Berita Sedih Pesawat MAS MH17
Isu Semasa

Berita Sedih Pesawat MAS MH17

Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur yang membawa 295 penumpang dipercayai ditembak dari darat di timur Ukraine.

Pesawat MAS MH17 itu dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 6.10 pagi ini ( 18/7/2014)

Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengesahkan menerima laporan awal daripada pihak Ukraine sekitar jam 10.45 malam tadi.

( Nota awal diterbitkan oleh Astro Awani )

Kejadian ini berlaku selepas 4 bulan peristiwa kehilangan pewasat MAS MH370 penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing  yang berakhir di selatan Lautan Hindi .

malaysia-airlines  airport

Takziah untuk keluarga dan anak kapal yang terkorban. Dari Allah kita datang, dan kepadaNya jualah kita kembali.

Semoga Allah SWT bersama kita melalui semua detik yang menyedihkan ini.

Stay strong MAS.

penumpang mh15

Senarai penumpang pesawat MH17 yang dikeluarkan oleh Malaysia Airlines :  45 daripadanya adalah rakyat Malaysia.

  • Belanda : 154
  • Malaysia : 45  43 ( termasuk 2 bayi dan 15 kru )
  • Australia : 27
  • Indonesia : 12  ( termasuk seorang bayi)
  • British : 9
  • Jerman : 4
  • Belgium : 4
  • Filipina : 3
  • Kanada : 1
  • Tidak diketahui : 41

Jumlah Penumpang : 298 orang

Nota : bila dicampur jumlahnya menjadi 300.  saya tak berani nak ubah apa² sebab ini senarai yang diterbitkan oleh Malaysia Airlines.

Nota : ada banyak info tersebar di laman sosial tetapi saya tidak ingin memanjangkan isunya kerana faktor sumber yang tidak sahih

Nota : MAS dah betulkan jumlah penumpang pesawat MH17 tersebut.

 

EDIT: Senarai Terkini Penumpang dan Kru Pesawat MAS MH17

  • Netherlands – 193 (including 1 dual Netherlands/USA citizen)
  • Malaysia – 43 (including 15 crew & 2 infants)
  • Australia – 27
  • Indonesia – 12 (including 1 infant)
  • United Kingdom – 10 (including 1 dual UK/S. Africa citizen)
  • Germany – 4
  • Belgium – 4
  • Philippines – 3
  • Canada – 1
  • New Zealand – 1

Total – 298

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

19 thoughts on “Berita Sedih Pesawat MAS MH17

Comments are closed.