Kangaroo vs Snailmyx

Syarikat-syarikat Australia yang berhasrat untuk melabur di Malaysia bimbang dengan tahap kelajuan Internet yang tidak memuaskan di negara ini, kata timbalan pengerusi Majlis Perniagaan Malaysia- Australia, Michael Halpin.

Capaian Internet yang laju adalah penting bagi syarikat-syarikat Australia yang mempunyai dokumen besar untuk dihantar dari Malaysia ke ibu pejabat mereka di Australia, katanya.

“Ada dokumen teknikal yang amat besar dan selalunya kami mendapati ia mengambil masa yang panjang untuk menghantar dokumen-dokumen sebegini akibat kelembapan Internet di Malaysia.

“Capaian Internet di Australia lebih laju daripada di Malaysia.

“Pelabur-pelabur Australia dan Amerika mendapati ini menjengkelkan dan menghalang mereka menjalankan perniagaan dengan sempurna,” katanya kepada pemberita selepas memberi ucapan di majlis makan tengah hari dengan pegawai kerajaan negeri Selangor, wakil-wakil majlis perniagaan dan kedutaan asing.

Ditanya jika kelajuan Internet di Malaysia adalah lebih perlahan daripada negara-negara jiran, Halpin berkata:

“Tidak, tetapi adakah Malaysia mahu setaraf dengan mereka? Malaysia adalah pilihan utama sebagai destinasi pelaburan, tetapi perbezaan antara Malaysia, Indonesia dan Vietnam semakin hilang.”

Isu lain yang menjadi kebimbangan syarikat-syarikat Australia dan bakal pelabur ialah tahap keselamatan, di mana terdapat banyak laporan berita mengenai jenayah kecil dan ragut di negara ini.

Sumber : Malaysiakini


Entri lain yang berkaintan :

  • Pelabur risau, internet di Malaysia lembab – adoiii… malunya!
  • speed internet yang hampeh

snailmyx
Tiba-tiba teringat lagu IT dan MSC. Saya dok recall balik lirik lagu IT yang selalu berkumandang di TV dan Radio 10 tahun dulu. Tak ingatlah…sesiapa yang ingat boleh masuk “Jangan Lupa Lirik” kat sini kejap…

MSC Malaysia Status

The MSC Malaysia status is your passport to a host of privileges reserved for ICT and ICT-facilitated business. It is also a mark of world-class service and achievement. Companies with the MSC Malaysia status will benefit from an array of world class facilitiesand premises that provide just the right environment for a thriving and dynamic global ICT hub for the region.

Saya tak pandai nak komen apa lagi tentang kelajuan capaian internet di negara kita. Kalau nak dikumpulkan segala aduan dan keluhan, berbuih mulut dan bernanah telinga orang yang dengar.

EDIT : 21/10/09
Jawapan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim di bernama hari ini – [link]

Mengenai kritikan yang dilemparkan oleh Timbalan Pengerusi Majlis Perniagaan Malaysia-Australia Michael Halpin mengenai tahap kelajuan Internet yang tidak memuaskan di negara ini, Rais berkata tidak semua yang diperkatakan itu benar.

Katanya kenyataan yang dibuat oleh Halpin seolah-olah meletakkan Malaysia ketinggalan berbanding negara membangun sedangkan perkhidmatan jalur lebar dalam negara sudah mencapai 27 peratus hampir menyamai Hungary yang berada di tahap 30 peratus tahun ini.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Itulah yang berlaku.. tapi biasalah Internet kat Malaysia memang slow.. pasal teknologi orang lain dah buat macam-macam, MPLSlah.. QoS lah.. kita belum lagi betul-betul utilize. Kalau Malaysia Network ni.. boleh jer pakai TNB punya fiber cable.. tapi tak boleh lak.. lingkup nanti syarikat telekomunikasi lain..
    .-= zuls´s last blog ..Weblog Popular 1Malaysia memang memeningkan =-.

  2. snailmyx… :mrgreen:
    .-= Lan Bingka´s last blog ..Langkah bendul =-.

  3. tak tahu nak kata apa dah. nak kata takde duit dok taja itu ini boleh pulak. nak kata tak sampai info terkini, bukankah kita zaman IT yang pasti semua terhidang depan mata!?

    biarkan, biar pelabur tarik balik pelaburan. baru tahulah nasib mereka dan nasib kita juga hu3

  4. maza amat tertarik dgn ‘suntingan’ kata2 mat saleh itu.. huhuhu

    kekonon penyoal nak tunjukan betapa malaysia masih punyai kelebihan berbanding dgn negara jiran dari segi speed perkhidmatan internet!

    kekonon nak buat perbandingan mcm dia org nak bandingkan dan bodohkan rakyat ttg harga minyak tempoh hari!

    sekali kena basuh balik.. huhuhu..
    β€œTidak, tetapi adakah Malaysia mahu setaraf dengan mereka?”

    hmm jelas there have a bold fine line, distinguish between degil, bebal dan bangang! dgn bijak dan tahu apa yg dikehendaki sebenarnya! bukan dok syok sendiri memanjang..

    dah sampai masanya kita perlu tackle soal techonolgy kalau mahu jadi bangsa R&D! Sbb tanpa technology, pekembangan sains juga terbantut gitew!

    internet is essential even in certain case crucial in today’s world! Nak masak utk suami pun skrg pakai internet tau!

    Bangang ler kalau tak reti2 nak hupgrade speed dan kemudahan internet itew.. huhhu

    (psst; padangan maza yg sekali lagi cukup kronik gitew.. huhuhu.. lately i have also experiencing sluggish internet connection too) huhuhu (bayar mahal aje boleh harap! cekik darah kanzzz)

  5. encik cancer says:

    nak buat macam mana, dah memang lembab.. πŸ‘Ώ
    .-= encik cancer´s last blog ..Treatment of Breast Cancer =-.

  6. Kadang2 bila bengang sangat tu, pakai streamyx dgn broadband sekaligus…
    Bila time lembabnya tu, memang betul, nak buka blog pun berzaman-zaman menunggu (fuh, hyperbola tu!)
    .-= Kak Long´s last blog ..Kejadian Ngeri Di depan Mata =-.

  7. lately streamyx kt umah cam lampu raya kejap kelip kejap kelip..bila tade byk saingan nih la hasilnya..
    .-= arin´s last blog ..Pening lagi.. =-.

  8. hashim habeed says:

    Mungkin kak jie nak belajar cara nak hantar file besar
    bole teg link kat bawah ….
    .-= hashim habeed´s last blog ..Tip bagaimana untuk email File 500 Mb ? =-.

  9. sape ssh?saya juga yg susah..hoho
    .-= azizan4444´s last blog ..Hakikat Bercakap Tentang Lelaki =-.

  10. Salam Jie…hehe..banyaknya isu dah terlepas ni..akak ni malehnya nk komen2..hehee..Nak tanya khabar Jie je laaa…sihat ke? Ni pun duk tengok gambar Jie beraya kat rumah Jun aritu..hehe..
    .-= ummi´s last blog ..Happy Birthday To My Youngest..Posing Dengan Ciskek Pagi Tadi =-.

  11. Kalau tak silap saya, baru-baru ini Universiti Oxford telah melabelkan kelajuan internet Malaysia sangat lembap bagaikan internet di dunia ketiga. πŸ™
    .-= tekkaus´s last blog ..Pay Your Sleep Debt =-.

  12. Internet Malaysia sangat lembap. Tiada apa yang boleh diperkatakan lagi! :/
    .-= tekkaus´s last blog ..Pay Your Sleep Debt =-.

  13. Habis nak buat cara mana lagi .. duit ada makan sendiri je.. servis takmo upgrade!
    .-= jiji´s last blog ..Bulu Mata Anis Manis =-.

  14. Kadang2 ‘kepantasan’ internet ni boleh buat jantung kita pun bergerak pantas, sakit hati…. There’s still room for improvement, InsyaAllah…

  15. Statement yang mungkin sama didengar dari orang yang sama : “Internet Malaysia masih lagi laju jika nak dibandingkan dengan negara-negara jiran kita”.

    Sy diberi pakej 1.5Mb tapi semakin rasa mcm semput. Dua tiga hari ni pula dah mula semput sambil terkentut2.
    .-= TokNabe´s last blog ..Keindahan Dalam Ketakutan =-.

    • @TokNabe, kalau nak banding secara sihat, kena banding dgn negara yg lebih baik..baru kita ada persaingan utk menjadi lebih baik πŸ˜†

  16. Yang aku heran modem ADSL 2 dah di distribute dulu oleh Streamyx kepada cust. Modem ni boleh support sampai 24Mbps. Ada ura-ura nak upgrade sampai 7Mbps, tapi tak tau bile. Skang yang paling tinggi pun aku rasa 4Mbps. Tupun mahal la kalau individual pakai. Office ok la.
    .-= Dr House´s last blog ..Pelabur Australia risau kelajuan internet Malaysia =-.

  17. bile time penyakit semput die datang… sakit jiwa dibuatnya. pastu lak mase kritikal org nak send dokumen penting πŸ‘Ώ πŸ‘Ώ baik broadband baik streamyx. supe ja :roll: :roll:
    .-= mrs azmi´s last blog ..Entry ke 100: Hangus! =-.

  18. tak tahu la sape yang betul2 bertanggungjawab dalam hal ni.. kerajaan ke atau penyedia perkhidmatan.. pengguna pun bertanggungjawab juga kan?
    .-= beliamuda´s last blog ..SPM guna sistem gred baru =-.

    • @beliamuda, penyedia bertanggungjawap memenuhi janji yang ditawarkan sewaktu perkhidmatan di beri kepada pelanggan

  19. Assalamualaikum kak jie.

    Kalau nak cerita pasal puas hati, tak puas hati dengan servis capaian internet kat Malaysia ni memang tak akan sudah sebab dia macam CHIPSMORE, kejap elok kejap tak elok.

    Broadband ada, streamyx pun ada. Tapi tau ajelah… pelabur memang risau nak buka cawangan kat sini sebab masalah ni. Tau aje skrg ni semua benda berkait dgn internet.

    Sama-sama kita doakan pakar2 IT dan jurutera2 di negara kita akan berjaya menemui solusi yang lebih baik tidak lama lagi.
    .-= KakChik´s last blog ..Girls, Fear Allah, Don’t Fear Me =-.

  20. dr.aku.la says:

    penat org ckp da.
    da beribu2 kali komplain pon macam tu.
    kita tgk mcmn reaksi “diorang” bila orang luar ckp macam ni.
    .-= dr.aku.la´s last blog ..Jambatan separuh la pulak =-.

    • @dr.aku.la, kak jie pun ada beberapa kenangan kelat …nak cakap lagi mcm dah tak lut dah..mcm kalis rindu..erk..kalis kebal πŸ˜†

  21. mmg slow jie, saya selalu gagal melawat blogs kerana masalah inilah…. sedihneyr

  22. Itulah kak Jie, sebijik macam statement emak saya sewaktu kecil dulu:

    “berbuih dah mulut aku bercakap, semuanya tak masuk kepala… degil! nak jadi apa dah besar nanti?!”

    huhuhuhu… gitulah halnya dengan kelajuan internet d Malaysia skang nih.

    • @rohaizad, hhaha…statement mak-mak pun keluar…erk..biasalah mak2 kan suka berleter walau benda yg sama πŸ˜†

Trackbacks

  1. Ini Blog Saya Tetapi Saya Suka Awak | Hidup Biar Sedap says:

    […] memang menitikberatkan mengenai loading time kerana dengan capaian internet di Malaysia umpama Kangaroo berlumba lari dengan Snailmyx , saya tidak mahu dipertanggungjawapkan sekiranya pembaca blog ini ditumbuhi janggut kerana […]

  2. […] dah faham yang ni. Menggalakkan pelaburan swasta – kena baca ini juga pelabur risau, internet di Malaysia lembab . Bab-bab pertanian tu rasanya tiap tahun […]