Semua orang yang peka dengan isu semasa bercakap tentang Bajet 2009 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Jumaat semalam.

Carian saya di Dewan Bahasa dan Pustaka mengenai perkataan ini :

Bajet - Rekod tidak dijumpai

Belanjawan - Jumlah Rekod 3 :

  • peruntukan wang, anggaran belanja, dana
  • belanjawan anggaran pendapatan dan perbelanjaan utk sesuatu jangka waktu (terutama yg dibuat oleh pemerintah).
  • perhitungan banyaknya wang yg akan diterima (sbg pendapatan) dan dibelanjakan, butiran ringkas anggaran pendapatan, dan perbelanjaan: menteri kewangan bertanggungjawab menyediakan ~ negara setiap tahun;

Nota Kaki : Seperti ketam mengajar anak berjalan betul!

Ada beberapa perkara yang dapat diringkaskan mengenai Bajer2009/Belanjawan 2009 ini:

  • pengurangan bayaran tol 50% bagi semua bas kecuali di pintu masuk sempadan dan pengecualian cukai jualan ke atas pembelian bas baru yang dipasang dalam negara - tetapi kerajaan sedang menimbangkan kenaikan 30 % tambang bas.
  • Bil elektrik RM20 dan ke bawah sebulan dikecualikan bayaran berkuat kuasa 1 Oktober 2008 sehingga akhir 2009- Dulu masa Kerajaan Selangor memberi rebet air percuma 20 meter padu, BN mencanangkan itu adalah rasuah.
  • Bonus kakitangan awam sebulan gaji dengan minimum RM1,000 - dibayar dua kali pada September dan Disember ini- Alasan setiap tahun untuk perbelanjaan raya dan persekolahan anak.  Kami yang bukan kakitangan kerajaan tidak  beraya dan tidak ada anak yang bersekolah.
  • Laluan LRT baru Kota Damansara ke Cheras
  • Perkhidmatan komuter KTM dipertingkatkan - kekerapan / ketepatan jadual perjalanan dan penambahan koc.
  • Duti eksais ROKOK naik lagi - Dr Azwan ada cadangan menarik untuk anda perokok atau bukan perokok. Nasihat percuma bukan dari sisi seorang pengamal perubatan. Beliau mencadangkan jangan hisap rokok tetapi simpan rokok sebagai barang komoditi. Lepas 5 tahun, harga rokok tersebut mungkin naik RM 10.00 atau RM 12.00 sekotak, baru kita jual.

Menurut bekas timbalan gabenor Bank Negara Tan Sri Lin See Yan inflasi belum berakhir lagi dan kini hampir kepada 9%. Dalam tempoh 27 tahun , inflasi negara melonjak paling tinggi bulan lepas iaitu 8.5 peratus selepas kerajaan menaikkan harga bahan api.

Sehingga pagi ini, saya masih belum nampak angka², fakta² berjuta yang diucapkan lancar keluar dari mulut PM kita betul² dapat merubah kehidupan saya menjadi lebih baik seperti yang didakwa.  Kesan langsung yang saya terima mungkin datangnya dari rebat elektrik RM 20 itu.  Belanjawan lain bertebaran dari satu tangan ke satu tangan yang entah bila akan sampai kepada saya.  Mungkin  tidak dapat saya gapai , hilang lupus seperti air menjadi wap!

Elektrik - naik 1hb Julai 2008 - dapat rebat 1hb Oktober 2008
Petrol - naik 5hb Jun 2008 , turun 15 sen 22hb ogos 2008