Akad nikah melalui e-mel

Saya petik dari HMetro dan dijawap oleh Penolong Profesor Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Abdul Salam Muhammad Shukri . Pertama kali baca persoalan ini, saya terkedu kerana perkara ini mungkin tidak kita fikirkan 10 tahun dulu.


Soalan

SETAHU saya ada kaedah fiqh mengatakan ‘al-kitab ka β€˜l-khitab’ (tulisan itu sama seperti percakapan). Jika begitu, adakah sah akad kahwin menggunakan e-mel?

Maksudnya, pihak lelaki memberitahu ingin mengahwini pihak perempuan dan jawapan pihak perempuan mengambil masa hingga tiga minggu untuk memikirkan pinangan itu dan membalasnya.

Jika tidak sah akad kahwin menggunakan e-mel, apakah sah menggunakan telefon seperti 3G, laman sembang dan kamera web?


Jawapan :

MEMANDANGKAN ia persoalan baru dan mungkin terjadi dalam era globalisasi sekarang, peraturan perkahwinan hendaklah difahami terlebih dulu. Perkahwinan yang sah hendaklah memenuhi rukun perkahwinan dalam Islam. Ia hendaklah jangan diambil mudah. Ini kerana akad pernikahan yang menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan.

Dalam Mazhab Shafie, rukun perkahwinan adalah
(1) lelaki yang bakal menjadi suami
(2) perempuan yang bakal menjadi isteri
(3) wali yang adil
(4) dua saksi yang adil dan
(5) ijab dan qabul.

Syarat bakal suami adalah seperti berikut:
(1) beragama Islam,
(2) tidak berihram haji atau umrah,
(3) lelaki tertentu,
(4) belum mempunyai empat isteri,
(5) dengan keredaan sendiri dan
(5) bukan khunsa.

Bakal isteri pula disyaratkan
(1) beragama Islam,
(2) perempuan yang tertentu,
(3) bukan mahram kepada bakal suami,
(4) bukan isteri orang dan tidak dalam idah, dan
(5) tidak berihram haji atau umrah.

Selain daripada syarat wali berdasarkan susunan keutamaan wali dan dua saksi pernikahan terbabit, syarat ijab dan qabul hendaklah dipenuhi.

Sighah ijab (pelawaan) hendaklah digunakan lafaz tazwij atau nikah atau terjemahan dalam apa bahasa sekalipun dan ia boleh dibuat oleh wali atau wakilnya.

Sighah qabul ialah ucapan penerimaan lelaki sendiri atau wakilnya menerima sighah ijab dengan tidak diselangi oleh apa-apa perkataan atau masa yang panjang.

Sekiranya e-mel, 3G dan seumpamanya memenuhi syarat ini, maka perkahwinan menjadi sah. Ini kerana dalam Islam perkahwinan boleh diadakan tanpa istiadat tertentu. Per kahwinan diadakan dari segi undang-undang dengan tawaran dibuat oleh suatu pihak dan penerimaan satu pihak yang lain (Ahmad Ibrahim, 1999: 25).

Saya tidak faham, adalah menggunakan email yang di balas dalam tempuh sehari, seminggu atau sebulan itu boleh ditakrifkan sebagai masa yang panjang.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. ❗ mungkin perkara ni perlu perbahasan lanjut??
    saya terfikir, nikah guna emel diragui, sebab.. ikut rukun nikah.. perlu ada 2 saksi, dan wali.. dah kalau emel mana saksinya? mana walinya? dan.. yang ijab dan qabul bukannya berlaku antara pengantin laki dan perempuan, tapi antara pengantin laki ngan walinya… kan ke gitu?

    walaupun teknologi semakin canggih, xmungkin solat kita berimamkan tv.. xsah.. sesungguhnya apa yang telah ditetapkan ikut sajalah.. kerana jika difikirkan ada hikmah disebalik semua ni..

  2. boleh! sumer boleh! pas ni boleh semayang jumaat kat umah bermakmumkan imam dalam tv.

    Kujie ~ kalau dah duduk berjauhan tu..tangguhlah dulu nk kawen
    balik M’sia kahwinlah
    perkahwinan itu bkn semata2 ikatan…
    mcm mana tanggungjawap zahir dan batin?

  3. isk..
    anak2 teruna ngan anak dara mama kawen pakai 3g je la ma..
    huhu..
    teknologi..teknologi πŸ˜€

  4. EbookFree says:

    Sepaham saya, hukum kata masa ucapan qabul tu, tak boleh selang apa-apa perkataan atau perkara. Masalah email ni, kalau tetiba hang ke PC, elektrik padam ke, tersembang dengan orang lain ke, kan susah tu… Adalah lebih baik jika kita mengadap trus wali lagi senang.

    PS: yang guna email, tepon 3G, webcam tu mesti tak nak semuka dengan wali tu. Gelabah gajah tu. sebab tu cari alasan tak nak jumpa wali tu… hehehe…

  5. Isshh macam2 la skrg ni. Anak2 kita esok camana lah gamaknya πŸ˜•

  6. heheh.. tak pernah lak terfikir benda gini.. tapi mungkin sah la kot.. kalau lama sangat, tak lah agaknya..
    tapi, kalau dah nak nikah tu, buat apa lah nak beremail2.. tunggu ajelah balik rumah, then nikah kan.. hehee.. nanti nak buat anak, kena balik gak.. boleh ke beremail or ber 3G je.. hehehee..

  7. kalo buleh jaman anak saya nanti nak jugak bakal suami dia salam suami saya…

    kalo 3G leh terima lagi kalo emel…cam x sahih sgt ler..

  8. walawei………….serius ker ni…gila sangsi…hahaha..sedangkan time saya kawin diijabkabul depan saya pun..saya rasa macam tak percaya..inikan pulak orang nak nikah guna emel…takut saya nak terlibat…(ceh…macam lum kawin lak..takut nak terlibat bagai)

  9. Walaupun dibolehkan tapi dalam hati ada ragu2 la.. πŸ˜• πŸ˜•

  10. smaelz83 says:

    Senang la aku nak kawen ngan org oversea pasni.. bagi emel ja.. hahaha

Trackbacks

  1. […] lain mengenai nikah dan kahwin: Akad nikah menalui e-mel Aku terima nikahnya Betul ke non-muslim kena vconvert islam time kawen submit_url = […]

  2. […] blog ini, kawanΒ² yang dihormati. Kita pernah berbincang tentang akad nikah di majid , tentang akad nikah melalui email juga pernah menyentuh bab mas kahwin di blog ini.Pagi tadi saya terima email seperti ini, dan […]