Gerhana Matahari Cincin 15 Januari 2010 |
Satu kejadian gerhana matahari dijangka akan berlaku pada hari Jumaat 15hb Januari 2010. Ia merupakan Gerhana Matahari Cincin yang akan dapat dilihat disepanjang laluan sejauh 300km yang merentasi benua Afrika, kemudian melalui Lautan Hindi di mana gerhana akan berada pada fasa paling lama iaitu 11 m 8 saat.
Kiraan waktu gerhana di Kuala Lumpur bermula pada jam 3:01PM dan dijangka berakhir pada 5:38 PM.
Cara selamat melihat gerhana
Jangan SEKALI-KALI melihat matahari dengan mata kasar atau alat mencerap (teleskop atau binokular). Cahaya matahari amat terang dan memancarkan radiasi yang amat tinggi sehingga boleh merosakkan mata sehingga buta.
Kaedah paling selamat melihat fasa-fasa gerhana ialah dengan menggunakan kamera lubang pin (Pin Hole Camera).
Jika anda mempunyai binokular, gunalah kaedah projeksi atas kertas (cardboard projection).
Jika anda mempunyai teleskop, sebaik-baik kaedah ialah dengan menggunakan penapis matahari (seperi baader atau mylar). Cuba elakkan daripada menggunakan kaedah projeksi atas kertas kerana intensiti cahaya matahari amat kuat dan boleh mencairkan kanta mata (eyepiece) anda!
Rujukan lanjut : Falak Online – gerhana matahari separa 15 Januari 2010
Solat sunat gerhana matahari adalah sunat yang digalakkan. Boleh dilakukan secara berjemaah atau bersendirian.
Niat solat sunat gerhana matahari- Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat (makmum) kerana Allah Ta’ala”.
Cara solat sunat gerhana matahari :
Seperti solat sunat biasa atau yang biasa dilakukan dengan dua rakaat, dengan dua kali qiam dan dua rukuk pada tiap-tiap satu rakaat .
- Selepas takbir, dibaca doa iftitah dan al-Fatihah.
- Selepas selesai al-Fatihah, dibaca surah ( apa saja yang mampu)
- Kemudian rukuk dan bangkit semula (qiam kedua). Di dalam qiamkedua ini dibaca al-Fatihah dan juga surah.
- Kemudian rukuk semula ( rukuk kedua).
- Apabila bangkit Iktidal, terus sujud sebanyak dua kali. Apabila selesai sahaja dari sujud kedua dan bangkit barulah selesai rakaat yang pertama.
©Kujie – ada juga saya terbaca pendapat – gerhana separuh tak perlu solat sunat, tapi pendapat peribadi saya – kalau ada peluang untuk berbuat baik, kenapa harus disiakan. Nak buat baik tu macam-macam nak fikir – tapi kalau nak buat jahat tak fikir panjang dah….. ustaz saya cakap, kalau dah nampak gerhana tu solat saja – kalau ada keraguan dan pertanyaan – rujuk dengan ustaz masing-masing ye…
EDIT : Gambar gerhana matahari 15 Jan 2010.
kredit gambar : angkasawan.gov.my







terima kasih kak jie bagi panduan untuk solat sunat gerhana.

izzat´s last blog ..[Entri Khas] Kempen Blogger We Care
haritu dah terlepas. kali ni menunggu dengan penuh harapan. hhe

mr.eims @ perfume´s last blog ..Terre d’Hermes – unique, elegant & sophisticated
Kak Jie ni memang da boom la.
Update tu… Semua info terkini tau tu
zool´s last blog ..Buku 555 yang penting
thanks for the info kak jie.
noted dan rase nak buat live blogging
ambik mode night version kot. hehe
itupon kalau berkesempatan la
owh.. 15 Januari.. hari lahir saya tuh..
nuaeman´s last blog ..Leganya.. bila tunggul di kepala telah tiada lagi
dalam beberapa tahun kebelakangan ni asyik gerhana bulan je. jarang sungguh gerhana matahari ni. so boleh la di ambil kesempatan untuk melihat gerhana matahari. mana tau ni yang terakhir. hehe
mrkay´s last blog ..Seks, Punggung dan Kesihatan
[...] p/s: Hopefully the weather is good to see this eclipse phenomenon this Friday because it seems every evening is raining here in KL. p/p/s: For Muslim, you can get the guideline on how to perform “Solat Gerhana Matahari” from Kujie2’s blog here. [...]
banyak la pulak gerhana sekarang ni
ariff´s last blog ..Churp Churp Adalah Nuffnang
dalam kelas la pulak time 2..
chentatiku´s last blog ..::gundah gulana:
cam tkt plak nk tgk gerhana ni..huhu tkt buta
x-po´s last blog ..PATUTKAH PENGAWAS SEKOLAH DIPILIH DARI KALANGAN PELAJAR NAKAL?
Wah.. tima kasih atas pemberitahuan ini.. nanti nak tgk kalau ada kesempatan..
samdaddycool´s last blog ..Dropship : Megagoods still relevan?
Salam, thanks atas perkongsian ilmu nie ye?
Dak Wan´s last blog ..Cari Jodoh
Pertama kali dengar tentang gerhana jenis ni. Gerhana cincin? Kena tunggu dan lihat o Jumaat ini.

tekkaus´s last blog ..Zombies And Human Evaporating Machine Nightmare!
tah la…sejak dua menjak nih…selalu sgt gerhana…macam2 gerhana dah dengar…lau dulu..nk jumpe tgk gerhana pun mahu makan tahun baru dapat tgk..hikhik..papepun..sumenye keajaiban dunia..dan kekuasaan allah swt…

darknottyz´s last blog ..9 Sekawan..!!~
@darknottyz, dulu pun ada tapi kita tak terdedah dgn berita macam ni – penyebaran maklumat tak menyeluruh.
skrg ni members falak online selalu update laman web mereka – kita mendapat info dan sebarkan.
@izzat, sama-sama – entri ni dlm draf 2-3 hari lepas lagi – tunggu waktu yang tepat untuk disebarkan
@mr.eims @ perfume, kesibukan dgn rutin harian- sedar2 dah terlepas
tapi hari tu cuaca pun mendung
@zool, anak kak jie tanya – jadi mak dia kena cari info
@Kreuger, petang , kul 3
@nuaeman, hari bertuah, kan?
@mrkay, hari semakin pendek – matahari , bulan dan bumi terasa terlalu cepat berputar?
macam tu ke?
@ariff, bagi kak jie kerana kita yang terdedah dengan sumber maklumat
@chentatiku, dia berlaku bkn dlm masa yg serentak di setiap tempat – rujuk laman web falak online
Assalamualaikum kak jie… terima kasih, entri kak jie sangat berinformasi..
)
(kdg2 tak dgr berita pun
tpinky´s last blog ..Ujian Allah.. Sesungguh pasti ada hikmah disebalinya…..
@x-po, kak pernah ikuti gerhana – guna gulungan filem tu
bukan senang nak jumpa filem sgt ni – semua org guna kamere digital
@samdaddycool, harap2 cuaca juga membantu
@Dak Wan, sebarkan supaya ramai yang tahu dan sedar
@tekkaus, juga dikenali dgn gerhana anulus
@tpinky, Angah yang tanya – mak mak skrg ni kena ada keybord – kena advance dari anak-anak…
Blog ini kami kongsi bersama – anak2 juga memberi idea
dah tua2 tak kan nak cerita bab artis dan hadbagnya lagi kot …
esok2 dah tak de apa lagi yang kita nak tinggalkan – ilmu yg dimanfaatkan
berkongsi benda yang baik – dapat ganjaran yang baik
1/1 malam jumaat gerhana separa Bulan dan esok jumaat gerhana cincin matahari. Pernah terbaca jika berlaku gerhana bulan dan matahari pada hari jumaat dalam waktu terdekat ada pertanda bencana besar akan berlaku. Semalam gempa besar di Haiti. Kita tengok apa lagi yang akan berlaku sepanjang 2010.
Bila lagilah agaknya umat manusia nak dekatkan diri dengan Allah. Semakin jauh kita semakin banyak lah bala menimpa.
denaihati´s last blog ..Penutup Contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL
saya pun memang plan nak tengok..tp hampir terlupa plak the date..thanks for the info..
terima kasih kak
sejak dulu tak berani nak tgk gerhana mataharini…
eyriqazz´s last blog ..Ada Apa Dengan Melromeo
baru nak cari info tntang gerhana matahari ne. emm.. langkah kanan bila jengok blog kak jie. thanks kak.
emm.. waktu gerhana ne tengah kerja.. camna nak tengok.
kena curi2 tengok ne.
@Kujie, setuju sgt kak jie… blog kak jie ni dah jadi laman kegemaran sejak bermesra-mesra dgn dunia blog ni.. rasa tak boleh kalau tak “berdudun kemari” (bahasa brunei) maksudnya bertandang…….. banyak tips dan info dari kak jie yang baik dijadikan panduan insyaallah…

tpinky´s last blog ..Kembali Beraksi…….
@mrs sufian, entri ni dah simpan dlm draft seminggu – cuma tunggu nk publish je..mlm tadi edit sikit – baru publish utk dikongsi
x sabar nak tngk.. hehe..
@eyriqazz, selalu tengok – dgn family
@~0~, sama-sama
@Bb Hussain, dah baca info kat falak online tu – cuma nk publish dekat2 date -takut lupa
@denaihati, hari ini gempa bumi kat Filipina
@Mr.Bintang, harap cuaca baik – jgn mendung ye awan…
@Kujie, a’ah.. harap jangan mendung lah.. hihhi..
baru bebual dengan makcik dilot pasal gerhana ni.
masa tahun 1965 pun berlaku gerhana matahari ni, gelap gelita ..padahal beberapa saat je. tapi beberapa saat tu pun dah jadikan kita takut
dilot´s last blog ..kau cari apa tu dalam blog orang?
hrp@ dpt tgk gerhana matahari sok…
harapnye tak lupela esok dengan gerhana ni…

~mrs azmi~´s last blog ..blogger, we care
Ya Allah, ampunkan segala dosa-dosaku!….
Dah lama tak bagi perhatian kepada gerhana, dulu kecik2 tengok gerhana dalam air yang diletak dalam baldi. Masih basah ingatan tentang peristiwa tu. Makin besar makin tak beri perhatian, tapi tahun ni berazam nak bagi tumpuan balik. Takut2 ke depan tak ada peluang lagi.
p/s: iza dah sampai kampungg Kak Jie, bercuti sampai Ahad. Balik kampung naik bas ja kali ni
@denaihati, pernah juga terbaca pasal ni , tanda duniawi bak kata sorang yang saya kenal
zuls´s last blog ..Blogger & Twitterer Perihatin
Gerhana Matahari hari ker besok? dapat info hari kan?
memang nabi Muhammad SAW menganjurkan untuk shalat gerhana. bice posting
saya nak cakap sket pasal smayang sunat tu.Sembahyang sunat gerhana boleh dilakukan kerana waktu itu kelihatan gerhana.tq
[...] This post was mentioned on Twitter by kujie and kujie, Kartini Jamal. Kartini Jamal said: RT @kujie: Gerhana Matahari Cincin 15 Januari 2010 http://gengblogger.com/read/11392 [...]
[...] pada jam 1.00 – 5.00 am pagi Jumaat. Selang 15 hari pada petang Jumaat akan berlaku pula Gerhana Matahari Cincin dari jam 3.01 – 5.38 pm. Aku pernah terbaca sekiranya berlaku Gerhana Bulan Dan Gerhana [...]
@mrkay,
ni lah tanda2nye nak dekat qiyamat =(
ma kasi atas infonya
@denaihati, itu semua Kuasa Allah, sbb itu kita disuruh solat sunat gerhana bertujuan untuk memohon perlindungan dari Allah dari segala bencana.
@darknottyz, Bulan mengelilingi bumi sekali setiap bulan dan sepatutnya menyebabkan gerhana berlaku pada setiap bulan.
Kenapa tak jadi gerhana tiap bulan ?
Sebab sudut bulan mengelilingi bumi adalah condong lebih kurang lima darjah kepada sudut bumi mengelilingi matahari.
@ariff, Bulan mengelilingi bumi sekali setiap bulan dan sepatutnya menyebabkan gerhana berlaku pada setiap bulan.
Kenapa tak jadi gerhana tiap bulan ?
Sebab sudut bulan mengelilingi bumi adalah condong lebih kurang lima darjah kepada sudut bumi mengelilingi matahari.
@mrkay, Bulan mengelilingi bumi sekali setiap bulan dan sepatutnya menyebabkan gerhana berlaku pada setiap bulan.
Kenapa tak jadi gerhana tiap bulan ?
Sebab sudut bulan mengelilingi bumi adalah condong lebih kurang lima darjah kepada sudut bumi mengelilingi matahari.
@zuls, Bulan mengelilingi bumi sekali setiap bulan dan sepatutnya menyebabkan gerhana berlaku pada setiap bulan.
Kenapa tak jadi gerhana tiap bulan ?
Sebab sudut bulan mengelilingi bumi adalah condong lebih kurang lima darjah kepada sudut bumi mengelilingi matahari.
x smpt ngk p0n….
huhuhu.. tak sempat nak tengok pun … tgh kelam kabut dgn kerja lorr..
huhuhu
Terima Kasih Sebab berkongsi dengan Kami Semua Kak Jie.
Salam Insin : )
Incik RestNrilekS´s last blog ..Hidup Berani Untuk Gagal 3 : 2010
aii semua ,doakan kami semoga dapat upsr
Post terbaru pelajar sekolah .. Jom baca..3 Ways to Save! 3 Coupons!