Kemerdekaan Tanpa Beg Plastik

Setakat mana berjayanya “Hari Tanpa Beg Plastik” setiap Sabtu?

Masih ingat kes juruwang Tesco mempelawa saya beg plastik walaupun pada hari Sabtu kerana kebetulan dalam minggu ‘Tahun Baru Cina’? Baca kisahnya di sini > Berjayakah Hari Tanpa Beg Plastik

Sejak bermulanya kempen ini Januari 2010, saya memang telah meminimumkan penggunaan beg plastik dengan membawa sendiri ” Green Bag ” tiap kali membeli belah barangan dapur walaupun hari Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis Jumaat dan Sabtu. Dah ada kenapa nak simpan kat rumah, kan?

Pilihan hari Sabtu hanya simbolik dan seterusnya bergantung pada pemahaman dan kesungguhan individu itu sendiri untuk terus melakukan perkara yang dia sendiri tahu kebaikannya.

Ahas lepas saya ke Parkson Selayang Mall. Di kaunter bayaran saya menolak untuk menggunakan beg plastik dan juruwang lelaki muda itu melontarkan ayat manis

” rugi Kak tak nak beg plastik”

Dalam perjalanan balik, singgah satu lagi pusat membeli belah di Rawang. Sekali lagi saya disapa seorang jurujual bila melihat di dalam troli saya ada 2 ‘Green Bag “

” eh… hari ni tak bagi plastik ke ?”

” saya memang bawa beg ini tiap kali shopping, bukan hari Sabtu saja…  hari lain bumi kita pun perlu dijaga juga”

Ramai juga yang memandang kempen ini sebagai menyusahkan dan akan gagal dengan alasan sejarah kempen² terdahulu hanya gah tetapi mempunyai perlaksanaan yang lemah. Sebenarnya yang menjayakan atau  mengagalkan satu-satu  kempen adalah KITA. Semuanya bermula dari diri kita sendiri. Kalau kita rasa ‘ramai rakyat malaysia’ yang susah nak terima, kita jangan jadi sebahagian dari ‘rakyat malaysia’ yang macam itu. Kita tahu perkara itu betul dan bagus, kita buat dulu untuk diri kita. Kempen itu sekadar menghebohkan dan kita yang perlu memainkan peranan bukan hanya kerana ada larangan atau kempen di radio atau tv.

Setelah 8 bulan saya menggunakan ‘green bag’ dan plastik beg secara minimum ( bukan tak guna langsung ) saya dapati tiada apa² cacat cela atau gangguan rutin hidup yang boleh dikategorikan menyusahkan.

Sebelum kita menuding jari salahkan air berkeladak, salahkan cuaca makin panas, salahkan penyakit mudah merebak…..tanya diri sendiri dulu betul ke kita mengambil peranan menjaga ‘tempat tinggal kita’

Merdeka adalah apabila kita bebas berdiri sendiri dengan prinsip.

p/s – Erti Merdeka (adjektif) – Bersinonim dengan bebas, lepas, berdikari, merdeheka, langgas. – dbp.gov.my

© Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke 53

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Kat umah banyak beg green [saya panggil beg kitar semula] cuma selalu terlupa bawak…hehehehe

    lepas ni akan ingat selalu…. sebab ada beg yang boleh lipat2 jadi kecik molek…. tu senang tu….
    Jom terjah post menarik dari zikri ..Lama Tidak UpdateMy Profile

  2. kak jie~
    pinjam 2~hehehe
    Jom terjah post menarik dari nabiel ..TAIWAN – Al – kisahnye di Tainan part 1My Profile

  3. kdg2 tak plan pun nak shopping.. ape pun, kena beringat bila2 masa kan… skg cuma mampu buat hari sabtu.. walau bape byk brg pun, tak guna beg plastik..
    Jom terjah post menarik dari fiezaradzi ..Lelaki Liat BerpuasakahMy Profile

  4. Orang kita memang susah susah susah nak berubah. Apa yg dah diberi susah sangat nak ditarik balik kerana dah jadi hak milik peribadi katanya. Lantak lah apa nak jadi pada dunia ni.
    Jom terjah post menarik dari denaihati ..Kembara mencari LailatulQadarMy Profile

  5. jawatan kosong says:

    Hidup GREEN.. Merdeka tanpa beg plastik..!!
    Jom terjah post menarik dari jawatan kosong ..The Royale Bintang Kuala Lumpur Jobs as Hotel TraineesMy Profile

  6. Emm… masih berbelah bagi dengan kempen ini..

    That’s why saya shopping hari ahad 🙂
    Jom terjah post menarik dari Pala Maldini ..WORKSHOP &amp PERKARA AJAIB !My Profile

  7. selalu klu takat nak beli barang kecik cam kat guardian tak amik beg plastik pon. sumbat je lam handbag! 😆 itula kegunaan handbag beso kan? :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari mrs azmi ..baby tak berdosa ditinggalkan di signboard gambar live di tempat kejadianMy Profile

  8. ada juga pelanggan yang tak mahu beli plastik bag tapi sanggup usung satu persatu dalam troli …pastu angkut satu persatu masuk bonet kereta :mrgreen:

  9. sayasetujudengan kak jie…..saya pun telah bawa green bag sendiri…skarang dah jadi hobi plak kumpul green bag macam2 bentuk…orang kita nak plastik bag sebab nak buat beg plastik sampah…kalau kempen plastik bag ni kurang berjaya macam mana la nak apply bawa bekas sendiri di pasar ramadhan :roll:

  10. Masalah orang kita adalah sikap dan tabiat yang sukar dikikis. pengalaman saya duduk di negeri mat saleh dulu memang nampak usaha sebahagian rakyat mereka yg perihatin membawa beg plastik terpakai utk guna semula ketika shopping
    Jom terjah post menarik dari samdaddycool ..Panduan untuk mengelakkan sikap takburMy Profile

  11. Betul la kak~
    suppose hari-hari..bukannye hari sabtu jek..
    baru-baru nie masa hari gath tuh saya gi shopping kat tesco rwg tuh, lupa hari tanpa plastik..
    jenuh gak nak bawak brg makanan yang kecik2 tuh..
    bersusun jek dalam kereta~ekekeke
    Jom terjah post menarik dari nabiel ..TAIWAN – Al – kisahnye di Tainan part 1My Profile

  12. kepentingan alam sekitar perlu dijaga….kalau bukan kita jaga..sapa lagi :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari ishak ..Mampukah kita hidup sebagai seorang blogger My Profile

  13. orang sarawak jugak ker..? :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari ishak ..Mampukah kita hidup sebagai seorang blogger My Profile

  14. kami kat Miri hari2 tanpa beg plastik..jadi dah terbiasa..
    Jom terjah post menarik dari Linarahim ..Blogwalking Award 2010My Profile

  15. sori kak..marah pula kartoon dalam komen aku..hehe 🙂

  16. Kak Kujie…

    Aku rasa kalau plastik masih boleh dibeli dengan harga 20 sen… orang sanggup beli la tu plastik…so masih gagal menyelesaikan masalah plastik.

  17. salam ramadan dan syawal untuk teman yang sudah semakin jauh. apa khabar…?

  18. yeay hijaukan bumi kita, kita pun ada bag k4 warna hijau, memang akan diusung tiap kali bershopping, kalau dpt beg plastik pun kita simpan je kat rumah, tak guna.
    Jom terjah post menarik dari cha ..Penjejak terbaik sila terima dari akuMy Profile

  19. Yezza, kepentingan menjaga alam sekitar semua dari diri sendiri, buat kempen macam mana pun kalau hati kata tak nak beg hijau pun susah juga..

    Kalau bawa beg kain best juga kan? har3x~
    Jom terjah post menarik dari Aretikz ..Edisi Raya Jangan Abaikan MerekaMy Profile

  20. sy rasa kempen ni msh kurang berjaya… org sggp beli plastik walaupun dicaj… susah nak ubah pemikiran org. Tp sekurang2nya nmpklah juga usaha kerajaan utk mendidik kita. Hrp2 generasi akana dtg lebih peka.

    salam kemerdekaan 😀
    Jom terjah post menarik dari kutaksempurna ..DIAM itu ada banyak makna! Ok Aku faham makna diam ituMy Profile

  21. Perg..terbaek ar kak..bak green bag gi shopping :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari haru ..Design Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-53My Profile

  22. salam merdeka buat kak jie,
    semoga kita merdeka dalam erti kata yang sebenar..
    Jom terjah post menarik dari cikgu isza ..Karton Telur yang kreatif – Ehhhh boleh bagi anak-anak kuasai sifir dengan mudah pulak tuuuMy Profile

  23. susah sebenarnya takde plastik beg ni sebab kene bawak banyak beg shopping tu..tu yang x gi shopping ari sabtu..hehehe
    Jom terjah post menarik dari wanmus ..Macamana Saya Buat Duit Percuma Dengan Twitter Dan ChurpchurpMy Profile

  24. salam kemerdekaan kujie….
    saya masih tak merdeka dalam beberapa bab kehidupan….
    Jom terjah post menarik dari klcitizen ..Syak WasangkaMy Profile

  25. kita buat mana yang baik, kempen ini baik, jadi kita ikutlah kan semampu kita, tak rugi mana pun….
    Jom terjah post menarik dari klcitizen ..Syak WasangkaMy Profile

  26. macam kak jie cakap…. kita mungkin tak boleh elakkan 100% tetapi kalau benda yang boleh kita buat, kenapa kita tak nak buat…. kecualilah kita tak ada pilihan .

    membeli belah kan kita ada pilihan…kak jie masih asingkan botol, kotak dan sampah domestik

  27. Kak Jie ada 5-6 ‘beg hijau’
    biasanya bawa 2-3 mengikut rancangan nak beli apa.

  28. kalau tak boleh buat semua, jangan tinggal semua

    di jual dengan bagi percuma ada bezanya
    beza pada diri kita sendiri 😆

  29. Kak Jie , mantap la !
    Mama saya tak macam ni pun . Hehe . Sebab kalau sekali keluar beli barang , Masya ALLAH , barangnya lagi banyak

  30. k jie,
    macam mana nak jayakan kempen nie sedangkan bag plastic dijual juga pada hari kempen nie berlangsung. tak de gunanya
    Jom terjah post menarik dari CikLilyPutih ..Happy 53rd National Day MalaysiaMy Profile

  31. Salute Kak Jie…mesra pembaca dan mesra alam juga.
    Jom terjah post menarik dari GreenLava ..Blogger navbar peekaboo- Hide and have it reappear on hoverMy Profile

  32. salam kak jie..
    saya pun memang suka n sokong kempen nih..
    tapi kan kalau shopping bleh ganti ngan green bag, tapi kalau nak buang sampah kalau tak pakai plastik mcm mana yer.. kalau kat states sampah2 domestik dia buat compost kan..
    Jom terjah post menarik dari cik cloudy ..Kenapa Mesti Tema KampungMy Profile

  33. ieQa sWetLuv says:

    sekian lama ika x dapat nak view page kak now ni baru dapat hehe.. wahh kagum dengan cara akak.. demi menjaga alam sekitar x salah rasanya kalau kita buat macam tu. hurmm pasni ika pun nak ubah la cara ika bawa green bag juga =)

  34. Dekat penang memang tiga hari tak dapat plastik,
    hatta KFC pun kena caj 20 sen,
    pada mulanya memang orang tak setuju,
    pocket pernah nampak orang membentak cashier.
    ada yang cancelkan segalanya tatkala dituntut 20sen
    untuk plastic bag (kesiaaan anak anak dia)

    tapi sekarang.. somehow dah biasa.
    kalau tak bawak bag,
    angkat satu satu la dari kereta jawabnya.
    so?

    bawa bag
    Jom terjah post menarik dari Pocket ..309 Ha Lam LamMy Profile

  35. Tapi paper bag pun lagi susah nk bawa kan. Hah, bagus tu. Lagi best kalau nak plastik beg, kena charge. Haha. Baru semua tak nak minta. 🙂
    Jom terjah post menarik dari ann ..Movie Marathon- Apa kau dapatMy Profile

  36. Kebanyakan shopping mall kat sini bukan sabtu, tapi Monday is a no plastic bag day.

    Still betullah, better bawa green bag n troli sendiri, bukan berat pun takat 2 3 keping. Serabut lagi kalau bawa banyak2 plastik kan kan.

    Selamat Hari Merdeka Kakjie!
    Jom terjah post menarik dari ann ..Movie Marathon- Apa kau dapatMy Profile

  37. Salam Kemerdekaan negara
    kita-53..semoga anda selalu sihat
    untuk menikmati dan menghayati
    makna kemerdekaan sebenar..
    جزاك اللهُ خير
    Jom terjah post menarik dari zulkbo ..Ketupat Daun PalasMy Profile

  38. selalu recycle beg plastik jadi plastik sampah 😛

    tapi seeloknya guna beg palstik sampah terbiodegrasi la kan?
    Jom terjah post menarik dari chekgu naman ..1Malaysia Menjana TransformasiMy Profile

  39. mrs jamal says:

    haah..memang pada mula rasa macam susah sangat, pastu rasa malu sangat2..itu la sikap kebanyakan orang kita, malu nak buat benda yang baik…termasuk la saya…

    insyaallah akan berusaha menjadi insan dan contoh yang lebih baik lepas ni untuk anak2 n semua…
    Jom terjah post menarik dari mrs jamal ..Mak Saya Dah BesarMy Profile

  40. mungkin lepas ni boleh letakkan dalam kereta satu. sekadar cadangan

  41. kadang bukan nya buat sebab nak jaga bumi,, tapi lebih kepada ikut orang ramai/kempen je kan.. hehe
    Jom terjah post menarik dari mrnamie ..Logitech Mouse M100 mula berkhidmatMy Profile

  42. Mungkin kita boleh ikut US di mana penggunaan paper bag diperluaskan manakala plastic bag cuma diberi ats permintaan…Tapi mungkin jugak semua mintak plastic bag huhuhu..
    Jom terjah post menarik dari adamfaiz ..Kalaulah Aku Boleh Terbang Macam Ikan NiMy Profile

  43. first time kot masuk blog ni..hu3
    x payah pakai plastik..bawak beg je..tp selalu kat supermarket x bg bwk masuk beg..rakyat belum bersatu..knp la x mcm negara2 lain kan..hmm
    Jom terjah post menarik dari ChuyRy ..Bulan Puasa Ada Toyol Jugak RupanyaMy Profile

  44. satu ulasan yang menarik, tahniah kakjie

    saya pun cuba juga dengan beg kitar semula tu, tapi bukan green, blue beg huhu

    apa2 pun kadang2 sy ni pelupa bila pergi shopping untuk bawa beg tu, mungkin belum merdeka lagi la kot
    Jom terjah post menarik dari mijie ..HIDUP SEORANG BLOGGER PART 2My Profile