Kemalangan 2 Bas Pada 10-10-2010 Di Alor Gajah

Kebiasaannya saya mendapat info terkini mengenai kes kemalangan paling awal terus melalui Sham Ondscene termasuk berita kes kemalangan yang terburuk  tahun ini – kemalangan yang melibatkan sebuah bas Ekspress Delima, sebuah bas Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebuah van dan 3 buah kereta .

Kemalangan  berlaku kira-kira jam 6.50 petang 10-10-2010 di Lebuhraya PLUS berhampiran Susur Simpang Ampat,  Alor Gajah.   Setakat entri ini ditulis, maklumat dari Bernama Online mengesahkan kemalangan ini telah  mengorbankan 12 mangsa dan lebih 40 orang yang cedera.


Baru semalam saya  berjumpa Sham Ondscene di majlis perjumpaan Aidilfitri dan tak putus² beliau berkongsi kisah benar kemalangan secara real termasuk kisah² yang tidak dipaparkan di blog beliau juga cabaran sebagai seorang pemberita bahagian jenayah tv3.

Hari ini dapat sms pula mengenai kes kemalangan bas ekpress di Alor Gajah.

Kemalangan melibatkan bas Delima Ekpress dari arah selatan ke utara yang gagal dikawal lalu terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya sebelum melambung ke laluan bertentangan – melanggar sebuah van dan sebuah kereta dan kemudiannya menghempap dua buah kereta.

  • Lagi berita terkini  kemalangan 2  bas  dan 4 kenderaan di Alor Gajah , klik sini
  • Senarai nama mangsa kemalangan Bas Ekpress Delima di Alor Gajah, klik sini

Al- Fatihah dan takziah untuk keluarga mangsa yang kehilangan orang tersayang. DariNya Kita Datang KepadaNya Kita Kembali.

©kujie – tadi sebelum Along balik ke kolej, saya bagi dia tengok berita2 kemalangan – suruh dia tengok gambar supaya dijadikan ikhtibar dan intangan supaya lebih berhati² menunggang motosikal.  Hati mak mana boleh tidur lena kenangkan anak² bila membaca dan menatap gambar² kemalangan seperti itu.  Selain beringat² dan berhati² – doa dan tawakal.

Apesal Tak Klik?

Comments

  1. Lirik Lagu says

    takziah kepada mangsa

    sekarang ni memang banyak kemalangan yang melibatkan bas

    pihak berkuasa patut ambil tindakan kepada pihak bas express agar kemalangan seperti ini tidak terjadi lagi.
    Jom terjah post menarik dari Lirik Lagu ..Lirik Bawa Kau Pergi – AkimMy Profile

  2. Anonymous says

    saya melihat sendiri kemalngan ini..sungguh mengerikan dan menyedihkan…al-fatihah kepada mereka yang pergi meninggalkan kita..

  3. says

    kerajaan masih taknak membuat undang yang sepatutnya…

    bukankah sekarang teknologi dah maju, kita gps, speed limiter, dan pelbagai lagi…. masih berdiam diri….

    kene ingat bas kalau kemalangan, mesti akan melayang banyak nyawa… ingat dulu peristiwa di merapoh???

    segeralah kerajaan mengubal akta sedia ada…. jadikan eu atau us/canada sebagai contoh….
    Jom terjah post menarik dari zikri ..Folding@home – sumbangan anda amat bermaknaMy Profile

  4. Zal says

    Salam, alfatihah untuk org islam yg telah pergi dalam kemalangan tersebut dan takziah untuk yg lain. Ajal maut di tangan Allah yg Maha esa, Siape sangka walaupun kiter drive ikut peraturan di lane yg betul, tp bas boley terbabas dari arah berasingan. My comment for this is government kener strict skit. Kalau kt Australia, US and UK, laju skit da kene sama, derg really monitor bnder2 ni.lately memg bnyk bas yg sangt laju.soo, to be a successfull country like UK,australi and etc, soo many things need to be changes.

  5. ramliaman nyaleh says

    tu la pemandu2 bas masih tak serik2 pe yg berlaku sebelum ni, bila dh terjadi cakap hilang kawalan padahal memandu tak ingat dunia siap berlumba ikut lorong laju,ada sekali dyan ikut bas ekspres de sampai 120km/j,ia org tak ingat ke bwa berapa nyawa di dlm tu…………dh tjd mcm ni sapa yg nk di pertanggungjwp kn….sedih….cmne agak nye kalu family nya ada dlm kemalangan tu…….mnyesal x????? AL-FATIHAH pada mangsa yg terkorban.

  6. says

    saya dari johor, rehat di rnr ayer keroh dan berhenti makan, sembahyang dan terus nak bergerak ke kl kul 8.30

    tak sampai 2km jalan dah jem teruk, lepas tu dapat berita dari kawan pasal ada kemalangan maut, hampir pukul 10 baru sampai susur keluar tol alor gajoh, highway ditutup terus dan semua kereta dilencongkan ke tol alor gajoh

    dari situ saya terpaksa melalui jalan biasa, tampin, rembau dan seremban….pukul 12.30 pagi baru sampai rumah…jalan sesak teruk
    Jom terjah post menarik dari mijie ..Kemalangan KM223 pedas linggi ke selatanMy Profile

  7. afiq aiman says

    sy pun doakan yg baik2 nuat semua umat manusia…bumi ni dah tua sgt..siapalah kita nak doakan yg buruk2…kita doa la kalau mohon Allah pnjgkan umur kita jika pnjg umur baik untuk kita. kita juga doa Allah pendekkan umur jika pendek umur baik untuk kita. Doa yg baik2…insyaAllah suma selamat..doa tu ustaz yg ajr..bukan sendiri2
    Jom terjah post menarik dari afiq aiman ..Majlis Perkahwinan Sheikh Muszaphar ShukorMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge