Gambar Empire Shopping Gallery Yang Meletup
Isu Semasa

Gambar Empire Shopping Gallery Yang Meletup

Saya dapat berita Empire Shopping Gallery ini  seawal 4 pagi tetapi jam 7.30 pagi baharu mendapat panggilan dari Encik Sham yang berada di lokasi kejadian.

Saya update ringkas mengenai kejadian tersebut di blog ondscene.my dan menunggu berita terkini dari masa ke semasa.  Memandangkan  kesibukan beliau yang perlu menghantar semua bahan ke TV3 untuk siaran berita, lewat petang tadi baharu gambar² ini diterima melalui email.

Maklumat lengkap dan gambar kejadian letupan di Empire Shopping Gallery boleh diikuti di blog ondscene.my – Letupan Di Empire Shopping Gallery.

Kejadian berlaku pada jam 3.45 pagi yang dipercayai berpunca dari kebocoran saluran gas aras bawah bangunan. Hampir keseluruhan bahagian bawah bangunan, rosak teruk.

Akibat letupan, Empire Shopping Gallery terpaksa dikosongkan dan kira-kira 300 penginap Hotel Empire yang terletak bersebelahan, juga diminta untuk meninggalkan bangunan.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

24 thoughts on “Gambar Empire Shopping Gallery Yang Meletup

  1. wah macam..macam yang berlaku sekarang nie ehy….takut gak tengok…sampai meletup letup macam tu..adois….nasib baik letupan gas,kalau bom..sapa nak menjawab
    Jom terjah post menarik dari Mr rieyn ..very cute business cardMy Profile

  2. teringin jugak nak tahu dari mana punca api agaknya? kalau ada gas bocor tapi tak jumpa punca api mesti tak meletup kan
    dah jadi cenggini, mesti ada orang tanya

    “bangunan ni ada CF tak???”
    Jom terjah post menarik dari mrs azmi ..Penantian si tempangMy Profile

  3. bahaya betul gas ni.aritu orang rumah saya boleh lupa tutup gas.balik2 rumah je terus bau gas 1 rumah.saya siap panik lagi masa tu.nasib baik baru 10 minit je dia pasang.nak marah pun dah tak boleh dah.panik mengatasi segalanya.alahai…
    Jom terjah post menarik dari Pacifista ..Highlight Bonus PacifistaMy Profile

Comments are closed.