Hangatnya udang geragau di bawah langit biru

Apa isu yang hangat dan sensasi selain cerita politik? Cerita artis tuntut harta pencarian 5 banglo dan 5 kereta atau kisah selebriti sukan  tuntut rm 50K selepas 12 hari hidup ‘bersama’ ?   Canggih sungguhlah orang sekarang berfikir mengatur hidup.  Saya baca saja bukan ada sangkut paut dengan kehidupan saya pun.

13hb July dulu, saya berkunjung ke blog otai Geng Jurnal , Bluehikari . Saya hanya pembaca sengap yang membeli dan membaca hasil karya mereka “Masuk Barisan” iaitu blook yang menghimpunkan entri-entri terpilih lebih daripada 20 penulis blog tempatan.  Tahun 2006 kot kalau tak salah.

* Blook – A blook can refer to either an object manufactured to imitate a bound book, an online book published via a blog, or a printed book that contains or is based on content from a blog – Wikipedia

Selama ini saya hanya membaca, tak pernah komen tetapi entri beliau yang sensasi dan terhangat  itu  bersangkut paut dengan ‘workstation’ saya sebagai seorang ‘tukang senduk belanga’ untuk keluarga tersayang menyebabkan saya ingin berkongsi apa yang saya temui ini bersama kawan-kawan .   Kawan-kawan saya juga ramai  yang berstatus Domestic Engineer aka suri-suri rumah tak kiranya fulltime atau pun partime.

Untuk mengetahui paparan ekslusif , klik [sini] .  Saya pilih satu gambar saja.

kredit gambar : bluehikari

kredit gambar : bluehikari

Rupanya kisah udang geragau tidak hanya hangat dibawah terik matahari tetapi terus hangat di kotak email dan mungkin terlupa untuk dipatenkan , udang geragau itu juga telah diklon. Klik [sini] untuk melihat bagaimana rupa pengklon udang geragau tersebut.

©Kujie ~ nasib saya alah dengan udang…kalau tidak muntah hijau biru kuning kelabu…..:lol:

p/s – saya tulis entri ini kerana saya dapat email selepas saya membaca entri sebenar di blog yang sebenar, penulis sebenar iaitu Rudy  Bluehikari.

Pengarah filem dan iklan terkenal terutamanya iklan-iklan komersial Petronas, Yasmin Ahmad telah dikejarkan ke Pusat Perubatan Pakar Damansara kira-kira jam 4.30 petang tadi dan kini berada di dalam keadaan koma dalam Unit Intensif (ICU) Berita Mstar

Kepada Allah sahaja kita berserah, semoga diizinkan Allah akan sembuhnya…amin…

Berita Terbaru Yasmin Ahmad : Al-Fatihah – Yasmin Ahmad Meninggal Dunia pada jam 11.25 malam tadi ( 25/7/2009) .

©Kujie – Doakan beliau berada didalam lingkungan orang-orang yang beriman. Semoga roh beliau dicucuri rahmat Yang Maha Esa dan semoga pemergian beliau meninggalkan hikmat bagi kita insan-insan yang masih hidup- al-fatihah

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. perghhhhh… gatal tekak tengok aksi mendebarkan udang geragau tuuu….
    .-= samdaddycool´s last blog ..Etika Emas dibekukan BNM =-.

  2. masih ramai lagi pengusaha makanan yang tak ambil endah pasal kebersihan makanan…
    .-= kisahsensasi´s last blog ..Temu janji pantas =-.

  3. udang geragau yang neeza makan ialah yang MIL neeza buat sendiri.. selain tu neeza tak makan.. udang kering camana lah pulak prosesnya kan Kak Jie… :mrgreen:
    .-= Neeza´s last blog ..Great feast to remember =-.

  4. lazatnya…wekk
    .-= Lan Bingka´s last blog ..Bukan sebab Bio Aura =-.

  5. Dalam Twitter hari ini terjadi sejarah. Nama Yasmin Ahmad jadi Trending Topic, maknanya the topmost news. Sehingga ada org luar tanya, sapa Yasmin Ahmad. Apa lagi, memang sesuai lah tadi ada yang perkenalkan film, blog dan iklan dia
    .-= kruel74´s last blog ..I missed my blog anniversary but… =-.

    • @kruel74, nak cakap bagus..mcm tak kena le pula….tapi setiap yang terjadi ada hikmahnya…

      moga Yasmin dilindungi Allah

  6. udang kering?? owh tidak… kembang tekak ku.

    harap kak jie cepat sembuh! ur strong enuf kak! 🙂
    .-= Zana´s last blog ..Mainan =-.

  7. kalau ikan bilis pulak proses dia macam mana ya hehe
    .-= zino´s last blog ..salam Jumaat… =-.

  8. pergh. loya tekak nih! lepas ni kena buat sendiri la br berani makan. tp nk tanam kat mana nk jemur kat mana dok rumah flat 😆
    .-= zaryl´s last blog ..Melayu Yang Lengai =-.

  9. apasal tak boleh klik. dia tulis Forbidden… atau Forbudin…

  10. Ini bukan kat Melaka kan..
    Nanti tak selera nak makan cencalok..
    .-= zool´s last blog ..Pusat Bowling terbesar di Asia Tenggara =-.

  11. erkk..gelinya tengok semua gambar2 tu kak jie..kalau masak sendiri memang tak letak udang geragau ni..tapi kalau beli makanan kat kedai, for sure diorang letak punya..huhu..
    .-= Bb Hussain´s last blog ..Kazakh’s Cuisine-Beshparmak =-.

  12. Salam Kujie,

    Saya pernah ‘puasa’ bertahun-tahun lamanya bila pertama kali terlihat bagaimana cara belacan diproses secara tradisional dulu (di Sabah). Tapi tak adalah seteruk dengan apa yang tertera di foto-foto tu … ayoyo
    .-= pok-kam´s last blog ..Saudi Arabia Haj Prohibition =-.

  13. Bila tengok paparan tu, memang mengerikan dan amat menjijikkan.
    Semoga tindakan segera oleh pihak berwajib, tapi bukan tempat itu sahaja, malahan semua tempat yang sewaktu dengannya.
    .-= Kak Long´s last blog ..Deria rasa =-.

    • @Kak Long, mengikut catatan Rudy, atas beberapa tindakan sedang di ambil…itu hanya pendedahan kecil…ngerikan..

      saya ni tak berani nak makan yang bukan2…asas2 je…ikan sayur…ayam pun berkira sgt..sebulan seekor je…kadang2 tu

      • @Kujie,
        harap-harap janganlah tindakan hanya semasa isu tu dihebohkan saja. Lepas tu senyap balik.
        Ntahlah…susah juga nak tentukan mana yang selamat dimakan sekarang ni ya! Kita cubalah saja mana yang termampu.
        .-= Kak Long´s last blog ..Episod terakhir =-.

  14. Mencari makanan halal yang halal. Susah kan sekarang ni…
    .-= TokNabe´s last blog ..Malang Tidak Berbau. =-.

    • @TokNabe, sepatutnya dinegara Islam, makanan kita perlukan tanda “TIDAK HALAL” bukan perlukan tanda “HALAL”

  15. erm…
    no komen je laa…

    pasal yasmin ahmad tu, terkejut jgak dgr brita tadi…
    doakan yg terbaik je…
    .-= chekguBH´s last blog ..Buraq & Ketika Israk… =-.

    • @chekguBH, no komen pasal apa..?
      kes udang geragau?

      Kes ini telah dipanjangkan ke Jabatan Agama Islam Perak. Kemudian, seorang wartawan akhbar tempatan juga meminta maklumat yang sama. Mereka akan membuat follow up mengenai pendedahan tersebut…itu maklumat terkini.

  16. Salam hormat wahai kujie.

    Akhirnya … apa lagi yang boleh dimakan ?

    • @Abang Long, makan hati…. :mrgreen:

      erk..tapi, saya tak de la pula cakap jangan makan…saya suruh p tgok gambar je kt blog tu… 😆

  17. hmm jawabnya special ingredient with salted perspire together of a few of hairs!

    tu yg bagi umphhh tu.. extra flavor lah katakan.. hehehhee
    .-= maza´s last blog ..Terperangkap Di Dalam Lift =-.

  18. rudy bluehikari says:

    terima kasih kerana meletakkan kredit laman asal dari mana entri ini. moga pendedahan ini akan lebih disebarkan.

    rudy bluehikari
    bluehikari.com/nikki

    • @rudy bluehikari, Kak Jie tulis entri ni kerana minggu lepas baca di blog tiba-tiba pagi ini dapat email yang mengelirukan….jadi rasa bertanggungjawap untuk menghebahkan perkara yang benar.

  19. huhu.. beli yang baru naik laut buat sendiri la…

    ~~tak pernah makan lagi udang macam ni..
    .-= beliamuda´s last blog ..Bank Negara Malaysia Siasat Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd =-.

  20. Dulu, mendiang nenek saya juga menjual belacan. Oleh it, kena keringkan geragau yang ditangkap oleh pakcik-pakcik saya dulu! 😀