Darah Tinggi Makcik Naik Gara-gara Tak Dapat Ayam 1 Ringgit

Saya jarang respon benda mengarut terbitan akhbar atau isu popular media sosial. Tetapi saya tidak dapat menahan diri dari memberi feedback mengenai berita Ayam Seringgit ni!

Sebagai surirumah berita kebijaksanaan Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Razak membeli belah sehingga boleh mendapat ayam seekor dengan harga seringgit benar-benar membunuh sel-sel otak apabila digunakan untuk berfikir dengan rasional.

bijak membeli

Saya tak ketawa dengan statement ini, saya TERLUKA!  Rasa sebak rasa terguris apabila dibuli oleh seorang Perdana Menteri.

Jangan mengadu harga barang naik kerana kamu mempunyai pilihan.

Apa pilihan yang diberi? 269 cawangan NSK !

Lokasi terdekat NSK lebih kurang 10-12 KM. Untuk dapatkan ayam seringgit ni, saya perlu kos minyak kereta. Itu kalau dah ada kereta, berapa ramai jiran tetangga saya yang tiada kenderaan kedua selepas kenderaan utama dibawa suami ke tempat kerja? Kalau nak pergi dengan kenderaan awam pun, perlu keluarkan kos tambang juga.

Dari rumah nak ke lokasi pun ambil masa 1 jam pergi dan balik.

1000 ekor? Kena beratur seawal pagi untuk menjadi orang yang ke 1000. Anak dan rumahtangga siapa nak urus?  Hantar anak sekolah agama pagi , balik masak , pergi ambil lagi jam 11.00 pagi  anak mandi, makan bersiap ke sekolah petang – hantar lagi ke sekolah.  Kadang-kadang anak lain dua tiga orang tawakal je untuk tinggal di rumah sewaktu keluar uruskan anak yang bersekolah.

Jika membuat perbandingan, pengguna masih mampu membeli dengan harga munasabah.

Harga ayam seekor seringgit langsung tidak munasabah dalam kehidupan sebenar.   Saya surirumah terperok kat dapur pun boleh buat matematik mudah  untung rugi. Penternak nak bagi ayam makan dengan apa? Nak bayar gaji pekerja?  Pemborong nak bawa ayam dari ladang ke pasar guna apa? Semua tu ada kosnya.

Nak beli anak ayam untuk dibela sendiri tak dapat dengan harga seringgit seekor.  Ada ke penjual nak jual dengan harga di bawah kos?

ayam seringgit

Ini adalah feedback yang saya terima dari wall facebook  selepas saya post mengenai isu ayam seringgit. Boleh beli ayam seringgit guna baucer dengan syarat-syarat lain yang tersembunyi.  Ayam yang ditawarkan sebanyak 1000 ekor sahaja pada hari PM datang .  Pembelian ayam seringgit boleh dibuat pada jam 6.30 petang hingga 8.00 malam.

Beli dengan harga seringgit seumur hidup, terus cop diri bijak membeli belah!

Berapa ramailah makcik-makcik yang bacaan darah tinggi naik memuncak hari ini kerana  menaham geram  disebabkan ayam seekor seringgit ni?

Ada tak suami yang kurangkan duit belanja harian rumahtangga bila tahu ada ayam seringgit?  Ayam yang berharga RM10 seekor tu cukup-cukup je masak untuk satu hidangan sekeluarga 5 orang.   Tak sempat nak perangat-perangat lagi dah… !

Nota : saya kurang makan ayam, ayam pilihan terakhir selepas ikan, tetapi harga  ikan lebih mahal daripada ayam? macam mana tu….dok cari idea celah mana nak berjimat dan menjadi bijak membeli belah.

Nota : Nak bekerja di rumah?  Baca panduan dan beberapa tips penting yang dikongsi oleh mereka yang telah berjaya di sini Panduan Jana Wang Di Rumah Untuk Wanita!

 

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Terkejut ayam saya dibuatnya. Mengapalah rakyat selalu dikangkung ayamkan.
    Jom terjah post menarik dari Malaysia Tercinta ..[Terkini] Kronologi kehilangan pesawat MH370My Profile

  2. Keputusan yang penuh kontroversi, semoga masih bisa dipertimbangkan lagi.
    Jom terjah post menarik dari farouq ..Beras HitamMy Profile

  3. jaga2, makcik jie dah naik darahhh…

    tak logik sungguh ayam singgit. lainlah mail (upin ipin) jual dua singgit 😉
    Jom terjah post menarik dari Ummi Hanie @ Nis Azmier ..Lagi-lagi Kueytiow KungfuMy Profile

  4. saya dgr liputan berita ni pada berita tgh mlm kat tv3 pd hari isnin..saya rasa marah dan terus tutup tv dan tidur walaupun tak boleh lena terdengar2 di telinga apa yg dituturkan… sangat tak sensitif dengan kesusahan orang lain…nasib baik saya tutup…kalau tak darah saya pun tentu akan naik tinggi…

  5. dr semalam sy baca blog duk tulis dlm sindiran ayam rm1
    tp saya x sempat nak baca, baru hari ni tahu
    kalau akak pun sedih
    saya lagiiiiiiiiiiiiiiii lah sedih
    kesiannya kita dipermainkan
    Jom terjah post menarik dari irfa ..This Web Page Is Not Available n HappyBday ke39 to EnAbeMy Profile

  6. aduiiii ( ni je komen saya)
    Jom terjah post menarik dari cikgu naman ..Design sendiri bisnes kad #SBB2014My Profile

  7. bertuah siapa yang dapat beli ayam pada harga RM1 seekor…hoho
    Jom terjah post menarik dari papa mifz ..Turut Simpati Dengan Mr. BeanMy Profile

  8. kat melaka mana nak dapat ni?? huhuhuhu .. tak bijaknya saya
    Jom terjah post menarik dari zool ..Keputusan perlawanan Piala AFC 11 Mac 2014 – Selangor melawan MaziyaMy Profile

  9. ehem..marah benau makcik sorg ni..ehehe..ye..betul tu apa akak cakap semua tu sebenarnya..pm dtg dgn rombongannya..tak heran kalau die bleh beli ayam rm1….tapi beliau xtry lagi membeli keseluruhan barang keperluan seorang diri dan hanya berpakaian biasa utk ketahui perkara tentang rakyat…die PM..sape berani letak harga sebenar?mesti nak bodek..kan PM tu?….

    apa pun..memang bleh buat ramai sakit strok dibuatnya..hoho
    Jom terjah post menarik dari reezluv ..Kisah Perjalanan Ke Sepetang Bersama Blogger 2014 Part 1My Profile

  10. Kak jie ….memang sedih di tipu begitu mudah oleh pm …..orang hampir gila pun tau dia di tipu ….kalau boleh beli ayam singgit
    Jom terjah post menarik dari azahairi ..Afiq Umar Masuk Wad !!!!My Profile

  11. hurmmm setuju sgt dengan pendapat akak tu…geram pulak aihh kat PM ni…

  12. Hehe sabar kak, ni la nasib kalau ada pemimpin yang cenggini gayanya
    Jom terjah post menarik dari Azri Johan ..Mohon Bantuan Pakar FacebookMy Profile

  13. Saya tak pasti apa sebenarnya yang cuba disampaikan pihak kerajaan kepada rakyat?

    Adakah selama ni kami ini (rakyat) tidak bijak membeli belah? Bukan sekadar bijak, malahan kamilah yang membandingkan harga. Kalau di kedai A lebih murah. kami kesana beli di kedai A. Adakah pak menteri & orang kerajaan buat sebegitu? tidak sama sekali. dalam tender mahupun pembelian apa saje barang kerajaan, yang paling mahal di ambil. Harga sebenar segitu, lebihnya masuk poket sendiri.

    Tolonglah, jangan anggap rakyat bodoh dan jangan memperbodohkan rakyat. kerana kami ini punya akal. bukan sekadar punya otak!

    • kan…….. kan…………………. mcm kita ni suka suka membeli belah mana dan. kita ni kira tiap sen, beza tiap harga di kedai dan beli ikut keperluan

      dah bergelut dgn segala mcm kos sara hidup, kena buli dgn PM pula
      sedih tauuu…..
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Kena Sorok Sebab Bomoh BubuMy Profile

  14. Akak tahu..

    Dayah terharu sangat baca entry nih.

    Kalau akk nak bertanding dlm pilihanraya bgtau dayah akk nak bertanding kat mana.. dayah nak pindah.. nak undi akak..

    Dayah surirumah separuh masa ni pun rasa nak pitam ngk pm beli ayam rm1 sekor..

    Pm tak perasan eh..

    Mail upin ipin tu jual lagi murah..

    Apapun dua singgit dua singgit haha..
    Jom terjah post menarik dari dayah ..Sedap mengurutMy Profile

  15. Memang tak patut dia keluar ayat macam tu…habis saya di jb ni pun nak ayam seringgit gak
    Jom terjah post menarik dari hafiz ..Buntu fikirkan menu makan malamMy Profile

    • kalau org yg biasa turun kepasar pergi beli barang keluarga..kemudian dia dpt tips atau cara atau panduan menjadi pembeli yang bijak…dia share kat kita sama-sama ..itu boleh diterima

      ini tips atau panduan yang diberi langsung tak boleh diterima ,
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Kena Sorok Sebab Bomoh BubuMy Profile

  16. realitinya mana ada ayam RM1, kalau pun ada adakah ianya membekalkan kepada semua rakyat umum? Kita x marah harga mahal kalau itulah realitinya, yang kita harapkan adalah kerajaan memastikan yang rakyat mampu untuk hidup selesa didalam keadaan apa pun seperti harga barang meningkat dan diselarikan dengan tingkat gaji yang sesuai untuk menyayingi kos sara hidup, inilah yang diperlukan
    Jom terjah post menarik dari Juan ..Cara Pasang Google Analytics Code di WordPressMy Profile

  17. Assalamualaikum,
    Orang Besar kata “rakyat banyak pilihan”, perlulah bijak memilih, kena pi kedai rakyat 1 Malaysia kalau nak murah.

    Bila pi sana, beli nuget rakyat ni…balik2 tengok belek berkali-kali masih juga keliru “adakah itu nuget utk makanan manusia atau dedak ayam?”

    Banyak komen kang kata pembangkang pulak!
    Opsss!!
    Jom terjah post menarik dari Anyss ..Dimalukan Dengan Keletah Anak?My Profile

    • Waalaikumsalam

      kita bukan tak perihatin dgn kenaikan harga barang, rasanya semua orang dah boleh terima
      tetapi cara seorang PM membuli rakyat dgn perkara mcm ni, sgt sgt sedih…perihatinlah sikit
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Kena Sorok Sebab Bomoh BubuMy Profile

  18. Saya bukan setakat darah tinggi… rasa tobat nak makan ayam lepas ni kalau terpaksa meredah berpusu-pusu dengan orang ramai, kos minyak, kos tambang semata-mata nak kejar ayam seringgit yg tak masuk akal… mcm mana suratkhabar tergamak keluar artikel mcm ni?. Sorry Kak Kujie saya ter-emo sebab rasa di bonggokkan sangat.

    • ini kes perdana menteri membuli surirumah yang bertanggungjawap menguruskan kewangan keluarga
      bayangkan betapa kita ni jenuh berkira tiap sen yang dibelanjakan…. tetapi tetaplah tak bijak sebab tak dapat beli ayam seringgit
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Kena Sorok Sebab Bomoh BubuMy Profile

  19. Oh bukan selalu dapat ayam pada harga RM1. Terkejut beruk dengar harga ayam RM ini.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Sepetang Bersama Blogger 2014 #SBB2014 satu lagi sejarah terciptaMy Profile

  20. Majlis persmian NSK ke ni Kak Jie?
    Jom terjah post menarik dari JunAina ..MH370 Doa Orang Yang Soleh dan Keluarga MangsaMy Profile

  21. Tapi betul la PM Najib beli ayam RM1 seekor tuh.. Tapi masa tu jelah..
    Jom terjah post menarik dari amirnawawi ..NIVEA brings us the 1st rinse- off body lotionMy Profile

  22. Best kak Kujie dengan ulasan begini… RM1 ni memang jadi isu … saya dan wife gelak je .. nak komen lebih2 nanti, bahaya … sebb ada kontrak kena pegang.
    Jom terjah post menarik dari hasrulhassan ..Kesilapan Blogger di Majlis Sepetang Bersama Blogger (SBB2014)My Profile

Trackbacks

  1. […] PINGBACK NEGARAKU.MY: Darah Tinggi Makcik Naik Gara-gara Tak Dapat Ayam 1 Ringgit | kujie2.com […]