Aku terima nikahnya

Mulai 1 Januari tahun depan, kadar mas kahwin di Selangor ditetapkan sebanyak RM300 .

mas kahwin

credit photo:flickr

Saya bersetuju – 100%. Baca dengan jelas, saya bersetuju mas kahwin dinaikan bukan wang hantaran!

Kadar mas kahwin di Selangor ialah RM80 bagi anak dara dan RM40 bagi janda dan digunakan sejak 30 tahun lalu! Dalam tempoh tersebut, harga petrol berkali² dinaikkan. Kenapa saya bandingkan dengan harta petrol? Sebab itulah tanda aras yang selalu kita gunakan untuk menentukan kenaikan harga barang² keperluan semasa.

Apalah nilai RM80 di zaman sekarang?

Saya juga tidak bersetuju kadar mas kahwin ditentukan oleh pihak pemerintah – Jabatan Agama Islam . Sepatutnya makbapa/ penjaga/ kaum keluarga yang berhak menentukan mas kahwin anak masing² seperti di negeri Kedah.

Mas kahwin bagi negeri Kedah, Perlis, Terengganu dan Kelantan, pihak keluarga yang akan menentukan kadar mas kahwin tanpa campur tangan dari pemerintah. Biasanya mas kahwin antara RM 500 – RM 2000. Mungkin kurang mungkin lebih kerana memang tiada had yang ditetapkan.

Mas Kahwin Negeri² di Malaysia:

Johor: RM 22.50

Melaka: RM 40.00

Negeri Sembilan:

RM 24.00 (Bukan Waris – Dara)

RM 12.00 (Bukan Waris – Janda)

RM 48.00 (Waris – Dara)

RM 24.00 (Waris – Janda)

Selangor: RM 80.00 (Dara) , RM 40.00 (Janda)

Kuala Lumpur: RM 80.00 (Dara) , RM 40.00 (Janda)

Perak: RM 101.00

Pulau Pinang: RM 24.00

Pahang: RM 22.50

Sabah: RM 100.00 (Dara) , RM 80.00 (Janda)

Sarawak: RM 120.00

Labuan: RM 80.00

Kedah, Perlis, Terengganu, Kelantan : Tidak ditetapkan.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: “Sebesar-besar berkat penikahan ialah yang sedikit mas kahwinnya.” Memang ini tuntutan agama tetapi berkatkah kalau hanya mengukur kemampuan hanya dalam hal  mas kahwin sedangkan pembaziran dalam segi lain dibiarkan.  Tempah pelamin, persalinan pengantin, solekan dan berbagai² .

Contoh : Berapa jumlah yang dibelanjakan untuk rokok dalam sebulan?

Baca juga entri – adap akad nikah di masjid

©Kujie – ramai yang keliru antara mas kahwin dan hantaran. Mas kahwin adalah hak peribadi untuk seorang isteri. Walaupun tiada nilai yang dapat kita tentukan untuk seorang isteri, kalau boleh biarlah berada kedudukan yang dihargai.

Post Lain Yang Berkaitan

73 Berkongsi Rasa

  • Pada 2009.12.11 01:32, muizz menulis:

    Saya juga tidak bersetuju kadar mas kahwin ditentukan oleh pihak pemerintah – Jabatan Agama Islam . Sepatunya makbapa/ penjaga/ kaum keluarga yang berhak menentukan mas kahwin anak masing² seperti di negeri Kedah.

    Tapi kalau makbapa/ penjaga/ kaum keluarga yang tentukan ..mungkin akan berlaku pula ketidakadilan pada silelaki..buatnya sikeluarga tu mintak beribu-riban naya pulak si lelaki..”Sesuatu yang ditetapkan oleh Jabatan Agama pasti ada kebaikkannya..

    kalau maskahwin naik..? hantaran nak turun pulak kah? dont make joke la kak jie..dah bagus pun sistem kat Malaysia..

    • Pada 2009.12.11 01:33, Sifu_Din menulis:

      Di Kedah bawah 100 pun ada. Ada jugak dengan hanya senaskah Al-Quran. Zaman Nabi dulu ada sorang Sahabat Baginda yang berkahwin dengan hanya sebentuk cincin besi. So aku tak berapa setuju la dengan ketetapan tu…. :lol:
      Sifu_Din´s last blog ..Wajib Mandi Setiap Hari? My ComLuv Profile

      • Pada 2009.12.11 01:41, Pocket menulis:

        err, correct me if i’m wrong,
        tp bukan mak bapak tentukan ker?

        ker yg mak bapak tentukan tu hantaran,
        dah konpius dah,

        tp mcm pernah dgr orang yg tetapkan
        hantaran tu tak der, tp mas kawin tu
        yg berbelas belas ribu tu,
        bagus lah kan… bleh dpt 100% kat si pengantin nyer.

        jangan bapak nyer songlap dah lah.. heheheh
        Pocket´s last blog ..238. Ah Fatt… My ComLuv Profile

        • Pada 2009.12.11 02:00, Azah menulis:

          woowwww….
          ilmu yang amat berguna ni…
          huhu…
          saya umur da makin meningkat, perlu jugak la kot amek tau pasal benda ni..
          serius sblm ni tak tau pape pon pasal bab2 ni..
          hoho… nampak gaya bole la saya nak set kan mas kawin saya lepas ni…
          hm… rm8888 ok tak? haha… :lol:
          Azah´s last blog ..Sorry For the Rules My ComLuv Profile

          • Pada 2009.12.11 02:19, maza menulis:

            hehehe…

            maza tetap bangga dengan Johor! dulu, kini tetap maintain gitew.. heheheh

            . ;-) ;-) ;-)

            • Pada 2009.12.11 04:43, Anarm menulis:

              janda murah skit.. cari janda la pasni.. hehee :lol:
              Anarm´s last blog ..AleaCorp – Peneraju Revolusi Perniagaan My ComLuv Profile

              • Pada 2009.12.11 07:11, Azah menulis:

                @muizz, errrr… kalau x mampu x yah la kawen… well i’m not making a joke either… saya sokong k.jie yang

                “Saya juga tidak bersetuju kadar mas kahwin ditentukan oleh pihak pemerintah – Jabatan Agama Islam . Sepatunya makbapa/ penjaga/ kaum keluarga yang berhak menentukan mas kahwin anak masing² seperti di negeri Kedah.”

                setiap org ade pendapat masing2… x perlu la kot nak laser kan mulut mengata masing2 kot…
                Azah´s last blog ..Sorry For the Rules My ComLuv Profile

                • Pada 2009.12.11 07:41, kruel74 menulis:

                  Orang nogori gak complicated. Sib baik kawin ngan org Selangor

                  • Pada 2009.12.11 07:55, ~mrs azmi~ menulis:

                    @muizz, kenapa mesti nak melenting begitu sekali? rasanya semua benda boleh dibawa berbincang..

                    mmg sepatutnya kadar mas kahwin ditetapkan oleh keluarga perempuan tapi zaman sekarang ni orang lebih berbangga dengan duit hantaran berbelas ribu tapi duit mas kahwin celah gigi je…
                    ~mrs azmi~´s last blog ..Selamat Pengantin Baru~ My ComLuv Profile

                    • Pada 2009.12.11 07:58, ~mrs azmi~ menulis:

                      @Azah, kang bakal somi awak nanges guling2 pulak sebab seksa nak bayar mas kawin :lol:
                      ~mrs azmi~´s last blog ..Selamat Pengantin Baru~ My ComLuv Profile

                      • Pada 2009.12.11 08:01, ~mrs azmi~ menulis:

                        @Anarm, boleh ek main pilih2 cenggitu sebab nak carik yang murah? :lol:
                        ~mrs azmi~´s last blog ..Selamat Pengantin Baru~ My ComLuv Profile

                        • Pada 2009.12.11 08:03, ~mrs azmi~ menulis:

                          setuju sangat ngan kak jie!! heeeeeee :mrgreen:
                          ~mrs azmi~´s last blog ..Selamat Pengantin Baru~ My ComLuv Profile

                          • Pada 2009.12.11 08:21, denaihati menulis:

                            sungguh memang saya tak tahu bawa masa kawin dara dan janda berbeza ,,,,
                            denaihati´s last blog ..Berapa Lama kita bersama DIA yang tersayang dalam sehari. My ComLuv Profile

                            • Pada 2009.12.11 08:23, denaihati menulis:

                              @Pocket, bapak boleh songlap tapi tunggu lah balasan kat akhirat tetapi kalau anak ikhlas bagi no problem ….
                              denaihati´s last blog ..Berapa Lama kita bersama DIA yang tersayang dalam sehari. My ComLuv Profile

                              • Pada 2009.12.11 08:25, denaihati menulis:

                                @~mrs azmi~, mas kawin bila ikut agama mesti yg termampu oleh bakal suami …insyallah keluarga yg dibina akan lebih berkat dan berpanjanga sehingga ke syurga… tapi kalau mas kawin untuk ditunjuk-tunjuk maka itu untuk dunia sahaja…
                                denaihati´s last blog ..Berapa Lama kita bersama DIA yang tersayang dalam sehari. My ComLuv Profile

                                • Pada 2009.12.11 10:14, denaihati menulis:

                                  @kruel74, tu lah aku pun kawin dengan warga selangor. bapak dan emak mertua memang best lah.. orang jawa tu.
                                  denaihati´s last blog ..HIDUP BERANI UNTUK GAGAL selami hati mereka My ComLuv Profile

                                  • Pada 2009.12.11 11:17, Dr House menulis:

                                    Maskahwin tu kan pemberian wajib suami kepada isteri. Akan jadi hak isteri mutlak, tak siapa pun boleh usik termasuk mak bapa isteri. Pada pandangan aku RM2000-RM3000 mungkin sesuai.

                                    Hantaran tu hal lain.

                                    Kalo nak nikah murah pg Thailand.
                                    Dr House´s last blog ..Tetikus gaming Cyber Snipa Silencer dilancarkan My ComLuv Profile

                                    • Pada 2009.12.11 11:23, cheryna menulis:

                                      kak jie…negeri sembilan bukan RM24 lagi. rasanya dah beberapa tahun dinaikkan ke RM200 dan RM100

                                      refer nie:
                                      .
                                      http://nurmala-mazlan.blogspot.com/2008/07/mas-kahwin-selangor-mungkin-naik.html

                                      salah satu sebab kenaikan tu adalah disebabkan:
                                      “murahnya anak gadis negeri sembilan….”

                                      pedih telinga, kak jie. cukup2lah org negeri lain membidik kami.
                                      itu sebab takde tentangan di negeri sembilan.
                                      kami setuju! dan tak pernah dengar pengantin lelaki bising pulak.

                                      tp kat selangor…rm300 tuh dah macam bayar kereta sebijik kan. harga broadband naik pon marah, inikan harga kawen:P

                                      tp kalau cinta…mungkin korbanlah. nak wat camne.
                                      cheryna´s last blog ..sha: the colour of your blog My ComLuv Profile

                                      • Pada 2009.12.11 11:46, eyriqazz menulis:

                                        bagi saya kerajaan patut bagi pinjaman tanpa faedah melalui potongan gaji.Sekarang ni nak kahwin kalau takde RM20K mmg tak kahwin la jawabnya.(berdasarkan pengalaman).Saya dulu sampai 2 tiga loan saya buat semata2 nak kahwin.Yerla,kerja bertahun2pun brapa sgtla dapat simpan sekrang ni dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.
                                        eyriqazz´s last blog ..Fauziah Latiff My ComLuv Profile

                                        • Pada 2009.12.11 12:24, muiizz menulis:

                                          @~mrs azmi~, ok..saya x melenting..cuma bagi pendapat saya jer..nak setuju boleh x nak setuju pun boleh….well masing2 ada pendapat dan itu pendapat saya..

                                          peace..

                                          • Pada 2009.12.11 12:30, ariff menulis:

                                            topik best! haha. bagus2. nnti link exchange ye.
                                            ariff´s last blog ..Born to Rock, Drink and F**k My ComLuv Profile

                                            • Pada 2009.12.11 12:33, nuaeman menulis:

                                              @maza, bangga jadi orang johor gitu… heheheh
                                              nuaeman´s last blog ..Sekeping Roti Tisu, Dua Gelas Nescafe Panas My ComLuv Profile

                                              • Pada 2009.12.11 12:38, izzah menulis:

                                                rm300..bukan beban rasanye…
                                                saya tahu pasal perkara ni (kenaikan kadar mas kahwin) sejak beberapa bulan lepas dari seorg kawan yang bekerja di JAIS…
                                                perkara yg wajib jgn dipandang beban…jadikan ia tanggungjawab…
                                                kalau hantaran beribu2 boleh…takkan mas kahwin rm300 tak boleh…
                                                bukan untuk sesiapa pun..untuk bakal ibu anak2 awak jugak kan….
                                                izzah´s last blog ..Muhasabah Cinta My ComLuv Profile

                                                • Pada 2009.12.11 13:34, zuwairiaiman menulis:

                                                  wah menarik posting ni. bnyk maklumat dpt .. thanks sharing
                                                  zuwairiaiman´s last blog ..Charity Program My ComLuv Profile

                                                  • Pada 2009.12.11 14:35, Kujie menulis:

                                                    @muizz, salam .

                                                    terimakasih kerana meninggalkan komen dan pendapat. Mungkin muizz tidak membaca entri ini sepenuhnya bila mengatakan mengetanai sistem di Malaysia kerana

                                                    1 – Undang-undang Islam di seluruh Malaysia berbeza bagi setiap negeri seperti Undang -Undang Pentadbiran Agama Islam, Undang-Undang Keluarga Islam, Undang-Undang Kesalahan Syariah

                                                    2- Dalam entri ini saya telah nyatakan Kedah, Perlis, Terengganu, Kelantan : Tidak ditetapkan. Negeri-negeri lain mas kahwin telah di tetapkan oleh Jabatan Agama Islam negeri masing-masing.

                                                    Jadi sistem mana satukah yang agaknya boleh menjadi ‘bahan lawak” di dalam entri ini? ;-)

                                                    • Pada 2009.12.11 14:36, Kujie menulis:

                                                      @Azah, pendapat setiap org lahir dari brbagai tahap pengetahuan, persekitaran dan latar belakang – itu kita kena terima.

                                                      Mungkin dia tidak tahu bahawa Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu tiada penetapan mengenai mas kahwin.

                                                      • Pada 2009.12.11 14:37, Kujie menulis:

                                                        @~mrs azmi~, kak jie tak anggap pun dia melenting – mgkn pendapat dia betul…siapa kita .

                                                        mgkn kak jie salah , sekolah pun tak tinggi, membaca pun jarang2..apalagi nak mentelaah buku undang-undang… :lol:

                                                        • Pada 2009.12.11 14:41, Kujie menulis:

                                                          @Sifu_Din, mas kahwin sebuah Al_Quran itu sangat-sangat tinggi nilainya. Saya kagum kerana mereka yang memberi dan menerima mas kahwin dengan Al-Quran sudah tentu mempunyai ilmu dan hidup berlandaskan apa yang terkandung di dalam Al-Quran. Tentu meraka faham wahyu-wahyu Allah yang dikirimkan melalui Rasulullah….

                                                          • Pada 2009.12.11 14:42, Kujie menulis:

                                                            @Pocket, negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu mmg ditentukan oleh keluarga…tiada ketetapan oleh pihak lain.

                                                            • Pada 2009.12.11 14:45, Kujie menulis:

                                                              @Azah, perkahwinan berlaku bila ada persetujuan kedua belah pihak…so pandai2lah berbincang.

                                                              8 juta pun boleh Azah kalau kedua pihak bersetuju :lol:

                                                              • Pada 2009.12.11 14:46, Kujie menulis:

                                                                @maza, oooppps….sini bukan stadium bola… :lol:

                                                                • Pada 2009.12.11 14:49, Kujie menulis:

                                                                  @Anarm, hahaha…. cakap
                                                                  bila dah terkena- gila bayang , rindu makan tak kenyang, mandi tak bayang..siang malam terbayang-bayang…. apa dia minta pun sanggup tunaikan

                                                                  kata org lautan api sanggup direnangi :lol:

                                                                  • Pada 2009.12.11 14:49, Kujie menulis:

                                                                    @kruel74, bila sampai bab mas kahwin, bakal isteri orang mana tu langsung tak difikirkan pun…………….. :lol:

                                                                    • Pada 2009.12.11 14:51, Kujie menulis:

                                                                      @~mrs azmi~, nk claim nasi ayam trafik lite le tu… :lol:

                                                                      • Pada 2009.12.11 14:51, Kujie menulis:

                                                                        @denaihati, jalannnnnnnnnnnn je, bila sampai kat simpang baru nak fikir nak masuk kiri ke kanan ye…? :lol:

                                                                        • Pada 2009.12.11 14:54, Kujie menulis:

                                                                          @eyriqazz, mmg perbelanjaan kahwin bukan sedikit – bergantung pada kemampuan nak buat macam mana.

                                                                          Ada org cukup 2 pasang baju – ada orang nak 4-5 pasang
                                                                          ada orang hantaran 5-7 dulang, ada orang berbelas-dulang
                                                                          ada orang tak letak syarat langsung – tak de dulang pun ada
                                                                          ada orang kasut BATA, ada org kasut Gucci, siap begtangan, jam tangan dan berbagai2 lagi…

                                                                          kalau dah buat pinjaman, kesan lepas perkahwinan pula yang perlu ditanggung.

                                                                          • Pada 2009.12.11 14:55, Kujie menulis:

                                                                            @ariff, moga kita sama2 mendapat manafaatnya

                                                                            • Pada 2009.12.11 14:57, Kujie menulis:

                                                                              @izzah, ini entri lama yg kak jie kitar semula – entri asal adalah ura-ura untuk menaikkan mas kahwin setahun lepas – bila apa yang diura-urakan itu dipastikan – kak jie kitar semula entri ini… :lol:

                                                                              • Pada 2009.12.11 14:58, Kujie menulis:

                                                                                @zuwairiaiman, musim orang kahwin skrg ni

                                                                                • Pada 2009.12.11 15:00, Kujie menulis:

                                                                                  @Dr House, berapa pun nilai, akan ada pro dan kontranya – lebih baik kembalikan hak menentukan mas kahwin anak masing2 kepada kedua ibubapa.

                                                                                  • Pada 2009.12.11 15:02, Kujie menulis:

                                                                                    @cheryna, mgkn fakta kak jie tidak dikemaskini sebab ini adalah entri setahun dulu yang kak jie kitar semula mengikut isu semasa.

                                                                                    terimakasih krn info ini

                                                                                    • Pada 2009.12.11 15:16, Anarm menulis:

                                                                                      lautan api??!! ade ke? huhuu..
                                                                                      Anarm´s last blog ..AleaCorp – Peneraju Revolusi Perniagaan My ComLuv Profile

                                                                                      • Pada 2009.12.11 15:33, Anonymous menulis:

                                                                                        @denaihati, Bapak songlap duit salam cengkok sude… he he. Salam cengkok sekarang bukan sikit. Koman-koman RM 10.00 sekepala. :twisted:

                                                                                        • Pada 2009.12.11 15:36, Mr. Cuz menulis:

                                                                                          err..bab ni mungkin patut gak la untuk kaum perempuan kan..hehe
                                                                                          xtau nak ckap pe pun..haha nnt cuz nak kawin mmg kene buat pinjaman bank la..huhu
                                                                                          Mr. Cuz´s last blog ..LEVEL 1 CABARAN MASTER KAMIBLOGGER My ComLuv Profile

                                                                                          • Pada 2009.12.11 15:50, kak an menulis:

                                                                                            Jabatan Agama Islam Negeri meletakkan nilai mas kahwin itu adalah yang MINIMUM bukan MAKSIMUM. Tujuannya agar pihak perempuan tidak rasa tertindas diatas perkahwinan dan rasa diri itu bernilai.

                                                                                            Walaubagaimanapun kadar MAKSIMUM ditetapkan oleh ibu/bapa pihak perempuan. Bukan tujuan untuk menjual anak tetapi sebagai penghargaan dan memastikan supaya sianak berada di kedudukan yang dihargai.

                                                                                            Tetapi jangan pula kita menidakkan sabda Nabi s.a.w. “Sebesar-besar berkat penikahan ialah yang sedikit mas kahwinnya.”

                                                                                            Pernah Nabi s.a.w. bersabda sebelum baginda wafat : “Akan selamat umatku selagi dia berpegang dengan dua perkara iaitu: AlQuran dan Sunnahku”

                                                                                            Wallah hualam bissawab.

                                                                                            p/s Eee … takut… kita ada 3 anak dara. Cam ne nak settle. Iman manusia bukan sentiasa tetap.

                                                                                            • Pada 2009.12.11 16:39, abg putra menulis:

                                                                                              Kahwin janda 18 tahun ajelah. Murah!

                                                                                              • Pada 2009.12.11 17:22, ♥chentatiku♥ menulis:

                                                                                                saya pernah dengar yang Nabi kata serendah2 mas kahwin untuk wanita ialah setengah dinar yakni bermaksud dlm lingkungan RM300 duit kita sekarang..
                                                                                                sila betulkan jika saya silap~
                                                                                                ♥chentatiku♥´s last blog ..::rumah aku chantekkkkkk!!!!:: My ComLuv Profile

                                                                                                • Pada 2009.12.11 17:47, megat menulis:

                                                                                                  saya pun setuju mas kawin ditetapkan oleh ibu bapa atau penjaga. tetapi biarlah dalam logik mengikut kemampuan dan darjat seseorang.

                                                                                                  yalah kita pun tahu seminimum mas kawin yang kita ialah senaskah al-quran tetapi dalam dunia kini semuanya dinilai dalm bentuk wang tunai.

                                                                                                  yang paling saya setuju apabila kak jie kata, setiap orang punyai pendapat masing-masing lahir dari tahap pendidikan, pengetahuan, persekitaran dan latar belakang. seringkali sebagai blogger menjadi pertentangan pendapat pada yang tak berkenaan (hu3)
                                                                                                  megat´s last blog ..Bersuci, Memastikan Diri Bersih Sebelum Menunaikan Ibadah My ComLuv Profile

                                                                                                  • Pada 2009.12.11 19:48, kenari menulis:

                                                                                                    isu ini menjadi topik terhangat di mana-mana…
                                                                                                    kenari´s last blog ..PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN (PTK) My ComLuv Profile

                                                                                                    • Pada 2009.12.12 00:18, cikun-kun menulis:

                                                                                                      salam kakjie,

                                                                                                      long time no see..hehe..

                                                                                                      iA kalau xde halangan saya nak kahwin jugak..tp skg sume kene ade poket tebal..duit oh duit…saya just tak berapa agree kalau nak kawin kene pakai banyak duit..abeh tu kalau mase khwin(nikah, sanding, hantaran) sampai sanggup berhutang, lepas kwin macam mana?

                                                                                                      IMO, membina rumahtangga adalah perkara yang sangat mulia, so, kena lah dipermudahkan, ini tak, ada macam2 halangan/proses utk nikah/kahwin..saringan HIV lah, borang itu borang ini la..hish..

                                                                                                      kakjie, need ur opinion plis..
                                                                                                      cikun-kun´s last blog ..Is that makes sense? My ComLuv Profile

                                                                                                      • Pada 2009.12.12 09:49, Kujie menulis:

                                                                                                        @cikun-kun, sebenarnya proses2 sebelum kahwin, borang itu borang ini, kursus itu kursus ini – kalau utk kebaikan, apa salahnya…jgn rumitkan diri anggap semua itu beban…anggap kita sedang dlm proses menuju satu tingkat yang lebih baik

                                                                                                        mcm kita belajar juga, kan…. utk lepas sesuatu peringkat, kenalah diuji sikit.

                                                                                                        itu hanya perkara2 yg paling simple, selepas kahwin ada banyak lagi hal2 yang akan ditempuh……… mmg tak ada borang, tak ada kursus tetapi praktikal yang kita kena buat mengikut gerak hati sendiri, dari pengalaman sendiri atau pun ilmu yang kita pelajari.

                                                                                                        sanding, hantara bagai2 tu – ramai yg buat sbb nak ikut org – ayat paling kerap ‘ nnt apa org kata”

                                                                                                        di situlah masalahnya .

                                                                                                        jgn berhutang, berterus terang kadar kemampuan yg ada kepada bakal keluarga isteri. Insyaalah mereka akan faham.

                                                                                                        • Pada 2009.12.12 09:49, Kujie menulis:

                                                                                                          @kenari, hal2 bersangkut dgn kehidupan kita

                                                                                                          • Pada 2009.12.12 09:50, Kujie menulis:

                                                                                                            @Mr. Cuz, masalahnya ramai org lebih beri perhatian pada hantaran daripada mas kahwin

                                                                                                            • Pada 2009.12.12 09:52, Kujie menulis:

                                                                                                              @kak an, saya respect orang yang memberi dan menerima mas kahwin dengan Al-Quran dan mengamalkan sepenuhnya apa yang terkandung didalamnya…bukan semata2 sebagai memberi dan menerima satu objek.

                                                                                                              • Pada 2009.12.12 09:53, Kujie menulis:

                                                                                                                @abg putra, 18 thn? boleh ke dpt murah tu abg putra…hahaha

                                                                                                                nnt ramai pula yg contact abg putra, order sorang satu…

                                                                                                                jadi ejen janda 18 tahun :lol:

                                                                                                                • Pada 2009.12.12 09:57, Kujie menulis:

                                                                                                                  @megat, lebih indah kalau bagi Al-Quran bukan hanya pemberian semata-mata tetapi mengamalkan segala isi kandungannya…..

                                                                                                                  Kak Jie jarang pertikaikan pendapat orang – kerana masing2 berbeza hati dan perasaan… jalan hidup dan apa yang kita tempuh sepanjang perjalanan ini tidak pernah sama dan sudah tentu pendapat bergantung dari sisi mana kita melihat sesuatu perkara.

                                                                                                                  Pernah baca kak jie menulis – tak suka blog tu, tak suka template org tu, tak suka entri orang tu?

                                                                                                                  Memang ada yang kak jie tak suka, tetapi tak mungkin semua kak jie suka.

                                                                                                                  • Pada 2009.12.12 10:03, Kujie menulis:

                                                                                                                    @♥chentatiku♥, kalau mas kahwin tu hak peribadi , ditentukan oleh keluarga – berapa itu adalah hal peribadi keluarga masing2…

                                                                                                                    lagi satu – perkahwinan itu persetujuan kedua belah pihak…jadi..kalau dua2 dah bertepuk..berbunyilah.. :lol:

                                                                                                                    • Pada 2009.12.12 13:40, cikun-kun menulis:

                                                                                                                      @Kujie, thx kakjie!! :mrgreen:
                                                                                                                      cikun-kun´s last blog ..Is that makes sense? My ComLuv Profile

                                                                                                                      • Pada 2009.12.12 16:18, BDewa menulis:

                                                                                                                        Jie… yang 300 ringgit tu baru harga basic mas kahwin. itu belum masuk cukai impot, cukai tanah dan cukai macam-macam lagi. kalau dah masuk semua cukai harga dia naik sampai 2,000 ringgit tau… negara kita kan terkenal dengan kes cukai mencukai…

                                                                                                                        • Pada 2009.12.13 00:43, samdaddycool menulis:

                                                                                                                          @muizz, > kalau mak bapak minta riban-riban.. ia adalah hak isteri, mak bapak tak bole ‘pow’ – berbanding senario sekarang, mas kahwin rendah, tapi hantaran kena minta riban-riban juga.. yang pasti, kebanyakan mak bapak dah ‘pow’ buat belanja kahwin…. :roll:
                                                                                                                          samdaddycool´s last blog ..Koleksi terkini Baju blaus moden gaya kontemporari bermanik My ComLuv Profile

                                                                                                                          • Pada 2009.12.13 22:43, hafizmd menulis:

                                                                                                                            @Kujie, btul tuh..kat terangganu..mmg tidak ditetapkan..biasenyer ibubapa pengantin perempuan akan tetapkan berapa jumlah mas kahwinnyer..tp semuanyer melalui perbincangan yg cukup cantik sekali..mksudnyer pihak pengantin lelaki setuju dgn jumlahnyer..

                                                                                                                            pade saye, mas kahwin adalah hak milik mutlak pengantin perempuan, so wajarlah nilainyer biar sepadan..so, saye mmg stuju bile selangor naikkan mas kahwin tuh..xde isu pun bile dinaikkan..sbb yg lelaki mesti bertanggungjawab dlm soal menyediakan wang mas kahwin..

                                                                                                                            p/s- beli rokok bertan2..xkan rm300 pun dah ade yg bising kot.. :shock:
                                                                                                                            hafizmd´s last blog ..Adakah Kita Jiran yang Peka? My ComLuv Profile

                                                                                                                            • Pada 2009.12.13 22:49, hafizmd menulis:

                                                                                                                              @denaihati, yeah..mesti ade..salah saru sebabnyer..si janda, terus boleh tnye empunya diri tp si dare nak kawen, tentunye masih bawah tanggungan walinyer..kenela lalu walinyer dulu.. :mrgreen:
                                                                                                                              hafizmd´s last blog ..Adakah Kita Jiran yang Peka? My ComLuv Profile

                                                                                                                              • Pada 2009.12.13 22:52, hafizmd menulis:

                                                                                                                                @Kujie, mmg gitula skrg..kalau takde paling2 sempoi pun 10k..agak sukarla sedikit..btul kate kak jie tu..semuanye bergantung pade kite..nk meletopp ke?@ bersederhane? :roll:
                                                                                                                                hafizmd´s last blog ..Adakah Kita Jiran yang Peka? My ComLuv Profile

                                                                                                                                • Pada 2009.12.14 01:19, tekkaus menulis:

                                                                                                                                  Hmm…saya takde lar komen. Tapi saya rasa kalau mampu kenapa tidak kan? :p
                                                                                                                                  tekkaus´s last blog ..I Am Studying Again! My ComLuv Profile

                                                                                                                                  • Pada 2009.12.14 08:19, kak an menulis:

                                                                                                                                    @Kujie, betul betul betul. :razz:

                                                                                                                                    • Pada 2009.12.14 20:11, Ryehanna menulis:

                                                                                                                                      Yang mas kahwin seribu satu tu mcm mane pulak yer?
                                                                                                                                      Ryehanna´s last blog ..When I have the time to jot them down. My ComLuv Profile

                                                                                                                                      • Pada 2009.12.14 22:07, Kujie menulis:

                                                                                                                                        @Ryehanna, itu wang hantaran serba satu – hanyalah tradisi @ adat

                                                                                                                                        • Pada 2009.12.15 00:17, Ryehanna menulis:

                                                                                                                                          @Kujie, oh.. maknanye ape? satu hantaran seribu ke? sebab saya tny mak, mak kata mas kahwin seribu….

                                                                                                                                          xberapa paham. huhu

                                                                                                                                          • Pada 2009.12.15 00:26, Kujie menulis:

                                                                                                                                            @Ryehanna, tengoklah masa berbincang tu pihak perempuan cakap apa

                                                                                                                                            kalau dia ckp mas kahwin seribu – mmg seribulah
                                                                                                                                            mas kahwin seribu satu tu – 1001 kot,sbb tak pernah dengar bab mas kahwin serba satu ni…yang selalu dengar hantaran serba satu tu – hiasan dan persalinan serba satu

                                                                                                                                            mgkn lain tempat lain pemahaman dia kot

                                                                                                                                            • Pada 2009.12.15 00:27, Kujie menulis:

                                                                                                                                              @BDewa, yg wajib je kita kita patut cakap..yg lain2 tu ikut kemampuan masing2lah kot…ada org 5K dah cukup, ada org 50K baru cukup

                                                                                                                                              • Pada 2009.12.15 19:45, mya myza menulis:

                                                                                                                                                tu la kdg2 x faham bab2 mas kahwin dan hantaran ni..
                                                                                                                                                kite mmg org trganu dah nak kawen ni baru tahu ada negeri yg tetapkan maskawen… lau cam2 kesian gak kat pengantin popuan yg dpt maskawen sikit ek..
                                                                                                                                                yela kt dah tentu kena mengabdikan diri pd suami…
                                                                                                                                                untung baru tenggelam…
                                                                                                                                                untung sabut timbullah jawabnye…

                                                                                                                                                • Pada 2010.06.04 11:23, Farel menulis:

                                                                                                                                                  bukan seribu satu la…

                                                                                                                                                  seribu serba satu…

                                                                                                                                                  maksudnya hantaran kene seribu, majlis kene seribu, pakaian semua pun seribu…

                                                                                                                                                  so kire lah berape?

                                                                                                                                                  • Pada 2010.08.02 10:33, leyza menulis:

                                                                                                                                                    mas kahwin yg ditentukan oleh pemerintah sekadar penanda aras..

                                                                                                                                                    (Diperlukan)
                                                                                                                                                    (Tidak akan dipamerkan)
                                                                                                                                                    CommentLuv Enabled
                                                                                                                                                    Sekiranya anda ahli berdaftar CommenLuv, klik untuk memilih post yang ingin dipaparkan.

                                                                                                                                                    Switch to our mobile site