Baling Paling Bahagia

Baling paling bahagia

Majlis Daerah Baling, Kedah dikenal pasti sebagai kawasan yang mencatat kadar kebahagiaan tertinggi di Malaysia, iaitu sebanyak 84.62 peratus, berdasarkan Kajian Indeks Kebahagiaan Negara 2013.

Sebagai salah seorang yang berasal dari Baling, sudah tentu saya sokong. Tak kisahlah kalau ada penduduk daerah lain nak pertikaikan. Kalau tak percaya dengan sumber kajian, itu tanda-tanda mempunyai fikiran yang negatif. Orang yang fikirkan negatif sahaja dalam hidup adalah orang yang tak bahagia tau…. hah..jangan fikir macam tu.

Kalau orang lain bahagian, tak semetinya kita tak bahagia , kan.  Kalau orang lain baik, tak semetinya kita jahat…macam tu lah cara nak atasi rasa ‘tak best’  sebab daerah kita tak disenaraikan.

Kami orang Baling, hidup kami light and easy…. tak payah nak rumitkan hidup dengan macam-macam. Biar pun orang cakap Baling adalah daerah miskin, apa guna kaya kalau hati tak bahagia? kan?  Bahagia bukan rumah batu, bukan kereta mewah bukan juga smartphone tercanggih.

Ada orang kata susah nak dapat kedai makan sedap kat Baling.  Itu tandanya masih ramai penduduk Baling tidak makan diluar, masih makan di rumah bersama keluarga. Itu bukan tanda bahagia ke?

Masalah sosial, masalah jenayah, masalah masyarakat, masalah itu ini masalah begitu begini… ceruk dunia mana pun masalah tetap ada termasuklah di Daerah Baling.  Ada juga benda-benda yang tak berapa best kat Baling, normallah tu sebab indeks kajian bukan 100%, hanya 84.62 peratus sahaja.  Kita manusia mana mungkin nak sempurna.

Penduduk daerah lain jangan pula rasa cemburu dengan kebahagian orang Baling ye….orang bahagia dia tak meminta lebih dari kecukupan , dia tak merumitkan hidup dengan perkara-perkara remeh.  Tempat lain bukan tak bahagia, cuma peratus kurang sikit saja.

orang baling

Kanak-kanak Baling pagi hari raya… saya tak pasti tempat lain ada tak budaya seperti ini.

 

musim luruh di baling

Kat Baling ada musim luruh… ha ha ha

 

Nota :  Nak balik kampung, tapi bukan ke Baling.  Balik rumah mertua di Sabak Bernam.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. hoho..saya pun lahir di sana..hospital baling kedah..mak orang belah sana..
    Jom terjah post menarik dari Kereta Sewa Rawang ..Kereta sewa habis ditempah sempena Hari Raya AidilfitriMy Profile

  2. Suasana yang sangat damai menjadi idaman setiap individu
    Jom terjah post menarik dari estri ..Bolu Gulung CoklatMy Profile

  3. Bahagia sungguh makcik-makcik tu berjalan-jalan dicelah2 pokok. Nampak tenang dan damai jer 🙂
    Jom terjah post menarik dari Ezlaila ..Ketahui 13 Jenis Barang Yang Anda Perlu Buang Segera!My Profile

  4. Saya tengok pun rasa bahagia
    Jom terjah post menarik dari Nurul ..Top Komentator Blog Syukurnya Sihat Jun 2014My Profile

  5. Alhamdulillah…tempat yang selamat

  6. Wow, fakta menarik berkenaan Baling, Baru tahu, hehehe

  7. Tenang je tengok, teringak kt kampung halaman
    Jom terjah post menarik dari Noraizan ..Waktu Berbuka Puasa 2014My Profile

  8. wah ada musim luruh rupanya kat baling … 😉
    Jom terjah post menarik dari puteraduyong ..10 JUADAH BERBUKA PUASA POPULAR DI MALAYSIAMy Profile

  9. Patutlah kakak dan abang ipar yg duduk Baling tu bahagia semacam je
    Jom terjah post menarik dari Denaihati ..Buffet Ramadhan murah 2014My Profile

  10. suasana di baling macam suasana di Sg Petani tahun 70, 80an dulu. Banyak pokok getah. Que utk dapat duit raya pun saya pernah lalui. Sekrg serabut dah Sg Petani, tanah getah payah nak jumpa. Kereta motor banyaklah.

  11. Kat baling tentu banyak pokok getah kan?
    Jom terjah post menarik dari eyriqazz ..Kisah Peniaga Melayu di Bulan RamadhanMy Profile

  12. Bertuah sesape yang tinggal kat baling tu kan… kite xperlu pergi tinggal kat sana..kan???? cuma kita kena jadikan tempat kita bahagia macam kat baling tu jer… nampak macam simple jer nak buat.. tapi semua tu perlu ada muafakat semua peringkat. Yang penting amalkan ajaran agama… Pasti MENJADI>>>>>> tak gitu
    Jom terjah post menarik dari Pendapatan6Angka ..Comment on Home by Admin TalkFree2u.comMy Profile

    • Bahagia bukan tempat…kebetulan peratus yang dicapai di Baling lebih tinggi..semua tempat sama saja ada baik ada buruk ada macam-macam bergantung diri kita sendiri.

      kalau kita suka, ceruk mana pun kita akan bahagia
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Baling Paling BahagiaMy Profile

  13. wah..tak sangka kadar kebahagian tertinggi kat baling.. igt kat tmpt jie..hehe.
    Jom terjah post menarik dari jiesusanos ..Alhamdulillah | Ramadan Muncul LagiMy Profile

  14. Memang terasa bahagianya, best2
    Jom terjah post menarik dari Kereta Sewa Shah Alam ..Info Kereta Sewa – Senarai Harga Kereta SewaMy Profile

  15. Moga kebahagian ini berjangkit ke daerah-daerah lain In Shaa Allah.
    Jom terjah post menarik dari Malaysia Tercinta ..Kadar Zakat Fitrah 2014 Bagi Setiap NegeriMy Profile

  16. Kan best kalau semua tempat ada sifat bemasyarakat macam dkt baling.
    Jom terjah post menarik dari Aaizaatt azhar ..Super Elektrik Menyambut Ramadhan ..My Profile

  17. Ada kesan yang perlu diterima apabila menginjak sebuah negara maju nanti.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Menjinak burung di Taman Burung Kuala LumpurMy Profile

  18. Rahmat Allah melimpah ruah di Baling nih, tu yang ramai yang bahagia tu. 😀
    Jom terjah post menarik dari amirulfaiz ..Formula Solat SempurnaMy Profile

  19. Kena pindah Baling la macam ni hehe..
    Jom terjah post menarik dari Nurul ..Char Kuey Teow (Terlajak) SpecialMy Profile

  20. Untuk mendapat kebahagiaan, tak semestinya kaya..cukuplah dengan dapat menjalani hidup yang aman damai tanpa masalah..itu sudah cukup membahagiakan..
    Jom terjah post menarik dari Hijab Terkini ..Syukur Alhamdulillah..My Profile

  21. Suka tengok gambar dua orang makcik tu..
    Jom terjah post menarik dari Brader Kecik ..Muat Turun Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Seluruh Malaysia 1435H/2014MMy Profile

  22. Tahniah Kak Jie sebab termasuk dalam salah seorang yang paling bahagia di Malaysia.. 🙂
    Jom terjah post menarik dari iOSGEAR ..Bagaimana Cara Mengurang Atau Menguatkan Bunyi Suara SiriMy Profile

  23. Lepas ni mesti ada jugak orang dari daerah lain nak buat kajian peratus kebahagiaan di daerah dia pulak..
    Jeles letew..hehe..
    Jom terjah post menarik dari Hairul Azni ..Esok Dah Nak Mula PuasaMy Profile

  24. Assalamualaikum,
    Kalau hati bahagia…insha allah tinggal di manapun akan bahagia, tapi…dah semestinya di kampung halaman kita lebih banyak nilai bahagia tu.

    PsssT: comey gambar makcik-makcik musim luruh tu…dah susah nak jumpa makcik macam tu 😉

    Selamat menjalani ibadah puasa kak jie
    Jom terjah post menarik dari Anyss ..Ditinggalkan Kekasih Kerana PokaiMy Profile

  25. Tempat bahagia, orangnya bahagia, kehidupan gembira walaupun tak kaya wang dan harta dunia.
    Jom terjah post menarik dari ejam ..Gigi Baru Satu, Apalah Nasib Jika Bertambah Lagi.My Profile