Gambar Pelajar Malaysia Yang Dirompak Di London

Berjurai jurai airmata saya mengalir tengok gambar pelajar Malaysia yang di rompak di London seperti yang dihebahkan di youtube.

Menurut berita dari Bernama Online, seorang pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) Asyraf Hazlan, cedera di bahagian rahang apabila beliau diserang oleh sekumpulan perusuh ketika keluar dari tren bawah tanah ketika dalam perjalanan menziarah rakannya untuk berbuka puasa di utara London.

( Bernama Online tulis Asyraf Hazlan, Utusan Online  Muhammad Asyraf Haziq Rossli )

Beliau kemudian dipukul dan dirompak, tetapi telahpun dibawa ke hospital untuk rawatan dan menjalani pembedahan untuk merawat kecederaan.

Asyraf Hazlan yang berdarah selepas di serang oleh perusuh.

Lelaki ini datang menawarkan pertolongan.

Terlepas dari mulut buaya, masuk ke dalam mulut harimau

Beg beliau digeledah oleh beberapa orang lain seperti dikerumun burung hering.

Lelaki yang pertama membuka beg Asyraf Hazlan telah mengambil sesuatu dari dalam beg beliau.

Gambar terakhir ini buat saya semakin sebak. Sedih dan rasa keseorangan di rantauan.

Moga Asyraf  cepat pulih dari trauma ini dan pelajar Malaysia di London terpelihara dari segala musibah memandangkan berlaku rusuhan di London yang dikatakan kejadian terburuk dalam tempoh lebih 25 tahun.

Keganasan dilaporkan tercetus pada Sabtu malam di daerah Tottenham, utara London, selepas seorang lelaki tempatan ditembak mati oleh anggota-anggota polis ketika dia berada di dalam teksi.

Teringat suami yang jauh……Ya Allah, peliharalah keselamatan dirinya dan berikan beliau kekuatan untuk hadapi segala dugaan.

Kes ragut atau rompak ini meninggalkan trauma bukan sedikit kepada diri saya kerana saya sendiri pernah mengalami keadaan tersebut.

Kena sikit je pun…  sampai sekarang dah tak berani naik motor!

Youtube Pelajar Malaysia Dirompak Di London – Heartless Robbery in London Riots

gambar dicrop dari youtube untuk suami kerana internet di Algeria tidak selalu baik.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. jln cni 😉

  2. Sangat sebak. Semoga beliau tabah, dan cepat pulih. Bersabarlah dengan dugaan ini.
    Jom terjah post menarik dari Yati ..Tips: Mendidik anak berpuasaMy Profile

  3. Mee pity this boy..very sad. No money and got bloody head 🙁
    Jom terjah post menarik dari mee ..Mee Is Here! Not Very CleverMy Profile

  4. marah! itu perasaan saya bila tgk situasi berita. cuba kalau jadi kat mesia. mau meroyan rakyat seantero rakyat britain. sungguh tidak beradap!
    Jom terjah post menarik dari zana ..2 Jenis SehariMy Profile

  5. budak tu rahang patah…cormfirm sakit betul rasa dia
    Jom terjah post menarik dari mamat ..Wordless Wednesday #3 Dirham KelantanMy Profile

  6. memang sedih tgk video pelajar malaysia tue… semoga semua rakyat malaysia dilindungi dan selamat tidak kire berada dimana pun…
    Jom terjah post menarik dari imabiz ..Tips Penjagaan Rambut Wanita BertudungMy Profile

  7. Dunia semakin di penghuhujung zaman semua ini asbab sahaja untuk memulihkan kekacauan yg sudah bermula bukan senang.

  8. Andu kesiannya budak tu….moga dia cepat sembuh… 🙁
    Jom terjah post menarik dari princessmia ..Eat and drink all you want for only half price with #ThePulse ! #MilkADealMy Profile

  9. Pacifista - X says:

    tengok kat youtube tadi.lagi clear video tu.
    malam semalam pun ada tengok kat tv.memang tak bermoral la diorang ni.kesian bila tengok rakyat sendiri diperlakukan sebegini rupa.harap budak tu tak apa2.
    Jom terjah post menarik dari Pacifista – X ..Cabaran DiteruskanMy Profile

  10. Kesian dia, sampai patah gigi.. mau tak darah. Mesti parents dia risau.
    Jom terjah post menarik dari Afiffuddin ..Kuntao Marketing Review – Pakej Kuntao Generator Kembali!!My Profile

  11. Semoga Asyraf cepat pulih. Kesian kan.. Keseorangan di rantau orang..
    Jom terjah post menarik dari iLa ..Bila teknikal vs un-teknikalMy Profile

  12. kesiannya…..semoga beliau cepat pulih.
    Jom terjah post menarik dari rumah kuning ..Boleh Baca Tapi Jangan GelakMy Profile

  13. memang gile mat saleh yang buat keje nie….mat saleh nie kalau mai ke Malaysia patut belasah cukup-cukup…..macam perangai setan jer diaorang nie…..
    Jom terjah post menarik dari Dezaman Cottage ..Penafian Arlene Tan Berhubung Isu Makcik Hajjah Sitt AlwuzaraMy Profile

  14. Assalamualaikum,
    Dah tengok video ni, lebih terasa betapa pentingnya jaga keamanan negara. Moga pelajar kita di london dan sekitar lebih hati2.
    Jom terjah post menarik dari Anyss ..Bonus Raya Setengah Bulan Gaji untuk Penjawat AwamMy Profile

  15. Zarul Umbrella says:

    Mmg saya kesian giler bila saya tgk video ni..fuhh..no comment la
    Jom terjah post menarik dari Zarul Umbrella ..Jom Layan Video Klip Terbaru Saya -”Sayang Bersebab”My Profile

  16. hakimfaridzul says:

    doakan agar pelajar-pelajar di sana dilindungi oleh Allah.. ni lah, riots sana sini… sighhh

    “riots sana, riots sini,
    riots sana sini,
    kalau kita riots,
    negara PASTI aman sekali”

    🙂
    Jom terjah post menarik dari hakimfaridzul ..Pementasan Teater Upin Ipin The Muzikal | Sinopsis | Uji Bakat | Istana BudayaMy Profile

  17. Tak boleh nak bayangkan macam mana perasaan dia masa tu. Dah la berseorangan. Dikerumung ramai2 pulak tu. Saya dulu kena peras ugut dengan kawan ada kat sebelah pun dah rasa tak keruan…
    Jom terjah post menarik dari beliamuda ..Tragedi 6 Ogos 2010: Kemalangan Motor di KulimMy Profile

  18. harap² kekacauan itu akan berakhir secepat yang mungkin..

    Kesiannya kepada pelajar tu, manusia² jahat tu macam haiwan!!
    Jom terjah post menarik dari cikgu naman ..Rabu Tanpa Kata- PEREMPUAN : LELAKI->7 : 1My Profile

  19. memenang kesian. tapi apakan daya. ini dugaan merantau lagi-lagi dalam keadaan kekacauan. semoga die terus tabah.

    inila kesan buruk jika kita berusuh, imej negara rosak terus, harta benda habis musnah…

    moga Malaysia terus aman..Amin.
    Jom terjah post menarik dari razis ..Top 10 Blogger Based On Bilangan Follower.My Profile

  20. teringin nak ke london, terus tak teringin. huhu.
    🙁

    semoga pelajar tu cepat pulih dari trauma…

    ps; apa la perasaan makbapaknye kan… ?
    Jom terjah post menarik dari Effa ..Harian dan pengajaran am.My Profile

  21. Bila baca ni.. mula mula macam tak rasa apa apa pun
    Tapi bila tgk video ni.. tak sangka ternanges pula
    Kesian betul rasanya.. tak terdaya nak buat apa pun bila orang tu geledah
    Mesti sakit kena pukul masih terasa sampai dia redha jer..
    Dengan berselipar, berpuasa dan keseorangan.. Tuhan saja yang tau perasaan dia..
    Doa saya semoga semuanya selamat..
    Jom terjah post menarik dari kakakdegil ..Pelik!My Profile

  22. entahlah kak ji

    sy yg kat luar negara ni pun mmg akui soal keselamatan tetap mjadi kebimbangan beterusan buat pelajar2 malaysia. kalau di jordan ni, tahap keselamatan dan kecekapan pihak berkuasa mmg jauh nak dibandingkan kecekapan pdrm. so apa yg boleh dibuat hanya berhati2 sentiasa..
    Jom terjah post menarik dari myilham ..Istikharah : Petunjuk Yang Bagaimana?My Profile

  23. tengok kat berita tadi kak…katanya nak pergi beli juadah puasa…tapi gambarnya tak sejelas akak letak…nampak darah kat lantai…moga dilindungi yang Esa…
    Jom terjah post menarik dari azura ..Asal usul kejadian manusiaMy Profile

  24. Faaein Talip Roy says:

    Semoga pelajar ni masih kuat nak hadapi hari2nya di sana..
    Semoga Allah lindungi kita semua dari kejadian yang tak diingini..
    saya tengok gambar pun dah rasa sebak.. belum lagi tengok video tu… 🙁

  25. dia org mengambil kesempatan tu….
    lagipun memang dia org dah lama sangat nak mengganas….dan tak perlu pun dikaitkan organisasi penganas utk mereka mengganas sbb mereka sendiri memang ganas.. keturunan viking juga.. uhuk!

    psst: itu pun ada org sukaaaa sesanggaattt nak berkiblatkan LONDON! Pegiiiii dahhhhh
    Jom terjah post menarik dari maza ..Wordless Wednesday: aktiviti orang kampung bersantai di bulan Ramadan dan bulan-bulan lainnyaMy Profile

  26. Semoga Allah melindungi semua saudara-saudara kita di perantauan. (dan semoga ada minda terbukak sedar kenapa demo jalanan itu tidak perlu di negara nan permai ini) syukuri nikmat keamanan ini.
    Jom terjah post menarik dari Yoa ..Night and Day GatheringMy Profile

  27. Waktu tonton video ni tadi, pelbagai perasaan bercampur baur, semoga semua pelajar Malaysia di sana berhati-hati dan tidak keluar secara bersendirian, atau lebih baik tak keluar terus kalau takder keperluan.
    Jom terjah post menarik dari Eizil ..Die schone ZeitMy Profile

  28. kesian dia,
    memang la tak leh wat apa,
    sama macam orang kita dok pau bangla,
    kalau kita stop pun…
    tetap orang kita diperlakukan sedemikian rupa disana.
    adehlaaa…

    harap tak la putus semangat saudara itu.
    Jom terjah post menarik dari pocket ..366. LimaKupang 2My Profile

  29. Walau aku lelaki tapi bahagian akhir video tu ..sebak rasa … 😥
    Jom terjah post menarik dari Syaffroni Safar ..Jangan Lupa Namaku.My Profile

  30. gambar last tu… 😥

    inilah yang dikatakan hidup ini kadang kala tidak adil. buat saudara asyraf, ingatlah, Allah tidak akan sesekali memberi ujian kepada hamba-Nya jika ujian itu tidak mampu dihadapi hamba-Nya. semoga tidak putus asa dalam menuntut ilmu di perantauan
    Jom terjah post menarik dari afiq aiman ..5 Perkara Yang Blogger Tidak Patut LakukanMy Profile

  31. Terkejut tengok dekat tv3 tadi. Mmg ganas, lepas dari perompak, masuk mulut tonto.
    Jom terjah post menarik dari Khairi ..Student, Asyraf Hazlan, dirompak perusuh di North London [beruktube]My Profile

  32. Astaghfirullahalazim. kesiannya pelajar ni. masyaAllah jahatnya mereka.

    semoga Allah pelihara muslimin muslimat yg berada di London. Amin
    Jom terjah post menarik dari nursarah puteri ..what my heart says…My Profile