Doktor curi tulang benda hitam di lebuhraya Setia Alam

Saya baca beberapa akhbar dan blog yang menulis mengenai kisah doktor HKL ditangkap ‘curi tulang’ kerana membaca akhbar dan melakukan kerja peribadi, ketika lebih 20 pesakit menunggu untuk mendapatkan rawatan.

Kes terbongkar apabila Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M Saravanan yang kebetulan pergi ke situ untuk melawat seorang pelajar universiti yang cedera selepas dilanggar kereta yang dipandu oleh pemandu beliau.

Siasatan mendapati dakwaan itu tidak benar kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai

BH 25/05/1998 -surat penghargaan  saya kepada HKL

BH 25/05/1998 -surat penghargaan saya kepada HKL

Saya terus teringat peristiwa tahun 1998 di Hospital Tanjong Malim bagaimana saya duduk macam tunggul depan doktor yang sedang berbual dengan telefon bimbitnya  hal peribadi  lebih kurang 5 minit sedangkan beliau merawat saya tidak sampai pun 1 minit tanpa  melihat kecederaan fizikal yang saya adukan.  Angka giliran saya nombor 8.

Beliau menyatakan ubat yang saya perlukan tidak ada lalu menulis nama ubat pada sehelai kertas dan  menyuruh saya mencari   sendiri  di kedai farmasi .

Masa tu suami saya terlibat dengan kerja² earth work untuk projek Proton City.  Saya dan keluarga adalah kumpulan pertama menjejak ke Proton City sewaktu persekitaran masih ada  bukit² padang rumput yang menghijau.  Kami tinggal beberapa bulan di kuarters Jabatan Pertanian yang telah dikosongkan.  Sempat  meninjau ladang rusa dan lembu Jabatan Pertanian.

Tiap hari saya memandang  kawasan rumput hijau , ladang dan bukit dimusnahkan dengan sayu dan sedih  kerana bukan sehari dua diperlukan untuk membina tempat yang indah seperti itu tetapi ………hanya perlukan beberapa bulan saja untuk diratakan.

Kenapakah tidak dibina saja di tempat lain tanpa perlu dimusnahkan apa yang telah  kita miliki.   Tetapi…siapalah kita untuk menghalang….

Dlam waktu pembinaan Proton Citylah   pengerusi DRB-HICOM Tan Sri Yahya Ahmad meninggal dunia ( 8 Mac 1997) setelah terlibat dalam kemalangan helikopter peribadi yang dinaiki bersama isterinya Rohana Othman.

Balik pada cerita asal.  Bila ada kelapangan saya akan balik ke KL kerana rumah saya masih di Ampang.  2 minggu selepas peristiwa bersama doktor  aka telefonis itu, saya ke HKL.  Satu jam menunggu untuk dapatkan nombor giliran dan setengah jam lagi untuk bertemu doktor tetapi saya berpuas hati kerana nombor giliran saya 450!

Maksudnya saya bukanlah buta hati hingga gagal menilai kewajaran perkhidmatan yang saya perlu dapatkan.  Saya menilai setiap satu kes bergantung pada situasi tersebut.    Kerana itu saya menulis surat penghargaan di forum Berita Harian bertarikh 25/05/1998 ditujukan kepada para doktor dan jururawat HKL di atas sikap dedikasi mereka bertugas pada waktu itu.

© Kujie – TAHUKAH ANDA? Saya pernah membuat panggilan bebas tol kepada PLUS melapurkan  satu bungkusan plastik hitam yang terdapat di tengah-tengah lebuhraya susur keluar dari Setia Alam sekitar jam 10.45 malam.    ( takut orang terkejut terlanggar benda hitam tengah malam buta… jadi kes seram pula) Saya memandu bersama anak²  kerana suami tengah melompat melalak sampai hilang suara di Stadium Bukit Jalil ( Final Piala FA )

MORAL OF THE STORY :

– Sebelum kita mengata orang itu orang ini tidak buat itu buat ini, kita sendiri terlebih dahulu  kena menjadi warganegara yang bertanggungjawap.

– Jangan terpengaruh dengan tajuk entri yang seram tanpa secebis pun babak seram tertulis di sini

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Kita sebagai masyarakat Malaysia pelu diberi lebih kesedaran sivik (cth buang sampah pada papan tanda ‘JANGAN BUANG SAMPAH DI SINI’.. dsb…

    samdaddycools last blog post..Panas : Sex Melayu

    • @samdaddycool, ajar anak2 kita dari awal…. sedih tgok org buang sampah keluar dari kenderaan … tak boleh fikir ke….dunia ini tempat tinggal kita…walaupun sampah yg dibuang tu bukan di campak depan rumah kita…tapi masih di tempat tinggal kita

  2. saya dah byk kali berhadapan dgn situasi rekod hilang, ujian tak jumpa, ujian tak tau apa sebab. semua tu kat HKL.

    disebabkan keputusan ujian yg lambat juga menyebabkan saya terlepas rezeki yg amat besar.

    menangis saya dlm tipon. siap merayu kat hR tu mintak tangguh ujung minggu jek.

    dannnnnn…. tobat.. saya tidak akan buat rawatan di spital gomen smapai la terpaksa.

    bukan kerana faktor masa, tetapi disebabkan kesan2 rawatan yg saya perolehi dulu.

    kalau nak citer pjg gile.

    tapi saya suka dgn dua tiga doktor yg sgt baik dan penerangannya sampai la nie saya ingat.

    er… cuba anda pk…boleh ke depa letak kan masa jumpa saya yg hy ada masaelah tyroid dgn hari utk rawatan cancer???? bertahun saya nuggu! siap doc pun pelik napa hari saya hari tuh?! boley??

    kat mane??? HKL.

    owh.. saya bercuti dua tiga hari masuk spital mkn tido pun kat hkl. pastu disuruh balik sbb doc penuh dgn emergency kes. dey!! takyah la suruh saya masuk wad kalo doc takleh bagi date utk saya buat operation. padehal mende alah tu pun tak tau ujung pangkal.

    smapai la nie… tak tau ujung pangkal.

    mmg berserah je… 😀

    • @Zana, dptkan pendapat pihak ke-3. selalu buat mcm ni…dptkan pendapat doktor2 lain.

      itupun kalau kes berat2 …mcm kes zana ni

      • @Kujie,

        doc lain mmg ckp zana nyer kes lain dr yg lain. dgn cara operation boleh tau sbb. tapi.. doc pun takmo suka2 buat operation sbb kat ctu kos dah ada dan penyakit zana nie tak tau apa punca.

        tu pasal asik jadi bahan ujikaji je kak jie.

        tak larat gak nak usung leher sokmo. tapi alhamdulillah… tyroid zana tak memudaratkan kesihatan dan kehidupan zana buat masa nie. doc pun ckp, selagi kesan2 yg org tyroid dpt tu tak ada kat zana, means zana masih bebas dr penyakit tu. cuma.. tulah… kalau detail medical check up je yg tak tau cemane nak bagi alasan. hueheuheue..

  3. Jie… opah dah baca dah kenyataan Menteri Kesihatan. Sebab tulah opah nak mintak maaf kat kedua-dua orang doktor tu dan doktor-doktor di Malaysia yang terkilan dengan kata-kata yang opah bubuh kat blog opah. Hari ni opah belajar agar tidak terburu-buru mempercayai fitnah (walaupun dah banyak kali opah kena fitnah dan opah ingatkan diri agar tak memfitnah orang lain). Lebih buruk lagi opah turut sebarkan fitnah tu. Harap dia orang maafkan opah.

    ODs last blog post..Sayangkan Laki Manja-manjakan…

    • @OD, saya pun lepas baca tu, terus edit..tapi sedar awal la juga…cepat2 edit….tambah satu perenggan je

  4. Kujie.. tak kisahlah what ever they are thinking about your action (erk. tindakan bukan eksyen yea. heheh) ..

    i have strong believe that your message is really clear…. a Cristal clear … Your action is definitely right and correct

    huhuhuu

    idup kujie, kujie zindabad.. kujie zindabadddd.. hehehehe

    mazas last blog post..Serba Salah Dan Celaru Fikiran

    • @maza,

      Aaiik ?

      Kuat betul pokcik ni membodek !!

      Jie…. bagi aje la kuih koci tu…. kempunan pulak pokcik ni… waakkakakaaa…. :mrgreen:

      Ties last blog post..Hidung tak mancung, pipi disorong-sorong

      • @Tie, hehehe

        ekau jangan salah paham Tie…. ni cubaan saat2 akhir, sebelum tewas dgn OD…

        merempit, jom merempit di blog Kujie….huhuhu

        (psst: mahu pertahankan mahkota den yg bulan lepas tu ha!) wakakakka

        mazas last blog post..Serba Salah Dan Celaru Fikiran

        • @maza, oooooooooooo..baru perasan
          hari ni 30hb…hahaha..sibuk ke hulu ke hilir
          tak sedar dah hujung bulan :mrgreen:

          • @Kujie,
            Ooo… Tie pun tak perasan… kih kih…

            Patutlah pokcik tu merempit separuh nyawa kat sini..

            Memang tak de harapan punya…. waaakakakaa…… :mrgreen:

            Ties last blog post..Hidung tak mancung, pipi disorong-sorong

            • @Tie, Jie baru blk wat facial ni..hahah..blk je togk depa dok merempit

              tak moh dok dpn pc lama2…muda tegang lagi ni..takut hilang anggunnya..

              hahahaha :mrgreen:

  5. Fatin Pauzi says:

    Teruk juga perangai doktor sekarang. Sebab tu la orang cakap, kalau orang yang da nazak nak mati, memang mati dulu. Diibaratkan je la… 😆

    Fatin Pauzis last blog post..Rawat Insomnia Dengan…..

    • @Fatin Pauzi, Tak adillah kalau orang cakap macam tu…Ajal maut kuasa Allah…bukan semua …………lebih ramai lagi doktor yang begitu perihati..dan saya selalu berjumpa doktor yang sebegini.

      • Fatin Pauzi says:

        @Kujie, Erm, betul tu. Tapi, tu cara orang nak beri perumpamaan sal servis doktor2 sekarang. Huhu. Ayah saya pun pernah kene macam tu. Da hilang banyak darah, salur darah da kecut, baru mula nak menjahit. Then, mula la ada jangkitan la, ape la. Haish, doktor sekarang cemerlang atas ijazah je. huhu.

        Fatin Pauzis last blog post..Rawat Insomnia Dengan…..

  6. moga ada fairness buat kita-kita semua.

    • @Mak Su, sikit2 tu lumrahlah maksu….kita manusia tapi bila dlm keadaan yg tak terfikir.. kenapa mesti begitu….kita keliru kerana biasanya pesakit yg dtg memang memerlukan khidmat doktor

  7. kak jie bikin suspens la ngan tajuk entry tu!!! terkena saya hahaah

    btw kak jie saya slalu berurusan ngan sepital gomen…… lelagi HKL. ehm bab pangai dierang menjawab call x yah la cite….. kang buat sakit hati je…. tp bkn sume camtu….. ade gak yg baik!!!

    • @Elyn, tajuk entri mcm seram mak lampir… 😆

      manusia baik manusia jahat ada dimana2, tak kira berapa tinggi taraf pendidikan….sebab itulah semakin byk jenayah kolar putih.

      ada kenalan doktor kat wad kecemasan…. :mrgreen:

  8. mrozaidi says:

    Sekarang Ni Doktor Memang Tidak berdedikasi… Apa nak jadi sekarang ni..

    mrozaidis last blog post..Makanan Yang Dilarang Untuk Pengantin Perempuan

  9. hospital gomen and semua gomen outlet yg lain sama je..all manage by normal human being (kekadang ada yg tak normal). So, some good, some excellent, some bad and some extremely poor. Biasalah..

    when human dealing with other human, the expectation and perception differ, so, mana nak puas hati semua org.

    ada yg dah bagi free free pun (20m3 air di selangor) ada juga yg tak rasa apa2…

    AyKays last blog post..Janganlah kita berterusan terpedaya

    • @AyKay, contoh mcm ni….. katakan QC sebuah kilang radio report bulanan dia reject hanya 1%
      tapi bagi customer 1% itu adalah 100%

      tapi konsep ” awak bayar rm 1, itulah nilai yang awak dpt” saya kurang setuju…sebenarnya bukan rm 1 yg dibayar…..walau nampak kita memang menghulur rm 1.

      sebab gaji, peralatan, kelengkapan semua itu adalah “nilai “

    • MISI KERAJAAN says:

      @AyKay, i setuju dengan u….

  10. huhh..makin panas la komen2 & balasan komen kt sini..
    err..ambulance & bomba dah standby ka? 😀 😀

    sallys last blog post..Selamat Hari Lahir Sayang

  11. Dea Sara says:

    :mrgreen:

    mcm2 Jie yg berlaku dgn hosp. kerajaan ni…tp…tak semua la mcm gitu. kalu nk diceritakan agaknya boleh jadi novel.

    Dea sendiri pernah tidak dipedulikan…at last terpaksa tunjuk kad kuasa suami sbg kakitangan kerajaan…emmm…barulah manis muka dan urusan kami dpt diselesaikan tak smp 1/2 jam. sedangkan sblm kad kuasa ditunjukkan…kami dah menunggu hampir 1/2 jam…entah lah….

    • @Dea Sara, boleh la juga guna kad kuasa….hehehe…

      ada juga pengalaman….lupakan je..tak nak ceritalah..

      sebab pengalaman pahit itulah…sy lahirkan ketiga2 anak kat hospital swasta… org jenis tak menjawap mcm saya ni…terima aje la org nak buli :mrgreen:

  12. Salam hormat wahai Kujie.

    Semoga sekalian yang ada disini juga sihat dan bertenang dengan entri ini.

    Cuma Abang long melihat dari satu sisi lain. Iaitu, bila Menteri Kesihatan membidas kenyataan Timbalan Menteri lain.

    Kenyataannya ialah. Masih ada Menteri yang bercakap bohong.

    Fikir – fikirkanlah.

    Abang Longs last blog post..Corat – coret Pesta Buku (3)

  13. Salam kunjungan ukhwah fillah abadan abada…

    Saya kurang mengerti tentang Doktor curi tulang..tapi saya tahu Proton City ada taman dengan UPSI..kan?

    Apapun, kalau kelapangan jemputlah berkata-kata di medan saya pula. KLIK>>

    Kembara Sufi Mencari Aspirasi

    Faridrashidis last blog post..Ujian Itu Kembali

  14. samanosuke_04 says:

    kisah aper yang korang semua crite nie? huhu, aku blank laaa.. tak paham pasal aperr korang cakap..

    hehe, aku memang allergic sket kalo bab2 menunggu nombor giliran nie, so takyah cite banyak, bleh kate stiap kali menunggu mesti aku tension!!

    samanosuke_04s last blog post..Jiwang Seorang Geek (part finale)

    • @samanosuke_04, kak jie tunggu 1 jam setengah….ok je pun…

      boleh tulis surat penghargaan lagi kat akhbar…… :mrgreen:

  15. ermm mmg dh lali dh dgn doktor & juru2 nye tu..lg2 hspital kerajaan ni..tiap kali nk beranak ke,naik ngeri nk masuk GH tu..mcm bt x tau je kita dlm kesakitan…huhhhh

    sis-lins last blog post..Dulu ‘Sepet’ Skrg ‘Lolok’

    • @sis-lin, tak boleh mengadu sebab kita bayar singgit…. 😆 nanti keluar ayat klise ” kalau nak layanan istimewa pergi hospital swasta”

  16. penulis yg ekspersif la akak nih…
    dan penulis yg produktif…

    chekguBHs last blog post..Finale Parte: Hari Sukan 2009. We Did It!

    • @chekguBH, baca entri ini dgn santai dan berlapang dada….ada yg tak betul memang ditegur tapi bila bagus dan baik, jangan kedekut untuk memberi pujian dan penghargaan.

  17. Doktor Curi Tulang Pesakit – kalau tajuk macam tu memang betul2 ngeri. 😀

    …….bukan semua doktor atau pekerja kerajaan yang macam tu. cuma apabila cerita yang seorang dua yang curi tulang tersebar di media massa menyebabkan orang membuat gambaran kesemua doktor atau pekerja kerajaan sebegitu.

    TokNabes last blog post..Selsema Babi

    • @TokNabe, sebab tu saya tulis surat penghargaan tu…sebab saya bertemu dengan pekerja kerajaan ( doktor ) yang menjalankan tugas dia dengan bertanggungjawap.

      tapi kena terima kenyataan juga, masih ada yang perlu diperbaiki…

    • @TokNabe, Sabar aje aku ngan TokNabe ni… 😆

      ODs last blog post..Sayangkan Laki Manja-manjakan…

  18. hehe saya mmg terpengaruh dengan kisah seram tuh
    lagi2 bila dah beli rumah kat setia alam. hehe 🙂

    KNizams last blog post..Survival KL ‘09 – Come Save Our Earth for 2050 & Beyond at Pusat Sains Negara !

  19. twenty-six says:

    saya hampir terpengaruh

    twenty-sixs last blog post..Space Gambus Experiment:Melayu patut dengar gambus

    • @twenty-six, kisah seram ke?
      biar lah tv saja berlumba2 siarkan kisah seram….kita tak yah tambah kt blog 😆

  20. Saya plak penah satu Doktor yang buat tak endah apa saya beritau..
    caranya macam saya belakon sakit.. sedangkan memang masa tu tangan sakit amat..
    tapi ada gak doktor yang ok… bukan semua

    zools last blog post..Revolusi perkhidmatan awam

    • @zool, len kali nak pergi hospital kalau sakit2 dlm mcm tu…potong biar berdarah2…hahaha
      yg tu real..tgok pun tau :mrgreen:

      kak jie selalu berbual2 kosong dgn doktor..saja nk hilangkan stress dia dgn pesakit…. :mrgreen:

    • MISI KERAJAAN says:

      @zool, salam …mungkin doktor tu dah penat kot. Tak pun sebelum tu …dia memang baik ..seorang yang prihatin…bertimbangrasa…berperikemanusiaan….tapi bahana nya…dia kena buat surat tunjuk sebab dan naik mahkamah kenapa beri pesakit cuti sakit sedangkan pesakit itu sebenarnya selalu ponteng kerja?(Itulah hakikatnya kehidupan …)Jadinya doktor itu sedang berjaga-jaga dan sedang menilai mutu kesakitan pesakit supaya…tipah tak tertipu lagi …

  21. Ha ha…..entri Jie dapat perhatian…

    Betul tu….Apa yang kita lihat atau alami tak menggambarkan keseluruhan yang terbabit.

    Semua warga perkhidmatan berada dalam keadaan stress. Memang faham sangat2. Kalau kita bernasib baik, kita dapat yang terbaik. Kalau sebaliknya, kena anggap ia satu dugaan…. yang membawa kepada kesedaran. Manusia ada kelemahan. Kena selalu ingatkan diri sendiri. (Tie laa)

    Jie alami 2 situasi yang berbeza. Yang tak elok dijadikan sandaran. Yang baik, dah pun dipuji dan dihargai… Baguslah Jie… Jarang sangat orang menghargai kebaikan. Selalu nak kutuk je…

    Psst : Plastik hitam tu ada apa, ek ?? Nak kepoh je…. he he… :mrgreen:

    Ties last blog post..Semangat yang hilang

    • @Tie, saya selalu hantar kad ucapan terimakasih kat jururawat di wad hospital lah Tie…. sebab tu entri bawah tu saya tulis MORAL OF THE STORY >

      Sebelum kita mengata orang itu orang ini tidak buat itu buat ini, kita sendiri terlebih dahulu kena menjadi warganegara yang bertanggungjawap

      :mrgreen:

      saya pun teringin gak nak tau….masa tgh memandu lepas tepon tu…nak je tepon sekali lagi..nk tanya…

      ” encik…encik dah pergi check apa benda hitam kat highway tadi tu….”

      hahahah… betul2 mcm makcik kepoh pula nnt :mrgreen:

  22. MISI KERAJAAN says:

    JANGAN DOK KUTUK AJE BILA TERRJADI PERKARA YANG SEMINIT ITU. KENAPA TAK FIKIR YANG KAMI BEKERJA …TAK SEMPAT MAKAN, TAK SEMPAT REHAT , PENDAM PERASAAN DENGAN KERENAH PESAKIT …KERJA DENGAN STRESS……KADANG-KADANG TAK TIDUR MALAM MENYELAMATKAN NYAWA SEDANGKAN YOU ALL TIDUR NYENYAK PELUK ANAK …..SUAMI….ISTERI….KELUARGA SAKIT DIRUMAH KAMI TAK JAGA…PESAN PADA JIRAN TOLONG TENGOK-TENGOKKAN MEREKA….

    KALAU RASA NAK CEPAT …NAK SEGERA … NAK LAYANAN ISTIMEWA …PERGI LAH KE HOSPITAL SWASTA…BARU BERBALOI DENGAN APA YANG YOU ALL BAYAR. YOU ALL KENA TAHU ..WALAUPUN YOU ALL BAYAR SERINGGIT…KAMI YANG KERJA MALAM KERAJAAN CUMA BERI TELOR 3 BIJI UNTUK SATU MALAM. ADA HOSPITAL TU CUMA DIBERI MAGGIE SEBUNGKUS UNTUK SATU MALAM. BERBALOI KE…SEDANGKAN KAMI SENTIASA DIASAK DENGAN BERBAGAI ETIKA KERJA YANG TERPAKSA KAMI TELAN.

    VIP TU SEPATUTNYA DAPATKAN GAMBARAN YANG JELAS SITUASI YANG SEBENAR. BUKAN NAK JADI HERO….

    • @MISI KERAJAAN, haha. luahan yg jujur

      ubeys last blog post..Etimologi; satu implementasi gaya seksi yang erotis

    • @MISI KERAJAAN, Salam..terimakasih kerana sudi tinggalkan komen di sini walaupun saya tahu doktor sampai ke blog ini dengan keyword lain…doktor nak bayar cukai pendapatan ye…?

      Doktor tak baca entri ni sampai habis ye…. tapi saya nak tanyalah….adakah kerana saya bayar rm 1, doktor tidak perlu melihat aduan kecederaan saya? Kerana pada fahaman saya, rm 1 itu bukanlah harga pada perkhidmatan yang diberikan kerana doktor sendiri dibayar gaji bulanan. Dalam kes ini tidak perlu kita menilai dari kecukupan atau tidak kerana hal ini subjektif…gaji banyak mana pun tak cukup.

      KALAU RASA NAK CEPAT …NAK SEGERA … NAK LAYANAN ISTIMEWA …PERGI LAH KE HOSPITAL SWASTA…BARU BERBALOI DENGAN APA YANG YOU ALL BAYAR.

      Konsep hospital kerajaan dan hospital swasta lain, hospital swasta dari kelengkapan, gaji pekerja ( doktor, jururawat, tukang cuci, tukang kebun, sewa premis, bil dan sebagainya ) di tanggung sendiri sedangkan hospital kerajaan, kelengkapan dan gaji dokot dibayar oleh kerajaan ( baca : rakyat )

      Doktor tak baca ye…..ttg pujian dan penghargaan saya kepada pihak doktor dan jururawat…saya tulis dan keluar kat akhbar lagi…agaknya hospital gunting dan lekatkan dekat papan kenyataan tak ye?

      Walaupun saya tunggu utk dptkan nombor sejam dan tunggu utk dapatkan rawatan setengah jam lagi…tapi saya boleh tulis pujian dan penghargaan ….sebabnya saya rasa apa yang saya terima itu berbaloi dgn keadaan masa tu, ketika itu…

      Kalau bab kena tinggal anak isteri tu, ramai juga orang lain pun macam tu doktor…lagi2 pekerja kilang yang anak 4-5 org meredah pekat malam dengan motosikal. lagi sedih….mereka pun berserabut kepala memikirkan hal anak2 ,makan pakai, yuran sekolah, sewa rumah…malah kadang2 nak beli 10 biji telur gred C pun tak lepas dgn gaji sehari selepas di tolak keperluan2 lain….mereka juga ada tekanan …kena capai target, production kena marah dengan supervisor juga…..

      ini adalah putaran hidup….tiap orang di uji berkadar dengan kemampuan masing2…doktor orang hebat..cerdik pandai sebab tu diuji dengan ujian yang lagi hebat…..kan…

      jgn stress tau doktor…. pesakit pun kadang2 tengok muka doktor yang manis pun dah cukup mujarab….rasa luruh separuh kesakitan yg ditanggung.

      • MISI KERAJAAN says:

        @Jie, salam….baca dah sampai habis …tapi rasa kecik hati dan jauh hati menyapa di kalbu. Macam tengok wayang la….cerita best tapi orang tak tahu jerih nya orang belakang tabir.Memang la selagi nama manusia memang ada komitmen masing masing …macam orang ada penyakit berjangkit …hanya kerana dia sorang ….semua ahli keluarga disisihkan..tak adil lah macam tu kan…Tu yang jauh hati sangat .Kami tetap berkhidmat dengan hati yang tulus ikhlas…tapi tak mudah untuk puaskan hati semua orang….

    • @MISI KERAJAAN, Opah minta ampun dan maaf dari setulus hati. 😥

      ODs last blog post..Sayangkan Laki Manja-manjakan…

  23. Bila la agaknya komplen pasal hospital kerajaan ni nak reda.. diorang ni tak buat improvement ker..?

    nazzs last blog post..Link Teks Jadi Pelangi

  24. hospital kerajaan dan klinik kerajaan sememangnya kelembapan
    saya pun ada sekali temankan ibu, dekat sejam lebih la jugak nak tunggu giliran masuk jumpa doc

    sabau jek la
    🙁

    Lilys last blog post..BBQ Dinner

    • @Lily, dah bayar rm 1, kenalah tempuh segala tu lily…sebelum pergi set dlm otak….ini itu…mcm2 tu semua akan kita tempuh……..jgn mengharap sgt nak dpt layanan baik2….sedang2 cukuplah…kita pun bkn sapa2 kan……

      bertenang je..relex je….tgok je tv yg di pasang walaupun tak dengar suara….layan je sms ke…tgh free ni kan…. tak pun bacalah semua postel yg ditampal kat dinding ( pernah satu kes, angah mengadu….semua postel yg ditampal tu dia dah baca…tapi tak juga panggil2 )

      bila kita relex…tak de la fikir sgt ……….heheheheh….entah2..belum jumpa doktor pun dah sihat…sedut udara segar dlm bilik menunggu :mrgreen:

      • MISI KERAJAAN says:

        @Kujie, salam….tampal poster banyak-banyak tu supaya jadi rakyat celik yang tahu penjagaan kesihatan agar tak bertambah sesak lagi kat hospital.tv yang suara nya ala-ala dalam kelambu supaya orang yang sakit tak jadi bengang. Yang selalu banyak songeh ialah orang yang membawa pesakit…… tak geti nak sabo…Bila kita menunggu suatu yang kita tak suka…kita cepat hilang sabo….Cuba tunggu buah hati…ribut ke..taufan ke…tepi tong sampah ke… sanggup aje. Muka kami.. baik hospital kerajaan ke…swasta ke ….walau manis macam manapun ….tetap kena sergah dengan orang yang mementingkan diri sendiri.
        Kami pun bila terpaksa jadi pesakit atau menemankan pesakit macam tu jugak …bila namanya kena tunggu.Pesakit ni.. kita kita periksa cepat ..katanya doktor tak periksa betul-betul.tapi bila diperiksa..dibelek…dinasihat lama-lama….tu yang buat orang belakang kena lama menunggu. itu tandanya buat kerja dengan cekap.tapi segelintir manusia dalam bidang ape jua.. ada yang menyalah guna kuasa atau sambil lewa..Bukan kerana duit seringgit tapi … budi bahasa yang patut dinilai.

  25. Pandai Jie cari tajuk yang buat orang terkejar-kejar nak baca entrinya… huhu… tapi kalau Jie tak bubuh tajuk pun orang baca entri Jie.

    ODs last blog post..Sayangkan Laki Manja-manjakan…

    • @OD, awatnya…..opah tgh menumis kat dapur ke….yg terkejar2 dtg ni…ehehhe :mrgreen:

      • @Kujie, Tak lerr… tengok kat sidebar nampak tajuk tu. Tu yang bukak blog Jie terus tu. Kalau tengah menumis, camana ler opah nak tahu Jie ada bubuh tajuk entri tergempaq. Harapkan anney, dia tahu makan-minum-tidor aje. Bukan perbuatan tapi cakap melayu, itu aje yang dia faham… ha ha ha… cayang laki aku.

        ODs last blog post..Sayangkan Laki Manja-manjakan…

  26. Tapikan kalau rajin baca bahagian surat mana2 suratkhabar, yang doktor kerajaan ada alasan dia, yang mentadbir doktor kerajaan ada alasan dia, pesakit memang tentu dah sakit. Camana ya sebenarnya nak selesaikan masalah semua ni? Atau memang as manusia kita tidak akan puas hati? :roll:

    kruel74s last blog post..Wearing the same shirt

  27. banyak cerita disebalik hospital kerajaan ni..macam2 cerita..saya pun ada pengalaman sendiri..memang kadang2 kita kena pertimbangkan hal-hal seperti jumlah pesakit sebagainya. Tapi pengalaman saya buat medical check-up kat hospital kerajaan sampai ambik satu hari, itulah kali pertama dan terakhir saya dapatkan perkhidmatan hospital kerajaan. Bukan sahaja masa sampai satu hari, malah saya juga kena buat ujian yang tak patut saya buat? Ujian air kencing untuk medical check up masuk universiti? Lepas habis buat ujian dan tunggu keputusan ujian, saya diberitahu ujian itu tidak perlu. Apa ni?

    Kecekapan ini yang biasanya dipersoalkan pada pendapat saya. Sebelum ini saya buat medical check-up dekat hospital swasta, tak sampai 40 minit dah siap dengan x-ray apa semua walaupun kena bayar RM40 tapi berbaloilah dengan masa.

    Pada pandangan saya, kecekapan inilah yang harus ditangani hospital kerajaan.

    izzats last blog post..Hari Ibu : Apakah Kesedaran Kita Tentang Kehadirannya?

    • MISI KERAJAAN says:

      @izzat, NAK TANYA ….PERNAH TAK BUAT PENYELIDIKAN BERAPA RAMAI PESAKIT SATU HOSPITAL SWASTA BERBANDING DENGAN HOSPITAL KERAJAAN SEHARI? HOSPITAL KERAJAAN BUAT MEDICAL CHECK UP SECARA KESELURUHAN SEBAB DARI SITU AKAN DAPAT BERBAGAI JAWAPAN. KENAPA PERLU BUAT UJIAN AIR KENCING? SEBAB … KALAU AWAK ADA PENYAKIT KENCING MANIS YANG SELAMA INI AWAK TAK TAHU….INI AKAN MENYEBABKAN KOMPLIKASI YANG LEBIH TERUK TANPA AWAK SEDARI BILA TIDAK DIKAWAL. BILA AWAK BUKAN DALAM SESUATU BIDANG ….JANGAN MAIN BANTAI JE ….

      • @MISI KERAJAAN, saudara/ri, bukankah saya dah bagitahu dalam komen saya diatas, bilangan pesakit adalah antara faktor yang perlu dipertimbangkan dan saya sedar akan hal ini apabila melibatkan hospital kerajaan. Faktor yang saya cuba “highlight”kan diatas ialah, kecekapan dalam menyelesaikan sesuatu tugas itu.

        Dalam borang medical check-up yang dibekalkan oleh universiti itu tidak tertulis pun perlunya ujian air kencing dan saya sudah bertanya kepada salah seorang pegawai kesihatan di hospital terbabit, perlu ke saya buat ujian ni sedangkan dalam borang tidak dinyatakan? Dia memberikan jawapan perlu; mungkin dia tidak tahu saya buat medical check-up ni untuk kemasukkan universiti. Tetapi, disebabkan ini diluar bidang saya, saya turuti sahaja tanpa banyak soal dan dengan anggapan ini mungkin prosedur baru. Saya boleh pertimbangkan soal masa disebabkan memang ramai yang buat medical check-up masa itu, termasuklah pekerja-pekerja Indonesia yang datang bekerja disini. Saya boleh pertimbangkan hal itu.

        Apa yang menjadi persoalannya, apabila saya bertanya kepada pegawai kesihatan yang lain mengenai ujian air kencing saya itu (disebabkan terlalu lama menunggu, maka saya bertanya) beliau mengatakan kenapa saya perlu buat ujian air kencing sedangkan saya hanya buat medical check up untuk kemasukkan ke universiti, maka tidak perlu ujian air kencing dan jika diambil sekalipun, tidak dinyatakan dalam borang medical check up tersebut perlu diisikan keputusan ujian air kencing. Beliau menerangkan kepada saya, ujian air kencing hanya untuk pekerja2 seperti pekerja Indonesia yang turut sama buat medical check up pada hari yang sama. Untuk memendekkan cerita, selepas penerangan beliau dan beliau periksa semua prosedur medical check up yang dah saya buat, beliau katakan semua sudah selesai. Nah, benda yang sepatutnya boleh selesai dalam masa yang singkat terpaksa dilanjutkan sampai satu hari gara-gara menunggu ujian air kencing yang tidak perlu pun. Ini bukan masalah nak buat pemeriksaan keseluruhan atau tidak, tetapi buat apa yang sepatutnya dibuat terlebih dahulu. Saya ke hospital seawal 8 pagi dan selesai hampir pukul 5 petang gara-gara menunggu ujian air kencing tersebut. Saya bukan buat dakwaan melulu, ini adalah berdasarkan daripada apa yang saya alami.

        Saya bukanlah ingin memandang rendah keupayaan hospital kerajaan. Ya, memang saya akui banyak pencapaian yang telah dicapai oleh hospital kerajaan dan saya bangga sebagai rakyat Malaysia. Cuma, apa yang ingin saya berikan pandangan ialah kecekapan. Itu sahaja. Saya harap pandangan saya yang tak seberapa ni dapat diterima dan jika ada mana-mana pihak terasa dengan apa yang saya tulis disini, saya minta maaf awal-awal dan saya tiada niat ke arah itu. Saya cuma menyuarakan pandangan sahaja. Jika tidak dapat menerima, saya tidak boleh berbuat apa2.

        p/s: Kepada Mama Jie (saya harap anda tak kisah saya panggil dengan panggilan Mama Jie), jika rasa komen saya tidak sesuai, boleh dipadamkan ye..saya tak kisah pun 🙂

        • @izzat, saya hanya delete komen yang menggunakan bahasa kesat dan memamki hamum sajaha…kalau bertukar pandangan dengan sopan…..teruskan

          • @Kujie, ..uiks.. kujie sudah transform jadi moderator di sebuah forum antarabangsa la!

            wakakakkka

            keep it up.. be responsive.. hehehe

            good! good..

            erk! dah bodek banyak ni.. apa lagi.. kuih koci wanney.. hehhe

  28. Memang patut pun kita laporkan perkara2 atau isu2 kepada pihak yg berkenaan..

    jangan hanya tahu membebel dan membuat persepsi sendirik. lepas tu mengalahkan bontot murai.. pot sana pot sini… menjaja fitnah…

    heheheh

    sokong kujie.. idup kujie..

    (psst; erk! bila lak nak belanja maza makan kuih kuaci….heheheeh)

    mazas last blog post..Serba Salah Dan Celaru Fikiran

    • @maza, nak lapurkan tak boleh caci maki….elok2lah tulis atau cakap
      dah org yg terima teguran pun..fikirlah lah juga…. kebenarannya.

      saya sentiasa berusaha menjadi warganegara yang prihatin… :mrgreen: dan mendidik orang2 sekitar hidup saya ke arah itu…kalau semua org buat mcm tu……..aman damailah kehidupan kita :mrgreen:

      erk…tak de gigi mana buleh makan kuih koci :mrgreen:

  29. pitching dah ada. Nada tu boleh diperbaiki lagi..

    errr.. melodi tu, kena buat melodi ala2 mak yong sikit..

    hehehhee

    komen merapu paling iklhas dari maza..

    wakakakkaka

    mazas last blog post..Serba Salah Dan Celaru Fikiran

    • @maza, saya tak reti menulis dgn baik lah maza….. karangan tahap sekolah rendah saja…

      tapi yg pasti..saya selalu menulis dengan bahasa sopan santun..hehehe

      saya akan berusaha membaiki penulisan …insyaallah :mrgreen:

  30. igtkan ade citer seram tadi :mrgreen:

    pasal dokte ni.. tak semua dokte lepas tangan time duty.. tapi takla sume baik.. kan.. 😆 😆 dokte pon manusia.. buat kesilapan jugak..

    mrs azmis last blog post..kisah hari ini~

    • @mrs azmi, ada yg perlu dibaiki..kita sama2 betulkan

      sbb tu…entri ini ada mcm2 kisah
      jadikan sempadan..ini kisah hidup …. :mrgreen:

  31. woo..’tulisan’ mama pernah masuk paper eh. tak sangka.hehe..

    isyh, mmg mcm cerita seram bila baca pasal plastik hitam tu.
    malam buta pulak.hehe..

    • @fiezabaiduri, blog mama pun pernah kuar paper…. :mrgreen:

      smpai hati ni nk tau je apa kes plastik itam tu…entah2 duit juta2

      mcm Jutawan Fakir tu :mrgreen:

Trackbacks

  1. […] – Cara-cara nak mimpi basah Motivasi – Yang tajam tumpul, yang bisa tawar Isu Semasa – Doktor curi tulang benda hitam di lebuhraya Setia Alam Cuti-cuti Malaysia – Kuala Lumpur – Jakarta- Bandung Terangganu – layan gambar dan […]