Kena Sorok Sebab Bomoh Bubu
Isu Semasa

Kena Sorok Sebab Bomoh Bubu

Tadi dapat message dari Angah dua baris

“maaaa….”
“Sorokkan…!”

Lepas tu terputus hubungan komunikasi.

Puas saya memikir apa nak disorok?  Sementara menunggu hubungan bersambung, saya keluar tepi rumah, bagi ikan makan dan terpandang bubu yang terlekat pada dinding rumah. Secara automatik, terlintas ingatan pada isu MH370 dan bomoh bubu di lapanganterbang .

Saya ada bela ikan talapia dan ikan kaloi.  Kalau berminat , boleh baca Panduan Ternak Ikan Tilapia

Oh… dia suruh sorokkan bubu ni kot, maklumlah sejak popular sampai ke KLIA tu orang dah tahu khasiat tersembunyi bubu. Manalah tau ada orang mencari untuk meniru aksi tersebut.

bomoh bubu

Bubu masih  elok tergantung di dinding rumah , kena jaga elok-elok mungkin bubu akan  naik harga. Ada 2 jenis dan 2 saiz.

Bubu ni dah dekat 10 tahun dah kot ada kat sini.  Saja beli untuk hiasan kraftangan.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

22 thoughts on “Kena Sorok Sebab Bomoh Bubu

  1. Berkenaan isu bomoh bubu ni..untuk diri saya sendiri, saya hanya berfikir mengikut logik akal dan berdasarkan pengetahuan agama yang saya dah diajar dari kecil…daripada apa yang saya baca dan tonton mengenai hal ni, segala2nya jelas nampak jauh lari dari logik akal dan ajaran Islam..harap pihak yang berkenaan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pihak terbabit..
    Pasal bubu kat rumah kak jie tu, kena pantau elok2..ramai yang dok cari sekarang ni.. 🙂

  2. Assalamualaikum,
    Kat rumah ni pun ada 2…satu tu besar sungguh…paras pinggang.

    Bolehlah lelong kalau ada orang nak beli rega juta2 hu hu hu hu tapi kalau beli utk teropong macam Pakcik Bubu tu, tak payahlah. Tak pepasal kongsi ilmu salah pulak
    Jom terjah post menarik dari Anyss ..Ampunilah KamiMy Profile

Comments are closed.