Apakah yang lelaki mahu?

Dalam sebuah perhubungan, apakah yang lelaki mahu?

Wah………tajuk macam pakar cinta.  Sebenarnya ini adalah topik berlapuk dalam draft.  Saya ingin bincangkan topik ini bila ada beberapa orang kawan bertanya ,  ” kenapa blog saya ramai pengomen lelaki”.   Selalunya kalau blog makcik² , lelaki muda jarang mendekati.

Apa rahsia anda….?

Nak tergelak bila fikirkan soalan tersebut.  Kenapa ye…?  Saya tak pasti, kena tanya mereka sendiri.  Mungkin mereka selesa  di blog ini, mungkin sebab kalau berborak,conversation  lebih meluas topiknya dan sometimes lebih menghiburkan.

conflictMemandangkan ramai pengunjung blog ini lelaki, mari kita tanya  mereka satu soalan mudah… apa yang lelaki mahukan dari pasangannya?

Berseronok dan akan cuba mencari wanita cantik dan menayangkannya pada dunia atau mencari wanita yang boleh dijadikan isteri untuk berkongsi hidup?

Tidak dinafikan lelaki mudah tertarik dengan penampilan fizikal, tetapi tarikan nafsu hanya di peringkat permulaan. Peringkat seterusnya, lelaki lebih berminat kepada hubungan yang lebih stabil.

Batulkah lelaki mahukan wanita yang mempunyai keseimbangan antara sifat semula jadi yang feminin serta pada masa sama, teguh dan kuat?

Dari satu kaji selidik yang dikendalikan sebuah badan antarabangsa , majoriti lelaki lebih suka berpasangan dengan wanita cantik walaupun mereka tidak bijak. Mungkin sebab dari sudut psikologi, lelaki sentiasa ingin menjadi pemimpin. Pemimpin perlu lebih bijak daripada orang yang dipimpinnya tambahan lagi lelaki suka kalau wanita bergantung sepenuhnya kepada diri mereka.

Ayuh lelaki, nyatakan apa yang anda mahu supaya sebahagian lagi pengunjung saya yang bergelar wanita atau pun gadis  ‘bersedia’ untuk memenuhinya.

Ayuh silent readers ..sesekali berikanlah pendapat.

***********************************

* Pengomen Terhangat 3 bulan berturut-turut juga lelaki….diperkenalkan… Encik Maza
maza julai

tepuk…tepuk…tepuk…:lol:

Comments

  1. justin bieber fans says:

    lelaki semuanya bodooh!!!!!
    perempuan lebih setia bebanding lelaki…
    lelaki tidak mahu ape2 dri perempuan selain daripadda memperbodohkn peremmpuan..

  2. hahaha.. draft tu x boleh tahan.. hehe..
    best la blog ni.. sebab kujie2.com tak kedekut kongsi tips.. sebab tu ramai.. hehe

  3. alQasam aka mrssalman says:

    Askum kakjie. Terjumpa blog kakjie dr blog suami saya.:)

    Menurut pepatah kata suami saya. Umumnya lelaki suka wanita yang bijak, berdikari/tough at the same times dependable/manja dengan deme. Maknanya, berdikari tapi manja.^^

    Lelaki memang manja. The best partner will be someone that we can show our most akward, shameful condition and situation.

    Ini tentang karakter/personaliti.

    Untuk pilihan isteri secara umum, agamalah yang UTAMA. Ini pesan Nabi saw. Taribat yadak kata Nabi saw. Mafhumnya, beruntunglah kamu/selamatlah kamu, jika isterimu seorang yang beragama.

    Cantik wajah=nafsu. Kaya=nafsu. Harta=nafsu.

    Tetapi kalau agama, beruntung dan selamatlah kesemua jiwa dan diri kamu. Itu dair sudut suami.

    Dan bagi perempuan pula, pandai-pandailah memikat suami ya dengan karakter dan personaliti yang menarik.:) Cantik tidak mesti dengan wajah. Attaractiveness itu yang wajib kita PRESENT itu suami. Itu yang WAJIB dan DISURUH agama.:)
    .-= alQasam aka mrssalman´s last blog ..Tertipu Dengan Nafsu =-.

  4. Soalan yang sukar tu.. tapi yang penting ialah patuh selagi apa yang pihak lelaki minta buat tidak bertentangan dengan agama.
    .-= zuls´s last blog ..Duit Survey Scam? =-.

  5. asalamualaikum,

    lelaki mahu kelembutan yang abadi

    terima kaseh salam hormat
    .-= pakcikli00´s last blog ..urut batin =-.

  6. ye lah mama. blog mama ni sangat lah ramai pembaca lelaki hahha. yang sesat2 dengan keyword mengarut2 tu semua laki punya keja lah tu HAHAHAHA :mrgreen: dah tentu2 la si lelaki ni takkan pandang blog pompuan2 yang bercerita, hari ni aku mkn nasi ayam,hari ni aku pakai baju kaler biru,esok mlm aku nak date dengan laki aku,esok aku nak shopping (*&%$#@@!! kan mama kan?

    blog mama adalah berciri sangat muhibah. semua topik mama sangat sesuai utk bacaan umum. (mama kena dpt license U ni) politik ada,family ada,tips ada,kesihatan,dunia semasa,dunia hiburan,tutorial blog. ishhhhhhh susah ah nak carik blog mcm mama ni!

    hehee teruskan menulis ok mama :) errr bagi ramai sikit laki muda masuk baca. boleh ngorat makan nando’s ka :mrgreen:
    .-= yonna´s last blog ..Y527 : Darah Muda =-.

  7. Alamak, sy gegirl, takleh
    komen patutnya ni. :mrgreen:
    .-= Eriyza´s last blog ..Lamaran Dalam Talian =-.

  8. pada saya sesungguhnya Allah telah pasangkan kita dengan pasangan yg seelok-eloknya, kerana itulah firmanNya; dalam surah An Nur ayat 26, maksudnya lebih kurang “(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik…. (hingga akhir ayat)”.
    Jadi bagi yg dah kahwin, terima pasangan itu dan berusaha memperbaiki diri masing2. Untuk yg belum kahwin, kan jodoh pertemuan ditentukan Allah, untuk mendapat pasangan yg baik, semestinya diri sendiri dahulu jadi baik….

    Saya suka komen di sini kerana nak komen kat mana lagi? tak banyak blog yg saya baca pun….

    Salam kak jie aka Kak Kujr
    .-= AyKay´s last blog ..Hidupkanlah malam ini… malam nisfu Syaaban =-.

  9. sume org nak baik, cantik, memahami…kira nak cari yg perfect la..pompuan pon mcm tu gak lah…tp ukuran cantik tu kan berbeza dr pandangan setiap org so, kalau si A ckp cantik x semestinya si B ckp cantik..tu sbb ade yg ckp, mcm mana lah dia tu yg cun/ensem dpt yg x brape cun..hahahha…Tuhan kan adil..setiap org ade kecantikan tersendiri..kalau x cantik sgt luaran, tp dalaman cantik..mmg nampak cantik tp kalau luaran cantik, dalaman tu hancuss..haha, mmg org x sukalah! so, terpulang kat masing2lah..nak tgk aje sepanjang masa menikmati kecantikan luaran atau dapat menikmati kedua2 skalik, cantik luar n dalam? hehehe…..

    pssst! dah nampak cantik kat hbby ni alhamdulillah….bukan senang nak menten, hikks!
    .-= jun´s last blog ..Chicken wing BBQ =-.

  10. Mommy Lyna says:

    suami saya utamakan agama, kecantikan, kebersihan, kekemasan dan yang paling penting kebijakan.

    hahahaha. sungguh daku amat lemah bab yang terakhir tu tapi itula kriteria utama dia memilih isteri dulu. oh, maknanya saya bijak lah! :D

    tp hakikatnya ramai teman2 saya (lelaki) mengakui mereka memilih yang cantik sebab “rupa tak bole ubah, perangai bolehh…”
    .-= Mommy Lyna´s last blog ..Kewajipan Jimak – Khas Untuk Bacaan Encik Fahrin Ahmad =-.

  11. Tajuk ni pun dah cukup menarik lelaki…hehe….

    Bagi Tie, dari pengalaman laa…ramai lelaki (bukan semua, nanti ada orang marah) tertarik kepada kecantikan dahulu…. perangai buruk letak tepi. Bila dah dapat, baru nak cuba ubahsuai perangai yang tak disenangi tu…. Susah laa…

    Tapi tak tahu la zaman sekarang sudah berubah, lelaki lebih pandang kepada kepandaian dan peribadi yang baik. Mungkin dah nampak, wanita cantik lebih sesuai dipandang je, ekekeke…. (mesti kena leku dengan wanita2 cantik ni!)
    .-= Tie´s last blog ..Gula =-.

    • @Tie, sepatunya zaman skrg lelaki lebih terbuka menilai kecantikan…sebab mereka terdedah dgn perbincangan terbuka spt ini, jadi harap² mereka sedar – kecantikan itu tak kekal lama…. :lol:

  12. Haha :D Blog makcik-makcik? Mungkin sebab itulah rasa selesa…macam tengah berborak dengan ibu kan? Haha :mrgreen:

    Hmm…lelaki nak apa dari pasangan mereka ya. Bagi saya..paling penting adalah persefahaman dan kesetiaan. :razz:

  13. terlalu susah bagi aku untuk menjawabnya….kalau masih bujang ingin yang cantik…kalau sudah ber isteri ingin isteri yang memahami – itu ajer,,,bagi aku :)
    .-= kita´s last blog ..Gadis Melayu Memalukan TV9 =-.

    • @kita, sebab itu lah selalu terjadi konflik..sebab waktu sebelum kahwin lain keinginannya…tapi bila dah kahwin dia mula berubah fokus… :lol:

  14. - Kahwinilah perempuan kerana 4 perkara; Rupa (cantik) , harta, agama, keturunan… Jika kahwin kerana rupa, rupa sahajalah yang dapat. Kalau kerana harta, harta sahaja yang kita dapat… Yang terbaik- pilihlah yang beragama, kerana senang untuk dididik untuk menjadi isteri yang solehah.

    Untuk membincangkan apa yang lelaki mahu daripada wanita ; lelaki perlukan tempat untuk berpaut tatkala berada dalam keadaan semangat yang hilang. Di sebalik kejayaan seorang lelaki, ada wanita di belakangnya. Begitu juga dengan kejatuhannya.

    Lelaki pasti mahukan yang terbaik daripada pasangannya. Cuma lelaki melayu tinggi egonya. Sebelum dapat, dipujuk rayu. Bila dah dapat, buat tak tahu.

    Lelaki sebenarnya memang manja (mengada pun iya juga .. :mrgreen: ) We need a shoulder to cry on.. sometimes…
    .-= samdaddycool´s last blog ..Weblog Popular 1Malaysia : Pecalonan Untuk Kujie2 dot com =-.

    • @samdaddycool, lelaki sebenarnya manja – inilah yang jarang disedari oleh wanita…mungkin yang dah berkahwin saja sedar perkara ini. Tetapi bagi pasangan yang masih dalam proses mengenali , konflik selalu terjadi bila wanita yang terlebih ingin bermanja……… :lol:

  15. Dimanakah kunci KEBAHAGIAAN ?

    Tunduk dan Patuh kepada Allah. Persefahaman sesama pasangan.

  16. aderkk…….. malu lak den. ahaks. meow. meow….gitew..

    hehehehhe

    here I ‘am girl.. I’m coming right now!

    wakakakkaka :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:
    .-= maza´s last blog ..Murka saban masa, Dari Pagi membawa ke Petang =-.

  17. Dah kawin tak leh bagi jawapan lah ya sebab ini untuk yang belum berpunya… :mrgreen:
    .-= kruel74´s last blog ..Disclaimers are just to give you a peace of mind =-.

    • @kruel74, boleh juga…………. utk pasangan kita
      tak semestinya bila dah kahwin kita pandang remeh hal2 keperluan pasangan kita

  18. wah topik menarik yang dapat dikongsikan bersama. apakah lelaki mahu pada wanita?

    bagi saya, kecantikan wanita pilihan saya jatuh kepada tempat berikutnya. kecantikan tidak bermakna jika tidak digabungkan dengan kecantikan dari dalam (hati budi).

    saya pernah 3 kali putus tunang dan kesemuanya cun-cun! tapi akhirnya ada sesuatu yang tak selari dengan kecantikan mereka. sudah pasti sejak itu saya beranggapan dalam kecantikan sudah pasti ada kekurangan. ianya seperti tibang tara antara cantik dan budi bahasa.

    selepas kejadian tersebut, saya memilih wanita yang berbudi bahasa, santun dan ayu. alhamdulillah, sudah diijabkabulkan dan sebagai bonus dia memiliki rupa yang cantik juga.

    sudah pasti, lelaki memang suka wanita cantik!
    .-= megat´s last blog ..World Record Guitar Speed 2008, Memang Laju Dan Cekap! =-.

    • @megat,

      cun bukanlah bermakna terbaik dan sempurna kanzzz… tapi hati masing2 memang mau cun.. hmm tapi tak guna gak kalau tak sepadan kanzzz…. tak sejodoh gitew.. heheh

      apa nak heran kanzzz… dlm Quran pun ada cerita, “wanita yg baik2 adalah utk lelaki2 yg baik2″ gitew.. hehehhee
      .-= maza´s last blog ..Murka saban masa, Dari Pagi membawa ke Petang =-.

      • @maza,

        setuju seperti mana allah jua suka melihat benda-benda yang cantik. apatah lagi kita manusia.

        satu perkara yang perlu diingatkan, dalam al-quran juga ada menyatakan, “lelaki pantang nampak dahi licin”. tak perlu buat penafian he3.
        .-= megat´s last blog ..White Lion, When The Children Cry =-.

    • @megat, tetapi sejujurnya……..kecantikan akan jadi yang pertama..dari mata baru turun ke hati. Ini tak salah, naluri manusia kita pandang dulu baru berkenan baru kita tanya harga, belek qualiti , suai padan dgn diri kita sendiri…. ( mcm nk beli kain baju raya le pula )

      semua katogari tu bergantung pada tahap umur , kematangan dari pengalaman…bagi muda remaja……….sudah pasti kecantikan tetapi bagi yang lebih matang..dia menilai bukan sekadar fizikal

  19. kalau cantik dan terlebih bijak berckp dan menjawab boleh tak aman la dunia…

    udahnya… kembali kepada akarnya.. pemimpin.

    lelaki melihat kepada wanita yg lebih mudah mendengar kata dan sedia dipimpin.

    (err.. pendapat zana shj :d )
    .-= Zana´s last blog ..Masak Lemak Pucuk Ubi Che Esah =-.

    • @Zana,

      bag maza, ia begitu berseni sekali..complicated….

      sebenarnya apa yg lelaki kehendaki adalah banyak dipengaruhi oleh didikan yang diterimanya…. kalau didikanya lebih kepada TODY atau Tiger Beer maka wanita yg diperoleh pun kaki lebih kurang mcm tu gak ler..

      tapi.. tak tau lah tetiba Tuhan nak bagi yg sebaliknya…pastinya ada rahsia di dlm rahsia gitew.. hehehe

      apa2 hal pun.. lelaki yg beriman dan mahu menjadi insan yg soleh.. semuanya berkehendakan wanita yg bercirikan yg zana cakap tu ler.. hehehehe

      tapi kalau dah dapat yg sebaliknya.. huhuhu.. terpaksalah harungi cabaran itu gak.. apa leh buat.. dah terkawen katanya.. wakakakkaa
      .-= maza´s last blog ..Murka saban masa, Dari Pagi membawa ke Petang =-.

    • @Zana, semua ini subjektif bergantung pada apa yg dia fokus dlm hidup..hala tuju hidupnya…

      kadang2 kita list itu ini begitu begini , dah jodoh Allah tentukan…lain pula
      tapi matlamat akhir..bahagia…

  20. Saya dari awal kahwin hingga lah hari ni selalu cakap kat wife buat je lah apa-apa yang apabila saya diluar nampak pompuan cantik saya akan tengok (lelaki biasalah kan kan) tapi hujung nya saya akan cakap wife aku lagi cantik (cantik tu kan subjektif)…kesimpulannya wife mesti buktikan bahwa mereka lebih baik daripada pompuan kat luar sana yang memang cari peluang je (tapi bertepuk sebelah tangan tak bunyi lahhh). Tapi insyallah kalau pasangan saling memahami dan tidak fokus kepada kelemahan serta tak berusaha menukar pasangan seperti yg kita nak…terima seadanya…insyallah berkekalan…
    .-= denaihati´s last blog ..Contest Weblog Popular 1Malaysia =-.

    • @denaihati,

      wakakka.. lelaki banyak kena godaan gitew..kat ofis, kat tepi jalan, kat taman, kat pasar malam dan masa jenjalan ketika teman isteri shopping pun kekadang digida gitew… heheheh..

      psst: kalau tak takkan ler hadis ada kata (maksudnya), “Jika kamu hendak masuk syurga, pelihara iman dan benda dikedua celah kelengkang kamu..” kanzz…….hehehe
      .-= maza´s last blog ..Murka saban masa, Dari Pagi membawa ke Petang =-.

    • @denaihati, ini cakap org yg dah jumpa……org yg masih mencari..dia sdg berkira2 menrangka stategi memasang badan gitu….baru nak masuki pasaran :lol:

      nak juga tau……..apa kehendak pelanggan :lol:

  21. ibu kepada anak lelaki pun boleh komen arrr?
    setuju, lelaki suka perempuan cantik, tapikan berapa lama kecantikan bertahan, lama-lama lemau gakkan? kalau otak kosong boleh mereng jugak lelaki nak layan kerenah isteri yang tak cerdas. semua benda nak bergantung kat lelaki, mampukah lelaki sekarang buat semua kerja dalam satu masa.
    .-= zany´s last blog ..Boleh Hidupkan Tanpa………………… =-.

    • @zany, kadang² kita nak itu ini dari pasangan tetapi kita sendiri tak kenal diri sendiri apa yg sebetulnya keperluan kita…mcm mana tu

  22. emm..topik yang menarik..saya pun nak tahu juga apa yang dikehendaki oleh lelaki ini.. ;-)
    .-= Bb Hussain´s last blog ..Roses of Mine =-.

  23. Lelaki biasanya penyegan sikit nak meng komen di blog personal gegirls. Kenkadang diorang baca je sebab tu takde idea nak komen apa [haha, memandai lak diya]. Blog mama lebih berciri luas, no wonder banyak peng komen lelaki =)

    • @Diya,

      hmm ada benar gak tu…

      ramai kawan maza hanya membaca lalu shj.. terutama blog berbentuk peribadi, atau hal2 yg menyentuh keperibadian….(mereka lebih suka baca berbentuk politik, sukan, bahan ilmiah.. dan bahan yg ringankan kepala gitew)…

      Lagipun kebanyakkan lelakikan ini bekerja, cari nafkah.. mereka sibuk dgn tugasan dan keluarga masing2.. mana ada sangat masa nak buat atau baca blog ni.. lebih elok dia org rehatkan minda utk prepare esok hari… atau there have plenty of things yg lebih memerlukan perhatian mereka. dan lagi lebih bermanfaat untuk dibuat seperti membaca suratkhabar, majalah, kenduri tahlil, surau, melihatkan anak2 dsbnya.. jadinya masa utk menatap hal2 sebegini tentu sekali berkurangan atau tidak ada..tu belum lagi melayani isteri tu, yg juga manusia punya macam2 karenah….tak gitew? hehehhe

      jadinya.. lelaki yg santai dan kurang kerja ke, atau memang tak der benda nak buat ker, mcm maza ni ha, selalu ler menyibuk! hehehehe masuk sana, masuk sini.. tengok blog sana ,, tulis sini.. hehehhee

      tapikan generally kalau blog yg mengisah terlalu meleweh, gedik, terlalu personal .. hmm maza pun malas nak layan. ngeri siot. baik layan astro cnn ke, awani ke, tak pun oasis atau HBO gitew.. hehehhe… ada gak info yg best2 gitew.. hehee
      .-= maza´s last blog ..Murka saban masa, Dari Pagi membawa ke Petang =-.

    • @Diya, lelaki suka ciri2 wanita spt seorg ibu….. lelaki semulajadi suka bermanja…hehehe

  24. Salam,

    Soalan Kujie lebih sesuai dijawab oleh pembaca yang belum kahwin. :smile: Bab cantik atau fizikal tu memang banyak pengaruhi seseorang. Namun kita lelaki kenal juga cermin muka sendiri dulu sebelum buat perangai cerewet asyik nak yang cantik2 dan ayu-mayu. :grin:

    (Setahu saya wanita Arab kebanyakannya berbadan besar. Tak cun …) so don’t worry. ;-)
    .-= pok-kam´s last blog ..Illegals Is A SecurityThreat. =-.

    • @pok-kam, ayat last tu yg buat saya gelak tak sudah…hehehehe

      kiranya malam ni boleh tidur nyenyak, tak de nightmare la ye :lol:

Trackbacks

  1. [...] Atau ada banyak topik lelaki yang disentuh di blog ini? Apa yang lelaki mahu? Nak tahu jawapan , klik [link] [...]

  2. pligg.com says:

    Apakah yang lelaki mahu? | Hidup Biar Sedap…

    Berseronok dan akan cuba mencari wanita cantik dan menayangkannya pada dunia atau mencari wanita yang boleh dijadikan isteri untuk berkongsi hidup?…