Bajet 2013 : Rebat RM 200 Nak Beli Samsung Galaxy S 3
Advertorial

Bajet 2013 : Rebat RM 200 Nak Beli Samsung Galaxy S 3

Entri terkini 29/12/2012  – >  Rebat RM 200 – 3 Pilihan Telefon Pintar 3G dan cara memohon rebet RM 200

Tentu semua orang dah tahu intipadi bajet 2013 yang diumumkan oleh Perdana Menteri  hujung minggu lepas.  Antara isu yang menjadi perbincangan hangat warga Twitter dan Facebook adalah mengenai rebat RM 200 untuk membeli smartphone 3G untuk rakyat yang berumur  21 – 30  tahun. Seronoknya orang muda. Jadi marilah kita melihat harga smartphone yang berkenan di hati di laman web pricepanda.com.my

Pricepanda.com.my adalah laman web yang menyediakan perkhidmatan membuat perbandingan harga beberapa jenama terkenal smartphone di antara online store yang mengambil bahagian.

Terdapat berbagai jenama smartphone yang mungkin  anda ingin  tahun harganya seperti   Samsung Galaxy S III.

harga samsung s3

Samsung S3 menjadi carian paling popular di Pricepanda.

Saya telah menggunakan Samsung Galaxy S III Marble White sejak 2 bulan lepas. Suami saya menggunakan Samsung Galaxy S II , anak yang sulung ( Along )  menggunakan Galaxy S Plus dan anak kedua  ( Angah ) Galaxy S . Kami sekeluarga menggunakan Samsung Galaxy dan  sebagai ‘queen control’, saya gunakan  kuasa veto untuk memiliki produk yang paling terbaru di pasaran.  Aci tak?

Memandangkan empat generasi Samsung Galaxy ada di rumah , anak bujang saya telah meneroka keseluruhan generasi Samsung Galaxy S ini .  Di bawah ini adalah  testimonial  yang ditulis sendiri oleh Angah.

Ini dia. Samsung Galaxy S III yang menjadi hiasan ruang-ruang iklan di mana sahaja. Tapi, apa yang menjadikannya begitu menarik, Skrin Super AMOLED HD 4.8 inci yang dilapisi Corning Gorilla glass 2. Gorilla glass yang first tu pun dah tahan calar kerana saya sendiri pernah cuba gunakan pisau dapur dengan menguriskan skrin Galaxy S . tapi tak da effect langsung.

Skrin AMOLED tak sama macam skrin LCD. Untuk hasilkan warna hitam, Skrin AMOLED tak keluarkan cahaya pun.  Jadi, hitamnya pekat.  Warna pun nampak lebih saturated.

Kamera belakang 8 Mega pixel cukup untuk menghasilkan gambar yang betul-betul tajam, jelas dan terang. 1.4 GHz Quad core processor yang dipasang dalam telefon ini tak boleh dinafikan, sangat OSEM. Boleh tengok video sambil surf internet.. tak sangkut pulak tu.

kelebihan samsung s3

-tengok video sambil surf blog mama dengan lancar ….

Turut juga dilengkapi dengan Android 4.0 Ice Cream Sandwich. banyak benda baru Android isi dalam versi android ni.

Tapi, ada kekurangannya: saiznya agak besar dan tak berapa sesuai dengan tangan chomel mama. kadang-kadang tak sampai bila menaip. tangan angah takpe la… hehehe .

Kalau ingin mendapatkan perbandingan harga Samsung galaxy S III, klik di Harga Samsung Galaxy S 3 di Malaysia .  Adalah lebih baik sekiranya kita mengetahui mengenai harga yang menarik sebelum mendapatkannya.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

29 thoughts on “Bajet 2013 : Rebat RM 200 Nak Beli Samsung Galaxy S 3

  1. KEDAI TERDEKAT UNTUK BELI HANPHONE DENGAN TAMBAH RM200 FOR FREE BAJET 2013 KAWASAN BUKIT MERTAJAM DIMANA??

    1. sy nk tnya lh..knp kdai smua main ktor nie..geram tol lh.dh lh kerajaan bgi rebet 200 utk kmudahan remaja…tpi stiap kdai ..ambil k`untungan dgn jual fon shja.brg2 lain..kne byr.lgi 1..klau nk bli fon,kne pkai line diorg plak…cth clcom atau maxis.mna adil bgi rmja mcm nie.kt port dickson,,,byk pjual fon buat mcm 2.pihak bwjib ptut ambil susulan n pantau.mcm nie..kaya lh org jual fon.bkn bgi ksnangan bgi yg tk mampu..lgi myusahkn adalh .kcewa 🙁

  2. galakan nak beli smartphone dah ada dah tu. semuanya hujung jari je, semakin leka la org skrg, cuma sy rasa elok rebat tu dimulakan dgn individu berumur 25-35 thn shj dh matang sikit n tau manfaat sbb kalau muda2 bersmartphone diorg jd leka kdg2 xreti adab pergi rumah orang pun leka main smartphone.
    Jom terjah post menarik dari eiela ..Rujukan Exam Pegawai Pembangunan Masyarakat S41My Profile

Comments are closed.