Kira DCR Di Seminar Jom Kurus Bersama Kevin Zahri
Advertorial

Kira DCR Di Seminar Jom Kurus Bersama Kevin Zahri

Seperti yang diwar-war seminggu lepas, akhirnya sampai juga ke Prince Court Medical Centre petang Ahad 08/07/2012 . Hari Ahad yang sibuk dan berpeluh sejak pagi dengan jadual yang agak ketat.

Selepas jemput Intan dari sekolah kerana ada Hari Sukan, bersiap sepantas mungkin dan keluar dari rumah hampir jam 1 petang. Agak risau kalau tak sempat sampai dalam waktu yang tepat memandangkan trafik di Kuala Lumpur tak dapat dijangka.

Saya pula hanya tau lokasi dari carian Google Maps tetapi belum pernah sampai ke Prince Court Medical Centre.

jom kurus bersama kevin zahri

Kami disambut dengan ramah oleh Cik Nabila Rahim dan Nazry Hisham dari Prince Court Medical Centre.

seminar jom kurus kevin zahri

Seminar bermula jam 2.30 petang. Teruja betul nak kurus masing-saming tekun memberi perhatian.   Barisan depan dari kiri  –  Mejah, Rubi, Diana, Kak LOng, Shila, Fatiyahh dan Nadot.

 

gambar seminar kevin zahri

Kami barisan blogger yang tiap hari ‘menternak lemak’ cuba untuk mengubah penampilan diri. Dari kanan tu Nurul, Mia, Zana, tuan tanah kedawong, Intan, Kue Cu ( adik bongsu saya ) dan Puan Bee

kevin zahri

Siapa sangka pergi seminar Jom Kurus memerlukan kami belajar macam kelas mathemarik.  Seminar kami banyak memerlukan kiraan dan angka.

Kami diajar untuk mengira hubungan kalori dan berat badan.  Untuk berjaya mencapai sasaran menurunkan berat badan, kita perlu tahu keperluan kalori masing-masing .  Setiap orang memerlukan kalori yang berbeza bergantung kepada umur, berat, tinggi, cara hidup ataupun jantina.

Untuk mengurangkan 1 kilogram, kita perlu menghilangkan 7700 kalori.

 

jom kurus kevin zahri at prince court medical center

Nadot adalah study case kami dalam Seminar Jom Kurus Bersama Kevin Zahri.  Subjek penting yang perlu diberi perhatian adalah mengawal pengambilan kalori.

DCR adalah keperluan kalori seharian badan dan untuk kurangkan berat badan, anda harus makan KURANG dari nilai DCR anda.  DCR adalah bergantung kepada umur, jantina, berat, tinggi dan kadar aktiviti seharian ( LOA )

Bagaimana untuk mendapatkan nilai DCR ?

Mula-mula  kira dulu BMR (Basal Metabolic Rate ).  Formula kiraan BMR adalah :

BMR wanita = 655 + ( 9.6 x berat(kg) ) + ( 1.8 x tinggi (cm) ) – ( 4.7 x umur (tahun) )
BMR lelaki = 66 + (13.7 x berat(kg) ) + (5 x tinggi (cm) ) – (6.8 x umur (tahun))

Contoh seorang wanita beratnya 80kg , tingginya 160cm dan berumur 40 tahun.

655 + 768 + 288 – 188 = 1523. BMR wanita ini adalah sebanyak 1523 iaitu  jumlah kalori zero tanpa buat apa-apa tanpa aktiviti .

Sebagai manusia yang hidup, kita biasanya bergerak , bekerja, menyapu rumah, mengemas rumah, berjalan, tidur, dan beberapa aktiviti yang juga memerlukan kalori.  Untuk itu kita perlu  mendapatkan keperluan kalori seharian ( DCR) :

DCR = BMR x LOA
DCR  = 1523 x 1.2 = 1827.6

LOA adalah tahap aktiviti setiap orang yang berbeza. Orang biasa adalah dalam kiraan 1.2 sehingga seorang yang aktif 1.9.   Bagi seseroang yang aktif bersenam , LOA dia mungkin 1.5. Kita kena kenalpasti LOA masing-masing.  Contohnya :

  • Aktif bersukan 1-3 hari se minggu = BMR x 1.3
  • Aktif bersukan 3-5 hari se minggu = BMR x 1.5
  • Aktif bersukan dua kali sehari = BMR x 1.9

Bila dah tahu keperluan kalori diri, mulalah mengawal pengambilan kalori harian untuk mendapatkan penurunan berat badan dan dalam masa yang sama mula bersenam secara betul bagi mendapatkan LOA yang lebih baik.

Lebih tinggi nilai LOA, lebih banyak kalori yang dikurangkan.

Salah satu cara penting untuk mengawal pengambilan kalori adalah, senaraikan makanan dan minuman yang biasa kita makan dalam sehari dan cuba catatkan kalori untuk setiap perkara. Mungkin nampak remeh pada permulaannya, tetapi perkara ini akan menjadi satu rutin sekiranya diamalkan selalu.

Silalah guna formula di atas untuk mengira DCA masing-masing.

seminar jom kurus di prince court medical centre

Begitu banyak info dan maklumat penting telah disampaikan oleh Kevin. Sedar tak sedar 3 jam berlalu terlalu pantas sekali. Masing-masin bersemangat untuk mempraktikkan segala ilmu yang disampaikan.

Kepada peserta lain yang ingin menyertai seminar ini, bolehlah rujuk web rasmi Kevin Zahri di  Seminar Jom Kurus Bersama Kevin Zahri.

Terimakasih Kevin yang membuka minda mengenai satu konsep betul untuk menurunkan berat badan.  Terimakasih Prince Court Medical Centre yang menaja lokasi juga Terimakasih Puan Bee yang menganjurkan seminar ini.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

56 thoughts on “Kira DCR Di Seminar Jom Kurus Bersama Kevin Zahri

  1. er .. andai kata ada kursus untuk naikkan berat badan, pasti saya pergi. Masalah saya pula bera badan susah mahu dinaikkan, mungkin sebab terlalu aktif bersukan dan terlalu sibuk.
    Jom terjah post menarik dari iAwani ..Ren Ng CEO Lytro Letak jawatanMy Profile

    1. mula -mula tu susah jugak nak ajak… dah terbiasa
      skrg ni kena catit sehari makan berapa kalori
      mgkn bukan kesan jangka pendek….
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..KosongMy Profile

  2. nak tambah berat badan pun kita kena kira macam nih jugak. berjaya tambah berat badan 3kg je, xsmpai 5kg. misi tak tercapai. lepas raya nanti mula balik.
    Jom terjah post menarik dari eiela ..Gayat Naik LifMy Profile

  3. Kak Jie, rajinyaa update. 🙂 hehehehe. Terima Kasih info !! Ye, lepas ni tak nak ternak lemak lagi. Salam perkenalan. 🙂

  4. Salam Kak Jie! 😉

    KAlau saye lupe nak kire2, boleh la tengok balik entry Kak Jie ni.. Tqvm!

    Segan sy dijadikan case study (padan muke sape suruh gemuk..hoho)

    Jumpe lg insyaAllah.. =)

  5. Kak Jie… berupdate suda…. 🙂 Best kan ilmu yang kita dapat dari Kelvin? Lagi best kalo dapat menpraktikkannya…

    Akak,kagum btol saya dengan blogger cilik, Intan…kim salam eh… 🙂
    I follow you….

Comments are closed.