Blogger Action Day 2010 – Air

Salam Jumaat semua. Moga hari ini lebih baik dari semalam dan sentiasa dilimpahi rahmatNya.

Entri ini ditulis pada hari ini 15hb Oktober 2010 bersempena Blogger Action Day 2010. Blog Action Day adalah acara tahunan yang diajurkan oleh change.org diadakan setiap 15 Oktober yang disertai oleh blogger seluruh dunia dengan membuat satu entri tentang masalah yang sama pada hari yang sama dengan tujuan mencetuskan perbincangan global dan mendorong tindakan kolektif. Topik tahun ini adalah air ( water)

* Blogger Action Day 2009 – Climate Change(perubahan iklim)


bentuk air sewaktu menitis – rain drop shape.

Isu air dipilih kerana air adalah satu sumber keperluan asas yang sangat penting kepada manusia. Manusia mungkin masih boleh hidup dengan selesa  selama beberapa hari tanpa elektrik, internet dan apa-apa sahaja tetapi tidak tanpa air.

Air juga berfungsi sebagai penyelamat kerana dari sumber air yang tidak bersih, berbagai jenis penyakit boleh merebak. Kanak-kanak adalah mangsa yang mudah terdedah kerana tubuh mereka tidak cukup kuat untuk melawan segala jenis penyakit.

Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan bekalan air yang bersih bukanlah mudah. Negara kita yang kaya dengan anugerah air semulajadi pun memerlukan kos yang mahal untuk melalui proses rawatan akibat dari keseimbangan ekosistem bumi kita yang terganggu.

Peperangan juga boleh mengakibatkan krisis kemanusiaan kian meruncing apabila penduduk kehabisan makanan dan minuman. Contoh yang paling nyata adalah krisis bekalan air di Paletin. Berbagai sekatan yang dikenakan oleh Israel menghalang penduduk Palestin di Tebing Barat dan Genting Gaza daripada mendapat bekalan air yang mencukupi.

Laporan Amnesty menggambarkan bagaimana penduduk Palestin di Tebing Barat mengorek untuk mendapatkan air dari tangki dan terpaksa mengambil jalan yang panjang untuk menghindari pos pemeriksaan ketenteraan Israel dan jalan-jalan yang dilarang kepada rakyat Palestin.

Sekatan Israel ini telah membuat situasi di Gaza yang memang sudah buruk menjadi lebih tenat. Dengan bekalan elektrik yang terputus, generator tidak dapat berfungsi untuk mengerakkan pam sehingga mengakibatkan air kumbahan memasuki kawasan perumahan dan pertanian.

Save the Children mengatakan bahawa kandungan nitrat beracun dalam air di Gaza tercatat sebagai yang tertinggi, dengan setiap anak di daerah pantai yang ‘terkepung’ itu terpaksa menelan sehingga 300 kali ganda jumlah nitrat itu berbanding standard air bersih yang dikeluarkan oleh Organisasi Kesihatan Dunia (WHO).

Nitrat adalah racun yang tersembunyi. Kita tidak dapat mencium baunya, rasanya atau melihat keadaannya, dan kita jarang melihat kesan yang mempengaruhi sehinggalah ke tahap akhir saat kematian, yang mana tubuh mangsa akan menjadi biru kerana kekurangan oksigen dalam aliran darah mereka.

Israel juga menyekat bekalan klorin yang mana sebelum ini sudah pun berhadapan dengan krisis air. Klorin ini digunakan untuk merawat air minuman .

Apabila Israel sebelum ini menyekat bekalan minyak, telaga-telaga air di Palestin sudah tidak boleh digunakan kerana telaga ini menggunakan pam yang memerlukan tenaga elektrik untuk berfungsi.

Entri ini mungkin tidak dapat mengubah keadaan di Palestin tetapi sekurang² saya telah mengambil tanggungjawap untuk berkongsi info dan kesedaran kita untuk bersyukur dengan nikmat dan anugerah sumber air di negara kita.

Anda bagaimana?

Rujukan :
palestinkini.info
amalmalaysia.net
malaysiaharmoni.com

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

21 thoughts on “Blogger Action Day 2010 – Air”

  1. blog newbie pun mau join BAD 2010 nih, dah nak daftar tapi tak jadi sebab teringat hari nih seharian buat rawatan, xde masa, balik letih,,nih pun sempat BW ke blog Kak Jie je. Krisis air memang teruk skrg nih. Tak kira mana-mana negara, Malaysia pun tak terkecuali. Kemusnahan terancang merata-rata.

  2. aku pun baru tau..ada juga blogger action day..sebagai blogger saya ambil peluang ni untuk lebih menghargai air.sukran kujie

  3. ada blogger action day? alamak, awatlah sy x tahu..tp at least tahun ni sy dah tahu, thanks to kak jie… air kita makin tercemar, tq kpd kami semua yg suka buang sampah merata-rata

  4. saya melalui banyak pengalaman kisah susahnya nak dapat air di negara orang tidak seperti kita pulas je kepala paip air keluar. sedih bila tengok manusia yg suka bazirkan air.
    Jom terjah post menarik dari denaihati ..Proton InspiraMy Profile

  5. salam haru jumaat utk kak jie dan semua peminat kak jie.. :mrgreen:

    air, satu anugerah Allah yg tak ternilai..bersame kite pelihara dan pulihara punca air..

    p/s- serius, mase mule bukak tadi…ingat gambar tu, gambar orang tgh angkat tgn…rupenye gambarajah air jatuh..hehe

  6. Salam, baru kenal dengan webpage tu, menarik. InsyaAllah cuba untuk join juga… oh ya, xbaca lg ni, kat rumah baru bleh layan hehe. tp nak komen jugak, takpe kan hehehehe.
    Jom terjah post menarik dari Khairi ..Menjawab kepada anonimosMy Profile

Comments are closed.