Isu Semasa

Tarif baru bermula esok

Berkuaskuasa esok 1hb Julai 2008 tarif baru elektrik akan diguna pakai oleh semua pengguna domestik, komersial dan industri di Semenanjung. ( Sabah & Sarawak – untungnya)

Sedar ke tidak? Dah lupa?

Semua orang lupa sebab masing² sibuk menonton drama liwat yang membabitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim . Semua orang lupa jerit perihnya meneruskan hidup selepas kenaikan harga minyak yang riuh diperkatakan.

Saya juga sibuk mendera Pakcik Google mencari biodata dan gambar bekas pelajar UNITEN, Mohd Saiful Bukhari b Azlan sehingga saya terjumpa satu akuan dari seorang sahabat seUNITEN

PM minta polis siasat dakwaan liwat terhadap Anwar dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pun dah kata tuduh menuduh seperti ini kena ada saksi. Liwat ni orang tak buat tengah jalan, dia buat sulit jadi kena ada saksi .

Sekarang ini orang sudah tak berbincang pasal kenaikan harga barang atau cara² hendak berjimat atau berusaha untuk mengubah cara hidup. Masyarakat sudah lupa tentang kekurangan sesetengah bekalan makanan seperti  beras atau 3 kes membabitkan kilang milik Padiberas Nasional Bhd (Bernas) yang mengubah gred beras yang asalnya 15%  hancur diisi dengan 20%  beras hancur .

Orang semua ghairah bercerita tentang seks. Ha ha ha..orang melayu memang suka bercakap tentang seks , apalagi seks songsang sehingga terleka beras di dapur dah susut.

Saya pun ‘morning sickness’ surf internet pagi ini,  Banyak sangat berita dan drama.  Polis akan sibuk dengan kes²  seperti ini sehingga jenayah kecil, curi besi, pecah rumah di kawasan perumahan tidak dapat ditangani dan pemimpin kita terlalu sibuk untuk membela diri sendiri hingga tiada masa untuk  berfikir mencari jalan menghadapi kesan² kegawatan ekonomi semasa.

Akibat mempunyai nama yang sama , pagi ini suami saya pergi kerja dengan satu bisikan " abislah abang , hari ni mesti kena kutuk je dengan kawan² " 😀  nama yang sama pun boleh jadi saru lawak untuk menghilangkan stress!

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

11 thoughts on “Tarif baru bermula esok

  1. walaupun tak setuju tapi aku sependapat dengan Dr.M bahawa’melayu mudah lupa’, macam sekarang orang dah mula lupa pasai harga petrol, harga barang, semua orang sibuk dengan kes liwat. Aku rasakan fomula nnilah yang orang politik kita guna pakai sama ada bila merancang sesuatu tindakan mahu pun untuk meredakan keadaan. Ya fomula ini memang berkesan. tak caya lu fikirlah sendiri.

    Kujie ~ Saya tersangatlah setuju..tengok kes ragut, kes rogol bersiri, kes curi paip , kes kemalangan , kes buli di sekolah dan berbagai2 lagi kes….hangat, lepas tu sejuk bila semua org dah lupa.

  2. Oh hampir terlupa pasal ni… bz dgn ntah apa2 urusan lately. Thanks K.Jie for the reminder. Start hari ni kannn?

    Pasal DSAI tu… Waalahuallam. Cuma mampu berdoa agar sejarah tak kan berulang lagi! 😥

    Kujie ~ itulah..kena berjimat2… selalu tutup kipas dlm bilik
    lampu bilik air kalau keluar, tutup
    lampu taman
    iron baju
    semua tu kena beringat2..berjimat

  3. Pasal kes liwat nih, semacam ade agenda tersembunyi laaa
    Bukan ape, rase cam teraniaya je pemimpin politik tuu…
    Entah sape punye kerje la tu…

    Kujie ~ byk sgt keraguan yg muncul… kita ni bukan tak berakal
    lagi satu..kalau asik sgt mencari helah utk menutup keburukan/busuk
    kadang2 kita lupa…
    terpijak tempat yg kita tutup mula2 dulu

  4. betul. masalah jenayah menjadi-jadi. pemimpin sibuk buat kerja politik.

    Kujie ~ sy bercakap dr pengalaman kawasan perumahan saya…mmg sejak dua menjak ini, jenayah kecil, kes kecurian pecah rumah menjadi²…
    org terdesak…

  5. aish..
    politik mama..
    yonna tatau nk komen ape :mrgreen:

    tp letrik naik tuh..
    adoii tatau la..
    lepas ni kan..
    semua jadik pape kedana la ma

    Kujie ~ itulah politik… mcm2 benda yg kita tak jangka berlaku..
    elektrik tu…jgn pasang kipas 2-3
    satu je..pakat dok kat hall ramai2 😆

  6. ermmm…..sama lah pening kita kak jie..ni yg buat malas nak baca/dengar news ni..letih lah..banyak betul kesedihan dan ion2 negatif…tak mengecas dengan baik…

    Kujie ~ byk ion2 negatif ye… kita yg buat pilihan, utk fikir yg positif saja,ok..tarik napasssssss

  7. kak jie,dunia makin panas….kena hati2lah tuk menghadapi panasnya lg di sana…geram tgk org gini…nak baling org tp kena muka sendiri!

    Kujie ~ banyak sgt keraguan..itu belum masuk mahkamah lagi..

  8. Akum puan Jie.. thanx for visiting me..hopefully we can be a good cyber fren..no matter who and how u re..

    About that boy-saiful bahari.. Moga-moga Allah akan menunjukkan kebenaran mengenai perkara ini.. Kadang kala zaman sekarang nie orang dah lupa akan azab tuhan.. apatah lagi dalam soal fitnah ini.. Jika kamu orang yang benar.. maka selamatlah kamu.. Jika kamu adalah orang yang berdusta.. maka tunggu saja akan pembalasannya..

    Semoga Allah melindungi puan sekeluarga..

    Terima kasih

    Kujie ~ W’slam Syam…ia..harap2 mcm tulah…

    beringat sesama kita…

  9. tak larat ler nak folo cerita politik ni Jie… letih. frust.

    Kujie ~ nak tak nak, mesti terkesan juga dlm hidup kita kerana membabitkan org atasan pemimpin kita

  10. Cuma nak bagitau. Saya tak payah bayar bil air lagi dah. Maklumlah duduk seorang diri. Hehehe!

    Pasal liwat. Hmmm…. Hanya dia dan Tuhan yang tahu. “Yang benar tetap benar walau dipertikaikan, yang salah tetap salah walau diselindungkan.” Itu kata M Nasir dalam lagu ‘Kupu-kupu’nya. 🙂

    Kujie ~ tadah air hujan ke?
    he he he
    rasa geli kerana hal ini dihebohkan seluruh negara sedangkan negara memerlukan Pengurus yg bijak skrg ni utk mengurus takbir

  11. salam Kak Jie.. dah senyap dah semuanya.. kes Altantuya la.. petrol naik la.. beras naik la.. semuanya terpendam disebabkan kes liwat yang tak masuk akal ni..

    kalau kita cakap terlebih, nanti kita kena masuk ISA.. pelik kan dunia ni.. Allah belum bagi hukuman, diorang sedap2 bagi hukuman tanpa usul periksa.. diorang tak takut hukuman Allah tu.. tu satu..

    Duanya..neeza cuma mampu berdoa agar Allah beri petunjuk kepada para penfitnah supaya mereka insaf.. kes liwat macam ni boleh menjatuhkan maruah banyak pihak.. kalau ikut Islam, perlu 4 saksi.. silakan lah semua saksi tu.. kalau betul.. kalau tak betul, terima lah akibat masing masing…

    Kak Jie, biarlah Allah menjadi saksi… kita sama2 doa agar kebenaran terserlah ye Kak Jie… amiiinnnn…

    Kujie ~mcm² cerita yg kita dengar..sebagai rakyat biasa kita mmg kecewa dgn suasana skrg… bergaduh riuh rendah… mcm manalah negara yg akan kita wariskan utk anak² kita nnt..
    esk kena beringat..elektrik dah naik harga…jgn nk joli sampai pagi tgok bola lagi 😆

Comments are closed.