Ingat yang tersayang, pakailah tali pinggang keledar

Mulai bulan depan ( Jun 2008 ) penumpang belakang wajib memakai tali pinggang keledar. Anak² saya memang menggunakan tali pinggang keledar sejak dulu lagi. Saya tiada masalah untuk mengajar / melatih mereka menggunakannya.

Fakta yang kena ingat :

Penumpang belakang engkar pakai tali pinggang disaman mulai September

Memakai tali pinggang keledar di bahagian belakang kenderaan tertakluk kepada kenderaan keluaran selepas 1 Jan 1995, Kalau tak ada, kena pasang dalam tempoh 3 tahun.

Bagi yang sebelum 1 Jan 1995 serta kenderaan Perodua Kancil dan Kenari keluaran pertengahan 1998 hingga pertengahan 2004 yang dikecualikan daripada peraturan itu, mereka juga digalakkan untuk memasang tali pinggang keledar tersebut atas sebab² keselamatan.

Bagi penumpang keempat( dibelakang ), tindakan tidak akan diambil terhadap penumpang tersebut memandangkan hanya terdapat tiga set tali pinggang keledar di bahagian tempat duduk belakang.

Kereta saya 6 tempat duduk dan hanya ada 4 tali pinggang keledar. Baris akhir sekali kena pasang juga ke?

Ingat yang tersayang… pakailah tali pinggang keledar!

EDIT 20/12/08 : sumber Berita Harian m/s 23

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Datuk Suret Singh :

Hanya kenderaan persendirian yang didaftarkan selepas 1 Januari 1995 yang dilengkapi tali pinggang keledar tempat duduk belakang tetapi tidak menggunakannya akan di saman mulai 1 Januari 2009. Kenderaan yang didaftarkan dalam tempuh tersebut yang tidak mempunyai tali pinggang keledar tempat duduk belakang tidak akan di saman tetapi diberi tempuh 3 tahun untuk memasangnya.

Kenderaan yang didaftarkan sebelum 1 Januari 1995 dikecualikan memasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang tetapi digalakkan memasangnya untuk tujuan keselamatan

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. mz -mcm biasalah pakcik…undang² cukup…perlaksanaanya tu yg susah

    chii – hahaha..chii…ala..anak ramai, lebih dr 3 , tak kan nk tinggal yg lain tu kat rumah..:p

  2. erk..seyes ke kak? cam len mcm je

  3. as what they say, talipinggang kledar kat depan pun tak ter-enforce inikan pula kat blakang …
    *tp memang utk kebaikan dan keselamatan. sesama la kita pakai talipinggang kledar*

  4. muadz – tali pinggang kulit leh guna tak..hiks!

    mmg budak² yg masalah tu..tak dok diam…

    pB – mak borek anak rintik ke..hehehehe

    toknabe – semua org ada anak akan mengalami dilema mcm ni…budak2 tu nk dok diam 10 minit pun susah…

    kita dok jerit toleh2 belakang pula yg bahaya…

    dulu2 sy blk kedah, alas kat bawah dlm kereta belkang tu dgn toto…biar sama level dgn kerusi belakang..dia org tido …selesa…

    arin bile dia rimas..dia nangis..kita gak yg kena pegang , kan?

    chii – kalo lebih dr 3, yg lebih tu tak kena saman..so..moral of the story..bawa lebih pemumpang kt belakang..hahahaha

  5. cam pyah ar plak..kalo dak2 kecik dok blkg..leh sumbat sampai 4 org camne..agagag

  6. haah..kalau little hanum la nih..kejap je dok dlm baby seat..pastuh mula le dia merimas..aduihhhh…byk le saman saya nnt??

  7. TokNabe says:

    Bab tali pinggang keledar utk pass belakang ni… memang bagus. Bagus sangat tapi…. ada juga tapinya ni.

    Tak nak cerita orang lainlah…cerita anak2 sendiri. Cam nerlah nak pakaikan dia orang tali pinggang keledar tu. Yang sorang tu kerjanya dok belakang, kemudian gi tengah kemudian nak duduk kat pangku mak dia. Ish..ish, ni yang susah hati ni… ntah berapa agaknya saman yang saya kena jika drive dari johor balik ke kelantan dan balik lagi ke johor.

    Pah tu perjalanannya dah ler jauh… depa nak baring, nak tidor. Hehe cam ner gamaknya tu dengan tali pinggang keledar tu. Untuk orang dewasa memang sesuai tapi untuk budak2 kecik ni..ntah ler bukannya dia orang tahu bahasa.

  8. masalah tul tu …

    pB yang dok depan ni pun jarang jarang pakai …

    inikan nak suruh yang belakang ….

    hu hu huuuu

  9. muadzlife says:

    hehehe row belakang tu akkjie kene ‘cipta’ le tali pinggang..tak kisahlah blackbelt atau blackbelt kaler biruu..

    saya suka pd penguatkuasaan ini..meningkatkat lagi minda rakyat mesia..:)

    p/s: kalo nk kira hubby saya nak letak baby seat utk sumer anak dia yg 5 tahun ke bawah..

Trackbacks

  1. […] 23 Jul Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) akan memasang tali pinggang keledar bagi penumpang belakang secara percuma kepada 431,262 kereta miliknya bermula tahun depan. Pemansangan ini membabitkan model Kancil, Kenari, Kelisa, Kembara dan Rusa dan hanya boleh dilakukan di cawangan pusat servis Perodua di seluruh negara. Pemakaian tali pinggang belakang diwajibkan mulai Jun 2008, dengan tempoh advokasi selama enam bulan dan penguatkuasaan undang-undang bermula Januari 2009. Kenderaan yang tidak mempunyai tali pinggang keledar belakang bagaimanapun diberikan pengecualian selama tiga tahun sebagai tempoh untuk memasang alat keselamatan tersebut.Berita penuh > Bernama Online Post lain > Ingat yang tersayang, pakailah tali pinggang keledar […]