Formula 1 Petronas Malaysia Grand Prix 2012 Showcase

petronas malaysia grand prix  klcc

Hujung minggu yang serba meriah di kota raya dengan perbagai aktiviti menarik di sana sini, saya meluangkan masa menerima jemputan untuk acara yang dikhaskan untuk blogger sempena Petronas Malaysia Grand Prix 2012 di Concourse Level KLCC.

Selesai pendaftaran blogger , pengarah urusan , Anita Azrina telah memulakan majlis santai ini dengan ucapan aluan dan penerangan aturcara.

 Anita Azrina

Sudah tentu yang tidak lekang dek mata menatapnya ialah jentera kebanggaan pasukan Mercedes AMG Petronas F1 – Mercedes SLS AMG 350  yang dipamerkan di ruang tengah Suria KLCC.

Mercedes AMG Petronas F1 Inilah satu-satunya gambar ekslusif blogger disamping kereta Formula 1 serapat ini

Bermula dari Sabtu 17 Mac hingga 25 Mac 2012, ruang  Suria KLCC  akan menjadi  ruang menjual barangan Petronas Motorsports dan Mercedes sebagai kempen mempromosikan perlumbaan Grand Prix Formula Satu (F1) Malaysia 2012 .

 barangan Petronas Motorsports

Selesai majlis taklimat ringkas, kumpulan blogger dibawa melawat ‘flying car’ yang terletak di lobi Dewan Filharmonik PETRONAS.  Pameran  unik yang bertemakan PETRONAS Suspended Formula 1 Cars pasti memukau tiap pelawat yang melangkah memasuki bangunan ini.

Dengan kepakaran sekumpulan 20 orang engineer dan technician , kedua-dua kereta ini berjaya dibina dalam masa 14 hari.

petronas malaysia grand prix fly car

Ikuti video di bawah ini yang menceritakan bagaimana ‘kereta terbang’ tersebut dapat berada pada kedudukannya sekarang.

 

Satu permainan menarik yang dipanggil Speed of Sound bukan saja mengundang bahang kehangatan perlumbaan F1 bagi remaja, malah makcik macam saya pun tidak ketinggalan untuk mencubanya..  Permainan Speed of Sound hanya menggunakan suara untuk mengawal kelajuan kereta Formula 1 di skrin komputer.  Pemenang berpeluang memenangi pelbagai hadiah lumayan yang disediakan.

 

petronas malaysia grand prix Speed of Sound

Nampak senang sajakan……….. cuma jerit….aaaaaaaAAAAAAaaaahhhhhh….

Speed of Sound Petronas Saya dapat 20:40 saat dan Angah 17:40 ! OKlah tu….. emak dah semput, nafas dah abis tiap hari sebab berleterkan anak-anak.  Kalau saya gunakan minyak pelincir  sintetik Petronas Symtium dan Petronas Primax tentu suara yang keluar boleh memecut bagaikan juara!

Kemudian kami menikmati majlis makan malam di The Apartment, KLCC sambil sembang santai bersama blogger lain juga crew Petronas Motorsports.

petronas malaysia grand prix  makan malam

Dua blogger  pelapis – Amirul Syafiq dan Intan Safura bersama blogger mentor Azman Ishak dari azmanishak.com

Jangan lupa untuk bertemu pelumba-pelumba pasukan Mercedes AMG Petronas F1, Michael Schumacher dan Nico Rosberg yang berasal dari German pada sesi ramah mesra bersama peminat dan menandatangani autograf pada Rabu 21 Mac 2012 di Concourse Suria KLCC.

petronas grand prix showcase

 

Petronas Malaysia Grand Prix 2012 yang menjadi lokasi ke 2 musim 2012 dari 29 pusingan akan berlangsung hujung minggu ini bermula pada 23 Mac untuk sesi latihan, 24 Mac sesi Kelayakan Masa dan  Perlumbaan Formula 1 Petronas Malaysia Grand Prix 2012 pada 25 Mac  dengan 56 pusingan yang mengambil masa kita-kira 120 minit  perlumbaan di Litar Sepang  ( SIC ).

Untuk mengikuti aktiviti yang dijalankan sepanjang musim Formula One Petronas Malaysia Grand Prix 2012 , klik Petronas Motorsports dan mencuba suara menandu secara online .  Like Petronas Motorsports Facebook  dan Petronas Motorsports Youtube untuk melihat iklan terbaru Petronas Race Ends, Work Never .

Terimakasih Petronas Motorsports atas jemputan .  Rasa bangga kerana seorang makcik blogger turut serta  merasai pengalaman yang berharga ini.  Hari tersebut bukan saja indah  untuk diri sendiri tetapi sudah tentu menjadi memori kenangan  anak-anak saya untuk berkongsi bersama rakan di sekolah sebagai satu aktiviti cuti sekolah yang dilalui.

 

 

<< muzik latar ombak rinduuuuuu…………… >>

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. John Johny says:

    aduhhh tak sempat nak jengahhhh….mama nanti ambek gambar jenson button dahhh crasss lah pulak kete dia

  2. pehh.bestnye!speed of sound..letih gak kawal pakai mulut kakjie..hehehe
    Jom terjah post menarik dari Nabiel ..Nak menang baucar buku RM 5,300??Jom!My Profile

  3. Mujahid says:

    Speed of Sound? bunyi mcm menarik je. bila lah ada kesempatan dapat tgk suma ni..kan bagus kalau diaorg buat di melaka. 🙁
    #kitaorg baru balik dari event Bro Framestone
    Jom terjah post menarik dari Mujahid ..Pelancaran Kawasaki GT World Dan Pusat Givi Di SC Premium BikesMy Profile

  4. Mobilnya sangat keren dan acaranya begitu meriah
    nice share Kak Jie
    Jom terjah post menarik dari Rina As ..Cara Daftar Dan Verifikasi / Klaim Blog di AlexaMy Profile

  5. cantik kereta tuh.
    Jom terjah post menarik dari eiela ..Mamak Kejam Perkosa Budak OKUMy Profile

  6. tengah imagine mak cik tu menjerit..hehe

    bestnya dapat jemputan mcm²…itulah kuasa blogger kan?
    Jom terjah post menarik dari cikgu naman ..WW-Nampak bra dan seluar dalam cikguMy Profile

  7. sygnya tak sempat nak p..sya cti hujung blan ni..klau dapat pluang nak test speed of sound tu..mcm best pla..lawak juga di tengok..haha
    Jom terjah post menarik dari Naziman ..Tips naikkan Alexa Rank pengalaman sayaMy Profile

  8. terimakasihhhhhhhhhhhhhhh mama sebab bawa Angah
    memang best, boleh cerita 44 hari 44 malam dengan kawan-kawan pun tak habis
    Jom terjah post menarik dari Angah ..Ninja dari kalangan haiwanMy Profile

  9. Teringin naik F1 sambil dipandu pelumba no.1 F1. Tapi tak tercapai punya sbb seat dia satu je. 😀
    Jom terjah post menarik dari Azwan ..Terapi sky juiceMy Profile

  10. Saya lebih minat kepada drift berbanding F1 ni. Tapi boleh la layan…

  11. seronoknya
    nak gi klcc hari rabu, nak jumpa Michael Schumacher dan Nico Rosberg

  12. hihihihi terus sy teringat lagu ombak rindu

  13. Sabtu lepas saya berpeluang melihat kereta F1 Lotus dan aksi di Proton Power 1.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Proton Power of 1 di Stadium Bukit JalilMy Profile

  14. habis la gue tak bleh carik makan la kalau macam ni hahaha… punah harapan ana!
    Jom terjah post menarik dari Azman Ishak ..Pertonas Malaysia Grand Prix 2012 di KLCCMy Profile

    • uik… mentor blogger ni pasai pa pulak….

      • hahaha.. banyak la blogger mentor. sejak bile la ade rancangan reality blogger. lol~ kalau ade kan.. erk.. sape jadi pengkritik eh?

        Syarat kelayakan:-
        1. Berpengetahuan luas dalam hal ehwal negara
        2. Warna negara Malaysia
        3. Mempunyai domain dan hosting sendiri
        4. Berumur 18 tahun ke atas
        5. Pandai selok belok WordPress, Blogspot, Thumblr, Twitter dan FB
        6. Pandai SEO tapi bukan GILA SEO mahupon trafik.

        *** Bonus kepada mereka yang mahir PHP & mySQL

        hahahaha… cukup tak? sape nak, nanti boleh hantar borang ujibakat ke realiti@Kuji2.Com 😀

        Rancangan ini ditaja oleh:- Siput Streamyx Masak Lemak – Yeayy~
        Jom terjah post menarik dari Azman Ishak ..Pertonas Malaysia Grand Prix 2012 di KLCCMy Profile

Trackbacks

  1. […] mudah untuk dapat peluang bergambar atas pentas tu, untung dia ikut mama blogger pergi Petronas Malaysia Grand Prix Bloggers Session […]