Kawan Berleter, Mama Berleter, Isteri Berleter, Rakyat Berleter Pemimpin Nak Dengar Kah?

pojiepooh – lama tak nampak @kujie laa.. kak jie ohh kak jie, ku merindui bebelan mu ittew ;p

idrosak – Mana @kujie?

idrosak @kujie saje..sebab x nmpak twit kak jie..hihi

Saya bukanlah blogger popular terkenal, tetapi saya ada ramai kawan² yang sangat perihatin di sekeliling. Dia orang tu saja je pancing nak ajak menyembang.:lol: Zaman sekarang bergossip bukan atas tangga lagi!

Saya ada – kesihatan tak berapa stabil dan mood kelaut. Lebih baik diam. Lagi pun banyak hal yang nak diuruskan.

Hal suami , hal anak².  Duduk beribu² kilometer pun urusan suami dan anak² tak pernah habis.  Selagi bertitle isteri dan ibu – urusan sepanjang hayat.

Along – kejap nak tukar kos Architecture  engineering , kejap nak kekal Geomatic engineering.

Angah – baju batik rasmi sekolah hilang. Baru beli belum pakai masih dalam plastik. Bila kita membebel, dia cakap ” mama ni… Angah nak beritau je , janganlah marah”

Yang pergi on suiz ‘bebel’ mama tu sapa suruh?

Habis?  Nak suruh mama buat party macam mama buat kat Along atau jerit..” owhh yeah…owhhh yeah… hebatlah Angah, cemerlang, gemilang terbilang sebab berjaya menghilang baju untuk kali ke patploh? ”

Semalam hantar kawan² study group Intan balik. Hari² kena jemput kawan² dia datang ke rumah dan hantar balik. Ah Fei tak datang, Mei Hue dengan seorang lagi kawan lain – anak tokei kedai ikan depan sekolah.

Dalam perjalanan balik, singgah kat pasar malam.

Intan : ” mama , Mei Hue nak pinjam 2 Ringgit ”

#$%^&^%$# ceng  cong ceng cong dia orang cakap kat belakang tu. Saya tak faham budak bertiga tu cakap Mandarin.  Budak² cina kawan² Intan tu dah tak kisah datang ke rumah  – makan minum apa yang saya hidang.

Intan : ” Nak 5 Ringgit….dia cakap ‘ aku nak tengok kau boleh beli apa dengan 2 Ringgit tu ?”

Faham tak?

Budak belum 12 tahun, belum ada kad pengenalan sudah faham nilai 2 Ringgit di pasar malam.

Saya faham sangat kerana beberapa jam sebelum itu saya ada membaca entri Kuasa Membeli < mesti klik untuk lebih memahami

Perbandingan kuasa membeli ialah pada unit matawang itu dengan mengabaikan nilai tukaran matawang.

Kita lihat contoh yang diberikan:

Ali di Ipoh ada RM1 – mampu membeli sebotol air mineral 500ml jenama murahan pada harga RM1

John di Liverpool ada GBP 1 – boleh membeli sandwich telur di Tesco pada harga hanya GBP1 (dan sandwich manakah di Malaysia ini yang harganya RM1?).

Korang kena baca juga entri ini :

Jadi surirumah juga kena faham tentang ekonomi dan matawang supaya boleh terangkan pada suami dimana nilainya RM50 dulu dan sekarang.

Ada RM 50 sekarang , pergi pasar pun main jeling² saja dengan ikan. Cuit², belek² macam nak beli, tapi tak beli. Dapat pegang pun jadilah. Ikan paling murah cik kembong tu pun berharga RM12 sekilo. Sotong kalau beberapa tahun dulu boleh dapat RM8 sekilo, sekarang RM16.

Bawang besar 5k ( dlm bekas jaring²) kat pasar borong NSK dulu RM 5 , sekarang RM 13. Nampak betapa besarnya perbezaan tersebut? Itu baru cerita bawang.

Cuba tengok sabun basuh. Dulu pek 3 kilogram. Sekarang 2.2kilo saja dengan harga yang sama. Kat supermarket kita masih melihat harga yang sama tetapi nota kecil susut timbangan kita tak nampak.

Dah…makcik dah penat nak membebel. Apa yang makcik membebel ini kompom tak keluar kat tv atau suratkhabar. Nasib baik makcik ada blog….boleh juga luah rasa hati..pheeewh!

– entri ni macam tak de titik je..haha

 

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Antara sebab Menteri Kewangan(merujuk isteri) asyik minta naik bajet perbelanjaan bulanan. Asyik merungut sahaja RM50 tidak cukup macam tidak ada nilai sahaja

  2. betui semua yg kak jie bebelkan , saya terasa nak bebel jugak kat suami tp tak kesampaian , sbb tak nk cari pasal..suami selalu sebut “aii bg rm700 dah habis tk sampai sebulan ??” barang2 mahai , lagi tinggal di kl ..anak 3 perlukan pampers dan susu yer idok cer lah fikir ..aiii nasib juga ada blog hehe! .macam mana ler nk ajar org tk pernah pergi pasar nih tentang nilai duit sekarang huhu 😳
    Jom terjah post menarik dari puanbee ..Marketing Plan Percuma Untuk Blog KorangMy Profile

  3. Mmg kalau suis kak jie dah terbuka…tu diaa…pannnjaaaaangg entrinya…hehe..suke2.. 😀

    kena faham btul2 bab kuasa membeli ni..mana2 antara kita yg dah rasa kueh harga 20sen dulu2, yg kini 40sen kena terangkan pada generasi sekarang…pandai2lah berbelanja 😀
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Misteri kebun Pak Din dan ganjaran USD 1…My Profile

  4. Adilla Harun says:

    Hah ah! Memang zaman la ni nampak kita hidup ‘macam mewah’. Saya ulang ‘macam mewah’. Hakikatnya memang kini ramai yang bergaji tinggi dan mampu membeli itu dan ini, tetapi masa yang sama ‘nilai wang’ itu semacam mengecil. Kerjalah berhempas pulas untuk membayar segalanya. Tak kira kerja sendiri atau bermajikan. Kos melepas(terma ekonomi) adalah ‘masa’. Jadi mana mewahnya? Ibarat abang beca…

    Ingat zaman kecil-kecil dulu, ikut mak ke pasar malam, cuma berbekal RM10, bawa balik barang penuh plastik di tangan. Dengan minyaknya, ikannya, sayurnya. Pendek kata lengkap barang basah dan kering jugaklah. Boleh tahan 3 hari. Bandingkan sekarang. Namun itu hakikat kehidupan. Apa pun kita beringat semasa ada,itu pun mustahak juga….

  5. sedappp je baca. Bermaklumat dan kelakar pun ada…
    Jom terjah post menarik dari rumah kuning ..AlhamdulillahMy Profile

  6. 😛 Ekonomi dulu lain, ekonomi sekarang lain. nilai matawang sangat berbeza. offmate penah citer( yg beberapa tahun nak pencen ni).. ” akak dulukan ain, gaji 500++ jer.. tapi boleh cukup, budak sekarang gaji ribu2 pun tak cukup2.. dah kerja pun masih mengeluh mintak ngan akak “—dia bebelkan anak dia.

    ain jawab ” nak buat camner kak, dulu belanja sekolah 50 sen je.. sekarang rm 2 paling kurang ”

    bebel ajerrr la yang tak kuarkan duit…. hiks… :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari ain ..Majlis – 26 April 2011My Profile

  7. ni baru betul bebel ni ma. hahaa nasib mama tak bebel dlm ayat cong ceng ciang mcm intan :p (mama kena belajar sikit2. kot2 diorg cakap benda merapu2 ke hahaa)

    dulu bawak rm10 cukup je pergi pasar malam. boleh beli air, nasi ayam/tomato, ayam percik lg. la ni? -_________________- #nanges. kat tempat yonna ni bihun sup sebungkus dah rm4 tau ma! 4 henggettttttttt! tapi orang tak boleh nak komplen sebab bihun dia mmg sedap (nasib baik sedap). ni ada nasi tomato, yg rasa entah apa2, dia juai sampai rm4.70 :((
    Jom terjah post menarik dari yonna ..WORDLESS WEDNESDAY 6My Profile

  8. Erm bile cite bab duit ni mmg nilainya totally tak sama mcm dulu2 time sekolah..rasanya rm1 tu byk benda boleh beli dan boleh simpan lagi..skang ni..rm5 entah mende tah dibelanjakan di sekolah, nak simpan lagi minta duit poket tambahan..hai..duit oh duit.
    Jom terjah post menarik dari catzer ..Akupun Blogger Gak!My Profile

  9. Hahaha suka bila KakJie membebel, sebijik macam mak saya!!
    Sekurang2 nya terubat kerinduan kat mak saya di kampung tuh..
    Bezanya mak saya membebel depan2 dalam tepon,
    KakJie membebel dalam blog, syok!!!
    Hahaha

    Tapi betullah kak, itu ini naik, gaji hitu2 jugak, camno saya nak kawen nih??
    Bakal mak mertua dah mintak 11k lagi tuh #nanges

    Jom terjah post menarik dari Pojiepooh Abdullah ..Kisah seorang janda Jeng jeng jeng!My Profile

  10. hahah… meluahkan perasaan kat blog.
    Jom terjah post menarik dari ariff ..Nak Makan Nasi Lemak Pun Tak BolehMy Profile

  11. Nak kata apa lagi…ni lah realiti kehidupan skg ni, bantah camne pun macam tu jugak..mintak naik gaji,memacam alasan yg diberi…nak x nak manage ja la apa yg ada nih….:(

    #Abih kuat pun camni lahh…takat bebel kat blog jerr. Sebelah mata pun derang x pandang kecuali isu yg menyentuh hal2 “kekuasaan” mereka….
    Jom terjah post menarik dari yas ..Carrom- sukan yang kurang popularMy Profile

  12. Malaysia sekarang ni, semua benda nak naik harga.
    Sakit jiwa betul.
    Rasanya kehidupan dekat Jeddah ni jauh lebih baik kot.
    Sebab barang-barang camtu semua murah.
    Jom terjah post menarik dari NailahAzman ..Carilah Rezeki Dari Sumber Yang HalalMy Profile

  13. ok, ni entri bebel. panjang bebelnya 😆
    Jom terjah post menarik dari syafiq ..WordPress 312 &amp Ubuntu 1104My Profile

  14. nilai wang semakin kecil kak jie…
    Jom terjah post menarik dari azura ..Ayat ayat cintaMy Profile

  15. sayacomel says:

    emmm..kuasa membeli. memang dah tak sama dengan dulu.
    Jom terjah post menarik dari sayacomel ..Comel Sangat – Anugerah Saya Paling Comel dalam kelasMy Profile

  16. memang tak dapat dinafikan kuasa beli semakin mengecil.

    untung betul budak zaman sekarang, senang dapat duit berbanding budak-budak dulu. 🙂
    Jom terjah post menarik dari nasslimdiet2 ..Hepatitis BMy Profile

  17. 3 tahun lepas saya keje di utara. memang terasa perbezaannya berbanding dengan tinggal area lembah klang ni. ikutkan nak keje lama di sana tapi tak bleh coz wife keje bangi.
    Jom terjah post menarik dari nasslimdiet2 ..Hepatitis BMy Profile

  18. saya tak kisah pun baca bebelan kan jie hari2. btw, mula baca blog ni setiap hari sejak nampak budak ni tweet2 http://lomotech.com/blog/ entri kak jie
    Jom terjah post menarik dari Kimmy ..Mahu Tapi MalasMy Profile

  19. bebudak sekarang memang makin demand. tak pernah susah le katakan

  20. berleter itu macam perkara wajib jer bagi ibu-ibu, kan kak jie? kalo tak berleter satu hari rasa tak best….huhuuuu. nasib baik ada blog…dapat jugak berleter cara sihat…
    Jom terjah post menarik dari zulman77 ..Kalau Wanita Memandu Tidak Berhemah- LelakiMy Profile

  21. hahaha..kak jie yang ulang baca pun rasa semput..ini entri tulis sekali harung tak de draft2….pok pek pok pek mcm tu lah yang keluar kat papan kekunci 😆

  22. huhu bila kak jie mula membebel semput membaca macam takde noktah padahal ada noktahnya. tapi memang betul,mak saya kata kalau setakat RM50 baik tak payah p pasar.
    Jom terjah post menarik dari eiela ..Resepi Kek CoklatMy Profile

  23. pegang RM50 pun terketar-ketar nal pilih barang kat supermarket. bila pergi kaunter cashier kena standby duit singgit-singgit takut tak cukup duit.

    semua barang naik. kalau lah boleh ternak ikan kembung tepi umah kan best.
    Jom terjah post menarik dari alex adriana ..Konsert di Kuala Lumpur- Justin Bieber seperti tomatoMy Profile

  24. LuthfiMY says:

    kuasa mandarin.. saya pn nak baca (belajar) mandarin.. senang hidup dengan dunia swasta nih.. btw, kalau kakjie tak ada sehari memang orang cari kan? orang popular la katakan.. nak buat macam mana. haha
    Jom terjah post menarik dari LuthfiMY ..The 90-10 Principles – Help us to guide the lifeMy Profile

  25. Teringat dulu² masa duduk kat langkawi..
    Tetiap minggu je ada dapat ikan,sotong,udang free..
    Sebab kawan² sekolah selalu turun ke laut..
    Besar² pulak tu..

    Rindu Langkawi T______T
    Jom terjah post menarik dari Nadya ..Makanan sedap &amp murah di mana-mana 2My Profile

  26. terasa gak, mmg makin kecil kuasa membeli.
    Jom terjah post menarik dari matjoe ..SEO lebih baik dari Blogwalk kalau nak trafik tinggiMy Profile

  27. sejak akhir2 ini kerap pula keluar berita perdana ttg “harga makanan dunia meningkat kepada 30% dan bla bla bla”

    sefaham maza, sudah ada indikasi harga bawang, beras, garam dan sebagainya akan dinaikkan tak lama lagi… katanya tekanan inflasi luaran berlaku (inflation rate force factor).. dan infation chain..

    akhirnya, demikianlah jika berpegang pada wang kertas semata2… nilainya diukur mengikut ‘kertas’ dan contengan huruf yg bila2 boleh diubah2 angkanya.. dan ia bukanlah refleksi standard of living yg sebenar! uhuhhuh

    eh! apa yg maza lantun-lantun lah fulak.
    terkenan dan tersaruk dgn bebelan kak jie lah ni.. aderkkkk
    hahahahhaha..
    Jom terjah post menarik dari maza ..Garden of Eden- Contest Organised by Gubuk Kecil Kembara JalananMy Profile

  28. haha..memanglah bila lama tak dengar mak2 membebel ni rindu jugakk..tapi kalau boleh tak nak dengar..hehe
    Jom terjah post menarik dari wanmus ..Tarik Traffik 1000 Visitor SehariMy Profile

  29. rs bersyukur sbb dok kt kwsn utara. walaupon taraf hidup xdela tinggi sgt, xde shopping complex, butik2 guess mahupun zara, tp masih dpt membeli ikan kembong pada harga RM4-5 sekilo. kdg2 tak hairan bila org luar kena pindah bekerja di sini, akan terus beli rumah dan menetap di sini.
    Jom terjah post menarik dari ekspresiruang ..Ubahsuai Gereja Menjadi Rumah Kediaman Moden KontemporariMy Profile

  30. kalau nak cerita pasal nilai duit ni mau patploh hari patploh malam tak abis 😆
    Jom terjah post menarik dari mrs azmi ..KURSUS AMALAN IKHTISAS ARKITEK LANDSKAP 2011My Profile

  31. Assalamualaikum,
    Pergi pasar malam bawak duit RM50 tak ubah macam bawak RM5 (terhilang la pulak kosong di ujungnya ya). Tak sempat nak beli ayaQ soya, dah pun tinggal syiling hu hu hu
    Jom terjah post menarik dari Anyss ..Blog Yang Aku Tak BacaMy Profile

  32. sebenarnya ada banyak benda nak bebel ni…macam2 keluar dari kepala otak …tu nampak Kak Jie macam stop entri mengejut..hehe

    agak sibuk nak menaip skrg ni…..

  33. Lama rasanya tak baca entri panjang-panjang macam ni, untuk angah kena sulam nama kat baju tuh kot, 😀 takder aa orang lain nak curi dah, tapi bab curi2 ni,dari dulu sampai sekarang rupanya masih tak selesai.

    Bab kuasa membeli tuh, sebab setahun dua kebelakangan ni asek menjelajah ke serata negeri, saya dapat lihat bagaimana perbezaan harga sangat ketara untuk setiap negeri, bahkan kalau di sini, harga di pengkalan chepa dan kota bharu pun dah berbeza. Pelbagai faktor yang menjadi punca.

    Cuma kalau bab ikan, stakat ni saya masih boleh dapat harga yang murah, cuma kalau kat selangor, mungkin jauh aa plaks untuk kak jie pergi. Sebab dekat area sungai serdang (kapar) benda tuh.

    ok tetiba rasa macam panjang laks komen kali ni… minta diri dulu…
    Jom terjah post menarik dari Eizil ..Puisi Kehidupan- Puteriku 7My Profile

  34. Suka dengar leteran kak jie..banyak maksud tersirat dan tersurat yang boleh dipelajari especially for a new father like me..berleterla lagi kak jie….hik3…

    P/s : Rakyat berleter pemimpin akan dengar bila dah nak dekat or time election…apa yang tak diminta pun diorang kasik…hik3…
    Jom terjah post menarik dari eyriqazz ..ShockingKandungan Gula dalam Susu Tepung Untuk Membesar Anak-AnakMy Profile

  35. lol..kak jie asukkan jugak twit saya itu.. ala kak jie.. saya selalu nampak kak jie ‘mengomel’ dalam twitter..sekali tak de..rase..:P

    “eh mane kak jie ni”… tu yang terdetik hati nak tanye keberadaan..sehat ke tak n etc..hihi..
    Jom terjah post menarik dari pereman ..Sai Baba neither a god nor dajjalhe was just a human being afterall…My Profile

  36. Cikgu Hairul says:

    Berleterlah kakjie.. ramai yang nak dengar nih.
    Jom terjah post menarik dari Cikgu Hairul ..Basikal Belanda VS Basikal MalaysiaMy Profile

  37. hehe…nasib ada blog yer…kwn2 boleh gak dgr…kalau tkde tulis dlm diari jelah jawabnya…emm memang mahai ikan kembong Rm 12,haritu baru borak dgn mak perkara sama..kat kmpung dekat dgn mersing pun ikan kembong dah rm7 sekilo…sekarang nk mkn mahal tp pakaian murah…zmn kecik2 dulu baju susah nk berganti,kering baju pakai balik…
    Jom terjah post menarik dari yana ..Haiwan Pelik-Pelik By EsyhadMy Profile