Kemalangan Maut Pelajar SMK Air Merah, Kulim

Baca berita kemalangan yang membabitkan pelajar SMK Air Merah  di KM 382 Lebuhraya PLUS arah selatan ini membuat hati saya sedikit bimbang dan risau mengenangkan Intan  yang sedang menghadiri satu kem anjuran Pejabat Pendidikan Negeri di satu pusat latihan.

Awal pagi tadi, sebuah bas rombongan pelajar dari SMK Air Merah, Kulim Kedah dalam perjalanan ke Kuala Lumpur/ pusat peranginan Genting Highland terlibat dalam kemalangan berhampiran kawasan Hentian Rehat dan Rawat Behrang.

Bas sekolah tersebut hilang kawalan dan terbalik dan ketika semua mangsa sedang menyelamatkan diri, sebuah treler merempuh bas terbabit.

Sehingga kini, 4 orang dilapurkan meninggal dunia dan 5 lagi dalam keadaan kritikal dan sedang dirawat di Hospital Slim River.

gambar kemalangan bas smk air merah

Nama pelajar dan guru yang meninggal dunia dalam kemalangan bas SMK Air Merah :

  1. Siti Hajar Binti Mohamad ( Guru )
  2. Khairul Anwar Bin Azhan ( Pelajar )
  3. Maysarra Binti Zaidi ( Pelajar )
  4. Basarah Binti Saad ( orang awam yang membantu )

 

Maklumat terkini dan gambar kemalangan SMK Air Merah

Al- Fatihah dan takziah kepada keluarga mangsa dan semoga keluarga yang terlibah lebih tabah menghadapi keadaan ini.  Sedihnya hati saya bila membayangkan anak-anak ini yang tentunya gembira selepas selesai menghadapi PMR terpaksa menempuh pengalaman yang tragis seperti ini.

Kepada semua warga sekolah SMK Air Merah, Kulim – takziah dan semoga roh mereka semua ditempatkan bersama sama dengan orang orang yang beriman, Insyaallah

Perasaan seorang ibu tentunya bimbang dan risau apabila membabitkan keselamatan anak yang diluar pengawasan kita. Keadaan cuaca yang hujan, guruh berdentuman menambahkan kegusaran hati ibu di rumah.

Teringat Angah di Merbok yang akan menduduki SPM minggu depan, teringat Intan di Ulu Yam. Apatah lagi , ini kali pertama Intan menghadiri kem.

Moga tujuan baik mereka sedang mendalami ilmu itu dipelihara Allah dari segala mala petaka.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. KENANG MEREKA DALAM DOAMU

  2. takziah kpd keluarga mangsa2. saya pon terkejut bila terdengar berita kemalangan ni sbb adik saya pon menyertai rombongan sekolah ke Melaka. Semoga beliau selamat sampai ke Perlis semula
    Jom terjah post menarik dari ekspresiruang ..The Drop Lighting: Kumpulan Lampu Membentuk ‘Droplets’ Di UdaraMy Profile

  3. Semoga pihak keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan Allah
    Jom terjah post menarik dari LoveHijau ..Paya Bakau Kg SetiawanMy Profile

  4. Pacifista says:

    sekarang ni cikgu2 memang takut kalau bawak budak pegi rombongan.aku pun sekarang memang taknak ikut kalau bawak budak jalan jauh2 ni…
    Jom terjah post menarik dari Pacifista ..Backlinks Dofollow Dari Ariffshah.comMy Profile

  5. Pacifista says:

    betul tu.jangan difikirkan yang bukan2.Insya Allah selamat pegi dan balik.Insya Allah… 🙂
    Jom terjah post menarik dari Pacifista ..Backlinks Dofollow Dari Ariffshah.comMy Profile

  6. Kat nav tab blog ini ada “Wajib Baca”

    antara yang tertulis disitu :

    Criticisms and reproaches are fine if you have a problem with something, but try to remain constructive and not be an asshole. No one is forcing you to give out your opinions, so if you don’t have anything remotely positive to say, it may be best to keep quiet.

    atau kalau digoogle translatekan :

    Kritikan dan teguran adalah baik jika anda mempunyai masalah ( dengan entri yang dipaparkan ) , tetapi cuba kekal berfikiran positif dan tidak menjadi biadap. Tiada siapa memaksa anda untuk memberi pendapat, jadi jika anda tidak mempunyai sesuatu yang positif untuk dinyatakan, lebih baik untuk berdiam diri.

    Baca entri ini kerana inilah rasa yang semua ibu lain rasa apabila membaca cerita malang ibu lain , semua ibu akan simpati dan sedih bila sesuatu yang buruk menimpa anak orang lain.
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Terlalu Indah Untuk Dibiar Tanpa Erti…My Profile

  7. Pacifista says:

    kes ni kalau dibawa ke mahkamah, 10 tahun belum tentu selesai.macam kes kat sebuah sekolah kat sini,dah 8 tahun masih lagi tak selesai.sampaikan cikgu yang didakwa tu dah meninggal pun.kesian…

    takziah buat keluarga arwah semua…
    Jom terjah post menarik dari Pacifista ..Backlinks Dofollow Dari Ariffshah.comMy Profile

  8. Yushi rieyn says:

    saya pun sedih dengar cerita ni tadi bila baca kat blog kak jie nie…baru tahu cerita sebenar..
    Jom terjah post menarik dari Yushi rieyn ..Harga saham jatuhMy Profile

  9. Yushi rieyn says:

    idea saya rasa pihak syarikat bas kena bagi penjanjian keselamatan buat peserta rombongan…atau lebih bagus insuran keselamatan
    Jom terjah post menarik dari Yushi rieyn ..gambar volkswagen classic (volkswagen gambar)My Profile

  10. Yushi rieyn says:

    apa boleh buat bro..dah nama berita..tapi itu juga ketentuan yang maha esa
    Jom terjah post menarik dari Yushi rieyn ..Puss in Boots (2011 film) review ,synopsis and release DateMy Profile

  11. Yushi rieyn says:

    memang banyak,pemandu tu kena dberi latihan rasanya bro
    Jom terjah post menarik dari Yushi rieyn ..kata kata cinta romantis yushi rieyn untuk diaMy Profile

  12. Yushi rieyn says:

    🙁 sedih tengok mangsa…takziah buat keluarga mereka,bagaimana ntah nya kalau keluarga kita yang kena
    Jom terjah post menarik dari Yushi rieyn ..kata kata cinta romantis yushi rieyn untuk diaMy Profile

  13. banyak betul kemalangan maut sekarang ni, semoga keluarga mangsa tabah menghadapinya.
    Jom terjah post menarik dari Mohd Isa ..Tambah Nilai Kredit Telefon Bimbit Melalui Maybank2uMy Profile

  14. Malang memang sangat tidak berbau kerana itu setiap hari mesti berdoa semuga kita mati dalam Islam dan mati dalam keadaan baik. Mesti doa sebab mati tidak boleh dipisahkan dgn manusia setiap hari semakin dekat.
    Jom terjah post menarik dari Denaihati ..Samsung Galaxy S II daripada Beta.myMy Profile

  15. boringnya sana sini nak cerita eksiden
    Jom terjah post menarik dari ROJAK ..Teh Ais and Teh O AisMy Profile

  16. kemalangan bas sering berlaku.. kejap lagi nak naik bas balik gombak semula.. mudah2an selamat diperjalanan..
    Jom terjah post menarik dari Izwan ..Apa Cerita Theme Baru Twenty Eleven dan Fasa Kedua BloggingMy Profile

  17. Alfatihah. Memang sedih bila dengar berita kemalangan yang melibatkan kematian macam ni
    Jom terjah post menarik dari danish ..Keputusan Upsr 2011 Dah Nak KeluarMy Profile

  18. penadigital says:

    bimbang nak lepaskan anak2 ikut rombongan
    Jom terjah post menarik dari penadigital ..Kesiannya anak comel ini ditinggalkan sendirian di Merdeka ParadeMy Profile

  19. Faris Al-Muhandisu says:

    Al-Fatihah. Takziah buat keluarga mangsa
    Jom terjah post menarik dari Faris Al-Muhandisu ..[INFOGRAFIK] Occupy: Fenomena Terkini DuniaMy Profile

  20. Takziah kepada keluarga mangsa yang kehilangan orang yang tersayang. Saya pun ada kebimbangan apabila anak meminta dibenarkan mengikut rombongan sekolah. Lebih bimbang apabila diminta menanda tangan borang pelepasan.

  21. Fakarepain says:

    keriangan bertukar tragedi… sedih betol..
    Jom terjah post menarik dari Fakarepain ..BAREBACK MIERA LIYANA VS FASHA SANDHA, MANA LAGI GILA KENTANG ??My Profile

  22. malang tak berbau,,takziah kepada keluarga mangsa.

  23. Sekarang ini, jalan raya seolah-olah menjadi medan pertempuran…
    ada saja laluan yang dahagakan darah…
    Insya-Allah anak kak jie selamat..:0
    Jom terjah post menarik dari fikri91 ..Khas Untuk Kaki Ponteng KuliahMy Profile

  24. Rashidah Ramli says:

    ya salam..innalillah..sedihnye..seminggu sebelum raya haji adik sy yg baru habis pmr pun baru pegi genting, nasib baik selamat pergi dan balik..takziah kpd keluarga mangsa..alfatihah..

  25. salam takziah kepada keluarga mangsa.semoga tabah atas kepulangan insan kesayangan.
    Jom terjah post menarik dari robotkuning ..GAY | 11.11.11 | JUMAAT | SATU SATU SATU SATU SATU SATUMy Profile

  26. nur syafieqa amira says:

    al-fatihah kpd semua mangsa smkam trutamanya khairul anuar… smga roh nya di cucuri rahmat nya 🙁

  27. takziah kepada keluarga mangsa..
    Jom terjah post menarik dari blackrosehunter ..Jubah Halimunan Bakal WujudMy Profile

  28. sedih juga bila fikir dalam-dalam , kak jie kena byk kan doa moga intan selamat pergi dan pulang ..jgn fikir bebukan ..

    salam takziah untuk keluarga semua mangsa yang terlibat
    Jom terjah post menarik dari puanbee ..Masaalah Blog Selesai Lepas Tukar HostingMy Profile

  29. Al-Fatihah dan takziah kepada keluarga mangsa
    Jom terjah post menarik dari anastasyea ..Kemalangan Ngeri Di Behrang | Peristiwa 10 Nov 2010 Berulang Kembali !My Profile

  30. ujian dari-Nya utk hamba-Nya…
    semoga keluarga yang terlibat tabah dan kuat.
    tarikh yg akan terpahat detik hitam dalam kenangan mereka.
    Jom terjah post menarik dari ejam ..Laman Web Syarikat Yang LOLMy Profile

  31. insyAllah, semua akan selamat ye kak. 🙂

  32. sedihnya..semoga keluarga mangsa tabah…al-fatihah..
    Jom terjah post menarik dari bardboo ..Google Page Rank Blog BardbooMy Profile