Hadith Palsu : Makanan yang dilarang untuk pengantin perempuan

MAKLUMAN: INI ADALAH HADITH PALSU – dari email yang sedang disebarkan.

Terima kasih kepada seorang sahabat disini yang telah menanyakan Ustaz tentang kesahihan hadith tersebut. Jawapan Ustaz seperti berikut:

Hadis ini disebutkan oleh Ibnul Jauzi dalam kitab beliau kumpulan hadis maudhu (palsu); juga dihukumi sebagai hadis maudhu (palsu) oleh Asy-Syaukani dalam kitab Al-Fawaid Al-Majmuah dan juga oleh Al-Albani dalam Silsilah hadis lemah dan Palsu.

Kesimpulannnya hadis ini PALSU.

Hadis ini disebutkan dengan sanadnya dalam kitab “Al-Amali” atau “Al-Majlis” karya : Abu Ja’far Muhammad bin Ali bin Husain bin Babawaih (w. 381 H) dan dikubur di Ray di Iran. Beliau termasuk ulama Syiah.

Jadi, sesiapa yang ada menerima email yang mengandungi hadith palsu seperti di bawah, mohon hebahkan kepada rakan-rakan.

RASULULLAH S.A.W. ADAB UZ-ZIFAF Ahmad telah menceritakan :

“Telah menceritakan kepada kami oleh ‘Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dariMujahid daripada Al-Khudri yang berkata :”Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali binAbi Talib r.a di mana baginda telah bersabda : “Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya . Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah mengeluarkan tujuh puluh ( 70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu,! dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh (70) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan(gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalamrumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 )jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :

1. Susu 2. Cuka 3. Coriander (Ketumbar) 4. Apple Masam

Saidina Ali r.a bertanya : “Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?”

Baginda menjawab : “Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak.”
Saidina Ali r.a ! bertanya :”Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan).”

Baginda menjawab : “Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak  akan bersih selama-lamanya secara sempurna . Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkankepadanya kelahiran. Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya.”

©Kujie – Terimakasih Neeza kerana berkongsi maklumat ini

EDIT : Publish je entri ni, Carol dari Nuffnang telefon ingatkan tugasan belum submit…hahaha… Tak kan dia orang pantau apa saya buat kat blog kot…eishhh! biasalah orang Malaysia suka buat kerja last minute. Malam ni saya submitlah..

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. saat sekarang ini banyak beredar hadist-hadist palsu yang sudah sedemikian dipercaya hanya karena ketidaktahuan umat.
    Jom terjah post menarik dari hanari ..Hepatitis CMy Profile

  2. ye ke? Pernah dapat emel ni…mula2 memang percaya dan konpius bila org ckp makan cuka tu sebenarnye bagus dan sunnah nabi.

  3. minta share ok..
    Jom terjah post menarik dari PisangGorengKeGorengPisang ..30 PERKARA WANITA YANG TIDAK SEMPAT BAGITAHU LELAKIMy Profile

  4. saya baru je baca tentang artikel ni kt blog seseorang, pttla sy baca tentang yg larangan tu kemudian yg bhgn susu tdk dinyatakan sbnya, mknenye yg dilarang tu xbetullah tentang susu, cuka, ketumbar dan apple masam. (tuk mendapatkan zuriat)
    Jom terjah post menarik dari PisangGorengKeGorengPisang ..30 PERKARA WANITA YANG TIDAK SEMPAT BAGITAHU LELAKIMy Profile

  5. hadis lemah wak….dan mungkin palsu… baik jgn percaya!!!!

  6. Anonymous says:

    Oleh itu,Kite tidak harus terlalu taksub 100% kepada Hadith.baik sahih mahupun palsu.ini kerana Hadis ini adalah tulisan @ sumber drpd manusia.Al-Quran pula adalah bersumber dari Tuhan.sebab itulah Golongan sunah hanya menerima hadis dari riwayat sunah,manakala gOlongan syiah pula menerima hadis riwayat shiah.jadi mana satu yg benar.tak semua hadis sunah itu benar dan tak semua hadis syiah itu palsu.mana satu yg benar?HANYA KATA2 ALLAH SAJALAH YG BENAR.KATA2 RASULLULAH JUGA BENAR TAPI TELAH DI UBAH2 RIWAYATNYA.COMMENT INI BUKANNYA ANTI-HADIS,TAPI NAK WARNING BAHWA ORANG ISLAM MASA KINI TIDAK BERSATU KARENA KETAKSUBAN MAZHAB DAN HADIS PILIHAN MAZHAB DLM ISLAM MASING2.MARILAH UMAT ISLAM BERSATU DAN BERPEGANG KEPADA AJARAN AL-QURAN YG SBNRNYA.MOGA2 ALLAH MERAHMATI KITA SEMUA. 😛

  7. bahaya betul la… benda macam ni pun ada orang sanggup menipu…

    ni bukannya benda main2…

    shays last blog post..SELAMAT HARI IBU…..

  8. samanosuke_04 says:

    eish2, aku baca awal2 pun dah rasa pelik semacam.. huhu, bahaya gak kalo dapat propaganda2 dari emel nie.. hehe… especially kalo yang berkaitan ngan agama..

    samanosuke_04s last blog post..Aku, korang dan Twitter…

  9. Owh hadis palsu yer. itulah terkejut gak baca dulu. saya selamba je mkn 3 3 benda tu sblom kawin. huh akhir zaman. mcm2 timbul

    fazemys last blog post..Wallpaper Yang Menarik dan Mustajab

  10. Ada dapat juga emel ni haritu.. Thanks for sharing..

    samdaddycools last blog post..Beruk, Ayam dan Babi

  11. Kak Jie,

    saya ambil pendekatan berbeza sedikit dlm bab2 hadis palsu ni (yg kekadang sanadnya daif kerana satu2 perawinya org yg dikategori sebagai itu dan ini).

    Sebab kena hati2; ada sesetengah Ulama’ terdahulu yg saja2 menolak sesetengah hadis (atas sebab2 yg gagal saya faham) dan mengklasifikasikan sebahagian hadis sebagai daif maupun maudhu’. Sebagai contoh, satu nama yg kak Jie nyatakan di atas yg mentakrifkan hadis tersebut sebagai hadis maudhu’ tidak diketahui pun siapa guru hadisnya. Walaubagaimanapun saya tidaklah kata hadis yg di atas sebagai tidak maudhu’ kerana siapalah saya nak sahkan itu ini.

    Namun, satu nama yg kak Jie nyatakan di atas yg mengklasifikasikan hadis palsu dan maudhu’ juga pernah menyatakan Imam As Syafi’i menggunakan hadis yg dia klasifikasi sebagai daif atau palsu utk membuat satu hukum Fiqh. Tak terfikir dek akal saya yg Imam As Syafi’i akan merujuk kpd satu hadis daif/palsu utk buat satu hukum….. Waallahualam.

    Aykays last blog post..Husnul Khotimah – sebaik-baik penutup

    • mengarutlah……. semua ulama muktabar ahli sunnah al jammah tidak akan sesekali menggunakan hadis palsu untuk membuat fatwa….

  12. eeee..mcm tu pun ada? berbagai cara dia org niih nak menyesatkan umat Muhammad.
    Alhamdulillah, saya tak de pulak terima emel sebegini..ayatnya sungguh menghina org pompuan, sedangkan Rasulullah SAW amat menghormati kaum wanita.

    sallys last blog post..Friend

  13. eiei sengal alam betoi la!
    sape la yang sanggup hebahkan hadis palsu ni!!
    tak takut dosa keee!!!!!!!! 😈 😈

    yonnas last blog post..suatu rasa..

  14. maklumat yg berguna…tq

    semoga kita tak terpedaya dengan perkara2 sesat ni…

    Lan Bingkas last blog post..Award Mei 2009

  15. sekarang ni banyak sangat hadis2 dhaif, maudhu dan aliran syiah yg direka2 then femes digunakan oleh rakyat Malaysia. kelebihan2 solat terawih, anak zina 7 keturunan akan berzina, belajar sampai negara china, dll.

    kadang2 orang suka sebut2 hadis tapi tak reti nak lengkapkan rantaian sanad. apapun tenkiu ngn info yg berguna ni. hehe. sy pn xtau bnd ni

    ubeys last blog post..Siri Lepas Geram 1: Sahabat?

    • @ubey, email ni ramai yang dapat….harap2 ada yang tahu lepas ni

      jadi sebarkanlah……………

  16. Kak Jie, kata husband Neeza (dia dengar dari mana neeza tak pasti), ada lebih 30,000 hadith palsu yang disebarkan..
    ramai orang sesuka hati sebarkan hadith untuk kepentingan diri agaknya..

    terkejut kejap tengok entry ni.. hehe.. ;). Elok gak Kak Jie letak sini, biar lebih ramai yang tahu… 🙂

    Neezas last blog post..When the moon is sleepy

    • @Neeza, kak jie pun pernah baca neeza…katanya banyak hadith palsu atau hadith lemah disebarkan..kak jie pun pernah terkena..pernah post ..hadith mengenai mohon maaf sebelum berpuasa tu…

      Kak jie hanya memanjangkan apa yg neeza buat….

  17. Maknanya ini penyebaran hadith yang memang telah dikaji dan diiktiraf palsu lah ya? Org yg sebarkan tak tahu agaknya. Saya selalunya tak suka sebar apa2 pun terima dlm email. 😐

    kruel74s last blog post..Agriculture is business (but it is not for me)

  18. aik,nadine blum pernah bace lagi hadis palsu ni..thanx kak jie tolong bg info..mm,payah juga kalau epal n susu takleh makan yek..?bukan banyak ke khasiatnyer tu.. 😀

    nadinezuharras last blog post..:: Jiwa dalam Lagu 1

    • @nadinezuharra, ramai yg dapat email ni….

      Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak.”

      cuba tgok ayat ni….tak pelik ke? 😥

  19. akak buat keje ape ek ngn nuffnang…
    online job ek??
    kirenye akak dibayar gaji la nih??
    nk gak tau…

    • @chekguBH, paid post..tatau lepas ke tidak
      cuma submit kt nuffnang…nng pengiklan dia suka ke tidak
      pestaim ni…

      bkn gajilah..dia panggil payout :mrgreen:

  20. lambat bukan makna last minute…tp nak make sure hasil kerja terbaik..btol tak kak jie? ekkekekkekke 😈

    Mindaku Di Sinis last blog post..Respons : Kisah di sebalik dua bukit, satu batang

    • @Mindaku Di Sini, kehkehkeh…org meroyan mcm anak sulong je dia tatau…tgok hari ni..entri 3
      tu mcm serba tak kena je…
      lega dah………..dah submit dua-dua

      leh tido lena :mrgreen:

  21. Hadith palsu ni memang sengaja nak buat orang keliru.

    Siapalah punya angkara ni, ek ? Memang tujuan untuk menyesatkan ke ? Ish…tak paham betul….

    Ties last blog post..Letih

  22. alang says:

    :mrgreen: hii..gud info.. feel free just visit my blog ya at alahaiii.blogspot.com

    alangs last blog post..

  23. ibuaiman says:

    yg lebih sedihnya adalah apabila wanita sendiri yang memandang hina wanita lain

    • @ibuaiman, wanita kalau cantik dicemburui wanita lain, disebar fitnah…kalau tak cantik dikeji oleh wanita juga 😐

      • @ibuaiman, wanita kalau cantik dicemburui wanita lain, disebar fitnah…kalau tak cantik dikeji oleh wanita juga

        Balas

        rite.. saya sokong statement tu.

  24. Jahatnya manusia yang berani mempermainkan Rasulullah. Moga ALLAH turunkan pengajaran kepadanya. Biar dia tahu. Eee… seram aku bila baca benda-benda macam ni.

    ODs last blog post..What Opah Did Last Summer… Ceh… Last 3 Days Laa…

    • @OD, macam tak percaya bila baca ayat ni

      Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak.

      😐

      • alang says:

        @Kujie,

        er kalau xsilap, itu pun bukan ker ala-ala sabda rasulullah. ada rcvd dr internet tp xpasti kesahihannya.. sedih dengar ayat tuh tau..

        tp kan semua tuh qada’ dan qadar Allah kan. kiter sebgai manusia hnya mampu berusaha..

        alangs last blog post..

  25. pernah baca ni..

    terima kasih mama.

  26. ibuaiman says:

    salam kak jie,
    ari sabtu ni ada ceramah motivasi utk pelajar f5. penceramah ni memang terkenal dan diyakini, tanyalah along pas ceramah nanti.

    • @ibuaiman, terimakasih cikgu…. saya tunggu dia telefon
      selalunya dia bagitahu semua aktiviti kat sekolah