Cara Beritahu Mak Ayah , Saya Nak Kahwin

ulangtahun perkahwinan

Semalam semua rakyat alam maya mengulas kes pasangan pengantin berumur 14 tahun dan 16 tahun.  Masing-masing keluarkan segala data, statistik dan bukti saintifik untuk mengukuhkan hujah masing-masing.  Tanpa hakim, tanpa juri malah tanpa pihak yang terbabit.

Timeline penuh dengan pro dan kontra . Masing-masing membuat penghakiman mengikut ‘kasut’ masing-masing. Bagi pendapat tak salah, tetapi jangan keterlaluan. Semua orang mempunyai pandangan tetapi janganlah menafikan hak mereka yang tidak bercanggah daripada hukum syarak dan agama.

Saya sendiri sebagai seorang ibu juga mempunyai berbagai pandangan dan kebanyakkannya adalah kebimbangan. Bolehkah mereka bertanggungjawap kepada rumahtangga mereka. Bagaimana untuk menampung kehidupan setelah berkeluarga dan seribu satu ayat tanya.

Tetapi, perkahwinan ini adalah atas persetujuan keluarga, sudah tentu keluarga mereka saling membantu , menyokong dan membimbing pasangan muda ini.   Kehendak dan keperluan mereka tidak sama dengan kita.  Umur bukan menjadi syarat wajib berkahwin.

Seksyen 8 Akta Undang-Undang Keluarga Islam 1984 menyatakan bahawa tiada perkahwinan boleh diakadnikahkan atau didaftarkan jika lelaki itu berumur kurang daripada 18 tahun atau perempuan itu berumur kurang daripada 16 tahun kecuali jika Hakim Syariah telah memberi kebenarannya secara bertulis .

Sudah pasti hakim yang meluluskan permohonan ini telah membuat penyiasatan dan temuduga untuk mengetahui kemampuan mereka untuk berkahwin.   Kita tak kenal pasangan ini, kita hanya melihat angka umur mereka untuk terus membuat penilaian.  Bolehkah?  Adilkah kita?

Apa pun pro dan kontranya,  akhirnya kita akan balik kepada quote hebat yang selalu lancar keluar dari mulut tiap orang ‘ Ajal, maut, jodoh, pertemuan, itu ketentuan Allah ‘. Bila kita bercakap begitu, biarlah selari dengan pemahaman dan penerimaan.  Ketentuan Allah adalah Qada dan Qadar.

Ini bukan kes terbaru, tahun 2010 kalau masih ingat ada satu kes pasangan Siti Maryam Mahood yang berumur 14 tahun dan Abdul Manan Othman , 23 tahun.  Dulu masa zaman muda mudi saya, ada juga kisah seorang artis berkahwin dengan Kerabat diraja Pahang sewaktu berumur 16 tahun.

Sebenarnya saya cuma terfikir bagaimana pasangan ini memulakan langkah awal untuk memberitahu keluarga tentang keinginan mereka mendidirikan rumahtangga.

Cuba bayangkan  seperti plot drama yang selalu kita tengok.  Adengan di meja makan selepas balik dari sekolah ( masih beruniform )

“mak… ayah…. saya nak kahwin”

Terkejut sampai tersembur nasi dari mulut.  Capai air sirap.

Kepada yang melaluinya, cuba korang kongsi cara nak bagi tau  mak dan ayah tentang hasrat nak berkahwin.  Mungkin perkongsian ini boleh dimanfaatkan oleh orang lain.  Manalah tau ada yang sedang berkira-kira menghitung hari mencari ruang terbaik untuk memberitahu keluarga dan masih ‘berat mulut’ untuk menyatakan hasrat murni tersebut.

Suami saya cerita, dia dulu bawa sekeping gambar ukuran pasport  dan menyelusup masuk ke dalam kelambu mak.  Dia tunjukkan pada mak mertua gambar saya.

“comel..” kata mak.   Cahaya samar-samar di dalam kelambu turut membantu mengaburi pandangan mak…hiks!  Kalau mak tengok bawah lampu terang malam tu mesti perkataan lain yang keluar.

Kami berkenalan tak lama, terus bertunang.  Ramai kawan terdekat, ahli keluarga yang tidak mengetahui perhubungan ini sehinggalah timbulnya perbincangan mengenai perkahwinan.  Saya beritahu mak untuk bawa seseorang balik ke kampung.  Dialah lelaki pertama yang saya bawa balik.

Sebulan selepas itu, keluarga lelaki datang berkunjung. 3 bulan selepas itu kami pun di ijab kabulkan. Saya berumur 24 tahun dan suami 25 tahun. Sedang-sedang ranum , kata orang.

 

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Hehehe..memang tersembur..terkejut sangat ler tu..
    Jom terjah post menarik dari Hafizul ..Bila Mereka Bertanya Tentang PerkahwinanMy Profile

  2. Maria Anna says:

    Untung lah klau kwin muda2,tmbah2 bila family yg sponsor kan. . . . mak n ayh sye pun sruh sye mnikah awal,sbb diorg kata x elok duk kluar ber dua2 an. . tp rezeki xde lgy. . sbar sje laa. . alahaiii. . nk sruh diorg sponsor. . hampeh >.<

  3. haha.. saya tahu jugak isu tu. siap tgk youtube lagi.ada vid mereka.
    Jom terjah post menarik dari Oh! budu ..air mata saudara kita, etnik Rohingya di Myanmar.My Profile

  4. Saya kebetulan keluarga bakal isteri ada dtg ke tmpt kami atas satu urusan…mase tulah kenalkan ayah dan ibu pihak bakal isteri kepada ibu ayah…tp taklah berterus terang…adalah ayat2 cover line sikit…hehe

    Kenalkan mak ayah bakal isteri dulu kpd ayah dan ibu sendiri…nmpak mcm ok..kami proceed next step…hehee

    p.s. tergelak pasal tunjuk gmbar dlm kelambu tuh…hohohho

  5. Assalamualaikum,
    Adik lelaki saya kahwin masa umur 19 tahun, adik ipar pulak umur 16 tahun masa saya tengah belajar. Sekarang dah ada anak 5 orang dengan sepasang kembar.

    Cara mereka kahwin: ayah yang suruh dengan alasan: tak elok bawa anak dara orang merata. Itupun bila dua kali adik ipar dibawa berkunjung ke rumah kami. Jadi, dia tak payah atur ayat untuk minta izin kahwin 😉
    Jom terjah post menarik dari Anyss ..Makan Katak di Kopitiam?My Profile

  6. udah sampai jodoh mereka..mudah mudahan baik baik saja..

    sy dulu masa bagitau nak nikah, banyak jugak keluarga bertanya..tapi memang dah siap sedia jawapan untuk sebarang kemungkinan soalan..

    dan yang paling tak boleh lupa sewaktu meluahkan hasrat dan niat kepada bakal bapa dan mak mertua masa tu..
    Jom terjah post menarik dari pipoq ..Siaran percuma dari astro untuk aku ?My Profile

  7. sedang-sedang ranum? hoho..
    Jom terjah post menarik dari titan ..Komisen ke 94 dari TNXMy Profile

  8. Kalau sudah bersedia dari segi kewangan dan sudah sepakat apa tunggu langsungkan perkahwinan. Apa bila ada yang berkahwin berumur muda seawal 16 tahun mungkin ada yang merasa tercabar tidak kahwin-kahwin lagi kot.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..First Giveaway Sempena Nuffnang Blogopolis Malaysia 2012 : SharidawatiMy Profile

  9. Salam sis…

    semua komen dah padu sini…
    Tumpang bace saj sis….
    Jom terjah post menarik dari TiranaAduka ..Kelu Lidah BerbicaraMy Profile

  10. ini lah sikap orang kita yang selalu nak jadi hakim dan terus menghukum…kalau terkena batang hidung sendiri buat buat tak tahu…padahal siapa kita ini untuk menilai dan menghukum orang lain..layakkah kita..cermin diri sendiri

  11. orang lani cakap main sembur je, sebab tu saya kurang respek. dia tibai, saya pun tibai sekali. biar dua2 kena. balah pun tak guna sebab ilmu cetek
    Jom terjah post menarik dari syahrilhafiz ..Kadar Zakat Fitrah Seluruh Malaysia 2012My Profile

  12. Sobri Mansor says:

    Mula-mula nak bagitau kat ibu dan ayah hasrat nak berkahwin, terketar-ketar mukut nak bersuara. Pada hal dah bekerja waktu tu dan ada sedikit duit simpanan. Tak boleh bayangkan waktu tu.

  13. Pemikiran orang kita, kahwin muda susah nak kekal lama which is sesuatu yang perlu diubah. Setiap kata yang keluar tu kan satu doa. So, kita doakan la yang terbaik buat mereka yang kahwin muda, kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

    Susah gak memula nak mulakan perbincangan pasal kahwin dengan mak. Tapi alhamdulillah lepas juga.
    Jom terjah post menarik dari zharmin ..Masa terbaik untuk beli smartphoneMy Profile

  14. dulu memang tok nenek kita kahwin baya tu la kan kak jie..

    masa nikah saya 24 isteri 23..hehe
    Jom terjah post menarik dari cikgu naman ..WW-Go Hijau Go!!My Profile

  15. ila kawin umur 26.. suami 27. tak terbayang kalau amana nak kawin umur 15 tahun..mmmm..

  16. MahyuddinMAA says:

    Kawin awal lebih bagus. Kalau macam umur Kak Jie lagi baik sebab tak tua dan tak muda betul tak? Sebaik-baik perkara yang pertengahannya….

    Lewat sangat nanti tak sempat jaga anak macam sorang guru saya yang pernah menasihatkan kami agar kawin awal dan jangan jadi macam dia pada umur 40 baru kawin.

    Saya pula kawin pada usia 25 sama isteri saya umurnya… doakan kami bahagia.
    Jom terjah post menarik dari MahyuddinMAA ..Surplus SharingMy Profile

  17. Saya kawin muda jugak , suami 20 dan saya 18 waktu tu .. so tak timbuk kot kawin muda tk boleh berumahtangga dengan aman dan bahagia .. saya kenal suami masa umur 15tahun , berkawan dr jarak jauh , selepas habis sekolah ambil keputusan nak kawin.

    walaupun ada yang cakap

    “kawin muda tak kemana , cepat bercerai sbb tk boleh handle masaalah , belum ada persediaan dan duit , rumah , harta benda segala ”

    tak kurang juga ada yang mencabar . 2-3 org terdekat mencabar

    “nak tengok lama mana depa berkawin”

    tetapi allhamdulillah … selepas kawin , pindah kl , dan berdikari , sikit pun tk minta tolong pada mak bapak dan saudara..

    bahagia juga sampai sekarang.

    mula-mula tak cakap kat mak

    terus minta suami cakap kat mak , nak masuk minang sbb mak dah memang kenal dia lama , mak setju aje ..

    sebelah suami ada tentangan hebat .. sampai ayah nya cakap

    “dah kawin berambus”

    maksud nya dah kawin sila jangan menyusahkan dia .. ayat ayah tu sedikit kasar , tp disebabkan ayat dia juga kami berdikari ..
    Jom terjah post menarik dari puanbee ..Peserta 3 : Contest Detik Bersama SunlightMy Profile

  18. Salam Kak Jie.

    Macam Zara tulis kat blog Encik Hazrey, bila tengok video tersebut, Zara cuma terbayang anak-anak murid di sekolah. Usia pengantin cukup dekat dengan kerjaya Zara sendiri (dan terus terdetik – eh, kau yang umur hampir 25 tahun pun tak kahwin lagi Zara. Heh!)

    Apa pun, benda begini perlu diambil positif dalam beberapa aspek, dan perlukan penelitian jika mahudipanjangkan oleh beberapa pihak lain. Bak kat Kak Jie, kita tak tahu apa yang jadi pada mereka kan?

    🙂
    Jom terjah post menarik dari Lord Zara ..#04 Ramadhan : Kopi O Dan FrappucinoMy Profile

  19. mohd firhan jasni says:

    bila terlampau ramai menghentam pasangan pengantin muda tu,
    nampak sangat mentaliti rakyat Malaysia macam mana.

    tipikal orang Melayu : kalau nak kahwin, kena ada rumah, kereta, duit banyak.

    bila orang kita terlampau tengok kebendaan, anak muda kita pun jadi takut nak kahwin.
    sepatutnya perkara perkahwinan ni kita permudahkan.

    apapun. tahniah kepada mereka. semoga pasangan berkenaan bahagia sampai akhir hayat, insyaAllah

  20. Ikhtiar Shah says:

    hem,yang penting boleh sara hidup,bertanggunjwb,dada penuh dgn ilmu agama insyallah bole kahwin~
    Jom terjah post menarik dari Ikhtiar Shah ..Isu Hantaran Dan Kos Perbelanjaan Majlis PerkahwinanMy Profile

    • setuju….kalau tengok budak tu ada tanggungjawab, boleh berdikari, fikiran agak matang, solat tak tinggal, boleh je kawin muda..

      tapi kalau tengok si teruna & dara tu jenis bangun tengahari, makan minum mak bapak tanggung, spender pun masih mak bapak belikan..agak parah juga la bakal isteri..

      sekurang-kurangnya yg laki tu biar la yg dah boleh cari nafkah..bukan mudah nak bagi makan anak isteri..

  21. master zuheir says:

    nak nikah tapii…
    nikah khitbah boleh tak?hehe
    Jom terjah post menarik dari master zuheir ..Percaya tak?Dalam Masa 8hari Jana RM6,300 dan Dapat IPAD PERCUMA Dari Program Affiliate!My Profile

  22. er…..gambar tu mesti gambar masa kak Jie menikah dulu… betul tak tekaan saya ? hehe , comel !
    Jom terjah post menarik dari HAdira Kifly ..Kasih Laut dan LangitMy Profile

  23. Kak Jie, mohon pinjam tajuk untuk jadi topik perbincangan dalam subjek pembelajaran saya Jumaat ni boleh tak? hehe ^_^
    Jom terjah post menarik dari HAdira Kifly ..Bunuh OctoMy Profile

  24. Bagi Sara lebih baik kita doakan semoga mereka berbahagia dunia akhirat. Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian yg kita tak tahu. 🙂
    Jom terjah post menarik dari Sara ..Salam Ramadhan buat semuaMy Profile

  25. bila kes sebegini disebarkan memang ramai betul yang jadi hakim tidak bertauliah…. pelik betul la
    Jom terjah post menarik dari hazman aka species1980 ..HAZMAN vs FOOD – NotBadLaa GRILL @ TAMAN MESRA KAJANGMy Profile