana entah di negeri antah berantah ini, yg tidak yakin langsung dgn bahasa Melayu boleh disyumulkan semula lalu kembali menjadi bahasa lingua franca… wakakaka

      mazas last blog post..Nada Tak Sekata

        1. @Kujie,

          den sebonar eh, bukanlah pejuang bahaso yg tulen … tapi memang cintokan bahaso melayu nie ha, walaupun kekadang lidah den berbolit2 menyebut eh, kekadan terpakso gak lah belek kamus tu ha…….heheheh

          erk! tapi yg pasti den nie kaki sakat kat blog ekau nie ha…..

          wakakakkaka :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

          psstt: sapor raso tahan bebonar, kato org dah ampuh gitewww.. boleh ler singgah ke rumah maza di alamat http://www.mazaaida.blogspot.com

          hehehhe
          (psst: tumpang promosi jerk)

          hgehehhehee

          mazas last blog post..Nada Tak Sekata

  5. wah sikit punya dearing nampak…..makan pun kemain sedap lagi hang yea..

    huhuhu

    che pernah sampai kat Kuala Selangor ni.. dan sempat menyelusuri sungai Selangor sambil melihat kunang2 di malam hari bersama beberapa pengiring bidadari..

    Ada cerita di sebalik sungai Selangor yg besar itu….

    kisahnya ada tercatat di sini …
    http://mazaaida.blog.friendster.com/2008/05/kuala-selangor/

    senang2 jom ler ke situ.

    (uiks! che baru perasan. hang pun dok sama promosikan zoom malaysia…hehehe baguis la ni hang……..hehehhehe)

      1. @maza, Ish..!!

        Pokcik ni sengaja buat2 lupa !!

        Dia tengah merempit la tu… konon2 nak jadi pengomel terhangat !! 👿

        Ties last blog post..Orang Kuat

    1. @, maza…sebenarnya mmg ada byk entri mengenai cuti-cuti malaysia….ada byk gambar…..msh dlm simpanan…tp entri2 lama dah ada.

      kuala selangor tu dlm laluan kami blk kg…..sabak bernak
      abg ipar pun duduk kat kuala selangor, dia ada kilang IKS kat belakang komplek PKNS……yg tercerok tu….jln msk kat tepi balai polis.

      korang rempit ikut suka hati…..tak de road block sini

      kalau guna anonymouse….tak msk dlm list dia tie :mrgreen:

  6. aiseehhhh, tk roger2 kami pun. hehe..

    ada cuba nasi ayam restoran bagan yg terkenal tuh?. betul2 dpn bukit kt sblh mesjid. 🙂

  7. Aderrk…..! Tak pernah jumpa satay kerang ni…..

    Rasa macam mana ek ?

    Satu lagi……penduduk tetap bukit melawati tu tak gigit orang ke ?? Takut laa…. hu hu..

    Ties last blog post..Orang Kuat

      1. @maza,

        Ooiitt !! Tie tak makan budu ! Tupai pun Tie tak pernah makan….. erk….rasa macam mana ek ??

        Ties last blog post..Orang Kuat

        1. @Tie,

          rasanya macam kerang jugak….cuma kerang itu dibakar dgn bara api….mcam satay gak…

          sesetengah tempat di goreng kerang itu berbanding dibakar..

          kemudian ia dicelup dgn macam sira sambal gak ler atau sambal kacang….hehhhehe

          mazas last blog post..Nada Tak Sekata

  8. huhuh ada peminat search dikesan disini ya haaa klasik lagu tu

    twenty-sixs last blog post..Download Marilyn Manson The High End of Low

  9. cerita mana satu yang betul agaknya ye..

    nuaemans last blog post..Senarai Program “Paid to Blog” yang mesti disertai

    1. @nuaeman, semua tu la kot..sbb tu dicatat secara rasmi dlm muzium…rasanya itu pun dah ditapis :mrgreen:
      kalau tak..ada 1001 kisah

  10. “Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam) dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia.” (Al-Anfaal 8:74)

    Salam ziarah dari saya,,blog yang menarik ,jemput muzakarah di blog saya….dan jadikan blog saya sebagai rakan anda..tq

    1. @fuad, terimakasih…. tapi lebih manis kalau komen mengenai entri saya…bukan spam setiap entri saya dgn copy paste spt ini

Comments are closed.