DAPAT 24 saman dengan jumlah rm 4700.00

By Kujie, 29/09/2009 3:37 pm

Semalam nak renew roadtax kereta tak boleh. Blacklist, katanya. Kemudian saya check saman polis trafik melalui sms

POLIS SAMAN [NO KAD PENGENALAN] hantar kepada 32728

Balasan yang saya terima :

RM0.50 [no.kad pengenalan ] Terdpt 24 saman berjumlah RM 4700.00 sehingga 28/09/2009. Saman terperinci taip POLIS SAMAN [noic/no kend] [emel] & sms ke 32728.

Nasib baik saya tiada masalah jantung!

Untuk dapatkan maklumat lebih detail , saya sms lagi

SAMAN POLIS CAU9192 SEMUA , hantar kepada 32728 dan saya ulang kesemua 6 kereta dan 2 motosikal yang ada.  Keseluruhannya memang 24 saman, tetapi tiada detail mengenai tempat, tarikh dan kesalahan trafik.

Pagi tadi saya ke IPD Selayang untuk dapatkan detail mengenai saman tersebut. Nasib baiklah saya dalam keadaan yang sabar dan tenang. Cik Polis yang tak cukup manis itu cakap,

” Puan, sistem down dah 5 hari, tak boleh check saman, bayar saman”

5 hari dia kata down?    5 hari tu bukan down dah, sistem collapse dah tu!

Kerana sistem down, saya tak boleh check saman, tak boleh bayar saman, tak boleh hidupkan roadtax kereta. Kereta pun tak boleh bergerak,  roadtax  hari ni dah mampus kena kambus.

Kalau sebulan? dua bulan? Tak ada cara lain ke?

Soalan cepumas:

Kenapa sistem online jabatan kerajaan selalu down / offline? Dan satu lagi web Kerajaan yang selalu saya jumpa jarang diupdate. Tak cukup peruntukan ke untuk invest dalam pembangunan sistem dan maintenance?

Selepas masalah  tidak dapat diselesaikan di IPD tadi, saya berusaha juga mencari detail mengenai saman tersebut.

Hantar sms lagi ke 32728

POLIS SAMAN CAU9192 [email ] hantar kepada 32728.   Kali ini saya dapat detail melalui email.

saman polis trafik

saman polis trafik

Saman dari tahun 2005?

Semuanya had laju..kehkehkeh.. Mana ada laju, saya bawa laju sikit dari Streamyx!

check saman polis trafik melalui sms

check saman polis trafik melalui sms

Ini kereta yang adik ipar saya Kaseh Esmiralda yang guna, saman sejak tahun 1999.   Kali terakhir saya renew roadtax bulan April 2009, kenapa clear? Tak timbul pun saman-saman tersebut.

Dari tahun 1999 hingga 2009 = 10 tahun x 8 (kenderaan ) = 80 kali saya hidupkan roadtax .
saman polis

Saman tahun 2003 pun saya telah jelaskan, kenapa tiba-tiba muncul semula dalam sistem?

Cuaklah pula, keselamatan sistem online PDRM boleh dipercayai ke? Lagi satu, sistem PDRM down , tetapi dari mana DAPAT Vista (M) Sdn Bhd, sebuah syarikat penyedia apliksi mobil untuk agensi kerajaan dapatkan data dan detail?

p/s – saya sedang berhubung dengan seseorang untuk selesaikan masalah ini,

p/s – apa lagi, capailah telefon, sms check saman masing-masing…:grin:

EDIT 05/10/2009 : Saya dah ke IPD Kuala Kubu Baru, hanya perlu bayar satu saman rm 300 dan roadtax boleh diperbaharui, dengan syarat di JPJ bukan di Pejabat Pos.

* bOleh juga dapatkan maklumat di myeg.com.my

Post Lain Yang Berkaitan

62 Responses to “DAPAT 24 saman dengan jumlah rm 4700.00”

  1. zuls says:

    huh! banyak nyer kak jie.. terkejut.. !! hari tu roadtax bayar lewat setengah bulan sebab ada saman.. :D , tapi cuma saman yang diorang tahan dan sign jer saya bayar.. yang speed trap takde pulak saya bayar.. tempat kena speed trap pun saya tak pernah pegi..
    zuls´s last blog ..Sistem Komen Sosial vs Sistem Komen Biasa My ComLuv Profile

  2. [...] memandu ketika hujan dari gadis makcik litar yang ada 24 rekod saman – jangan tekan brek tetapi angkat pedal minyak sewaktu corner untuk mengurangkan kelajuan. [...]

  3. Sungguh pelik tetiba segala jenis edara mara dan ank cucu saman keluar berkumpul ketika syawal 2009 ni.. saya turut naik… hairan…
    Muhasabah Trading´s last blog ..Jubah labuh corak batik : gaya baju kurung moden My ComLuv Profile

  4. [...] – teka teki selepas balik Nilai3 – woahhh! P/s – nak ke IPD KKB, settlekan hal2 tertunggak minggu lepas.   Encik ada diskaun 70% [...]

  5. MatKool says:

    kena mintak disekaun laa kalo dah banyak saman. sistem derang nih sentiasa upgrade tu sebab sentiasa down untuk sekuriti…
    MatKool´s last blog ..Air India slashed Airfares up to 8 percent My ComLuv Profile

  6. Ezad says:

    Kak Jie, suh rakan2 klik iklan.. :lol:
    Ezad´s last blog ..Kisah Benar – Burung Merpati Lemas (Bahagian 1) My ComLuv Profile

    • Kujie says:

      @Ezad, ha ha ha..cara jahat ni sepanjang Kak Jier berblog tak pernah buat

      kejap2…tapi bagus juga idea ni..kehkeh :lol:

  7. zool says:

    Kerajaan Malaysia belum mampu lagi dengan sistem pembayaran elektronik.. Tak leh panjang2 komen susah kang.. :)
    zool´s last blog ..Puasa Enam di Bulan Syawal My ComLuv Profile

    • Kujie says:

      @zool, hehehe..tau lah awak orang gomen!

      Baru petang tadi 02/10 telefon balai, sistem dah baik tapi nak kena tunggu Isninlah.. dah petang baru call

  8. mrs azmi says:

    saye dah menyahut seruan kak jie :mrgreen: terus capai tepon cek saman. hasilnye??

    huiyoo!! :shock: ade 2 saman lapuk :lol: jun 2006& mac 2007 dua2 kene kat Sabak Bernam :lol: heheh time tu baru2 ade kete sendirikan… tak reti2 nak bawak slow :twisted:
    mrs azmi´s last blog ..mengapa wanita sangat istimewa?? My ComLuv Profile

  9. Abang Long says:

    Salam Syawal wahai kujie.

    Inilah hebat dan canggihnya MALAYSIA

  10. Lan Bingka says:

    aiyoo..banyaknya..
    Lan Bingka´s last blog ..2009 – Hari Raya paling mencabar My ComLuv Profile

  11. blowie says:

    kakjie ade simpan salinan bukti pembayaran saman tahun 2003 tu tak?

    Kakjie active berforum tak? kat lowyat.net ade satu section utk saman2 ni,rasanya diaorang ni orang dalam gak.
    Cube kakjie saje je post kat sana,mane la tau membantu ^_^
    blowie´s last blog ..Perbezaan Lelaki dan Perempuan Part II My ComLuv Profile

  12. Jaws says:

    huyyo..
    ni bawak kete ker race kete?
    haha..
    byk beno samannnya..
    leh buat duit muka keta..
    huhu..

  13. hoho, kesian kak jie kena bayar saman.. lenkali bawak slow2 sket kete tuee… senanye kite x minat ngan saman2 nie.. lesen pun xde lagi.. hohoho, x feeling baca post nie.. HAHA!
    samanosuke_04´s last blog ..Macho di depan komputer… (keyboard shortcuts) My ComLuv Profile

  14. kenari says:

    sebaik2nya kita simpan semua resit2 bayaran saman yg telah dijelaskan sbg bukti sekiranya masih appear dlm sistem sbg “belum jelas”
    kenari´s last blog ..Saya Sokong! My ComLuv Profile

  15. rumah kuning says:

    Uwaa…kalau saya kena saman sebanyak tu, harus kena ikat perut sebulan. Malas jugak le nak check.hehehe

  16. TokNabe says:

    Saya malas nak check pakai sms atau inernet.. takut terkantoi, kalaua da buat hati tak sedap je. Setakat ni alhamdulillah segala urusan membaharui roadtax clear saja.

    Hehe.. kalau nak cekap rasanya PDRM tu pun kena swastakan.. hehe :D
    TokNabe´s last blog ..15 Jam My ComLuv Profile

  17. BDewa says:

    macam-macam sistem collapse menjelang dan selepas aidilfitri ni…

  18. nuaeman says:

    fuh..! saya tambah Rm 300 saman sayalaa kak jie genapkan terus RM 5000 :)
    nuaeman´s last blog ..Keputusan Ramadhan Contest : Aku dan Ramadhan 2 My ComLuv Profile

  19. kakeru says:

    Ai ai..baru je cek nih, 1 saman la kena bayar. RM30. Abes la…
    kakeru´s last blog ..Special Report: Boleh Bantu Saya? My ComLuv Profile

  20. izzah says:

    ahai..biar betik kak jie…
    time raya hari tuh..pecut punya laju..
    takooots la plaks…

  21. zany says:

    huwaaaaaaaaaaaaa kak jie, roadtax saya pun dah KO, janganlah ada saman juga.
    zany´s last blog ..Aidilfitri 2009 My ComLuv Profile

  22. KampungBoy says:

    Coollah…kalau kena smpai RM5000 kak G
    cmne boleh terlpas pndangs ebelum ini :mrgreen:
    KampungBoy´s last blog ..Gegaran Weblog Popular 1Malaysia My ComLuv Profile

    • Kujie says:

      @KampungBoy, bukan terlepas pandang..mmg tak tahu pun
      sbb setiap thn kak jie renew roadtx 8 kali
      tak mgkn dlm 8 kali pun kak jie tak ditrace
      lagi satu saman thm 2003 tu sah2 kak jie dah bayar
      knp masih ada dlm sistem

      pula tu..sistem PDRM down, tapi sistem syarikat yg buat sms ini boleh pula..dia org dptkan data terkini dari mana? :|

  23. macam cela#$…

    apa adik nak buat ni kak oi~~

    hari2 lah jawabnya orang redah klang tu tanpa roadtax kereta.

    mujur klang utama je… klu smpi ke bandar… adus~ parah cik…
    Kaseh Esmiralda´s last blog ..Aku, Perempuan & Sesuatu ~BAB26~ My ComLuv Profile

    • Kujie says:

      @Kaseh Esmiralda, g keje nek bas :mrgreen:
      tumpang zira ke.

      nnt kit settle pelan2…jgn risau

      erk WGR tu ada saman thn 2009 :lol:

  24. baloot says:

    dah cek, nasib baik takde saman. jadilah macam baloot, pengguna yang berhemah. (konon je ni)… :twisted:

    penat jugak tu nak bayar, RM4.7k tu kak jie. fuhhh, bole beli sebijik motor cash dah.. takpun buat beli macbook pro.. hee..

  25. maza says:

    alahai naik ngeri lah pulak.

    terutama receipt yg lalu dah lama luput.. aderkkk

    alahai!
    maza´s last blog ..Menghilang dan Bertemu Kembali My ComLuv Profile

  26. arin says:

    kak jie..IPD Selayang, dah dekat sgt ngan umah arin…ishh..kalau tak leh kita adakan sesi kopi selepas berkunjung di IPD tuh..:)
    arin´s last blog ..Datang beraya My ComLuv Profile

  27. kruel74 says:

    Lawan je lah…
    kruel74´s last blog ..My property investment story_continued2 My ComLuv Profile

  28. iza says:

    Waa tambah sikit lagi dah boleh beli tiket pi tempat Abang Tak Ingat kehkehkeh..tapi betoi ker senarai tu..

    Muskil betul.. jangan2 salah org lain pon masuk dalam akaun k.jie ..huhu.. sebab iza pernah kena, motor iza dapat saman. Tapi kat surat saman tu tulis kereta, pastu kat karak pulak tu.. padahal motor Iza tak pernah keluar dari KL (*_*)

  29. Kak Long says:

    Wa…banyak tu!
    Baru check via sms ….Tiada saman dikeluarkan sehingga 29/09/09.
    Hihi clear! :razz:
    Kak Long´s last blog ..Eh..cuti dah habis! My ComLuv Profile

    • Kujie says:

      @Kak Long, kak long, sy keliru..krn baru je renew roadtax bulan 4 lepas, tapi clear je..tak kan dlm masa 4 bulan tu ada 24 saman

      • Kak Long says:

        @Kujie,
        Polis tak ada link ngan jpj ke, sebab ramai kawan2 yang kata, dia orang pun ada saman dari tahun 1999 tapi tiap2 tahun renew insuran dan roadtax, okay je!
        Kak Long´s last blog ..Eh..cuti dah habis! My ComLuv Profile

        • Kujie says:

          @Kak Long, itulah saya pun tak faham…sbb sy dah bayar saman2 tu, mgkn ada yg terbaru tapi tak de sebanyak tu….

  30. tekkaus says:

    Fulamak! Hampir 5ribu! Kalau saya kena 300 pun dah boleh pengsan! Ha :shock:
    tekkaus´s last blog ..I Believe I Can Fly My ComLuv Profile

  31. yonna says:

    uik! gile ke ape nak cecah 5 riban tu ma! hahaha. err betul ke kiraan diorang tu?

    yonna pun pelik la ma,banyak sistem gov yang selalu sangat down lepastu satu ape x update. org yang dah tak kerja pun, ada lagi nama dia dlm satu2 jabatan tu. sumpah pelik. takkan x buat kerja kot :p

    oopsss mcm melaser lak hahaa
    yonna´s last blog ..Y534 : 37 Keping Gambar My ComLuv Profile

    • Kujie says:

      @yonna, mgkn sebab org yg mula2 web master tu dah berhenti kerja, jadi tak de sapa yg pakar2 IT nak ambil alih.

      atau pun… bila dah di buat web tu, dah serah pada satu2 jabatan, org kt jabatan tu yg tak ada kemahiran utk ‘jaga’

Panorama Theme by Themocracy