Durian Runtuh Orang Asli Hulu Selangor

Saya baca Malaysiakini artikel di tulis oleh presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang, SM Mohamed Idris dengan tajuk : Keadaan kesihatan Orang Asli menyedihkan

Apa sangkut paut orang asli dengan saya?

Mereka adalah jiran-jiran saya. Kadang-kadang saya gunakan laluan di kawasan kampung mereka untuk balik ke rumah – sejuk dan hijau.

Saya juga terlibat beberapa kali dengan program bersama mereka di surau seperti majlis solat maghrib berjemaah , yassin dan tahlil.

eh..apa saya nak cakap sebenarnya ye? Korang ni macam tak tau pula… kawasan saya P94 Hulu Selangor akan berlangsung pilihanraya kecil ( PRK) 25hb April nanti.  Dengan peratus pengundi antara kaum hampir seimbang, undi orang asli sebanyak 721 undi itu menjadi rebutan.

Malam tadi di Dewan Komuniti Serendah, Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah mengumumkan Datuk Zaid Ibrahim sebagai calonnya dan hari ini Bekas Timbalan Pengerusi MIC Bahagian Hulu Selangor V. S. Chandran pula akan bertanding sebagai calon Bebas. BN belum umumkan calon walau khabar bertiup sepoi-sepoi bahasa , ketua MIC bahagian Hulu Selangor Datuk G Palanivel adalah calonnya.

Seronoklah …dapat durian runtuh walaupun sekarang bukan musim durian. Tiba-tiba rasa nak pindah duduk kat bawah tu sama dengan dia orang..hehehe .Inilah masanya peluang penduduk buat tuntutan dan memandang pemimpin dari dekat.

Tapi itu janji semusim saja – hilang lenyap lepas 25hb April nanti. Peladang tebu dan penternak lebah madu di mulut manis semua dah cuci tangan, tinggal saja kontraktor berkeliaran sana sini cari pihak mana nak claim payment . Projek segera di sana sini semudah menggosok lampu Aladdin.

Mereka tidak akan hirau lagi tahap kesihatan, pendidikan atau sosio ekonomi orang asli ini.  Mereka tidak pernah membaca fakta-fakta ini :

  • Kadar kematian bayi ialah 5.2%, lebih daripada tiga kali ganda purata Malaysia Barat (1.6%).
  • Dalam kalangan wanita Malaysia yang bersalin di rumah pada 1994, 42 meninggal; 60% daripadanya (25) merupakan Orang Asli.
  • Orang Asli merupakan kumpulan orang dewasa yang paling kekurangan zat di Malaysia Barat, dengan 35% daripada mereka mengalami kekurangan protein dan tenaga
  • Anemia meluas dalam kalangan wanita Orang Asli. Dalam satu kajian, wanita Orang Asli Temuan mempunyai purata paras haemoglobin 9.9 g/dl (gm/100ml) jauh lebih rendah daripada paras yang diterima iaitu 12-15 g/dl.

Lagi: [sini]

Kenapa saya ambil kisah ? Nak bertanding ke?  Avatar dah ada gaya wakil rakyat.

Kerana mereka jiran saya.

©Kujie – tiba-tiba rasa sesak nafas – berebut oksigen dengan ramainya pelancong politik.

psst…! Jangan lupa mengundi di sidebar blog..ada 2 orang yang vote warga emas intan berlian..hehe:lol:

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. time PRK ni la nak minta daripada kerajaan sebab mudah sangat nak dapat.
    .-= beliamuda´s last blog ..Keputusan Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu (P212) =-.

  2. heheheh no komen tapi nak tinggalkan response jugeee
    .-= akuvision´s last blog ..Gangguan Hyperhidrosis =-.

  3. time pilihanraya la baru nak bantu sana bantu sini..buat projek sana sini..kalau trendy macam ini kat malaysia, saya rasa kita doakan agar ahli parlimen tempat kita mati cepat, baru la heaven jadinya kita jadi rakyat!
    .-= fahmi´s last blog ..Perempuan dulu perempuan sekarang =-.

  4. Azizuan says:

    haha..masa ni ramai wakil rakyat turun kotorkan kasut..lepas habis, kirim salam la..yang berkenaan, sila mintak bantuan macam2 sebelum stok habis..haha
    .-= Azizuan´s last blog ..Beautiful Blogger Award From Yatie =-.

  5. hiks..biaselah tuh..janji kene manis..baru orang undi..tapi barang harus diingat..undi adalah rahsia..hehehe :mrgreen:

  6. janji manis ditabur..belum tentu dapat tunaikan..mainan politik..

  7. Kakzie,

    Utk org Desa Melor ada ke? Kot2 kalau ader mesin jahit ka….jgn lupa cakap adik beradik a…..

    • amboi………mesin jahit tu
      bile masa nak menjait nya…
      mailah sini..meriah ari2 ade ceramah org besar2 turun

  8. saya doakan yg terbaik buat semua.. moga calon yg layak dapt diberi mandat & tanggungjawab..
    .-= fiezaradzi´s last blog ..Pusat Jagaan Atau Pengasuh, Mana Satu Pilihan Anda =-.

  9. Kebanyakan individu (bukan semua) yang melibatkan diri dalam politik ada sebab yang berlapis-lapis…. Antara sebab yang teratas adalah duit. Pekej yang menarik, claim yang pelbagai, dan imbuhan yang nyata dan tersembunyi. Nak cari yang ikhlas berkhidmat untuk rakyat… payah… 🙁
    .-= suara´s last blog ..Salah saya… =-.

  10. time2 camni semuanya manis je kan kak jie 😉
    .-= Bb Hussain´s last blog ..Spaghetti Bolognese & Sambal Gulai Tempoyak =-.

  11. wahh nak order la durian 5 kilo kat kak jie.. hehe
    .-= eiman´s last blog ..Blog Berwajah Baru dengan DISQUS Comment, Selamat Tinggal Intensedebate =-.

  12. Jangan jer Yb2 tue menanam tebu di tepi bibir sudahlah…
    .-= Mr Kamikaze´s last blog ..Penyamun Pun Macam James Bond… =-.

  13. Kg Orang Asli ada ASTRO. Macam x percaya jer.

    😉

  14. meriahlah serendah..

  15. sebelum pilihanraya mmg banyak janji yang ditabur kepada rakyat oleh calon yg bertanding..

    bila dah menang, harap mereka dpt penuhi janji2 tersebut..jangan sampai “Janji Tinggal Janji” @ “Janji Manismu”
    .-= Nadri´s last blog ..Anai-Anai & Al-Quran =-.

  16. Haha… masa ni la boleh mintak segala benda. Cakap nak sekarang juga! Kalau nak tunggu janji lepas menang tu alamat tinggal mimpi je laa… :mrgreen:
    .-= Tie´s last blog ..Duit, duit, duit………… =-.

  17. hohohohooo….
    dunia politik…
    begini la gayanya..
    .-= mie´s last blog ..:: bila si teruna berjiwang :: =-.

  18. biasalah tu. semua dah ada skrip masing-masing.
    bila sampai waktu… “eksyen!”
    lepas dah abis, kasi bungkus semua kamera, props..

    politik..politik.. teringat lagu janji manismu – Aishah..hehehe

  19. sokong xpo.. mls tol nak mengundi 😛 hehehe
    .-= syahirul´s last blog ..Ahmad Memalukan orang Islam? =-.

  20. pedih hati tengok dunia politik ni. nak cakap banyak kang kena tangkap pula (hu3).

    selalunya ‘turun padang’ ni terjadi bila ada ‘event’ je. selebihnya sendiri mau ingat la (he3)
    .-= megat´s last blog ..Oh Lisa Surihani, Jangan Pilih Dia! =-.

    • itulah realitinya dunia politik dkt malaysia..jumpa rakyat bila time nak mintak tolong ajer..bila dah senang, rakyat dilupakan.. :mrgreen:
      .-= Nadri´s last blog ..Anai-Anai & Al-Quran =-.

    • kat mana2 pun sama je Megat
      sbb tu ramai pula yg berharap ada PRK kawasan masing2..hehe

    • jadi, kalau nak jadi pemimpin yg baik..kene selalu turun padang..kalau tak..habisla jawabnye..

  21. biasalah, politik semata2..sumenya hipokrit ..sbb tu smpai skrg sy still blm dftr lg pengundi..walaupun umur dh 23..hehe

Trackbacks

  1. […] Musim durian , kami dapat makan durian hutan, petai, buah laghah atau rambai.Entri lain – Durian Runtuh Orang Asli Hulu Selangor©kujie – ASPAL – Asli Tapi Palsu! Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang […]