Jimat RM 3, Tukar Jenis Bil Celcom

Saya adalah pengguna Celcom sejak berkurun , tak pernah tukar lain sebab keperluan yang sering bergerak ke utara, selatan , timur dan barat. Lagi satu sebab kerana kawasan tempat tinggal saya di Hulu Selangor ini hanya boleh diakses melalui Celcom. Bagi saya semua syarikat telekomunikasi sama – ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kita sebagai pengguna kena pilih satu yang menepati kegunaan kita. Mungkin tidak dapat dipenuhi sepenuhnya tetapi buat pilihan mana yang ada kelebihan mengikut keperluan sendiri.

Syarikat A baik untuk Encik A sebab keperluan dia begini begitu… Syarikat B mungkin baik untuk Encik B kerana memenuhi keperluan dia yang macam tu macam ni… Kalau Encik C cakap syarikat C bagus, belum tentu bagus bagi kita kerana kedudukan liputan yang berbeza atau kegunaan yang tak sama.

Mukadimah macam promoter syarikat komunikasi jee….. hiks!

Sebenarnya saya cuma nak menulis atas keperluan peringatan. Peringatan keatas diri sendiri… rujukan masa akan datang.

Saya baru saja membuat perubahan jenis bil yang akan diterima. Selama ini saya menerima bil terperinci secara bercetak yang dihantar ke alamat rumah. Perkhidmatan ini dikenakan cas sebanyak RM 3.00 . Dah lama bercadang nak tukar tanpa menggunakan bil tetapi selalu terlupa.

Pagi ini saya login ke akaun Celcom dan cuba membuat pertukaran jenis bil. Saya mahu bil ringkasan secara online tanpa perlu dicetak dan dihantar ke rumah. Dapatlah berjimat RM 3.00. Kalau setahun RM 3.00 x 12 bulan = RM 36.00. Saya tak perlu bayar sesuatu yang bukan keperluan. Bil telefon saya bukan rumit dan beratus-ratus ringgit yang perlukan perincian untuk semakan. Bil saya di bawah RM 100 termasuk data plan internet.

akaun celcom oline

Bill Celcom Online

Sistem Celcom pelik sikit. Pada interface akaun ada tercatit bayaran yang perlu dibayar walau pun bayaran tersebut telah dijelaskan. Kalau kita semak Payment History, status bayaran tersebut telah ‘success‘  Tak perlu terkejut… memang dalam satu sistem, ada dua perkara berbeza.

change bill type celcom

Bill Bercetak Berharga RM 3

Login akaun Celcom, pergi ke My Account -> Change Bill Type -> Change

Cubaan saya menukar jenis bil tidak berjaya.  Ada error warna merah.   Saya telefon Celcom Careline 1111 dan mereka yang tukarkan.

Dari bacaan pengalaman orang lain di internet, saya tahu ramai yang mengalami masalah bayaran RM 3 tetap dikenakan walaupun mereka telah menukar perkhidmatan bil tanpa cetak dan bil tidak pernah dihantar ke rumah.  Jadi entri ini adalah sebagai peringatan supaya saya  menyemak bil  bulan akan datang.

Kadang² benda kecil macam ni terlepas pandang…

 

Tolong Ingatkan Aku bak kata Ana Rafalli.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. nasib baik pakai celcom

  2. Semoga permasalahan ini bisa lekas teratasi agar tidak membuat pengguna Celcom jadi kesulitan..
    Jom terjah post menarik dari Jefry ..Tips Memilih Wastafel Yang TepatMy Profile

  3. Menarik ni, walau apa pun celcom memang terbaik
    Jom terjah post menarik dari Linda ..iPhone 5 White & Black Slate Vs iPhone 4 Black & White Full Comparison Video By @JspekzMy Profile

  4. still setia dengan digi…
    Jom terjah post menarik dari donnyien ..Artis undangan?My Profile

  5. saya pun pakai bill online jugak skrg ni.. sekali je bill celcom hantar sampai rumah masa bulan pertama bertukar ke postpaid.. tengok dalam akaun rupanya diorang caj RM3 utk kertas bil.. terus tukar.. RM3 bleh buat beli benda lain..
    Jom terjah post menarik dari Anarm ..Selamat Pengantin Baru Bro Framestone, Geng WeChatMy Profile

  6. sayang juga RM3 tu kan, kalau setahun dah makin byk
    Jom terjah post menarik dari beckhr00y ..Permohonan Innity DiterimaMy Profile

  7. Masih pakai Topup. Hehehe.
    Jom terjah post menarik dari TakSerius ..Berita Hangat – Bapa Sedut Hingus Anak!My Profile

  8. masih lagi pengguna setia celcom prabayar sejak 10 tahun lepas..memang tak pernah guna melebihi RM30 setiap bulan..jimat berabis sampaikan kadang kadang bila baki prabayar tu dibawak ke depan pernah jadi sampai beratus..
    Jom terjah post menarik dari pipoq ..iPod ShuffleMy Profile

  9. yela celcom punya charge bil…. boleh beli cendol….
    Jom terjah post menarik dari hairulafiz ..Blog aku dapat PR1My Profile

  10. Diaorang punyer system lambat update tak macam yes selepas bayar jer dalam masa 10 minit terus update kat akaun.
    Jom terjah post menarik dari hatiputera ..3 Blog Pilihan TerbaikMy Profile

  11. ila pun kadangkala mcm akak. nak ingat sesuatu tulis dalm blog. then gali balik dalam blog nak caril detail hihi.. slmt hujung minggu kaka

  12. masih pakai cara topup2
    Jom terjah post menarik dari puanbee ..11 Tips : Lakukan Bersama-Sama Ketika Cuti Sekolah Hujung TahunMy Profile

  13. Nasib baik masa saya daftar Maxis, dia tanya siap-siap nak hantar bill ke rumah atau email sahaja. Saya pilih email, dapat jimat di situ. 🙂
    Jom terjah post menarik dari Vivie ..Anugerah Skrin 2012My Profile

  14. Saya pun batalkan juga bill kertas untuk perkhidmatan telefon saya bersama DiGi, cuma tak ingat jimat berapa RM, tapi sama macam kak jie, saya tidak ada bill yang rumit atau banyak yang sampai perlukan saya untuk teliti senarai bill melalui kertas.

    Selain jimat duit, boleh jimatkan penggunaan kertas juga, bill digital pun okay jer untuk tengok penggunaan kita.
    Jom terjah post menarik dari Eizil ..Anda tanya Eizil jawab #siri 1My Profile

  15. PM baru jer bertukar ke Celcom since kawasan rumah baru Digi out terus…setakat nih agak berpuas hati juga la dengan Celcom…:)
    Jom terjah post menarik dari papa mifz ..Seakan Suka DihimpitMy Profile

  16. Bagus lah ada macam ni. Ingatkan dah lama ada.
    Kat sini pun ada option camni, dapat jimat dlm $2 (lebih kurang RM6)
    Jom terjah post menarik dari Affan Ruslan ..Produk dan Perkhidmatan Percuma dan Berbayar Yang Diinginkan Daripada Eizil NetworkMy Profile

  17. Apa yang ditulis kak Jie betul. Setiap pembekal telekomunikasi mempunyai kelebihan dan kekurangan antara sebab saya pilih liputan bukan pada jenama.

    Kalau online billing menjimatkan kos caj cetakkan bil dan pada sama mengurangkan kesan global warming. 🙂
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Melayan SimSimi yang minat Aaron Aziz Adam dan HawaMy Profile

  18. Dah lama tukar sejak Celcom memperkenalkan bil secara online. Tu la.. jimat RM3 .. =)
    Jom terjah post menarik dari anastasyea ..Premium Beautiful Long Bra Ajaib vs Bra BiasaMy Profile

  19. maxis punya bill bercetak rm5! memang sejak tukar ke postpaid 5 tahun lepas tak ambil printed bills ni.. wat semak je.. itu pun still korek2 lagi kot2 mana2 cas lagi yang boleh dikurangkan.. hihi
    Jom terjah post menarik dari mrs azmi ..‘3+1 Kawan Setia’ Musical ShowMy Profile

Trackbacks

  1. […] 3, Tukar Jenis Bil CelcomLogin akaun Celcom, pergi ke My Account -> Change Bill Type -> ChangeLogin akaun Celcom, pergi ke My Account -> Change Bill Type -> ChangeLogin akaun Celcom, pergi ke My Account -> Change Bill Type -> […]