Kenali Jenis Skirt Sebelum Beli Skirt Online
Advertorial

Kenali Jenis Skirt Sebelum Beli Skirt Online

Hari tu saya ada cakap kat group wasap Ajk Kiah Propa, saya beli skirt.  Amboiii.. bukan main kena bahan dengan pakcik-pakcik kepoh dalam tu.  Memasing kalau sebut skirt aje dok membayangkan mini skirt. Agak-agaklah kan..  tak kan wanita seusia saya ni nak bermini skirt bagai.

Skirt ni ada macam-macam jenis tau pakcik-pakcik.   Dari yang panjang sampailah yang pendek atas lutut beberapa inci aje.

Ada banyak jenis skirt sebenarnya, saya berikan beberapa contoh sahaja untuk pengetahuan am  :

  •  A-line Skirt – Lurus kembang dibawah.
  • Mermaid Skirt – Lurus sampai kat lutut dan kembang hingga ke bawah paras buku lali.
  • Pencil Skirt – Skirt sendat mengikut bentuk badan. Jenis ini panjang bawah lutut atau pertengahan betis dan menggunakan material yang mudah regang.
  • Mini Skirt – Skirt diatas paras lutut. Bukan skirt yang sesuai untuk majlis formal. Selalu lelaki kalau sebut skirt memang dok bayangkan jenis ni lah..hihi
  • Micro Mini Skirt – dah nama micro, macam sim kad saiz biasa yang kena potong tu la… kecik dah
  • Maxi Skirt – Jangan salah faham dengan Mini Skirt.  Maxi skirt yang labuh dan paling selesa.
  • Tutu – Ini skirt penari ballet

Tak semua skirt sesuai untuk semua orang.  Wanita  bersaiz XXL  macam saya agak kurang berskirt. Ada beberapa sebab yang menyebabkan keinginan tersebut terbantut, antaranya

  • Skirt dari material yang agak berat. Badan dah berat, bertambah kilo yang nak diseret.
  • Perut yang kembang kempis kembang kempis selepas beranak menyebakan getah di pinggang skirt sering melipat dan tidak selesa kedudukannya
  • Corak yang tidak sesuai sehinggan menampakkan saiz badan tak berapa manis
  • Sukar untuk mendapatkan pilihan saiz yang tepat.

Tetapi, baru-baru ini , saya telah mendapatkan skirt kembang  english painted  secara online yang sangat comel dan memenuhi keperluan orang bersaiz besar seperti saya dari Bachplussize

skirt kembang beli online

Skirt kembang labuh ini bukan saja sesuai untuk saya, tetapi sesuai juga untuk remaja seperti Intan. Nampak sangat feminin dan girly.

beli skirt muslimah online

Ini skirt saya.. nampak muda remaja dan kurus , kan?  Sebenarnya kalau pakai tak adalah nampak remaja sangat pun, cuma nampak lebih manis sebab corak dan warna yang sepadan.

Saya pun hairan macam mana boleh nampak kurus sangat dalam gambar ni.  Aura skirt kembang comel ni kot atau tahan nafas 2-3 minit. ha ha ha…

skirt kembang online

Nampak tak getah pinggang skirt kembang ni?

Getah tu sangat selesa kalau pakai bagi pinggang saiz mak-mak macam saya.  Tak adalah menjerut sangat dan selesa nak tarik nafas.  Kalau jenis getah keras dan ketat, nanti perut berbekas dan gatal-gatal.

Skirt kembang  menggunakan material Lycra ini lembut, beralun dan ringan bila dipakai. Bukan jenis skirt yang mengikut bentuk badan.

Nak beli skirt kembang yang selesa dan cantik ni kat mana?

Acik-acik dan cik kak -cik kak tak payah risau, klik Instagram Backplussize dan tengok tu… jualan mencanak-canak tanda skirt ini mendapat permintaan yang hangat dari pembeli.

Boleh juga wassapApss atau sms ke nombor yang diberikan – 0123203035 atau pergi je kat Facebook Page – Bach Plus Size

 

bachplussize

Sebelum skirt yang diimpikan sold out, cepat-cepatlah korang pi belek koleksi yang ada.  Saya dah jumpa tempat sesuai nak beli skirt online.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

34 thoughts on “Kenali Jenis Skirt Sebelum Beli Skirt Online

    1. Bagus tu.. kak jie jamin mesti bondanya suka… dua sebab utama jenis material yg ringan dan getah pinggang yang selesa

Comments are closed.