Belacan tanda halal
Isu Semasa August 29th, 2008
Kat YM ke atau berserempak waktu saya melawat Chatroom, pertanyaan wajib yang selalu ditanya saya ialah
” mama masak ape?”
Mentang²lah office saya di dapur. Kadang² saya tak pasti nak jawap macam mana, sebab dalam keluarga , kami amat bersederhana dalam hal ini. Tak pandai makan serentak dua tiga jenis lauk. Bulan puasa atau tidak, menu berbuka nasi dan lauk seperti hari² biasa.
Cencaru (stuffed fish ) sumbat belah belakang kegemaran Along - Along dah balik dari asrama malam tadi . Suami saya pergi ambil di asrama bila dia telefon sakit - lelah.
Ayam masak pedas berkicap 3@4 ketul itu untuk Intan dan Angah.
Sambal sejemput, pucuk ubi rebus ( petik tepi rumah ) dan tempe untuk saya. Nak juga gebu macam mantan Menteri Besar sebuah negeri di Malaysia tuuuu.
Untuk makan malam saya akan masak lagi dan selalunya lebih kepada sup - sup cendawan, sup sayur atau tomyam. Resepi campak² dalam periuk.
Saya nak cerita pasal belacan hari ini. Ini adalah kali pertama saya terjumpa belacan yang bercop tanda halal. Belacan yang biras saya dapat dalam hamper cenderamata di Negeri Sembilan hari tu. Canggillah ….. ada barkod lagi.
Bila bercakap bab makanan halal dan haram ini, saya pernah terfikir kenapa makanan di Malaysia yang agama rasminya Islam perlu mendapatkan sijil perakuan “Halal” . Sepatutnya yang diperlukan adalah cop atau perakuan “Tidak Halal”.
Kalau mengikut hukum logik itu, semua makanan sepatutnya Halal. J
Jawapan mudahnya adalah kerana bukan orang² yang mengamalkan cara hidup Islam yang banyak terlibat dalam industri makanan.
Disclaimer - Ini adalah blog tipikal seorang perempuan -blog perempuan saja yang publish gambar makanan..hehehehe



August 29th, 2008 at 6:28 pm
Belacan tanda halal | Hidup Biar Sedap…
Bila bercakap bab makanan halal dan haram ini, saya pernah terfikir kenapa makanan di Malaysia yang agama rasminya Islam perlu mendapatkan sijil perakuan “Halal” . Sepatutnya yang diperlukan adalah cop atau perakuan “Tidak Halal”….
August 29th, 2008 at 6:41 pm
ikan cencaru bakar, ayam pedas, tempe (wong jowo) dan sambal belacan. cukup lengkap untuk makan tengahari.
August 29th, 2008 at 8:02 pm
August 29th, 2008 at 8:17 pm
org jawe ckp, kalau masak simple gini, kite panggey “masak godok2″ je…
saye suke…simple tapi berselera…
kalau ade sambal tempoyak yg baru lagi tu,lagile…tak cukup 2-3 pinggan, tak sah…
August 29th, 2008 at 8:19 pm
belacan ni akak beli katner??
melaka ke??
umah saye pun pakai belacan yg same…
belacan ni sedap, tak hapak, tak busuk sgt..
yg sedang2 je…
August 29th, 2008 at 8:56 pm
August 29th, 2008 at 8:57 pm
August 29th, 2008 at 9:13 pm
August 29th, 2008 at 9:22 pm
August 29th, 2008 at 10:40 pm
perghhh…..mengancam tu kak jie, sambal belacan pucuk ubi, ikan jacket sumbat kelapa ekk? Teringat masakan mak kat kampung, nak balikkkkkkkkkkkkk…….
kenapa ada tanda halal?
sebabnya pelopor perniagaan makanan sejak dulu ialah kaum cinakan.
ingat tak dulu2, hampir kesemua makanan termasuklah biskut kering, mereka yang hasilkan, kita yang beli dan makan. Masa saya kecik dulu famous kacang tumbuk ni, namanya kacang je kan tapi ada benda lain sebenarnya dalam tu hinggalah ada kesedaran kalangan kita, dikaji apa kandungannya, hinggalah munculnya JAKIM. Itupun masih ada keluaran yang tiada pengesahan Jakim.
August 29th, 2008 at 10:41 pm
Entah apa yang halal tin atau pun daging khinzir ??
August 29th, 2008 at 11:25 pm
August 29th, 2008 at 11:34 pm
wah kak jie, lauk kampung tp tetap membuka selera.
August 30th, 2008 at 12:25 am
August 30th, 2008 at 1:09 am
August 30th, 2008 at 1:18 am
Anyway, nice new theme… saya pun dok pening nak tukar ni… kalau tak dapat gak yang berkenan di hati saya takkan tukar…
Adry @ http://www.adrysabry.com
August 30th, 2008 at 2:13 am
saya tumpang blog isteri saya
seleramalaya.blogspot.com
abahfateh
August 30th, 2008 at 7:49 am
August 30th, 2008 at 8:43 am
tempe tu sejak kawen ngn abe baru aku pandai mkn..dan terus falling in luv ekeke
kat kwsn utara semenanjung susah jupe tempe ni kan..sbb kat sana kari kari kari.. aku laa tu
disini restoren cina pun ade muslim yg masuk mkn selamba je..wat to say !
August 30th, 2008 at 8:51 am
Lama tak mkn pucuk ubi rebus ngan sambal belacan,kalo gi psr tgk pucuk ubi dah mcm daun ubi tua je,tak lalu.Pernah jmp gerai mkn kat Kl tp lupa katner,satu dapur cina & melayu kongsi sbb gerai tu owner dia cina,dorang buat sebelah meja utk melayu,sebelah lagi utk cina,tak berani ckp halal ke tak,tapi sendiri mau ingat,tukang msk org Indon.
August 30th, 2008 at 9:58 am
August 30th, 2008 at 12:19 pm
hehe kampung saya banyak orang buat belacan (melayu punya) kalu makcik saya dari pahang balik mesti bawak banyak2… tapi xde tanda halal lah.. hehehe.. wah cat baru nampak!…
August 30th, 2008 at 5:07 pm
anak saya pernah cari tanda halal pada buah epal. nanti ada ulat kalau tak halal, katanya.
Pasal logo HARAM atau tak halal, saya dah lama setuju dengan Kak Jie.
August 30th, 2008 at 6:23 pm