Bahaya Spa Ikan

Dalam perjalanan ke sekolah pagi tadi, terdengar berita mengenai amaran Ketua Pengarah Kesihatan mengenai risiko terapi ikan atau spa ikan boleh menyebarkan penyakit.

Rawatan spa ikan atau ada yang memanggil doctor fish memang popular tetapi saya tak pernah sekali pun mencubanya.

spa ikan di malaysia

ini ikan guppy saya, bukan doctor fish – doktor juga tetapi doktor yang memberi ketenangan.

Ikan tersebut menjadi penyebar virus melalui gigitan pada kaki pelanggan yang disebarkan pada pelanggan yang lain kerana kolam yang digunakan secara berkongsi.  Kalau guna secara individu, tak ada masalah.

Bayangkan saja jika seseorang yang mempunyai penyakit kulit menyebarkan bakteria di dalam kolam memandangkan bakteria boleh hidup di dalam air yang mungkin telah kotor dan tidak diganti untuk tempoh yang lama.

Dulu-dulu teringinlah juga nak pergi bagi ikan geletek kaki tetapi saya tak sanggup nak selak nampak kaki berkongsi kolam dengan orang lain.  Saya selalu nampak kaki makcik² cik kiah cik siah melalui tingkap kaca yang boleh diintai oleh pengunjung di luar premis spa.

Syukur juga kerana ada perasaan malu untuk hulur kaki dalam kolam menyebabkan saya tidak perlu bimbang mengenai jangkitan tersebut sekarang.

ikan guppy saya juga mengigit!

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

48 thoughts on “Bahaya Spa Ikan”

  1. :mrgreen: kak jie..kalau rawatan pakai,ikan keli atau atau terapi duduk didalam mulut buaya pun best gak

  2. Alamat bankraplah pengusaha spa ikan, semalam cuti, sempena deepavaali aku pergi kat Tesco Selayang, aku perhatikan dari aku masuk sampalah aku nak balik takde sorang pun yang guna (spa Ikan kat tingkat 2) Tesco.

  3. penah jugak teringin ma. tapi pandang ikan hurung banyak2 kat kaki pun dah geli, mcm nak tercabut bulu roma yg meremang ni hahaha

  4. anak ikan talapia saya sebijik mcm doctor fish, dah besar jadi monster kuat makan & buang. Air memang best transporter of anything, virus or penawar
    Jom terjah post menarik dari beehaa ..Wordless WedMy Profile

  5. ada yg kata ada pengusaha spa yg buat teknik pembersihan lepas ikan yg digunakan utk ‘bersih’kan kaki, diberi rawatan dulu.. tak tau la, sebab tak penah tgk dan tak terlibat dlm perkhidmatan ni..

    pun tak penah try treatment ni.. hehe.. ape pun, harap2 xde la kes2 begini terjadi..

    kt langkawi hari tu, teringin juga, tapi dek rasa takut geli tu lebih, mmg tak hulur le.. lagipun, malu ramai org tgk.. huhu
    Jom terjah post menarik dari fiezaradzi ..Lima Perkara Pelik BerlakuMy Profile

  6. Dalam kolam besar ada banyak…kak jie sauk pindahkan ke kolam kecik.

    Tapi tak lama…kejap lagi dia berenang masuk kolam besar balik

    tapi sekarang ni kualiti air teruk sangat, mudah keroh. Atas bukit belakang rumah kak jie tu dah ratah dah orang buat kerja memusnahkan bumi….
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Malu Nak Buat BaikMy Profile

Comments are closed.