Jangan Cerita Semua

Jangan cerita apa yang kita tak tahu, lebih² lagi jangan cerita SEMUA yang kita tahu.

Angkasa Nafi Kejadian Bulan Kelilingi Kaabah

Agensi Angkasa Negara (Angkasa) menafikan dakwaan blog dan  Facebook yang mengatakan kejadian pelik bulan mengelilingi Kaabah dan langit bertukar menjadi biru terang akan berlaku di Mekah pada Jumaat lepas.

Tiada yang istimewa atau ganjil dari segi pergerakan, jarak, keterangan dan fasa bulan pada malam tersebut. Dakwaan bekas Ketua Pengarah Angkasa Prof Datuk Dr Mazlan Othman yang menyebarkan info itu juga tidak benar

Berita penuh : Bernama Online

Saya baca juga beberapa blog dan Facebook yang menyebarkan maklumat kononnya pada jam 3.25 pagi di Mekah,  bulan akan mengelilingi Kaabah dan langit akan bertukar menjadi biru terang dan ini hanya berlaku 10 juta tahun sekali.

Nampak nama Mekah je..semua orang teruja nak sebarkan untuk dapat pahala berlipat kali ganda.

Makin parah, walau pun dah ada penafian, benda² ini masih tersebar di Twitter dengan pertolongan TRIBERR. Pagi Ahad ini pun masih ada orang RT.

*Photograph by Norbert Rosing, National Geographic Image Collection

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

36 thoughts on “Jangan Cerita Semua”

  1. Saya tak tahu pun pasal ni. Baru kembali ke alam maya ni dalam beberapa hari ni jer. Rehat panjang sebelumnya. Namun saya rasai pagi Ahad lalu memang ada perbezaan. Indah!! Tak terucap juga. Hari yang tenang dan sangat sederhana.

    Apakah berita itu benar atau tidak, tidaklah menjadi hal. Kalau bulan tu nak tawaf apa salahnya. Dia teringin kot dan jika Allah izinkan apa kita perlu hairan. Namun andai manusia itu tahu dan sembunyikan kebenaran, itu juga bahaya. Kekuasaan Allah itu walau tidak kita nampak, masih dapat dirasai dan dapat kita fikirkan…

  2. setuju…bukan setakat benda2 ni…saye lebih suka semua benda yg kita nak kongsi, periksa dulu ‘lesennya’…jgn main tulis semata2 nak kejar traffik 😀

  3. Angkasa buat penafian nih sebab geng2 facebook nih guna nama Prof Mazlan….

    bahaya nih…sebar berita palsu…pastu guna nama orang lain…kes naya nih

  4. maklum lah kak, masing-masing nak jadi wartawan sambilan. nak pastikan sesuatu berita tu, dia yang tahu dulu.

    apatah lagi kalau mereka terdiri dari blogger kan? sepatutnya mereka kenalah pastikan dulu kesahihannya.

    si triber tu dengan orang guna, sama taraf kot!? haha.
    Jom terjah post menarik dari megat ..Tentang HatiMy Profile

  5. Aduhai, napelah orang kita mudah jer percaya. Kalau kata mudah kena tipu, marah pula. Tapi itulah orang kita, senang jer percaya pastu sebarkan pulak tu, tanpa selidik kesahihannya.
    Jom terjah post menarik dari amirulfaiz ..Duit, harta, dan kehidupanMy Profile

  6. kalaulah Angkasa mengiyakan fenomena ni, mesti smo beranggapan malam terjadinya fenomena tu adalah malam LailatulQadar. bila jd cmtu, smo pakat berebut2 nk beribadah lebih malam tu. pastu malam berikutnya mesti dah kurang dah nak beribadah lebih. maklumlah, smo merasakan dah dpt pahala seribu bulan. silap2 maksiat pon lg byk dibuat lps tu…
    Jom terjah post menarik dari ekspresiruang ..IKEA vs AppleMy Profile

  7. saya ikut angkasa negara punya FB, kalau betul mesti dah lama diorang update.. berita dari sumber yg tak pasti tu jangan la senang2 kita percaya..
    Jom terjah post menarik dari Lan Bingka ..Aaa..semputMy Profile

  8. Baru semalam dengar ceramah Ustaz Kazim dalam Youtube. Katanya, kalau kita tak saksikan atau yang dapat kita sahkan, jangan kita sesuka hati sebarkan.

  9. Macam-macam fenomena ganjil tentu menarik perhatian begitu tajuk entri yang catchy mampu menarik untuk klik tapi isi belum tentu lagi 🙂

  10. yup sokong 🙂
    kesahihannya masih samar2.lebih baik diamkan je…
    merah tulisan triberr tu yek kak jie.hehe…
    Jom terjah post menarik dari Pacifista – X ..Bonus PacifistaMy Profile

Comments are closed.